Saturday, February 28, 2009

RENCANA SIAPA MAHU MELUMPUHKAN ANWAR????????????......


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SELEPAS Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2 September 2004, suatu hari yang mencatatkan sejarah politik Tanahair apabila Mahkamah Persekutuan di Palace of Justice(Istana Keadilan) di Putrajaya membebaskan tokoh “Pembaharuan Asia” DSAI kepada saya, ianya membawa erti sebuah kemenangan besar bagi seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kesejahteraan khasnya buat para pejuang reformasi.

Pada saya Anwar Ibrahim merupakan sesatunya ikon politik yang menjadi objek tarikan dunia. Kehadiran beliau semula dalam kancah politik Tanahair cukup mengerumkan UMNO-BN malah sekali gus aura dan karisma Anwar mampu menggongcangkan seluruh jiwa raga para konspirator politik tertinggi dalam UMNO waktu itu.

Analisa dan ramalan saya itu hampir 100% benar dan tepat. Akibatnya UMNO-BN hilang dominasi kekuatan politik mereka selama ini apabila gagal mempertahankan suara kekuatan mereka 2/3 di Parlimen. UMNO-BN turut kalah di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan hilang Wilayah Persekutuan.

Catatan dalam buku saya yang berjadul “ANWAR IBRAHIM Selepas PEMBEBASAN”,saya optimis dan yakin suatu masa jika ditakdirkan Tuhan beliau akan kembali menjadi Perdana Menteri kerajaan Malaysia yang baru melalui politik bersama barisan Pembangkang.

Kebangkitan semula tokoh “Pembaharuan Asia” itu cukup terserlah. Segala rencana kuncu-kuncu UMNO yang mengelilingi Tun Dr Mahathir tiada berjaya membunuh kerjaya politik Anwar sekali pun beliau di penjara, dipukul, dipermalukan dengan rentetan skendal liwat yang mencemarkan nama negara yang mana busuknya menerjah sampai ke langit. Tetapi, Anwar mampu menawan hati seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum. Anwar Ibrahim tetap menjadi idola pilihan rakyat mutakhir ini.

Terang dan terserlah kerjaya politik Anwar membangkitkan gelombangnya semula. Disebalik kegagalan usaha membunuh politik DSAI tiada berjaya. Maka bermulalah strategi baru oleh msuh-musuh politik Anwar melalui pelbagai rencana bertujuan melemahkan pergerakan politik Anwar dengan mencetuskan siri-siri politik menyerang Adun-Adun dari Pakatan Rakyat. Contuh insiden di negeri Perak akhirnya melibatkan campurtangan pengaruh Istana membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tersebut baru-baru ini. Serangan nekad itu motifnya untuk melemahkan pergerakan politik Anwar Ibrahim.

Sesudah kejayaan mereka di Perak, maka berlanjutan siri-siri serangan terhadap Adun-Adun PKR yang membawa kepada perletakan jawatan calun PKR, Bukit Selambau, kemudian menyusul pula kejutan pendedahan gambar bogel Adun PKR Bukit Lancan, Elizabeth Wong. Tiada terhenti,ianya berterusan turut memalitkan wajah Menteri Besar, Selangor, Datuk Khalid dengan isu pemberian lembu korban. Siri-siri direncana serentak bertujuan untuk melemahkan rencana Anwar Ibrahim sesudah mereka tiadak berjaya menghancurkan kebangkitan semula politik tokoh “Pembaharuan Asia” itu.

Inilah motif sebenar siapa yang merencanakan supaya suasana kekecuhan dalam parti PKR agar sekurang-kurangnya mereka kira dapat menyekat batasan pergerakan politik Anwar Ibrahim yang akan berusaha bersama Pakatan Pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara dari UMNO-BN ke Pakatan Rakyat. Inilah rahsia-rahsia disebalik siri-siri serangan terhadap Adun-Adun PKR sesudah mereka gagal menyerang seluruh batang tubuh Anwar dengan label-label palitan yang memalukan di mana seluruh rakyat Malaysia mengetahuinya. Maka usaha mereka bagi melumpuhkan pergerakan politik Anwar dengan mengadu-domba Adun-Adun PKR, suapan-suapan dihulurkan, ugutan, penculikan, siri-siri pendedahan akan berterus terhadap PKR, kerana pada itulah sesatunya kaedah untuk melumpuhkan pergerakan Anwar untuk kembali menguasai politik negara.

No comments: