Friday, April 9, 2010

HULU SELANGOR-UMNO-BN PASTI TEWAS SEKALI LAGI???


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com

TUHAN mentakdirkan sekali lagi pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada 25 April 2010 akan datang, walaupun saya percaya UMNO kebelakangan ini tiada bagitu gemar dengan pilihan raya. Sekali pun mereka kurang berminat . Tetapi, siri-siri rentetan pilihan raya kecil terus berlaku dan terjadi di negara ini. Kalau dahulu mereka menuduh bahawa PKR sengaja merancang agar pilihan raya kecil berterusan hingga ke pilihan raya umum. Kita masih ingat apabila mereka baikot tiada menyertai pilihan raya kecil Penanti, kerana dituduh sebagai rencana PKR bagi menghidupkan mood rakyat supaya terus menyokong Pakatan Rakyat.

Pada 25 April nanti kita akan lihat apa yang akan terjadi di Hulu Selangor. Menteri-Menteri UMNO sudah mula bercakap besar. Mereka yakin akan merampas Hulu Selangor. Kerana dikatakan mood rakyat sudah pulih ekoran sebelum ini mereka menang di Bagan Pinang. Saya kira ini ukuran mereka lebih-lebih lagi Hulu Selangor PKR menang dengan mojorit kecil 198 undi. Atas faktor ini UMNO fikir lebih mudah mereka dapat menawan kembali Parlimen tersebut menjelang 25 April ini.

Saya dalam tulisan ini mengharapkan UMNO jangan bercakap besar. Sekalipun mojoriti undi yang dimenangi oleh PKR dalam pilihan raya umum 2008 kecil, tetapi belum tentu Hulu Selangor akan jadi macam Bagan Pinang? Macam mana kalau trend Kuala Terangganu terjadi di Hulu Selangor? Kalau di Kuala Terangganu UMNO menang 2,000 lebih dalam pilihan raya 2008, namun dalam pilihan raya kecil PAS menang lebih besar di Parlimen tersebut. Faktor ini merupakan pengelaman yang lebih menguntungkan Pakatan rakyat. Dan saya percaya mood pengundi di Hulu Selangor ada pengaruh trend pengundi di Kuala Terengganu, sebab itu kita harap UMNO jangan lagi berkokok besar? Takut nanti akan menempah malu. Politik selepas pilihan raya umum 2008 masih memihak kepada Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi UMNO masih belum pulih. Ditambah dengan faktor Anwar Ibrahim menjadi misteri politik UMNO hari ini dan akan datang.

Saya kira apa pun strategi politik UMNO di Hulu Selangor. Pengundi di kawasan tersebut melihat Anwar Ibrahim sebagai faktor penentu yang akan mereka putuskan di peti undi. Kesan politik yang di bawa oleh Anwar lebih senang di terimai oleh masyarakat pengundi bukan Melayu. Ini yang UMNO perlu berhati-hati, kemenangan UMNO selama ini kerana pengaruh kuat sokongan pengundi bukan Melayu, sebaliknya trend politik pengundi Cina dan India sudah berubah angin. Trend politik baru masyarakat Cina dan India dewasa ini amat tiada memihak kepada UMNO-BN. Swing vote saya percaya di Hulu Selangor akan memihak kepada Pakatan Rakyat.

UMNO-BN boleh mencanangkan pelbagai isu, mempergunakan bapa-bapa politik katak tetapi saya optimis ia tiada akan memukau audien di Hulu Selangor. Apa pun saya percaya pengaruh Anwar Ibrahim akan mencetuskan invorement baru di daerah Hulu Selangor bila tokoh PKR itu turun gelanggang politik demokrasi yang akan berhadapan dengan seluruh tokoh-tokoh UMNO-BN. Apa pun ramalan saya Hulu Selangor akan terus kekal menjadi milik Pakatan Rakyat. Sama-sama kita tunggu keputusan malam 25 April nanti. Apakah ramalan saya kali ini terbabas.......? Atau pun benar terjadi betapa trend politik Kuala Terengganu berlaku pula di Hulu Selangor. UMNO jangan terlalu over-confiden. Lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri selalu bercakap besar dalam siri-siri pilihan raya kecil sebelum ini.











Friday, April 2, 2010

UMNO MASIH TIDAK DEMOKRATIK- HUJAH LAWAN HUJAH BUKAN HUKUMAN DAN PERGANTUNGAN



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com
PELBAGAI tuduhan liar mutakhir ini terhadap Anwar Ibrahim , pengecut, penakut, penipu, pemutar belit, pembohong, pengkhainat dan macam-macam lagi dilemparkan oleh kalangan UMNO, media talibarut dan agen-egen mereka yang berkepentingan. Lebih teruk lagi mengatakan Anwar "panas punggung", tinggalkan Dewan yang sedang bersidang kerana takut untuk berhadapan dengan "katak-katak" upahan semakin galak berteriak di Parlimen kebelakangan ini.

Ketika Anwar di luar negara, riuh rendah pencacai-pencacai UMNO memalu gendang menyerang dengan seribu macam tuduhan keji dan jijik terhadap Ketua Umum PKR itu. Cabaran kontrovesi mendesak Penasihat PKR bagi menjawab kenyataan beliau dalam Parlimen baru-baru ini yang mengaitkan 1 Malaysia ada hubungan dengan Israel? Suasana hiruk piruk dan riuh rendah mencabar dan memberi tempuh masa kepada Anwar supaya menjawab dakwaannya itu.

Alhamdulilah, Anwar menjawab cabaran UMNO di Parlimen baru-baru ini. Dikemukakan hujah dan fakta. Justeru itu, pada saya giliran Perdana Menteri pula harus tampil menangkis hujah dan fakta Anwar. Yang pelik sekali, apabila Anwar menjawab, saya fikir akan berlakulah hujah lawan hujah, fakta lawan fakta. dari situ rakyat akan melihat siapa benar siapa pembohong? Malang sekali setakat ini, nampaknya tradisi hujah balas hujah dan fakta vs fakta tidak berlaku, malah tiada boleh diterimai oleh pengetua-pengatua dalam UMNO.

Maka timbullah isu baru, Anwar perlu di bawa ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, akhirnya mereka mengambil pendekatan bertindakan sekaligus menjatuhkan hukuman. Lepas itu bersorak kepada rakyat bahwa Anwar sentiasa bersalah. Berikanlah ruang untuk Anwar memperjuangkan haknya di medan demokrasi. Usahlah mempergunakan seluruh instrment kerajaan bagi menghukum Anwar dikandang orang yang bersalah. Demokrasi menuntut kita berhujah. Kekuatan hujah merupakan faktor kuasa yang akan melonjak kekuatan seseorang dalam kancah perjuangan politik. Janganlah kita keterlaluan mempergunakan undang-undang bagi tujuan untuk menyekat hak serta ruang kebebasan rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan politik mana-mana individu di negara ini.

Patutnya Datuk Nazri Aziz cadangkan supaya PM mengemukakan hujah dan fakta bagi membalas hujah dan fakta Anwar. Bukannya merumus hujah dan fakta Anwar sebagai tiada relevan dan kemudian mengambil jalan pintas bagi menjatuhkan hukuman. Caranya bawa Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Kesemuanya mempergunakan pedekatan menghukum. Bukannya menjawab dengan hujah dan fakta. Inilah menifestasi politik demokrasi di negara kita mutakhir ini. Saya menzahirkan rasa kesal sekiranya ada pihak yang mahu mencadangkan Anwar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Sebaliknya menuntut hujah lawan hujah dan fakta vs fakta. Barulah ertinya kita berdemokrasi, menghukum seseorang apabila ianya melakukan kesalahan. Pada saya berhujah dengan mengemukakan fakta bukan satu kesalahan?? Tetapi UMNO melihat disebaliknya apabila mereka tiada manpu berhujah dengan Anwar. Maka hukuman yang perlu dihadapkan..........????