Saturday, August 22, 2020

AKURLAH TANPA ANWAR OPOSISI TIDAK KE MANA...?

 
 
 
 
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
               Penulis Bebas
        

TONGGAK kekuatan PH pelengkapnya PKR-DAP-Amanah(dulunya Pas). Jika tergoyang hakisan keyakinan antara ketiga tiga komponen Pembangkang ini, percayalah momentum oposisi tidak mampu berkocak. Persada politik tiada bergelombang. Kocakan langsung tiada akan menjadi. Parti baharu Tun PEJUANG rantaian dahulunya PPBM(BERSATU) hanya sekadar pelangkap yang menumpang. Ibarat sebatang galah pendik yg hanya diperlukan jika tunjang galah panjang tidak kesampaian.

Jika mahu melihat PH menang lagi di PRU ke 15 ketiga tiga wadah utama ini yang saling lengkap melengkapi tiada wajar sama sekali dihantui kecurigaan.Ingat 20 tahun dahulu Anwar Ibrahimlah pencetusnya. Tanpa Tun, Tun hadir disaat saat momentum Anwar sedang memuncak.Parti PEJUANG boleh bersama. Tapi cukuplah Tun bukan lagi PM.

Jangan sesekali mengenepikan Anwar. Jatuh bangun parti oposis kita wajib bersama Anwar.Dan kembalikan politik pembangkang yang bermaruah dan berprinsip. Mandat rakyat yang hilang sukar untuk dikembalikan semula. Penentuan adalah mari kita memulakan mandat baru berhadapan dengan rakyat dalam PRU ke 15 akan datang.
 
Boleh bersama parti PEJUANG, tapi jangan sampailah kita berpecah. Asasnya tiga partai PKR-DAP-Amanah jangan berbalah. Ingat tanpa PKR tiada kekuatan untuk DAP. Amanah amat jauh sekali. Tanpa DAP juga PKR tidak akan kesampaian.Apakan daya dengan Amanah pastinya terkontang konteng.
 
Tun boleh bersama PH jika mahu. Tapi pastikan kali ini giliran Anwar PM. Jangan pergi jauh sampai mencari Shafie Afdal. Mengarut dan menjahamkan PH. Tun terimailah hakikit betapa kehebatannya tiadalah seberapa. Jika DAP dan Amanah mahu kecundang ikutilah parti PEJUANG.

Ingat UMNO-PAS dan BERSATU Mahyudin semakin mengikat kukuh.Sedangkan PH kini kian longgar ikatanya. Percayalah asas yang kukuh dalam PH komitmen dan kesetiaan antara ketiga tiga wadah PKR-DAP dan Amanah tidak wajib bersangka buruk antara satu sama lain.
 
Nama Anwar itu amat mengikat parti oposisi. Jangan membiarkan Tun memperkotak kotikkan kita.Percayalah parti Tun itu tidak akan boleh pergi lebih jauh lagi. Ingatlah pemimpim pemimpim Amanah dan Dap pastikan kita kekal bersama Anwar.
 
Jangan berpaut cuma disebatang galah yg pendik.Menanti debaran PRU ke 15. Tiada lagi harapan untuk kembalikan mandat rakyat. Terpulanglah Amanah dan Dap.





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments: