Sunday, April 29, 2018

NIK OMAR-TIDAK JALAN SILAP TERUSKAN











OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

ANA fikir Nik Omar memilih jalan yang betul.Tiada ada yang salah dan silap.Meneruskan legasi peninggalan TGNA.Hormatilah pemilihannya itu dengan perasaan hasnuzon.Berikanlah ruang untuk beliau bersama PH.Jangan sesekali menuduh dan menghukum secara keterlaluan dan membabi buta.

Nik Omar ada hak untuk membuat pilihan.Tiada murtad dan tiada jatuh akidah bila memilih Amanah.Malah kita bersama berjuang untuk merubah pemerintah negara kepada yang lebih baik. Membangkitkan isu anak derhaka. Macam politik budak-budak main tempurung. Ana pasti sudah tentu Ibu Nik Omar tiada berpendirian sedemikian. Nik Omar bukan budak hinggusan untuk  mana-mana puak menentukan pilihannya berpolitik, apatah lagi demi meneruskan legasi aruah TGNA.

Berpada padalah kita dalam menjatuhkan hukuman terhadap seseorang bilamana mereka berbeza pendapat dan tiada bersama dalam jemaah kita.Jangan sesekali kita meletakkan kitalah yang membuat pilihan yang betul. Dan mana-mana individu yang tidak bersama kita maka mereka mereka itu layak di labelkan pelbagai label-label yang karut marut dan tiada masuk akal.

Selamat berjuangan Nik Omar selamatkan Kelantan.