Saturday, April 1, 2017

RUU 355- KITA TAHU SIAPA PENGHALANG?-Kata Hadi








OLEH JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SEHINGGA kini kita ketahui bahawa RUU 355 itu mungkin tidak akan sampai ke mana. Kisahnya caca merba belaka. Bermula dengan Hudud turun ke RUU 355. Diusung privite bil ke Parlimen. Kemudiannya ditangguhkan. Pas gembira seketika kerana merasakan betapa kali ini mereka akan berjaya. Umno tidak akan menipu lagi, kalau menipu juga, ada pemimpin Pas kata kita perang semula. Umno pada saya tidak patutlah dituduh penipu. Sebaliknya mereka pintar dalam muslihat politik. Tentulah mana-mana partai politik itu akan kalah dengan Umno jika bersikap betul bendul.

Bertempik sorak tentang RUU 355. Yang teruk jadi mangsanya Dap dan Amanah. Mereka ini dipersalahkan. Mungkin puak inilah barangkali mahu di maksudkan Presiden Pas selaku penghalang menjadikan RUU 355 itu setakat ini tidak kesampaian, tergawang-gawang ke langit pun tidak ke bumi pun tidak.

Tidak sedikit yang cuba ditakfirinkan, ada yang sudah layak untuk ditanam di Jirat Cina, ada yang menjadi macam Ahok di Indonesia. 

Ke mana RUU 355 itu selepas ini? Mungkinkah akan terperap selama-lamanya. Ada harapankah Hj Hadi angkat semula RUU tersebut. Pun bagitu apa sikap Tuan,Pandikar Amin akan menyelak dan menyusun semula bil itu lantaran sekaligus angkatkannya ke atas. Bil tersebut mudah-mudahan dengan izin Allah akan naik ke atas siapa tahu? Masih ada harapan Hj Hadi? jangan gopoh dan menyalahkan pihak-pihak lain sebagai penghalang RUU 355. Amanah tetap ikrar akan menyokong, tapi macam Tuan Presiden juga akan melihat dahulu. Apabila ianya dapat dibentang dan dibahaskan. Amanah, saya percaya mereka akan sokong jua. Jangan marahkan Dap sampai orang melihat kita ini  keterlaluan macam kebudak-budakan. Biarkan mereka tidak menyetujui. Tuan Presiden tahu bukankah MP umno masih ramai malah mencukupi untuk mendapat simple mojoriti(122) untuk memperkasakan RUU 355 itu.

Zahid kata Umno akan bahawa RUU 355. Setuju kerana itu lebih mudah. Tapi tidak gembira juga jika Tuan Guru yang bersusah payah meneroka. Berjemur kepanasan sehari suntuk hingga ke malaman, ratusan ribu pengunjung berbaju ungu meredupkan suasana padang merbuk. Tentulah keuntungan pahala akan berlebihan jika yang empunya diri menghantarkan wasiat itu ke Parlimen. Tapi pada Tuan Guru itu tidak mengapa asalkan ianya terlaksana. Kerana itukan satu janji. Malah ada Adun yang menangis teresak-esak di dalam Dewan kerana bersungguh-sungguh sekali hendak melihat RUU itu diperkasakan. Masakan kempunan juga, air mata itu mungkin mengalir ke syurga? Bukan hanya air mata, saya percaya jika darah sekalipun jika diminta para walaunta/walaunti sanggup mencagarnya.

Tiba-tiba Najib membuat kejutan. Tidak akan membawa RUU 355 itu ke Parlimen sekalipun ianya dijanjikan oleh Zahid Hamidi. Kenapa ianya boleh terjadi bagini? Orang politik, pakar analisis, sudah tahu kesemuanya ini,"Sekilas ikan di air mereka kenal jantan betinanya". Walaunta/walaunti mungkin minda mereka tidak terjangkau hingga ke situ.

Tuan Guru tidak sesiapa yang menghalang RUU itu. Mungkin caturan strategiknya tidak menepati sasaranya. Jika kita mempercayai Umno keseluruhan akan menyokong itu jawapan yang belum pasti. Tapi apa pun Umno cukup senang jika ia bermula dengan Hudud kemudian menjadi RUU kesannya dapat memporak perandakan PR. Apakah import ini diluar jangkaan kita, ataupun kita juga sengaja malah turut sama merencanakannya.

Justeru itu secara berterus terang peringatan saya kepada Tuan Guru, tidak alternatif lain selain tumbangkan umno terlebih dahulu barulah boleh berbica perkara sebagitu. Sedarilah Pas cuma kini tinggal 14 MP di Parlimen siapa yang akan gusar dengan hasrat sepertimana yang cuba ditawarkan itu. Kuasa politik menentukkan segala galanya. Sedarlah Pas partai kecil. Kekuatannya sekadar mengaum dan berteriak di perhimpunan besaran yang disengajakan. Namun, strategi politik cerdik dan pintar juga akhirnya yang menang.

Saya percaya tidak sesiapa sekalipun mahu menghalang usaha tersebut. Barangkali Tuhan tangguhkan dahulu kerana mekanisme dan strateginya barangkali tidak menepati sasar yang hendak dicari. Masakan kita tidak habis-habisan mempersalahkan Amanah dan Dap sebagai sekutu penghalangnya kegagalan RUU 355 diangkat ke Parlimen.

Tidak siapa yang bersalah, jika kita berani mengkritik diri sendiri. Dan bersedia akur akan kelemahan kita sendiri.