Saturday, September 24, 2011

HUDUD-TANGGANI DENGAN PENUH KEBIJAKSANAAN






OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SEPATUTNYA isu HUDUD tidak perlu dibangkitkan dalam suasana rakyat sedang menuju ke arah mendepani pilihan raya Umum(PRU ke 13) bila-bila masa dari sekarang. Baik PAS yang mempopularkan isu HUDUD dan Negara Islam manakala DAP yang cauvinist dengan "MALAYSIAN MALAYSIA" harus dilembutkan dengan kefahaman dan ideologi dalam gagasan permaufakatan iaitu ojektifnya ke arah menuju pemerintahan bersama.

Episodnya sekarang mempormulakan kaedah yang menjurus stretegik untuk mencapai kemenangan PRU ke-13. Iniasiatif kearah kemenangan Pakatan Rakyat dan sekaligus tawan Purtajaya. Inilah yang perlu diperlihatkan perbincangan bersama dalam permaufakatan di ketika  suasana mood rakyat umum rata-ratanya meperkatakan situasi pilihan raya di mana-mana.

Matlamat bersama untuk menamatkan era penguasaan UMNO-BN yang terlalu lama memerintah Malaysia. Harapan kita biar UMNO-BN merasakan betapa peritnya derita menghetong erti kekalahan. Baik PAS ataupun DAP, maupun Nik Aziz dan Karpal Singh usahlah menegakkan pengaruh dan kekuatan  masing-masing  kerana mempertahankan ideolgi yang tidak pernah dapat bersama, sebaliknya sentiasa rela dan pasrah menghetong kekalahan demi kekalahan dalam musim-musim pilihan raya.

Kita tidak mahu ketika rakyat mempercayai kita sebagai pemangkin baru yang akan mencetuskan tranformasi politik terkini yang lebih terbuka sifat dan minda. Ketika rakyat rata-ratanya mulai mempercayai dan menyokong PAKATAN untuk perintah Malaysia. Justeru jangan kita merusakkannya dalam sekelip mata. Bersama tumbangkan UMNO-BN dahulu sebelum bercakap mengenai HUDUD dan apa-apa isu yang rakan-rakan dalam PAKATAN  tidak pernah setuju bersama.

Cari isu-isu yang boleh bersama, jangan seringkali mencari isu-isu  kontrovesi yang menjarak dan memisahkan kita untuk bangkit mencipta sejarah kemenangan dan kejayaan Pembangkang untuk perintah Malaysia. Tanya pemimpin-pemimpin besar PAS-DAP,apalah ertinya masuk pilihhan raya setiap kali terpaksa menghetong kekalahan. Kemenangan sentiasa diserakah oleh UMNO-BN.

Jangan sesekali dalam situasi kita mendekati pilihan raya mulai mencipta pelbagai isu-isu yang boleh mengakibatkan UMNO-BN memerangkap kita. PAS-DAP pertingkatkan kematangan berpolitik, elakkan mana-mana pihak yang boleh mencetuskan dari kemungkinan kita terjebak ke dalam perangkap UMNO-BN melalui isu yang kita reka dan cipta sendiri. Kerja-kerja tiada bijaksana dan tiada berhemah ini perlu dihindari supaya PAKATAN tidak terperangkap dalam jerangkap sama yang sentisa dipasang oleh UMNO-BN, lebih-lebih lagi diwaktu-waktu rakyat menghampiri detik-detik PRU ke-13 tidak lama lagi

Carilah isu-isu yang boleh kita bersama dan perkukuhkan PAKATAN. Dan bersedia untuk perintah Malaysia. UMNO-BN cukup seronok kalau PAS-DAP berpecah semula. Itulah kuasa mustajad yang akan membina pengaruh UMNO kembali mendominasi kekuatan politik Malaysia sesudah PRU ke-13. Kalau kita mencipta isu-isu yang tiada boleh disepakati.Maka lihatlah PAKATAN akan punah ranah dalam PRU ke-13. Jangan harap PAS akan bertahan di Kelantan selama-lamanya. Lambat laun kita akan tewas juga. Biar kita tewas kerana ketepatan pilihan rakyat. Sebaliknya jangan kita tewas kerana terperangkap dengan isu yang dicipta sendiri, kerana kita syok sendiri.

Sunday, September 18, 2011

BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH-NAJIB BUKAN MACAM MAHATHIR





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas.
jamalmd09@yahoo.com

IMEJ Datuk Najib tambah terserlah jika beliau bersedia dan sanggup berhadapan dengan Anwar di mahkamah. Ini tiada dapat dilakukan oleh Tun Mahathir.Harapan saya Najib harus berani menyahut cabaran tuntutan Anwar, jika ini berjaya dilakukan oleh Najib akan terhakislah apa yang didakwa konspirasi tertinggi dalam kes Ketua Pembangkang yang sedang berlansung di Mahkamah ketika ini.

Kehadiran Najib ke mahkamah sudah merupakan satu kemenangan moral yang besar kerana Tun Mahathir sendiri tidak sanggup berhadapan dengan Anwar ketika waktu di sepina dalam kes Liwat 1 dulu. Kehadiran nanti akan memberi kemenangan kedua buat Najib, kerana sempena hari pembentukan Malaysia Najib mengumumkan pemansuhan AKTA ISA. Satu tindakan paling berani. Tahniah saya kepada Datuk Najib, pemansuhan AKTA tersebut pada saya satu kemenangan moral yang cukup besar buat Najib. Pada saya keberanian dan keterbukaan sikap Najib dalam menyahut perjuangan rakyat ke arah kebebasan berdemokrasi dan hak asasi rakyat didaulatkan di negara ini.

Justeru saya menanti kemenangan moral kedua dari Najib iaitu sebagai Perdana Menteri, saya fikir Najib terimalah permintaan mahkamah dan hadir berhadapan dengan Anwar demi kesaksamaan dan keadilan. Kalau ini dilakukan oleh Najib, beliau sesatunya pemimpim contuh"kauwatul hasanah"(role model). Keberanian ini harus diperlihatkan oleh Najib. Kalau tidak beliau tetap di lebalkan antara perancang konspirasi dalam kes Anwar mutakhir ini.