Friday, September 25, 2015

PAS SUDAH GANTI UMNO-TAHNIAH






 
OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

TIDAK siapa yang cemburi jika Presiden PAS, Hj Hadi Awang mahu mengambil alih peranan UMNO. Jika PAS mahu mengambil alih peranan UMNO. Maknanya UMNO boleh berehat, serahkan kepada PAS untuk membawa mesej UMNO. Kalau dulu UMNO sering menuduh PAS sebagai boneka DAP dan PKR. Sekarang peranan tersebut telah mula diambil alih PAS pro ulama Hj Hadi. Tahniah PAS bijaksana sungguh Partai Islam itu berpolitik.............

UMNO tidak perlu bertindak apa-apa. Serahkan kepada PAS. Hj Hadi akan jadi hero menentang Pakatan Harapan. Kini Hj Hadi sudah mengambil alih peranan UMNO, kini UMNO tidak perlu lagi melabel PAS boneka DAP dan PKR. Sebaliknya PAS pro ulama Hadi pula menuduh Amanah Negara sebagai boneka DAP. PAS tidak lagi jadi boneka DAP. Tetapi, bertukar kulit mahu menjadi boneka UMNO. Kenapa saya menyatakan demikian, kerana PAS sudah mula memainkan peranan yang sebelum ini yang menjadi amalan UMNO bertukar menjadi amalan PAS pula. Pelik sungguh politik PAS. Mungkin parti islam itu sudah nyanyuk. Amanah akan bangkit mengantikan PAS. Tunggulah PAS musibah akan menimpa parti islam itu apabila cetaknya kepimpinan pro ulama Hj Hadi akan gagal mengurus tadbirkan partai tersebut ke arah politik arus perdana yang holistik. PAS pastinya akan kecundang bila keseorangan.

Wednesday, September 23, 2015

BILA PAS TIDAK RELEVAN LAGI

  OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

PERKEMBANGAN politik PAS mutakhir tidak memperlihatkan sebuah parti politik yang matang dan dinamik sekalipun sudah menjangkau ke usia 64 tahun. Jika mengandaikan PAS itu sebagai seorang individu, ianya lahir dari spesis manusia yang kurang akal kecedikannya. Perkembangan demi perkembangan politik PAS tidak menampakkan ia manpu berdaya saing dalam kancah politik Malaysia.

Dewasa ini PAS kelihatan semakin tidak relevan dengan perkembangan politik semasa. PAS apa pun iniasiatif yang diambil untuk memecut kejayaan. Hasilnya tidak pernah membanggakan. Kemenangan berpolitik dalam pentas berdemokrasi di Malaysia sentiasa diungguli oleh UMNO-BN. UMNO cekap dalam percaturan(bidak-bidak politik). PAS era ulama pro-Hadi semakin lembab lagi tidak cerdas. Politik baru PAS penuh emosi dan persepsi. Politik tanpa fakta dan strategi. Manifestasi yang diperlihatkan ini tidak membangunkan kecerdasan minda berpolitik pimpinan pro ulama Hj Hadi.

Saya fikir PAS akan bertambah teruk dan buruk lagi tanpa bersama mereka golongan profesional yang membangun membawa PAS ke era kecemerlangan di sebelum Muktamar ke 61 Jun 2015 lalu. Kehilangan rakan profesional dalam PAS dewasa ini menjadikan PAS ibarat seorang pesakit yang kehilangan darah yang amat banyak sekali. Banyak sekali darah baru yang terpaksa pula dihisap masuk ke dalam tubuh PAS.

Politik PAS kian lapuk dan tidak relevan. Lagi pelik dan ganjil sekali apabila ramai  tokoh-tokoh baru PAS era pro-ulama Hj Hadi menyatakan tujuan mereka berpolitik bukan untuk menang. Biar kalah asalkan mendapat reda Tuhan. Perjuangan politik mereka melawan UMNO-BN semata-mata untuk mencari reda Ilahi. PAS tidak mahu ke Putrajaya. Pemimpin mereka memberitahu ahli-ahli empayar politik mereka cukup kuat dan kebal. Cuma dari Dungun ke Kota Bahru. Relevenkah idea ini dicetuskan. Pada saya amat pelik sekali masuk bertanding tidak mahu menang? Dalam dunia ini tidak ada jenis spesis manusia macam ini, Kalau kita tanya orang gila pun dia akan jawab bila masuk bertanding misti hendak menang.

Akibat dari sikap tidak berbuka, menjadikan PAS tidak pandai hendak berkawan. Bila kita keseorangan, bersendirian akan menjadi bak kata "Kera sumbang". Tanpa menjalinkan hubungan persahabatan. PAS kian terpinggiri, ketinggalan dan kesepian. Hendak menang dalam politik demokrasi di Malaysia misti ramai bersahabat. Walaupun berbohong mengatakan PAS kuat bila berkeseorangan. Persilatan tuan pastinya kecundang. 

Pada saya perkembangan politik terbaru PAS pasca ulama pro Hj Hadi bukan sahaja tidak relevan. Saya amat bimbang takut PAS akan secara perlahan-lahan menjadi parti yang pupus spesisnya di negara ini. Saya percaya islam akan menang kerana ia dalam pemiliharaan Allah. Tetapi, PAS belum tentu lagi. Kerana PAS bukan Islam dan islam bukan PAS. Ahli-ahli PAS jangan tersilap pentafsiran selama-lamanya. Kesedaran Dr Siti Mariah Mahmud dengan berani beliau menegaskan,"Keluar PAS tidak semistinya keluar islam" Mariah sudah mulai nampak cahaya keluar dari hujung terowong gelap menyelimuti perjuangan beliau bersama PAS hampir 20 tahun lebih kurang. Merdekakah Dr Siti Mariah mutakhir ini. Mudah-mudahan Dr Mariah tidak melakukan kesilapan selama-lamnya.

Kepada ulama pro Hj Hadi ingat PAS ada kitaran hayatnya. Tamadun Firaun jatuh dengan kebangkitan empayar Rom dan Parsi. Rom dan Parsi juga kecundang tidak manpu menyekat perkembangan islam. Namun, tamadun islam juga jatuh apabila gagal berhadapan dengan pertembungan tamadun moden Eropah Barat. Pun begitu empayar tamadun moden Barat juga sedang mulai menuju proses dihujung kehancuran. Cina sudah mengira betapa tamadun mereka pula selepas ini akan digiliri demi menguasai tamadun dunia.

PAS kena ingat masa untuk partinya jatuh sudah hampir tiba. Mungkin jangka hayat PAS lebih pendik dari UMNO. Sekalipun UMNO sekarang sedang bergelut dengan pernafasan talian hayatnya mulai tersekat-sekat. PAS juga hampir serupa dan senasib dengan UMNO. Bimbang sekali takut PAS akan jadi partai tidak relevan dan kemudiannya perlahan-lahan menjadi pupus dalam jangka masa 30 tahun lagi. Jaga PAS baik-baik puak-puak pro ulama Hj Hadi, jangan sampai ia diucapkan selamat tinggal...........

Monday, September 21, 2015

PERMAUFAKATAN UMNO-PAS MENGHAMPIRI KE GARIS KENYATAAN


 




 
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SEJAUH mana usaha-usaha ke arah politik kerjasama UMNO-PAS tidak dapat dipastikan. Namun, perkembangan politik mutakhir, menifestasinya menghambat apa yang di gembar gemburkan bahawa PAS semakin mabuk di lamunan cinta terhadap UMNO. Saya dalam tulisan ini hampir percaya PAS akan bekerjasama dengan UMNO sekalipun keyakinan itu tidak 100%.

Hujah mudah saya kemukakan di sini. Buat tatapan ahli-ahli PAS, betapa kerjasama  PAS-UMNO tidak mustahil. Tuan Peresideng cukup berminta sekali hendak bersenggama dengan UMNO. Kita cuma menanti masa dan ketikanya sahaja. Kerjasama bagi membentuk kerajaan UMNO-PAS di Perak dan Selangor telah dicuba dan diusaha selepas PRU ke-13 tetapi tidak berjaya. Di Perak ia dihalang oleh Ustaz Ahmad Awang dan di Selangor ditentang oleh Sdr Khalid Samad. 

Isu UG empat kali dikatakan kepimpinan PAS bertemu dengan Pak Lah tanpa pengetahuan Tok Guru Nik Aziz juga menjadi rahsia terbocor tidak dapat dipersembunyikan lagi. Kita tahu siapa dalang-dalangnya. Yang sedihnya ahli-ahli PAS tidak dapat memahami realiti ini. Kiranya realiti ini terjadi. Saya percaya ramai sekali ahli-ahli PAS akan menangis. Tapi ingat wahai ahli-ahli PAS ia tidak mustahil.

PAS sekarang tersepit. Putus hubungan dengan DAP bukan sesuatu yang terjadi tetapi, ia sudah dirancang. Ke manakah PAS sesudah ini. PAS sangat lemah. Himpunan besar-besaran puluhan ribu, tidak menjadi fakta ukuran untuk PAS menambah kerusi mereka dalam PRU akan datang. Saya meramalkan PAS pertama sekali sekiranya tidak bersenggama dengan UMNO-BN ia akan kalah dalam PRU akan datang di Kelantan. Harapan UMNO untuk kembali menakluki Kelantan  bukan impian dan khayalan. UMNO pasti melambai impian akan merampas kembali Kelantan di PRU ke 14. Tahniah UMNO, percayalah itu juga pasti adalah pertolongan dari Tuhan. Tetapi kesemuanya apa yang saya sebutkan ini dalam ketentuan ilmu Allah.

PAS kini sangat lemah, ia kehilangan terlalu banyak darah. Penambahan darah bagi memulihkan penyakit dalam tubuh parti islam itu memerlukan masa yang lama. Peluang untuk UMNO-BN menang besar dalam PRU akan datang amat cerah sekali.

Kini PAS dapat merasakan kesemuannya.  Sebab itu ia mula merindui untuk bersenggama dengan UMNO. Bisik-bisiknya sudah ada. Ketidakmampuan PAS bersendirian dalam politik amat nyata sekali. Kenyataan PAS kuat oleh Nik Amar satu kebohongan belaka. Kalau PAS bersendirian dalam PRU ke 14, diramalkan Kelantan tewas. PAS tidak apa-apa kerajaan selepas ini. Parlimen PAS hanya manpu bertahan sekitar 6-7 kerusi sahaja. Inilah yang amat menakutkan PAS. Tidak mustahil jika bersendirian sejarah itu akan diukirkan semula oleh PAS. Kenyataan Mustafa Ali PAS sedia berhadapan dengan pengkhainat parti sanggup bertanding di tiga penjuru dan mengejar mereka di mana sahaja yang mencuri kerusi PAS. Pada saya kenyataan seperti itu amat tidak relevan lagi. Berpolitik untuk menang bukan untuk kalah. Orang gila barangkali manpu berucap berlawan politik untuk kalah. Berlawan politik kiranya hendak menang misti ada strategi. Menanti pertolongan Tuhan tanpa strategi bukan caranya kita berpolitik. Tuhan akan beri apabila kita berusaha dan berikhtiar, namun juga usaha dan ikhtiar itu misti menepati strategi. Berusaha dan berikhtiar tanpa strategi. Sesekali tidak akan diberi pertolongan Tuhan. Ingatlah tuan Mustafa Ali pertandingan 2 penjuru malah 7 penjuru bukannya melambangkan pandangan orang politik yang cerdik di negara ini. Pandangan tuan amat ketinggalan, bertambah buruk lagi apabila ahli-ahli tuan bertempik allahuakhbar. Kalaulah begini nasihat tuan kepada tuan Presideng alamat kering kontanglah PAS di PRU akan datang.

Tanda-tanda PAS mahu bersenggama dengan UMNO.

1)Dalam isu 1MDB bersabit 2.6 bilion ke akaun Najib lapuran WSJ. Kata ketua nakhoda Tok Arun Din, lapuran WSJ tidak masuk akal. Mana mungkin Najib berbuat demikian. Dia boleh menyalurkan ke akaun rahsia kalau mahu berbuat demikian. Apa macam ahli-ahli PAS. Kritik atau komen. Setuju atau tidak.

2)Tuan Presideng Rusila, WSJ hendaklah bawa saksi. 1MDB dia ingat curi buah nyoir kot(kelapa). Ahli-ahli PAS boleh menilai respon pemimpin mereka, saya tidak komen.

3)Tuan Presideng kata Najib ada kelemahan tetapi tidak penyelewengan, beri peluang kepada beliau menerajui negara hingga tempuhnya. Arun Din pula kata Najib pemimpin istimewa juga berikan peluang dia menerajui negara. Fikirlah wahai ahli-ahli PAS

4)Bersih 1-2-3 PAS sertai halal. Bersih 4 PAS kata haram. Macam mana wahai ahli-ahli PAS.

5)Himpunan merah nampaknya mereka o.k . Mufti Kelantan tidak fatwa haram atau halal. Apa macam tuan mufti(tidak konsisten)

Amanah terus konsisten PAS sudah menuju kepada kitaran hayat. Boleh jadi PAS hayatnya pendik di negara ini. Bersetuju bahawa islam akan berjaya. Tetapi PAS belum tentu. PAS bukan islam dan islam bukan PAS. Islam agama Allah, PAS cuma seyunit instrument sahaja. Islam itu agama, dan PAS alatnya sahaja. Ahli-ahli PAS jangan takut, benar sekali apa yang dinyatakan oleh Dr Siti Mariah Mahmood " Keluar PAS bukannya bermakna keluar islam". Jangan biarkan kepimpinan ulama PAS mengikat tuan/puan dengan janji syurga dan bidadari. Selamat berjuang Amanah Negara biarkan PAS bersenggama dengan UMNO yang dulunya di tuduh kafir dan munafik. Apa sudah terjadi dengan PAS, letih sekali bila memikirkannya. Mudah mudahan mereka insaf.

Wednesday, September 16, 2015

KECURIAN AHLI PAS-TIDAK BERBANGKIT

 





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SELEPAS muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor masalah dalaman parti berwajah islam itu masih tidak selesai. Dari kes label melabel membawa kepada bermacam-macam lagi kes-kes baru yang timbul. Terima kasih kepada parti baru Amanah Negara kerana mereka tenang dan relex. Sebaliknya PAS kian mengelabah. Kasihan saya kepada PAS kerana sudah kehilangan ahli yang ramai.

PAS kini pada saya telah kehilangan terlalu banyak darah. Penambahan darah baru wajar di segerakan. Kalau tidak pastinya akan ada lagi jangkitan penyakit-penyakit lain.Itulah akibatnya big bos misti bertindak bijak dalam menanggani permasalah dalaman parti. Masalah dalaman parti bolehlah diibaratkan sebagai penyakit. Penyakit misti dikenalpasti dan tindakan berubat/merawat hendaklah disegerakan. Kalau membiarkan ianya akan merebak, menjadi lemah, tidak berdaya tahan, tidak cerdas dan pintar, nyanyuk, sering marah-marah, bercakap angkuh, sombong malah boleh membawa ke lubang maut.

Parti PAS sudah lama berpenyakit, big bos menyumbunyikannya dari pengetahuan para ahli parti. Penyakit perbezaan pendapat gagal diuruskan dengan baik. Satu pihak mahu terus mempertahankan Pakatan Rakyat, satu pihak mahu bersama UG. Puak UG tidak mahu lagi ke Putrajaya. Ke Putrajaya melalui bahtera "Thahaluf al-Siassi" dikatakan oleh big bos mullah Rusila sudah tidak islamik kerana syarat-syaratnya telah dilanggari(haram bersama dalam bahtera itu) . Bahtera itu tidak boleh di pergunapakaikan lagi. Satu pihak mahu teruskan juga tanpa berpusing ke belakang semula. Kerana mereka berpendapat langkahan perjalanan sudah terlalu jauh. Impian sudah nampak terbayang. Matlamat hampir tercapai.

Krisis berlaku, big bos membiarkan. Kompas arah tuju perjalanan dipusing ke arah lain. Ada yang mula dikatakan menebuk lubang kapal, ada mencarik layar bagi mematikan haluan.

Sekarang bahtera sudah hancur. Yang berbeza pendapat mula ditudah sebagai penderhaka, tidak wala, pengkhainat, jebon, pelacur anjing, munafik hariki, syaitan, prasit, tikus,nyamuk, anjing, babi, baiah,sumpah, talak, taklik. Begitu busuk PAS hari ini menerjah baunya sampai ke langit. Sebab itu sebarang penyakit hendaklah diobatkan segera jangan sesekali membiarkan mereka mengerang kesakitan terlalu lama. Bila merebak inilah padahnya.

Hari ini 16 Sept 2015, lahirlah parti baru Amanah Negara. Tidak benar sekali segala telahan oleh Nik Amar bakal bayi akan dilahirkan itu untung nasib boleh jadi cacat, ataupun mati di dalam perut ibunya. Terjahan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu sama sekali tidak benar. Di sebalik rupa-rupa bayi tersebut bukan sahaja tidak cacat celanya. Tetapi comel , cantik dan baik sekali rupawannya.

Saya takut bila bayi ini bakal membesar dan remaja nanti. Irasnya lebih bertambah cantik,lawa ,manis malah menjadi jelitawan. Kalau ini terjadi saya takut adik-adik kita yang membesar dan remaja bersama dengan kelahiran bayi Amanah Negara itu akan menjadikan faktur daya tarikkan kuat terhadap adik-adik dari PAS dan akan meninggalkan PAS beramai-ramai kerana kegilaan puteri nan rupawan bernama "Amanah Negara".

Tidak mustahil, kini sudah ramai ahli-ahli PAS menyertai Amanah Negara. Inilah yang memeningkan kepala tuan big bos dari Rusila. Tidak berbangkit bilamana didakwakan bahawa berlakunya kecurian ahli. Untuk apa PAS mengikatkan mereka lagi. Sedangkan mereka sudah mahu meninggalkan PAS. Sebab itulah big bos dan koncu-koncu disekelilingi celah ketiak mullah jangan sesekali bersikap angkuh, sombong. Jangan kata gumbira!gumbira! apabila dikhabarkan ahli-ahli meninggalkan parti. Dan jangan bergembira dikatakan itu semuanya kerja-kerja "Penapisan Ilahi" kerana Allah mahu membersih putihkan ahli-ahli PAS. Kemudian yang kotor-kotor(sekular/leberal) akan dikeluarkan tersendiri dari PAS.

Ingatan saya jangan angkuh dan sombong, jangan sesekali kita menghalau para ahli keluar parti. Inilah musibahnya. Selepas ini sekiranya ramai lagi berduyun-duyun bertindak meninggalkan PAS menyertai Amanah bukan mustahil. Dalam politik boleh terjadi segala-galanya. Jangan sampai ramai lagi ahli-ahli memulakan langkahan dan melambai-lambaikan tangan sebagai tanda gamitan mereka mahu menaiki bahtera baru bernama Amanah Negara. Akhirnya PAS akan jadi macam parti Refah pimpinan Dr Necmiteen Arbakan, apabila ahli-ahli parti Refah di Turki menyertai AKP, Tayib Ardogon. Jangan lagi sesiapa dari kalangan pemimpin tertinggi PAS merasa sombong dan angkuh, saya amat takut sekali apabila beramai-ramai ahli mengangkat bungkus meninggalkan rumah lama dan memasuki rumah baru dengan ucapan salam terakhir buat PAS "SELAMAT TINGGAL PAS!!!!!!!!!!!!" sumpah kami tidak akan kembali kepada mu lagi.

Wednesday, September 9, 2015

PAS AKAL POLITIK SEJENGKAL- JANGAN MENDUGA LAUTAN NAN LUAS

 





 OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

MASA dan ketikanya sudah tiba seluruh orang-orang Melayu/Islam menyerahkan wadah politik PAS kembali diterajui sepenuhnya oleh mullah-mullah dan ustaz-ustaz kampung. Golongan berpendidikan profesional dan berpemikiran akedamik bolehlah mengintai-intai parti islam baru(Amanah).

Kenapa saya berhujah sebagitu. Kerana PAS pasca pro-mullah Rusila menjadi semakin tertutup pandangan. Kelihatan PAS mutakhir era mullah tidak cerdik bersahabat. Bersikap bengis dan kasar. Ustaz-ustaz yang ilmuannya kadar sejengkal semakin berlagak sombong dan amat angkuh. Jangan sesiapa mahu cuba berbeza pandangan dengan mereka. Nanti ditudah tidak wala dan akan diterjah supaya keluar parti. Jiwa yang kotar tidak sesekali dibenarkan bersama dengan PAS. Pergi berambus!

Biarlah mereka berpolitik cara mereka. Mentaati mullah seseakan menjadi satu kewajipan. Kerana mullah-mullah mereka adalah pewaris Nabi. Keperibadian mereka diukur sebagai amat suci dan putih bersih, malah berbau harum mewangi semerbak.

Bersama dengan parti islam baru. Mulakan politik besar bersifat "rahmatan lil alamin", politik merentasi batasan kaum, bangsa, adat, budaya malah agama. Biarkan PAS dengan retorik islam mereka yang kasar dan keras. Harapan Baru tampil dengan wadah yang berjiwa lembut. Bersahabatlah dengan seramai mungkin rakyat kepelbagaian kaum di negara ini. Jangan menepuk dada bahawa kitalah yang benar dan serba mungkin. Orang lain salah belaka.

Harapan Baru belajarlah mengenali resipi politik demokrasi ala Malaysia. Politik yang berasas mekanis dan strategik. Hukum politik demokrasi tanpa pintar kita menghetong ilmu metamatik percayalah pastinya sesuatu parti itu akan tewas dan tertinggal selama-lamanya. Harapan Baru belajarlah menjadi pemikir yang kritis lagi cerdas dan jangan jadi angkuh bodoh sombong macam PAS kepimpinan mullah dari Rusila.

Harapan Baru marilah kita berfikirkan begini. Ojektif kita berjuang dalam medan politik matlamatnya untuk mencapai kemenangan. Kalau kita mendakwa betapa penglibatan dalam perjuangan di medan politik demokrasi di negara ini tidak bermatlamatkan kemenangan. Sebaliknya sekadar masuk politik kerana hendak mencari redai Ilahi. Biarkan gerombolan mullah-mullah kepimpinan dari perkampungan Rusila berhujah sedemikian. Kempimpin Harapan Baru jangan berperangai seperti mereka-mereka itu. Kita berjuang wajib untuk mencari kemenangan disamping redai Ilahi. Bukannya semata-mata redai Ilahi namun, sanggup kalah berpanjangan.

Selagi mana Harapan Baru tidak menggariskan beberapa plan kecerdikkan(pintar) demokrasi Malaysia tidak akan menjanjikan kejayaan di pihak kita. Percayalah kalau tuan(Harapan Baru) menanamkan dibenak pemikiran sepertimana acuan kepompong politik ala mullah Rusila. Ia amat menyeronokkan UMNO. Biar mullah Rusila terperangkap dengan bidak-bidak caturan politik UMNO yang sentiasa memerangkap PAS digerubuk yang sama. Biarkan PAS menawarkan diri mereka untuk menjadi tongkat baru bagi menyambung rangkaian pernafasan talian hayat UMNO-BN yang sudah ditinggali oleh orang-orang Cina.

Kalau kail panjang sejengkal-jangankan lautan nan luas hendak diduga. Kita biarkan PAS mati di ribaan UMNO-BN selepas ini. Perkuatkanlah semula permaufakatan baru 2.0. Atur mekanisme dan strategis politik yang matap. Congakkan ilmu sains metamatik beraras tinggi. Bentuklah satu konsensus yang kemas dan jitu. Muktamadkan setiap keputusan yang diproses dalam sesuatu kaedah melalui berpermasyuaratan. Jangan lagi kepimpinan Baharu menjadi culas untuk menghadirkan diri dalam perbincangan kolektis berparti. Pun begitu juga jangan menderhakai nilai-nilai unggul keputusan bersama, di dalam lain di luar lain.

Saya percaya kepimpinan barisan Harapan Baru(Amanah Rakyat) rata-ratanya diungguli tokoh-tokoh hebat malah ianya amat terbukti sekali mereka rata-ratanya berjiwa waja dan kental. Puluhan tahun pengelaman pahit-getir malah mampu merentasi bilamana dirempuh badai mennah dan tribulasi diketika bersama-sama dengan PAS suatu ketika dahulu. Biarkan PAS terjun dengan labu-labu.


Thursday, September 3, 2015

BAI'AH- PAS MENJUAL POLITIK MURAHAN


 
 




 OLEH :JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

MENGENANGKAN nasib yang menimpa Dr Hatta Ramli, saya bagaikan mahu menitis air mata. PAS kini menjual dan menjaja politilk yang sangat murah nilainya. Tanpa segan dan rasa ngilu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub dan Timbalannya, Datuk Nik Amar kian bertambah galak mencanangkan isu bai'ah dan mendakwa talak Dr Hatta terhadap isterinya sudah jatuh, bukan satu tetapi tiga sekaligus kerana kini beliau tidak lagi bersama PAS. Hatta menerajui parti baharu Parti Pekerja Malaysia.

Saya fikir PASlah sesatunya parti politik di dunia ini boleh menjatuhkan talak seseorang dengan pendekatan 'bai'ah'. Bagaimana kehidupan ahli-ahli PAS bersama isteri dan anak-anak bahgia tiba-tiba dirandung malang kerana terjatuhnya talak apabila sang bapa bermufarakah/meninggalkan PAS. Inilkah imej parti islam yang didakwa mendapat redo Ilahi. Parti yang menjanjikan syurga dan bidadari kepada setiap ahlinya.

Bai'ah itu adalah rahsia jijik parti yang sepatutnya kita selaku pemimpin islam dapat merahsiakannya. Biarlah bai'ah itu hanya di ketahui oleh pemberi dan penerimanya. Biarlah AllahSWT yang menentukan jatuh atau tidaknya talak Dr Hatta. Ahmad Yaakub dan Nik Amar tidak layak menghukum dan menjatuhkan talak seseorang. Apatah lagi menjaja sekian lama pagi dan petang. Inilah wajah kotor para pemimpin yang mengaku sebagai pejuang islam. Tidak puas mereka menghina Dr Hatta, para pemuda PAS memijak gambar beliau di Pejabat Agung PAS, memaki hamun,sebagai syaitan munafik, 'hawai fi-o", menghalau keluar parti kerana dituduh sebagai pengkhainat. Dan hari ini nampaknya Ahmad Yaakub dan Nik Amar betapa kuat dan tebalnya dendam kesumat tersumbat di sunubari mereka terhadap Dr Hatta. Ahmad Yaakub dan Nik Amar pada saya tidak rasa puas dendam mereka terhadap Dr Hatta. Inikah watak pemimpin umat islam yang memimpin rakyat Kelantan.

Maruah UMNO lebih baik dari PAS. UMNO pernah dikatakan tidak islam, malah pernah menuduh sebagai kafir. Nampaknya sekalipun sejahil-jahil UMNO mereka tidak sanggup memperlakukan perkara seburuk itu terhadap ahli-ahli mereka. Ahli-ahli UMNO boleh keluar dan masuk parti tersebut tanpa diikat dengan talak. Talak amat dimurkai Allah. Tidak seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Apatah lagi yang hidup bahgia, beranak pinak, bercucu cicit. Puluhan tahun tidur berdakapan sebantal, lena nyenak berpanjangan diuliti mimpi-mimpi indah. Tetapi segala kenikmatan itu telah dirosakkan oleh mullah-mullah PAS yang meletakan talak apabila meninggalkan parti.

Baginikah parti islam mengajar umatnya. Bagaimana Dr Hatta dapat terus bersama dengan PAS, bukankah beliau dicerca dan dimakin hamun sepanjang hari. Di halau keluar dari PAS di setiap pagi buta. Inikah model pemimpin umat islam yang ditarbiah dan dilatih oleh PAS.

Bersabarlah Dr Hatta, percayalah bai'ah itu telah musnah kerana PAS juga melanggari perjanjian bersama dalam PR. Penerima bai'ah juga akan menerima hukuman dari Allah SWT(waalhhualam). Jangan gusar dengan mereka. Dr Hatta teruskan kerja-kerja perjuangan yang bercita-cita bagi menumbangkan penguasa zalim yang telah sekian lama anda korbankan tenaga dan masa anda. Anda juga telah menyumbangkan tenaga dan titik peluh yang besar terhadap PAS. Mengorbankan kerjaya anda ditakkala zaman muda kerana tujuan untuk mengangkat dan memerbatatkan PAS di peta negara. Belum tentu PAS baru sekarang dapat membayar harga/nilai perjuang tuan terhadap parti selama ini. Dr Hatta halalkanlah sumbangan tenaga,masa,pemikiran tuan terhadap PAS selama lebih 30 tahun anda bersama parti islam. Biarkanlah apa yang mereka mahu lebelkan terhadap tuan. Sikap mullah PAS itu tidaklah menghairankan. Seluruh ahli-ahli UMNO sewaktu ketika dahulu mereka tuduh "KAFIR", inikan tuan. Percayalah Dr Hatta setiap tuduhan  itu akhirnya mereka lupa apabila mereka menjilati semula. Contuhnya dulu UMNO kafir, sekarang sudah mahu berketiduran sebantal pula. Bagitulah kerja-kerja mullah mereka. Pendokongnya akan menurut belaka. Kalau tidak dicopkan tidak wala. Doa saya untuk Dr Hatta percayalah tidak semudah itu AllahSWT akan menghukum tuan. Biarkan Ahmad Yaakub dan Nik Amar merasakan mereka sudah cukup besar dan hebat untuk berbuat demikian. Sewaktu mengangkat 'bai'ah' itu niat dalam hati hanya tuan dan Tuhan sahaja yang tahu. Justeru itu jangan sesekali tuan lemahkan semangat, teruskan perjuangan bersama-sama Harapan Baru.
Terima kasih Dr Hatta.