Sunday, April 26, 2015

PASMA POLITIK BARU SELEPAS MUKTAMAR

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
Jamalmd09@yahoo.com

HAMPIR nyata dan pasti PAS bakal akan berpecah sekali lagi. Perpecahan nyata ia menjadi lebih besar dari apa yang berlaku di tahun 1982. PAS akan berbelah dua, memisahkan golongan islam prefesional dengan ulama konservatif . Akan berakhir dalam PAS dan kita pasti tidak kedengaran lagi suara gabungan pentadbiran antara  ulama-prefesional.

Peranan PASMA amat besar sekali, PASMA hampir pasti akan menjadi parti politik terbaru sebagai pemayung bagi menyelamat golongan prefesional yang bakal disisihkan selepas Muktamar PAS Jun nanti. PAS akan kembali ke dunia asal mereka yang sebelum ini diungguli oleh tok-tok guru dan lebai pondok. Parti yang sama sekali tidak layak memerintah Malaysia.

Wajar PAS keluar Pakatan, kerjasamalah dengan UMNO melalui kerajaan UG lebih baik dan masanya telah tiba. Laksanakanlah HUDUD jika UMNO menyetujuinya? itu sahaja matlamat PAS selepas UMNO sokong HUDUD, PAS bolehlah dibubarkan tak perlu lagi menentang UMNO kerana  Malaysia sudah memenuhi kehendak sebagai sebuah negara islam, matlamat perjuangan PAS sudah tercapai apabila melihat HUDUD berjalan di Kelantan. Tidak perlu lagi menentang UMNO. Se jauh itulah cangkatnya pemikiran ulama dalam PAS yang disanjung dan ditatangi oleh puak prefesional selama ini. Peringatan buat golongan prefesional jangan undur sesekali mara dan terus berjuang bagi menumbangkan kerajaan zalim. Jangan lagi anda mengharapkan ulama akan bersama demi merempuh Putrajaya.

Mereka sudah dibuai dengan alunan suara lemak merdu dalam buaian tari meliuk lentuk dibelakang tabir muzik orkestra UMNO. Mereka lupa bagaimana hendak melaksanakan HUDUD dalam acuan sistem pemerintahan yang zalim. Dan adakah pemerintahan yang zalim itu akan mewajarkan HUDUD di laksanakan?

Sedih sekali, kini hancurnya Pakatan Rakyat(kuasa mustajad dari langit) yang zahir mencetus momentum besar bakal merubah lasdskap politik Malaysia tidak lama lagi. Impian kini telah hancur, Pakatan Rakyat punah ranah, PAS terbelah dua. Yang menang dan berjaya UMNO selama-lamanya. PAS tak akan sampai ke mana-mana?????? hanya ilusi dan khayalan belaka. PAS tidak akan boleh memertintah Malaysia.