Friday, April 8, 2011

VIDEO LUCAH TRIO DATUK T GAGAL MENOLAK ANWAR DARI PERSADA POLITIK NASIONAL

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)


jamalmd09@yahoo.com


ANWAR harus terus gempur BN Serawak, usah perdulikan sama sekali sandiwara pelaku-pelaku disebalik penyebaran video lucah. Rakyat berhak untuk menilai kerana ianya telah disebar secara meluas melalui koncu-kuncu blog UMNO dan media massa talibarut mereka. Sudah puas koncu-koncu mereka bersandiwara, pihak polis di mana waktu siasatannya belum selesai sudah diumumkan ianya tulin, bukan soal tulin atau tiada, tetapi siapa sebenar pelakunnya. Wajah iras Anwar, tetapi belum pasti ianya Anwar? Teknoloji hari ini semakin tinggi,wang palsu boleh dicipta dan sukar sekali untuk dikesan, telor tiruan juga sudah memasuki pasaran, apatah hendak dihairankan dengan video lucah kerana tekniknya boleh direka cipta.


Saya percaya tiada ramai rakyat yang mempercayainya. Kecuali setengah daripada ahli-ahli UMNO tegar. Orang PAS sukar hendak menerimainya, orang Cina dan India juga ramai. Dan saya amat cukup yakin sandiwara video lucah Trio Datuk T tidak berupaya untuk mengeluarkan Anwar dari persada pentas politik Nasional. Rencana tersebut adalah antara rentetan serangan demi serangan untuk menyukarkan pergerakan Anwar dalam mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat untuk menawan Putrajaya. Sandiwara ini akan lebih mempertingkat rakyat jelata menjadi lebih bersimpatik dengan Anwar.


Penentang dan musuh-musuh politik Anwar sudah kehabisan idea untuk menamatkan kerier politik DSAI. Anwar tiada akan tumbang dengan serangan Trio Datuk T yang mendapat perlindungan elit atasan politik UMNO. Anwar hendaklah istiqamah dan konsisten, insyaalah laluan mudah untuk beliau akan sampai ke Putrajaya kian hampir. Rencana jahat ini tiada akan berupaya mematikan gerak langkah politik Anwar, kerana kekuatan Anwar rakyat bersamanya. Siri-siri fitnah itu sekadar ujian, dan tiada semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras dapat menerima segala fitnah-fitnah dan pakatan jahat terhadapnya selama ini. Insyaalah Anwar akan menang.

Wednesday, April 6, 2011

ANWAR TERUSKAN-JANGAN TUNDUK DENGAN FITNAH MUTAKHIR




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)



SEMAKIN hebat semakin berat ujian getir terhadapmu DSAI, dari isu liwat 1997/1998, ke isu fitnah ke 2 kes Shaiful dan terkini Dato T dengan kembara video lucah yang menggegarkan. Apa pun rencana dan pakatan jahat untuk menamatkan kerjaya politik Nasional anda belum tentu berjaya. Waktu anda di penjara Sg Buluh dahulu, para konspirasi politik dalam UMNO telah berkenduri besar bagi merayakan kejatuhan anda dari pentas politik negara. Tetapi percayai wahai DSAI terhadap segala apa yang ditakdirkan oleh AllahSWT melalui firmannya "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangnya kecuali Dia. Dan jika AllahSWT menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA, Dia memberi kebaikan itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYA. Dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang(Surah Yunus ; ayat 107) Harapan saya sekalipun hebat dan segetir mana usaha mereka untuk memindahkan kamu dari persada politik Nasional belum tentu mereka akan berjaya. Jatuh bangun semula, masuk keluar penjara, konspirasi, fitnah dan terkini sebaran video lucah yang cukup memalukan bukan sekadar anda dan seluruh keluarga, tetapi kesan amat mendalam terhadap satu jenerasi Melayu mutakhir. Sekalipun pentas politik Melayu disimbah kekotoran yang menjijikan. Belum tentu DSAI akan tewas dalam politik Nasional. Pada saya ini ujian dan sunatulah terhadap pejuang tulin dan kental. Diuji, diseksa, dipenjara dan difitnah oleh musuh-musuh politik dan akhir anda akan kembali menguasai politik Nasional. Inilah yang amat menakutkan tokoh-tokoh besar UMNO terhadap anda. Justeru itu, ia tidak harus merasa gusar dan menghairankan, memang fitrahnya bagitu. Jangan perdulikan halangan itu dan "LAWAN TETAP LAWAN".