Monday, March 20, 2017

KE MANA PAS SESUDAH..? Bahtera Berpusing-Nakhoda Kehilangan Kompas





 





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


PEMBANGKANG sukar mencetak kemenangan. Kenapa?Apakah Umno-Bn terlalu kuat sehingga kini mereka manpu terus berkuasa. Ataupun mereka pintar dan cerdik sebaliknya lawan-lawan mereka kurang pintar dalam menyatur susun bidak-bidak di pentas politik. Untuk mengalahkan Umno-Bn tidak cukup dengan slogan retorik. Maki hamun yang tidak berkesudahan ia tidak memberikan impak kejayaan mana-mana puak dari partai oposisi.

Akal kebijaksaan anugerah Tuhan hendaklah dikombinasi dengan strategi dan realiti. Berpolitik tanpa melihat keadaan realiti sebenar ia tidak berupaya membawa sesatu partai pembangkang itu ke kancah kemenangan. Umno cerdik dengan pekej penyatuan kombinasi mereka dalam gabungan 14 buah partai kecil besar. Penggabungan ini meletak dan membina asas keutuhan dan kekuatan mustajab Umno menjadikan mereka berupaya memonopoli kuasa politik tertinggi di negara ini selaku pemerintah. Jauh meninggalkan Pas sebagai partai tercorot terkebelakang. Kenapa Pas lambat untuk menempah dan menyahut kemenangan. Hingga sekarang mereka masih terus menanti dengan slogan "Beristiqamah Hingga Kemenangan". Kecetekan Pas berpolitik bagi mencari kemenangan  selalunya mengundang kekalahan berpanjangan. Antaranya ketidakterbukaan pemikiran berpolitik dalam skala besar. Tiada apa dalam pas kecuali siri ceramah sehala yang penuh dengan bauran maki hamun satu pandangan daripada Prof Dr Agus.

Persoalan besar di hadapan Pas sekarang, mereka hendak ke mana? lelucon politik Pas mengundang ketertawaan kita apabila para pemimpin besar antaranya pernah mengatakan perkara-perkara terlalu bersifat pelbagai. Sekadar hendak menjadi penasihat; hendak bekerjsama sama sahaja bukan tujuan bergabung; ke arah berpolitik secara matang dan sejahtera; bukan mencari kemenangan di dunia tapi mengimpikan Syurga di akhairat; tidak lagi mahu berperang dengan Umno nanti orang Cina akan memerintah Malaysia. Suka ber u-turn dan berpusar-pusar  sana sini. Ah, banyak lagi kelucuan yang mengelikan.

Mengimbas 30 tahun dahulu, sebagai genarasi muda ditakkala itu mengharapkan Pas bakal mengganti Umno. Kami menunggu-nunggu Pas menuju ke arah itu. Saya lansung tidak terfikir orang Cina akan perintah Malaysia sekiranya Umno kalah dan tewas, sebaliknya optimis Pas alternatif selepas kejatuhan Umno. Namun, apa pun hakikatnya Pas tidak semudah itu untuk mengalahkan Umno. Tapi jalan pintar perlu di cari.

Umno dahulu kini dan selama-lamanya tetap tidak berganjak dengan senjata perkauman. Jika orang Melayu tidak menyokong mereka. Cina akan perintah Malaysia. Isu ini menjadi asas pegangan akar umbi Umno luar bandar. Ikatan ini menjadi tali penambat dan mengikat ahli-ahli Umno'grass root' yang tidak mungkin akan bergerak ke mana-mana. Dilema Pas ketika itu sukar untuk mencantas tali ikatan yang membeliti orang-orang Umno luar bandar. Undi Cina menjadi faktur penentu Umno kekal perintah Malaysia hingga kini. PRU ke 10 Nov 1999, ketika tercetusnya gelombang reformasi kita dapat menyaksikan kebangkitan orang-orang Melayu, terutamanya Melayu bandar menolak Umno-BN dengan satu 'swing vote' 65%(Melayu) menolak Umno-Bn sebaliknya faktor undi Cina menjadi penyelamat BN. PRU 2008 peratus undi Cina memihak kepada oposisi, kejutannya memperlihatkan Umno-Bn kehilangan  status quo terlepasnya mojoriti 2/3. Kejayaan oposisi terserlah di PRU ke 13. BA kekal momentum 2/3, yang trajis dan sensasi popular undi memihak kepada pembangkang dengan angka 5.5 juta(52%) Umno-BN 5.3 juta(47%). Melihat senario dan angka-angka ini saya tidak percaya Umno-BN tidak boleh ditewaskan. Cuma pembangkang menstrategikkan perencaan bagi mengekalkan momentum PRU 13 dan berupaya dengan lebih bergaya melonjak antara 4-6 % menjadikan sasaran PRU ke 14 Oposisi dapat mengangkat ke popular undi dari 52% ke 58%. Waktu ini kita akan lihat Umno terputus talian hayat mereka. Tapi malang sekali Umno lebih pintar memintas jalan laluan yang sedang disusuri pembangkang.

Di sinikah kemenangan itu ditangguhkan. Ini juga lelucun politik yang sukar saya terima. 60 tahun pembinaan ini, menyumbang tenaga,masa dan harta benda, malah darah, air mata dan nyawa menjadi taruhan sebagai pencagar demi kemenangan. Ada hati- hati yang boleh dibujuk dan ada yang kecewa dan merana. Pokoknya Umno dapat kembali bergembira.

Ke mana Pas? mengendur ke belakang. Atau membina satu landasan politik baru. Adakah politik baru itu bersama Umno?. Ataupun memikirkan rasionalnya sudah sekian lama mengempur Umno dengan trend mengtakfirin, mengasabiah, mengasak kezaliman, menentang ketirisan akhirnya mahukah Pas menjadi kelayuan di pangkuan Umno. Bergembirakah Pas memulakan proses pemolitikan baru dengan slogan " Politik matang dan sejahtera", politik Melayu/Islam persis unjuran status memupuk perpaduan Almarhum Harun Din dengan mengenyahkan kesampingan politik ala 'Tahalus as siasi' pekej peninggalan aruah Dato Fadzil?

Apakah di era Hadi pas kehilangan arah? satu permulaan zaman penjinakan Melayu nasional dengan Melayu islamis. Apakah era mengasak 30 tahun dahulu, budaya kerja berpolitik yang tidak menyemarakkan keuntungan berpihak kepada Pas? laluan mana yang sedang dicari arah mana yang hendak ditujui. Pandangan kita terhenti di sini. Ruangnya kian berkabus.








1 comment:

asd said...

ArmaniQQ

Ayo Main Di Situs Poker Online Terpercaya Yaitu Situs ARMANIQQ

Dengan 9 Permainan 1 User ID (NO BOT) (NO ADMIN) FAIRPLAY Player vs Player 100%
Daftar Dan Mainkan Sekarang
Memiliki Bonus Bonus WOW

• Bonus Turnover mingguan 0.5%(Dibagikan Setiap Minggu)
• Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)

Ayo Segera....Mainkan Sekarang Juga

Hanya Minimal Deposit Rp 10.000 Dan Minimal Withdraw Rp 20.000
(Bisa deposit Dengan E-Money OVO,GOPAY,GOJEK)

Siap Melayani 24Jam Non Stop Setiap Hari nya

Link alternatif : armaniqqs.info | winterarmani.club