Monday, October 20, 2008

MALAYSIA MENUJU POLITIK BARU


OLEH JAMALUDIN MD.ISA

PERKEMBANGAN terbaru politik Malaysia rata-ratanya rakyat mulai menolak politik perkauman. Saya percaya parti-parti politik yang berasaskan kaum dan puak mulai tiada relevan lagi. Lima puluh tahun lebih landskap politik Malaysia di asaskan melalui politik kepuakan. Dewasa ini segala-galanya sudah berubah.

Dasawarsa ini menunjuk rakyat Malaysia, khususnya bagi jenerasi baru sudah tidak bagitu cenderung lagi terhadap parti-parti politik perkauman. Rakyat sudah berani bangkit membawa perubahan. Momokan kepentingan sesatu kaum yang selama ini merupakan agenda taukeh-taukeh parti perkauman sudah semakin ditolak oleh rakyat. Parti-parti berasaskan kaum-kaum seperti Melayu, Cina, India tidak mampu bertahan lagi dengan kebangkitan kesedaran rakyat melata yang mahukan keadilan dan kesaksamaan kian mendapat tempat dalam agenda politik baru hari ini.

Senario ini pada saya merupakan suatu perkembangan politik terbaru. Parti-parti seperti PAS dan DAP, kalau dahulu amat ditakuti oleh dan digeruni oleh orang-orang Cina dan Melayu. Sekarang suasana sudah jauh berubah. Dalam pilihan raya ke-12 lalu sebagai contuhnya orang-orang Cina dan India tidak takut lagi untuk memberikan undi mereka kepada parti PAS. Pun bagitu baik orang-orang Melayu dari UMNO dan PAS sudah berani mengundi DAP. Jika trend ini dapat dikekalkan dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Saya percaya parti-parti politik dalam BN yang berasaskan kaum seperti UMNO-MCA-MIC akan menerima padah yang lebih besar.

Bukan sekadar UMNO-BN kehilangan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan malah dipercayai parti-parti politik oposisi yang menjadi minat dan kecederungan rakyat dewasa ini akan mencipta kejayaan yang lebih hebat dan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Thursday, October 16, 2008

NIK AZIZ SOKONG ANWAR JADI PM-APA REAKSI KUMPULAN PENENTANG DALAM PAS???


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

ADA sebab yang menyebabkan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik selaku Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan tegasnya menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menguasai kerajaan dalam masa terdekat ini.

Keterbelakangan ini juga timbul satu aliran baru dalam PAS dipercayai berpunca daripada Datuk Mustafa Ali mula memperlihatkan tindak tanduknya mencurigai terhadap pendirian jelas Anwar Ibrahim yang diwar-warkan sebagai Perdana Menteri. Saya akur dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali yang mencetuskan kontrovesi menafikan bahawa Anwar Ibrahim tiada boleh jadi Perdana Menteri pada tarikh 16 September 2008 lalu. Berjaya atau tidak Anwar Ibrahim jadi PM pada tarikh tersebut bukannya persoalan. Tetapi, pada saya pokoknya Anwar Ibrahim mempunyai agenda perjuangan yang kelihatan lebih terancang, konsisten malah ianya amat cukup menyakinkan saya daripada agenda perjuangan PAS lebih 56 tahun lalu. Maksud saya dari sudut pencapaian kejayaan.

Agenda untuk menawan dan merubah peralihan kuasa pemerintah daripada UMNO-BN ke Pakatan Rakyat yang dipopularkan Anwar ia memperlihatkan kesan-kesan keberhasilan cukup dampak sekali. Pada saya, biar tarikh 16 September itu dijadikan titik tolak(the start) ke arah mencetuskan satu permulaan revolusi demokrasi bagi menamatkan era pemerintahan UMNO-BN di negara ini.

Saya yakin dengan agenda yang diwar-warkan Anwar, kerana ia menampakkan kesan hasil kejayaan yang cukup terserlah selepas pilihan raya umum ke -12 yang lalu. Justeru rata-ratanya rakyat Malaysia yang memindah sokongan ke Pakatan Rakyat memang ianya benar-benar inginkan perubahan kini sedang melihat lakonan sandiwara yang sedang diorkestrakan oleh Datuk Mustafa Ali itu amat sekali merugikan ikatan ukuwah dalam saf kepimpinan bersama dalam parti oposisi.

Aliran pemikiran kelompok Mustafa Ali dipercayai mempengaruhi keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Hj Hadi Awang. Terserlah dalam PAS sekarang ujud dua kelompok aliran pemikiran, yang pro Anwar termasuklah tokoh seperti Datuk Nik Aziz, Datuk Husam Musa, Sdr Salehudin Ayub, Dr Zulkifli Ahmad, Ir Khalid Samad, Hanifa Maidin, Datuk Kamarudin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Dr Lo Lo, Dr Siti Mariah, Sdr Mahfuz Omar, Dr Syed Azman serta ramai lagi dari kalangan golongan professional dalam PAS.

Manakala sebaliknya aliran kedua yang merupakan kelompok acuan Datuk Mustafa Ali yang tidak bagitu gemar jika Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, yang dikepalai Datuk Mustafa Ali, Sdr Mohamad Sabu, Ustaz Nasharudin Mat Isa, serta ramai juga kalangan dari dewan ulama PAS. Mereka ini memperlihatkan reaksi yang amat sekali tidak menyenyangi dengan kedudukan Anwar Ibrahim sekarang. Di mana Mohamad Sabu sendiri tidak bersetuju lansung dengan proses pengambialihan kuasa pemerintah Negara yang sedang dirancangkan oleh Anwar sekarang.

Komplik kelompok dalam PAS seperti yang saya tunjukkan itulah yang menyebabkan Datuk Nik Aziz terpaksa membuat kenyataan yang menyebelahi Anwar Ibrahim demi untuk mempertahankan saf barisan kepimpinan Pakatan Rakyat dari berpecah belah. Dan sikap tidak konsisten PAS itu sedang disaksikan oleh penyokong-penyokong yang mengundi PR akan menghukum PAS dalam pilihanraya akan datang. Ini akibatnya yang kita tidak mahu berlaku lagi dalam parti oposisi, kerana karenah ini akan menyakat dan menghalang laluan bagi parti politik pembangkang mengambilalih teraju pemerintahan negara daripada UMNO-BN. Dan pembangkang akan sentiasa mengigit jari menghetong kekalahan demi kekalahan di setiap musim berlansungnya pilihan raya. Pertanyaan saya apakah PAS masuk pilihan raya hanya untuk berpuas hati dengan kekalahan demi kekalahan? Atau pun kita benar-benar bersedia untuk mencipta lebih banyak kemenangan demi kemenangan bagi menguburkan kerajaan UMNO-BN daripada terus menerajui negara ini sekian lama.

Friday, October 10, 2008

PENGUNDURAN PAK LAH-BERJAYAKAH EPISOD MAHATHIR MENYEKAT ANWAR?


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

AKHIRNYA saya kira Tun Mahathir berjaya juga mengerakkan pengaruh orang-orangnya dalam UMNO menekan Pak Lah bagi melepaskan Jawatan Perdana Menteri yang disandangnya dalam keadaan tidak popular setelah UMNO-BN tewas teruk di pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.

Sebenarnya bukan Tun Mahathir salah pilih Pak Lah sebagai penggantinya. Namun, perkiraannya pada ketika itu, melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri kerana beliau menyedari Pak Lah agak lemah sedikit. Justeru itu pada jangkaan Mahathir dia boleh mempergunakan Pak Lah bagi menentukan bentuk corak pentadbiran dan pemerintahan negara mengikut acuan apa yang dikehendakinya sekalipun beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, malangnya anak dan menantu Pak Lah menjadi penghalang utama terhadap politik lincah Tun Mahathir itu. Inilah penyebab yang menyebabkan Tun Mahathir amat sangat memusuhi Khairy Jamaludin. Kerana pada dia Khairy adalah penasihat Pak Lah. Faktur inilah yang mengakibatkan Tun Mahathir amat sangat memusuhi Pak Lah di sepanjang menjadi Perdana Menteri selama lebih kurang 5 tahun lalu.

Keadaan situasi politik Malaysia menjadi kebimbangan bagi Mahathir, apabila Anwar Ibrahim mampu kembali mencetuskan momentum baru politik negara sekali gus arus gelombang besar tsunami politik melanda dan merubah landskap politik semasa Tanahair. Pengaruh Anwar sudah mulai mencecah ke silang bagi mengambil alih kerajaan BN ke Pakatan Rakyat amat menakut dan mencemaskan Tun Mahathir. Sehingga beliau pernah menzahirkan kenyataan bahawa beliau akan tinggalkan negara ini sekiranya Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Sedangkan Anwar beberapa kali meluahkan kemaafannya terhadap konspirator-konspirator yang mengkhainati dirinya termasuklah Tun Mahathir sendiri. Justeru itu Mahathir tidak perlu bimbang lagi sekiranya Anwar jadi PM. Tidak perlu Mahathir tinggalkan Malaysia, mahu ke mana?

Bagi Mahathir kemaraan Anwar misti disekat dan diperlambatkan, jika ini berjaya beliau tentunya sedikit rasa selesa. Bagi menjayakan agendanya itu, Pak Lah mistilah didesak bagi melepaskan jawatan Perdana Menteri. Inilah helah Mahathir sehingga beliau sanggup keluar UMNO bertujuan untuk menyusahkan Pak Lah.

Pada saya jika itu rencana Mahathir, belum tentu perubahan dalam UMNO mutakhir mampu menyekat pengaruh Anwar. Kekuatan Anwar kerana beliau merupakan ikon politik popular dibelakang rakyat. Politik Anwar bukan terikat kepada mana-mana faktur pengaruh individu. Tetapi Anwar diangkat dan dimertabat melalui pengaruh kuasa raskyat(people power).

Pokoknya scenario politik terbaru ekoran pengistiharan Pak Lah untuk tidak bertanding, saya percaya peluangnya tentulah akan lebih mudah memihak kepada Najib yang akan menjadi Perdana Menteri kerajaan Malaysia dalam masa terdekat ini. Yang pastinya pertarungan menjadi semakin sengit antara Najib dengan Anwar. Apakah pula Anwar menjadi lebih mudah atau semakin sukar? Inilah yang kita sedang nantikan pertarungan hebat antara Najib – Anwar sesudah pemergian Pak Lah.

Wednesday, October 8, 2008

MENGAPA SAYA TULIS BUKU PILIHAN RAYA KE-12?


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

Menjelang pilihan raya ke-12, pada 8 Mac 2008 saya berkesempatan menulis dan menerbitkan sebuah buku politik berjadul “PILIHAN RAYA KE-12 –Mampukah Pembangkang Perintah Malaysia”. Tujuan buku itu dihasilkan untuk mengajak seluruh ahli dan pemimpin PAS dalam semua peringkat supaya berani membuat perubahan bagi menanggani kejayaan.

Teguran dan kritikan dalam buku tersebut lebih bersifat satu pandangan konstruktif dan bukan distruktif(membina bukan memusnah). Harapan saya selaku penulis buku tersebut teramat sangat ingin melihat parti-parti politik pembangkang di negara ini, terutamanya PAS mampu bangkit melakarkan pasarana strategic tektikal pilihan raya secara lebih konsisten dan berkesan. Harapan juga mahu mengajak seluruh kepimpinan parti-parti politik pembangkang agar berani mempertaruhkan prinsip perjuangan demi untuk mencapai matlamat bagi mengejar cita-cita kemenangan. Tiada ertinya menjunjung prinsip dan slogan perjuangan, namun setiap kali pilihan raya parti-parti politik pembangkang sering berkongsi kesedihan dan terpaksa rebah di sepanjang medan pertarungan. UMNO-BN menjadi menatang yang sering menserakahkan parti-parti politik pembangkang terutamanya PAS dan DAP di setiap kali musim pilihan raya.

Tekad dan azam saya ingin melihat pembangkang perintah Malaysia. Saya yakin parti-parti politik pembangkang di negara ini boleh menerajui Malaysia kalau mereka dapat bersatu dan bersama dalam satu saf pimpinan. Iannya menjadi lebih mudah lagi apabila Anwar Ibrahim bersedia untuk mengapalai bala tentera parti pembangkang bertempur dengan parti pemerintah.

Saya mengemukakan gagasan perlu ujudnya system dua parti, politik satu lawan satu, lupakan seketika prinsip perjuangan ideology parti demi mendapat kemenangan. Kalau UMNO-BN boleh bersama dalam komponen 14 parti-parti politik kecil besar, persoalannya kenapakah pembangkang tidak boleh berbuat demikian? Apakah PAS mahu terus mencanangkan slogan Negara Islam yang hasilnya tiada mendatang sebarang kemenangan, pun bagitu juga DAP dengan konsep Malaysian Malaysia yang tebal dengan fahaman cauvanisma mereka. Saya mengajak seluruh pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang supaya berani mulakan anjakkan pradigma, buka minda bagi mencetuskan sesatu kejayaan. Apakah pihak pembangkang masuk dalam pentas demokrasi kerana mahu pertahankan prinsip perjuangan ideologi sebaliknya bersedia untuk dikalahkan oleh UMNO-BN sepanjang masa?

Akhirnya saya rasa buku saya membawa tuah apabila seluruh isi kandungan dalam buku tersebut banyak membantu merintis jalan buat parti-parti polilitik pembangkang mencipta kejayaan dan kemenangan besar dalam pilihan raya ke-12. Benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini akan terjawab apabila anda membaca buku tersebut. Bagi memboktikan apa yang saya ramalkan dalam buku itu menjadi faktur Barisan Rakyat menang besar dalam pilihan raya 8 Mac 2008. Stok masih ada, PESAN SEGERA KEPADA PENERBITAN JAMALUDIN- BERSEBELAHAN PEJABAT PERTBUHAN PELADANG, KG SAWA KECHIL, PENDANG KEDAH. TEL : 012-5998382 atau EMAIL : jamalmd09@yahoo . Harga asal RM 14.00 Semenanjung Malaysia, RM 19.00 Sabah/Serawak. Diskaun 50%.






Monday, October 6, 2008

HADI-JANGAN IKUT TELUNJUK MUSTAFA


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

NAMPAKNYA PAS dari dahulu hingga sekarang tidak hemah dalam berpolitik. Faktur inilah yang menyebabkan PAS sering dilandai kekalahan demi kekalahan dalam setiap musim pilihan raya. Saya tidak nampak gambaran bagaimana PAS mampu memerintah negara. Kalau tanya orang-orang PAS mereka berhujah dengan pertolongan Tuhan PAS boleh perintah Malaysia.

Saya gembira kemudian sedih dengan sikap dan pendirian PAS. Gembira kerana dapat bersama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 hingga mampu mencatatkan suatu sejarah di mana parti pembangkang berjaya menamatkan era menopoli BN yang menguasai 2/3 sudah berakhir. Lantaran dengan suatu kejutan yang tidak pernah dijangka di mana pembangkang mampu membentuk kerajaan di lima buah negeri dan memang di Wilayah Persekutuan. Ini khabar yang sungguh mengembirakan sekali. Saya percaya tanpa bersama dalam Pakatan Rakyat PAS jangan mimpi dapat memenangi sejumlah kerusi yang diperolihi dalam pilihan raya umum yang lalu.

Sedih kerana terdengar perlbagai ragam dalam PAS yang sudah mula mempertikaikan kedudukan dalam Pakatan Rakyat sekarang. Kalau ini sikap PAS, tunggulah pilihan raya umum ke-13 akan datang rakyat akan mengubah nasib parti yang banyak karenah itu. Tanpa Anwar Ibrahim politik Malaysia lesu tidak bermaya. Percayalah PAS menang sekarang kerana faktur pengaruh Anwar. Tanpa Anwar memimpin Barisan Rakyat PAS pastinya tidak akan dapat mengecapi nikmat kemenangan sekecil itu. Kemenangan yang belum membolehkan pembangkang memerintah Malaysia sudah menjadikan PAS mulai kehilangan punca.

Selama penglibatan PAS lebih 50 dalam persada politik demokrasi di Malaysia parti tersebut gagal menjana kemenangan besar. Tidak siapa yang mahu menyokong PAS, kecuali kelompok kecil umat Melayu yang cenderung ke arah Islam. Kelompok kecil ini tidak manpu membantu PAS untuk mencipta kemenangan besar, apatah lagi menyimpan hasrat hendak memerintah negara.

Orang-orang PAS jangan harapkan Ustaz Hadi atapun Nik Aziz manpu mencetuskan satu kejutan yang boleh membawa PAS memerintah Malaysia? Tetapi Pakatan Rakyat yang dipimpini Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu membawa sesatu kejutan dan perubahan ke arah Malaysia baru. Senario baru-baru ini angkara dari beberapa pemimpin PAS yang di kepalai oleh Mustafa Ali dalam apa yang dikaitkan dengan isu muzakarah dan mubakalah sudah menampakkan tanda terang dan jelas sikap PAS yang amat mengecewakan sekali. Gambarannya sudah ada usaha untuk menyekat Anwar daripada menerajui negara dengan membawa PAS berkompromi dengan UMNO dan membentuk kerajaan. Justeru itu dalam PAS sekarang sudah ujud dua kelompok. Satu memihak kepada Anwar Ibrahim dan satu tidak bersetuju dengan Anwar. Dan perang kelompok dingin dalam PAS itu sudah bermula. Akibat perang senyap itu akan mengundang musibah yang akan menimpa parti Islam itu dalam pilihan raya akan datang. Kita tunggu dan lihat nasib PAS tidak segemerlap hari ini.