Friday, October 1, 2010

SANDIWARA UMNO PULAU PINANG



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SANDIWARA UMNO Pulau Pinang menyerlah satu lagi kejahilan dalam mentafsiri hukum-hukum Islam. Pandangan dalam Islam jelas, di mana wang judi arak yang diberikan kepada orang miskin tidak bercanggah sama sekali. Penerima-penerima tiada terjejas keislamannya. Yang berdosa dan bersalah adalah penjudi-penjudi.

Menderma wang judi dan arak untuk kepentingan umum adalah dibolehkan dalam ajaran Islam. Sekali lagi UMNO Pulau Pinang mempolitikkan isu yang seolah-olah meludah ke langit yang kesudahannya jatuh menimpa batang hidung sendiri. Terserlah sandiwara UMNO memakan tuannya lagi.

Persoalannya bagaimana pula dengan hasil kutipan cukai kerajaan pusat terhadap premis-premis judi, Toto, Empat No, arak dan lain-lain, sudahkah UMNO Pulau Pinang pasti ke mana hasil cukai tersebut yang disalurkan oleh kerajaan pusat? Salahkah kiranya wang hasil kutipan cukai kerajaan pusat terhadap premis empat No, toto dan arak itu disalurkan bagi membayar gaji kakitangan kerajaan, untuk pembenaan-pembenaan kepentingan umum. Apakah UMNO Pulau Pinang tiada sedar tentang perkara ini sekian lama terlah berlaku dalam kerajaan pusat?

Disamping itu sikitkah agen-agen UMNO yang adakaitan dengan perniagaan saham-saham dalam bentuk perjudian di Negara ini? Apakah orang-orang UMNO bebas dari terlibat dengan perkara tersebut.

Nampaknya UMNO Pulau Pinang kehilangan kewarasan pemikiran dalam usaha untuk menghadapi kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Apa bezanya antara Lim Guan Eng dengan Tan Kho Soon dan Lim Chong Eu. Justeru itu kemukakan idea-idea yang bernas bagaimana hendak memperkuatkan orang-orang Melayu di Pulau Pinang, dilemma Melayu Pulau Pinang sejarahnya adalah 50 tahun berlalu dan ia ada kaitan dengan kepimpinan Melayu dalam UMNO itu sendiri.

Tuesday, August 31, 2010

PAS MISTI LEPASI POLITIK PERKAUMAN/AGAMA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com


PARTI ISLAM SE MALAYSIA(PAS) kini telah menuju kematangan politik. Kematangan politik terbaru dalam PAS mutakhir amat merisaukan UMNO. Hasil daripada permaufakatan PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, mula memperlihatkan betapa PAS telah malangkah sekali gus berupaya merentasi kemelut perkauman dan kesempitan agama.

Detik mutakhir politik Malaysia memperlihatkan PAS maju ke depan berbanding dengan UMNO. Persoalan terbaru gagasan Islam yang dikemukan oleh PAS sudah tiada digusari lagi oleh kalangan bukan Islam di negara ini, terutama sekali DAP sudah menunjukkan perubahan sikap yang amat positif. Persoalan kontrovesi baca Kutbah Jumaat di Permatang Pauh yang memohon kesejahteraan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, telah tercetus satu kemelut dan kebuntuan orang Islam selama ini yang cangkat ilmu keagamaan berpendapat doa kepada orang bukan Islam adalah satu kesalahan dan bercanggah dengan ajaran Islam. Ini antara warisan isu politik sensasi akhir-akhir ini, di mana serangan-serangan daripada UMNO mendakwa PAS sudah melakukan satu penyelewengan besar ekoran daripada doa tersebut. Jawapan sebenar Islam itu amat luas dan UMNO rupa-rupanya yang cetak ilmuan.....

Tanpa disedari kita telah banyak mendoakan kesejateraan untuk orang yang bukan Islam di negara ini baik UMNO atapun PAS, kalau orang Melayu tiada mudah lupa sebelum dan sudah ini terdapat doa doa untuk kemenangan calun bukan Islam dalam musim-musim pilihan raya turut dibaca dan diaminkan oleh para pendoa-pendoa di hari-hari penamaan calun. Justeru apa yang hendak dipolitikkan pula dengan isu dalam khutbah jumaat di Permatang Pauh oleh Ustaz Zakaria Ahmad yang disensasikan oleh UMNO, terutamanya oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi?

Malah kita terlupa juga saban hari kita mengungkap salam kepada seluruh rakyat Malaysia melalui "SALAM SATU MALAYSIA". Maknanya salam untuk keamanan dan kesejahteraan dalam ungkapan "SALAM SATU MALAYSIA" secara tiada langsung pada keseluruhannya adalah dikhususkan khas kepada seluruh orang-orang Islam dan bukan Islam di negara ini. Pada pendapat dan pandangan orang-orang UMNO apakah itu bukannya doaaaaa.... Inilah yang dimaksudkan kecetakan dan kedangkatan ilmu-ilmu keagamaan yang maha luas merentasi lautan dan benua sukar untuk kita menterjemahkannya.

Politik terbaru PAS kini dalam konteks Islam nampaknya ia mulai mudah diterima oleh kalangan bukan Islam, politik yang tiada jumud dan terbuka luas(shumul dan kamil) lengkap dan sempurna, saya fikir PAS akan lebih berjaya dalam politik masa depan berbanding dengan UMNO yang mulai bukan sahaja kehilangan sokong orang-orang Melayu sendiri, malah orang-orang bukan Islam sudah nampak keselesaan mereka bersama PAS. Inilah dilema UMNO untuk menghadapi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Selamat berpuasa dan menyambut lembaran hari Raya Aidil Fitri tiada lama lagi.

Sunday, August 22, 2010

SUHU POLITIK SEMAKIN PANAS



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA (Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com
Di TENGAH-TENGAH Ramadan yang shadu, tiba-tiba suhu kepanasan politik mulai bergeledak. Kali ini timbul isu Kutbah Jumaat di Pulau Pinang yang mendoakan kesejahteraan ketua Menteri kerajaan Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dan dikatakan juga ianya mengenepikan yang di Pertua Agong.

Isu ini jika dibicarakan cangkat politik,umumnya seseolah ia menodai kesucian Islam, malah juga boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini. Malah sekaligus turut membangkitkan masalah perkauman.

Saya respon dalam tulisan ini dan bersetuju dengan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri bahawa doa untuk orang bukan Islam bukanlah satu kesalahan dan dosa. Di sini kita memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap isu yang dibangkitkan. Saya percaya ramai umat Islam terkerliru dengan isu ini, kerana lazimnya ia jarang-jarang berlaku. Oleh kerana orang-orang Melayu/Islam sikapnya terlalu mudah lupa. Maka isu yang amat kecil ini turut diperbesar-besarkan yang mana sekaligus memungkinkan boleh turut mencetus satu gelombang amarah umat Islam di negara ini, terutamanya dari kalangan orang-orang UMNO.

Kalau kita tiada hilang ingantan(mudah lupa)sepertimana kata Dr Mohd Asri, kita seringkali mendoakan kemenangan calun-calun bukan Islam dalam satu-satu pilihanraya, teruatama waktu-waktu dihari penamanaan calun. Apakah bezanya mendoakan kemenangan calun-calun yang bukan Islam dalam musim-musim politik pilihan raya dengan doa dalam kutbah jumaat yang memohon kesejahteraan kerajaan Lim Guan Eng. Saya kira ini bukan isu besar untuk umat Islam UMNO/PAS bertelagah.

Pokoknya UMNO/PAS hendaklah rasional, jangan mempolitikkan isu terpencil ini menjadi satu isu panas mengelegak. Saya juga bersetuju dengan Dr Mansor, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang agar isu tersebut disiasat terlebih dahulu. Saya juga bengong dengan serangan yang dilemparkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiada bersalah dalam isu tersebut yang mana sekaligus seseolah beliaulah pendurjananya.

Apa pun kita tunggu komen-komen Mufti Perak, Datuk Harusani. Boleh atau salah jika mendoakan kesejahteraan kepada orang-orang bukan Islam?

Friday, July 30, 2010

EZAM SELAMATKAN UMNO SEBELUM SELAMATKAN SELANGOR



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)


PADA hemat saya Sdr Ezam terlalu kardil untuk selamatkan Selangor. Tugas yang diberikan oleh UMNO kepada Ezam atas nama "SELAMATKAN SELANGOR" tiada mencapai apa-apa makna yang jelas sekadar memaki hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.

Saya peringatkan Sdr Ezam, anda boleh berbeza pendapat, anda juga boleh menyerang Anwar Ibrahim habis-habisan, tetapi semakin kuat anda menyerang dan memakin hamun Penasihat PKR itu semakin banyak lagi anda meludah ke langit. Sekadar upahan jawatan Senator, ingatlah wahai Sdr Ezam Mohd Nor betapa anda belum pasti boleh menyakinkan rakyat di negara ini untuk kembali menyokong UMNO macam Sdr lakonkan dewasa ini.

Paling baik untuk anda, lupakan sahaja iniasitif untuk "SELAMATKAN SELANGOR", kerana saya fikir tiada perlu apa yang hendak diselamatkan negeri Selangor. Pakatan Rakyat akan terus mentadbir.

Yang penting Sdr Ezam harus terus memperjuangkan agenda menentang rasuah. Di mana hilangnya suara dan teriakan penentangan rasuah sebelum ini? Bila sudah masuk UMNO semula rasuah tiada kedengaran lagi. Apakah pendekatan berpolitik macam ini Sdr merasakan rakyat mempercayai cakap-cakap anda? Sebab itu baru-baru ini dalam ceramah Sdr kononnya mahu "SELAMATKAN UMNO" dilapurkan sekitar antara 250 ke 300 yang mendengarnya. Kalau macam ini lupakanlah saja wahai Sdr Ezam. Tetapi kalau mahu menyerang dan memaki hamun Anwar Ibrahim itu adalah hak anda dalam sistem demokrasi untuk berbuat demikian. Namun saya fikir jawatan Senator yang dihadiahkan buat sementara sebagai umpan untuk anda lebih kuat menyerang Anwar tiada mendatangkan apa-apa bekas kepada Penasihat PKR itu.

Malah semakin kuat anda memaki hamun, semakin ramai orang tiada mempercayai kelentong Sdr. Ingatlah, sekalipun anda terus memaki hamun Anwar kali ini atas tiket "SELAMATKAN SELANGOR" tugas anda itu tiada sedikit pun mengerumkan kerajaan Pakatan di Selangor.

Nampaknya drama anda memaki hamun Anwar yang berselindung dengan agenda "SELAMATKAN SELANGOR" akan lebih memburukkan imej anda di mata rakyat hari ini. Justeru itu lebih baik Sdr Ezam saya syorkan lupa sahaja cerita "SELAMATKAN SELANGOR", lebih baik dan mulia kalau anda manpu gerakan minda ke arah membantu menyelamat bahtera UMNO yang hampir karam itu. Jika bahtera UMNO yang anda tumpangi itu karam, yang akan lemas dan tenggelamnya anda, bukan Anwar Ibrahim. Kerja-kerja memakin hamun Anwar Ibrahim secara keterlaluan tiada menunjukan kebijaksanaan anda sekalipun hari ini anda berbeza politik.

Sebagai Senator dalam UMNO, anda hendaklah menjuruskan arah tuju masa depan politik bagi menyelamatkan UMNO. Masalah perpecahan, hakisan keyakinan jenerasi baru rata-ratanya tiada lagi bersama dengan UMNO, teruskan membongkar rasuah sekalipun anda berada dalam UMNO. Ini faktur paling penting yang anda perlu gerak kerja bagi menyelamatkan UMNO. Tiada erti sama sekali "SELAMATKAN SELANGOR" tetapi UMNO itu sendiri tiada selamat lagi. Kalau UMNO tiada selamat lagi ke mana anda selepas ini? Lebih-lebih lagi bagaimana jika ditakdirkan Tuhan Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya selepas PRU ke 13 tiada lama lagi. Selamatkan UMNO adalah lebih baik daripada memakin hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Friday, July 23, 2010

KERJASAMA UMNO-PAS MACAM CERITA PERBINCANGAN ISRAEL-PELASTIN



OLEH: JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com

PERBINCANGAN bagi mencari jalan ke arah penyatuan UMNO-PAS makin menjadi-jadi. Ia semakin mendesak dan memuncak percakapan mengenai proses kerjasama UMNO-PAS apabila parti UMNO semakin hilang pengaruh dan kurang mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu sendiri, lebih-lebih lagi jenerasi baru masakini kehadiran mereka rata-ratanya sudah jelas memencilkan UMNO.

Semakin banyak kita membicarakan persoalan penyatuan Melayu(UMNO-PAS), semakin ramai kita menjadi terkeliru. Pada saya pertemuan dan perpaduan Melayu sentiasa menemui jalan buntu. Ada yang mencadangkan resolusi gila dalam pentas-pentas debat, yang menyarankan bubar PAS dan bersatu di bawah UMNO. Ini idea karut yang tiada menjadi faktur sokongan ke arah bagi menjustifikasikan penyatuan UMNO-PAS.

Bicara perpaduan Melayu dalam konteks UMNO-PAS, sesekali kita dapat rasakan ianya bagaikan perbincangan demi perbincangan antara tokoh-tokoh pemimpin Islam Palestin dengan Yahudi Isreal yang tidak pernah kata sepakat untuk menamatkan tradisi permusahan di bumi umat Islam itu. Di kedudukan di tengah-tengah perbincangan bagi menyelesaikan masalah Palestin-Isreal, tembak-menembak dan pembunuhan tidak pernah berhenti. Siri-siri perbincangan tiada pernah bertemu suatu resolusi ajaib bagi menamatkan era perang dalam satu siri sejarah pertempuran yang panjang

Dalam hubungan antara UMNO-PAS bila membicarakan soal perpaduan Melayu, ternyata kuasa besar UMNO itu tiada pernah mahu mengalah? Mengajak PAS berbincang tetapi tidak pernah mahu menerima saranan PAS? Saya kira ajakan dan pelawaan UMNO itu sekadar mencari motif keuntungan politik jangka pendik untuk membuka ruang bagi mempergunakan media milik mereka bertujuan membenam dan memperburuk-burukkan PAS. Mempergunakan Mufti-Mufti seperti Harussani wakil jurucakap akhbar cabuk sebagai tokoh ulama jambatan penyambung amat tiada menyenangkan PAS. Akibatnya Harussani dicabar turun kegelanggang politik bukannya berselindung dibawah ketiak UMNO. Saya fikir Harussani tiada cukup kelayakan bagi menjuarai sebagai tokoh penyatuan UMNO. Sebab itu kedengaran suara-suara sinis supaya Harussani menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyatuan UMNO adalah lebih baik dari menaja perbincangan UMNO-PAS yang lebih banyak menempah risiko sebagai seorang tokoh Mufti yang sudah dilebalkan lebih UMNO dari UMNO.

Saya bersetuju untuk masa ini usahlah kita bicara lagi pasal penyatuan UMNO-PAS, kerana kata pemutus dan penyudahnya sudah muktamad kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat. Semakin rancak kita berbincang pasal penyatuan kedua-dua parti Melayu itu semakin bercelarau. Walau pun dalam satu debat di adakan di Kelantan baru ini, yang diserta Ustaz Afendi, Lokman Nor Adam(UMNO), Dr Mohd Asri(Pendakwah Bebas) dan Dr Mujahid(PAS). Sekalipun dalam mukadimah perdebatan tersebut yang bertajuk "BOLEHKAH MELAYU BERSATU", kenyataan wakil UMNO bahawa Melayu boleh bersatu, tetapi bila kita lihat hasil dari perdebatan itu lansung tidak menunjukkan orang-orang Melayu boleh bersatu.

Berlaku serang menyerang antara kedua-dua pihak, mujurlah pendebat PAS Dr Mujahid lebih rasional dan Dr Asri tenang dan berilmu, sebaliknya Ustaz Afendi dan Lokman Nor Adam tiada ada ketenangan dan rasionalnya kalau kita mahu mengaitkan debat tersebut sebagai antara sekelumit perbincangan bagi mencari titik perpaduan Melayu. Pada saya perpaduan Melayu UMNO-PAS masih jauh perjalanannya untuk kita harungi.




Wednesday, July 21, 2010

PELAN PERPADUAN-PAS JANGAN TERPERANGKAP LAGI?



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com


SEKALIPUN PAS memperjelaskan pendirian dan sikap baik Datuk Nik Aziz, Datuk Mustafa Ali di mana PAS tiada bersedia untuk berkerjasama dengan UMNO bagi membentuk perpaduan Melayu. Sebaliknya berikrar setia dan komited dengan barisan Pakatan Rakyat bagi sama-sama menumbangkan kerajaan UMNO-BN dalam PRU ke 13 akan datang.

Keputusan PAS kali ini nampak konsisten. PAS kelihatan semakin matang dan peka dengan bidak-bidak percaturan politik UMNO. Saya rasa eluk sekali PAS tunggu PRU ke 13 apabila tumbangnya UMNO-BN, situasi itu amat relevan sekali kalau UMNO mahu bersatu dan bekerjasama dengan PAS. Biar UMNO duduk di bawah PAS. Dalam situasi sekarang semua orang dapat membaca kelemahan UMNO menjadikan faktur penyebab mereka mula mahu berbaik-baik dengan PAS. Motif mereka idea permaufakatan akan memperkukuhkan semula kekuatan mereka. Sebab itu mereka beria-ria sangat mahu mengajak PAS bersama bagi membentuk idea perpaduan Melayu.

Saya fikir PAS tiada memperolihi apa-apa kentungan jika menerima pelawaan UMNO itu. Kalau pemimpin-pemimpin PAS celupar seperti sebelum ini dan menyahut saranan UMNO , percayalah bahtera PAS juga yang akhirnya bercemperana. Saya optimis sekali sekiranya UMNO kuat dan mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India. PAS jangan bermimpi pemimpin-pemimpin UMNO akan mengajak mereka untuk berbincangan bagi mencari perpaduan Melayu di negara ini. Kalau boleh UMNO mahu kuburkan PAS di negara ini tanpa nisannya. Inilah peringatan saya kepada pemimpin PAS berkali-kali, agar mereka selepas ini dalam situasi apa sekalipun tiada harus terperangkap lagi dalam kemelut politik UMNO.

Memerangkap PAS bersama idea perpaduan Melayu yang dilaung-laungkan itu sekiranya berjaya bermakna PAS sudah memberi point kemenangan awal kepada UMNO dalam usaha mereka untuk memperkukuhkan semula bahtera yang hampir tenggelam di lautan dalam di PRU ke 12 yang lalu.

Apa yang saya lihat mutakhir ini PAS tidak berjaya dipintas oleh UMNO lagi. Bahasa Nik Aziz "KEMARUK UMNO" memberi satu kesan positif cukup kuat terpahat di hati orang-orang PAS, agar tiada mudah termakan dengan bujukan UMNO. Teringat juga saya kenyataan bekas Naib Persiden PAS, Datuk Husam Musa, PAS boleh bekerjsama sama dengan UMNO tetapi bukan hari ini, sebaik-baiknya tunggu selepas pilihanraya ke -13, apabila UMNO sudah tiada berkuasa lagi bolehlah bentuk kerjasama dengan UMNO. Supaya UMNO duduk di bawah payung PAS.

Friday, July 16, 2010

KERJASAMA UMNO-PAS ISU BASI DAN KATAKAN SAHAJA KEPADA PM NO!!!



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)

POKOK tidak bergoyang dan angin tidak bertiup, tiba-tiba UMNO sekali lagi mahu membuat kejutan, kali ini melalui Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiada semena-mena mengajak PAS berkerja sama semula. Sebenarnya isu kerjasama UMNO-PAS sudah basi dan tiada bangkit sama sekali. UMNO usahlah sekejap-kejap bangkitkan isu permaufakatan UMNO-PAS. PAS juga jangan meledani ajakan UMNO itu. Kata, Menteri Besar Kelantan sebelum ini kepada pemimpin tertinggi PAS yang membangkitkan isu "Unity Goverment" sebagai kemaruk UMNO. Awas! dalam waktu saya menulis artikal ini jangan ada mana-mana pemimpin PAS yang cuba menampilkan diri mereka sebagai kemaruk UMNO. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz sendiri "jangan mudah lupa" dengan isu ini kerana masih dalam ingatan seluruh para pemimpin dan ahli parti di mana Datuk Nik Aziz antara orang yang paling kuat menentang isu cadangan kerjasama UMNO-PAS yang mencetuskan kontrovesi sehingga terpaksa diadakan satu perbincangan khas seluruh pemimpin parti di KL sebelum ini. Sekali lagi ingatan saya "JANGAN MUDAH LUPA"

Lebih mudah dan lebih senang katakan sahaja "NO KOMEN", itu jawapan lebih selamat. Jangan sahut dan jawab bahawa "PAS AKAN SEDIA BERBINCANG DEMI PERPADUAN MELAYU/ISLAM". Dalam isu ini PAS jangan terperangkap lagi? Saya bersetuju dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Hj Omar yang memperingatkan UMNO usahlah mempermainkan isu kerjasama UMNO-PAS, kerana isu tersebut sudah tertutup, mukadimah untuk perbincangan UMNO-PAS tiada lagi. Keputusan PAS adalah muktamad akan terus pertahan dan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan bukan UMNO. Justeru itu, ianya sesekali tiada berbangkit apa yang dikatakan pentingnya kerjasama UMNO-PAS demi perpaduan Melayu/Islam yang mula di canang UMNO melalui PM baru-baru ini.

Kita tiada mahu lagi PAS terperangkap dengan UMNO berkali-kali. Jangan jadi macam Pelastin dengan Israel, di mana tiada ada perjanjian yang boleh membawa keuntungan kepada umat Pelastin dan tiada ada mana-mana perjanjian selama ini berjaya menamatkan konflik umat Islam yang menguntungkan umat Pelastin??

Kalau mana-mana pemimpin PAS tiada berhati-hati, maknanya sekali lagi kita akan terperangkap dalam rencana UMNO. Cukuplah dengan signal yang dinyatakan Perdana Menteri, UMNO bukannya lemah sebaliknya sudah kuat? Justeru kalau UMNO sudah kukuh dan kuat apa perlunya bersusah payah mahu bekerjasama dengan PAS pula. Kalau pemimpin PAS kata, "NO KOMEN" selamat sejahtera. Sebaliknya kalau jawab PAS sedia mempertimbangkannya alamat sekali lagi PAS bersedia menempah permasalahan baru yang menimbulkan banyak persoalan dalam proses permafakatan dengan rakan-rakan bersama Pakatan Rakyat. Selamatkanlah Pakatan Rakyat, biarkan UMNO hanyut dan tenggelam dengan banteranya itu.
PAS sudah banyak pengelaman dan amat dewasa dengan perjuangan. Justeru itu saya fikir pemimpin tertinggi PAS harus bijaksana menanggani setiap isu dan kemelut politik yang direncanakan oleh lawan politik yang sedang mencari "keuntungan" dalam percatur dan bidak-bidak politik.

Jawablah wahai pemimpin PAS dan katakan, "NO KOMEN" ataupun kerjasama UMNO-PAS tiada berbangkit lagi. Tiada lagi isu permaufakatan ataupun Unity goverment. Harap ingatlah kenyataan Datuk Nik Aziz,"PAS JANGAN JADI KEMARUK UMNO"






Friday, April 9, 2010

HULU SELANGOR-UMNO-BN PASTI TEWAS SEKALI LAGI???


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com

TUHAN mentakdirkan sekali lagi pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada 25 April 2010 akan datang, walaupun saya percaya UMNO kebelakangan ini tiada bagitu gemar dengan pilihan raya. Sekali pun mereka kurang berminat . Tetapi, siri-siri rentetan pilihan raya kecil terus berlaku dan terjadi di negara ini. Kalau dahulu mereka menuduh bahawa PKR sengaja merancang agar pilihan raya kecil berterusan hingga ke pilihan raya umum. Kita masih ingat apabila mereka baikot tiada menyertai pilihan raya kecil Penanti, kerana dituduh sebagai rencana PKR bagi menghidupkan mood rakyat supaya terus menyokong Pakatan Rakyat.

Pada 25 April nanti kita akan lihat apa yang akan terjadi di Hulu Selangor. Menteri-Menteri UMNO sudah mula bercakap besar. Mereka yakin akan merampas Hulu Selangor. Kerana dikatakan mood rakyat sudah pulih ekoran sebelum ini mereka menang di Bagan Pinang. Saya kira ini ukuran mereka lebih-lebih lagi Hulu Selangor PKR menang dengan mojorit kecil 198 undi. Atas faktor ini UMNO fikir lebih mudah mereka dapat menawan kembali Parlimen tersebut menjelang 25 April ini.

Saya dalam tulisan ini mengharapkan UMNO jangan bercakap besar. Sekalipun mojoriti undi yang dimenangi oleh PKR dalam pilihan raya umum 2008 kecil, tetapi belum tentu Hulu Selangor akan jadi macam Bagan Pinang? Macam mana kalau trend Kuala Terangganu terjadi di Hulu Selangor? Kalau di Kuala Terangganu UMNO menang 2,000 lebih dalam pilihan raya 2008, namun dalam pilihan raya kecil PAS menang lebih besar di Parlimen tersebut. Faktor ini merupakan pengelaman yang lebih menguntungkan Pakatan rakyat. Dan saya percaya mood pengundi di Hulu Selangor ada pengaruh trend pengundi di Kuala Terengganu, sebab itu kita harap UMNO jangan lagi berkokok besar? Takut nanti akan menempah malu. Politik selepas pilihan raya umum 2008 masih memihak kepada Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi UMNO masih belum pulih. Ditambah dengan faktor Anwar Ibrahim menjadi misteri politik UMNO hari ini dan akan datang.

Saya kira apa pun strategi politik UMNO di Hulu Selangor. Pengundi di kawasan tersebut melihat Anwar Ibrahim sebagai faktor penentu yang akan mereka putuskan di peti undi. Kesan politik yang di bawa oleh Anwar lebih senang di terimai oleh masyarakat pengundi bukan Melayu. Ini yang UMNO perlu berhati-hati, kemenangan UMNO selama ini kerana pengaruh kuat sokongan pengundi bukan Melayu, sebaliknya trend politik pengundi Cina dan India sudah berubah angin. Trend politik baru masyarakat Cina dan India dewasa ini amat tiada memihak kepada UMNO-BN. Swing vote saya percaya di Hulu Selangor akan memihak kepada Pakatan Rakyat.

UMNO-BN boleh mencanangkan pelbagai isu, mempergunakan bapa-bapa politik katak tetapi saya optimis ia tiada akan memukau audien di Hulu Selangor. Apa pun saya percaya pengaruh Anwar Ibrahim akan mencetuskan invorement baru di daerah Hulu Selangor bila tokoh PKR itu turun gelanggang politik demokrasi yang akan berhadapan dengan seluruh tokoh-tokoh UMNO-BN. Apa pun ramalan saya Hulu Selangor akan terus kekal menjadi milik Pakatan Rakyat. Sama-sama kita tunggu keputusan malam 25 April nanti. Apakah ramalan saya kali ini terbabas.......? Atau pun benar terjadi betapa trend politik Kuala Terengganu berlaku pula di Hulu Selangor. UMNO jangan terlalu over-confiden. Lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri selalu bercakap besar dalam siri-siri pilihan raya kecil sebelum ini.











Friday, April 2, 2010

UMNO MASIH TIDAK DEMOKRATIK- HUJAH LAWAN HUJAH BUKAN HUKUMAN DAN PERGANTUNGAN



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com
PELBAGAI tuduhan liar mutakhir ini terhadap Anwar Ibrahim , pengecut, penakut, penipu, pemutar belit, pembohong, pengkhainat dan macam-macam lagi dilemparkan oleh kalangan UMNO, media talibarut dan agen-egen mereka yang berkepentingan. Lebih teruk lagi mengatakan Anwar "panas punggung", tinggalkan Dewan yang sedang bersidang kerana takut untuk berhadapan dengan "katak-katak" upahan semakin galak berteriak di Parlimen kebelakangan ini.

Ketika Anwar di luar negara, riuh rendah pencacai-pencacai UMNO memalu gendang menyerang dengan seribu macam tuduhan keji dan jijik terhadap Ketua Umum PKR itu. Cabaran kontrovesi mendesak Penasihat PKR bagi menjawab kenyataan beliau dalam Parlimen baru-baru ini yang mengaitkan 1 Malaysia ada hubungan dengan Israel? Suasana hiruk piruk dan riuh rendah mencabar dan memberi tempuh masa kepada Anwar supaya menjawab dakwaannya itu.

Alhamdulilah, Anwar menjawab cabaran UMNO di Parlimen baru-baru ini. Dikemukakan hujah dan fakta. Justeru itu, pada saya giliran Perdana Menteri pula harus tampil menangkis hujah dan fakta Anwar. Yang pelik sekali, apabila Anwar menjawab, saya fikir akan berlakulah hujah lawan hujah, fakta lawan fakta. dari situ rakyat akan melihat siapa benar siapa pembohong? Malang sekali setakat ini, nampaknya tradisi hujah balas hujah dan fakta vs fakta tidak berlaku, malah tiada boleh diterimai oleh pengetua-pengatua dalam UMNO.

Maka timbullah isu baru, Anwar perlu di bawa ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, akhirnya mereka mengambil pendekatan bertindakan sekaligus menjatuhkan hukuman. Lepas itu bersorak kepada rakyat bahwa Anwar sentiasa bersalah. Berikanlah ruang untuk Anwar memperjuangkan haknya di medan demokrasi. Usahlah mempergunakan seluruh instrment kerajaan bagi menghukum Anwar dikandang orang yang bersalah. Demokrasi menuntut kita berhujah. Kekuatan hujah merupakan faktor kuasa yang akan melonjak kekuatan seseorang dalam kancah perjuangan politik. Janganlah kita keterlaluan mempergunakan undang-undang bagi tujuan untuk menyekat hak serta ruang kebebasan rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan politik mana-mana individu di negara ini.

Patutnya Datuk Nazri Aziz cadangkan supaya PM mengemukakan hujah dan fakta bagi membalas hujah dan fakta Anwar. Bukannya merumus hujah dan fakta Anwar sebagai tiada relevan dan kemudian mengambil jalan pintas bagi menjatuhkan hukuman. Caranya bawa Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Kesemuanya mempergunakan pedekatan menghukum. Bukannya menjawab dengan hujah dan fakta. Inilah menifestasi politik demokrasi di negara kita mutakhir ini. Saya menzahirkan rasa kesal sekiranya ada pihak yang mahu mencadangkan Anwar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Sebaliknya menuntut hujah lawan hujah dan fakta vs fakta. Barulah ertinya kita berdemokrasi, menghukum seseorang apabila ianya melakukan kesalahan. Pada saya berhujah dengan mengemukakan fakta bukan satu kesalahan?? Tetapi UMNO melihat disebaliknya apabila mereka tiada manpu berhujah dengan Anwar. Maka hukuman yang perlu dihadapkan..........????

Saturday, March 27, 2010

PERKASA PERJUANGKAN MARUAH BANGSA/AGAMA ATAU ALAT POLITIK UMNO??



OLEH : JAMALUDIN BIN MD.ISA(Penulis Bebas)

KITA sebenarnya tiada tahu ke mana matlamat hendak dituju oleh PERKASA yang diterajui Ibrahim Ali. Antara NGO Melayu yang hendak memperjuangkan agenda Melayu/Islam kononnya. Saya tiada nampak apa-apa baik Melayu ataupun Islam yang mahu diperjuangkan mereka. Malah lebih babrok lagi apa yang diperjuangkan hanyalah menentang Anwar Ibrahim semata-mata.

Menyerang Anwar, buat pelbagai report Polis, apakah itu memperjuangkan agenda Melayu/Islam atas nama PERKASA? Teriak, menjerit serta melolong ke sama ke mari, kemudian serang Anwar. Apa motifnya ini?

Kalau setakat hendak menyerang Anwar, jangan berselindung di sebalik agenda Melayu/Islam. Terang dan jelas agenda PERKASA untuk menentang Anwar dan menyokong Najib. Ini semuanya rencana Ibrahim yang kemaruk untuk kembali ke pangkuan UMNO. Sesudah dipecat dan mengemis di kaki lima PAS dan disangka baik oleh Tok Guru Aziz, bertempik sorak dalam pentas ceramah PAS. Inilah wajah manusia bernama Ibrahim Ali.

Apa yang dipertontonkan kepada kita sekarang turut memperlihatkan betapa Ibrahim Ali semakin syok kepada UMNO, tiada salah beliau ketagihkan UMNO, memangnya dia dari lubuk UMNO. Itu bukannya persoalan kita. Kita persoalkan kerana perangainya bukan ganjil tapi pelik sekali.

Menentang Anwar habis-habisan sekadar mahu menunjuk simpati kepada Najib. Mudah-mudahan boleh diterima semula ke dalam UMNO. Saya fikir kalaulah Ibrahim Ali, cerdik dan panjang akal , gandingkanlah kekuatan bersama-sama dengan Anwar. Apa salahnya kalau ini pilihan anda? sebaliknya memperhidupkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar. Cukaplah pihak kerajaan mempelbagaikan fitnah serta tidakan zalim terhadap penasihat PKR itu. PERKASA turut tambah semangkuk, tidak tahukah hendak merangka agenda perjuangan Melayu/Islam?Ashik-ashik mahu menuduh Anwar sebagai pengkhainat bangsa, apa yang Anwar buat merosakkan orang Melayu? Berapa banyakkah hak-hak orang Melayu telah dikhainati oleh Anwar, cuba PERKASA turunkan bukti dan faktanya untuk kita semak dan nilai apa yang dikatakan kejahatan Anwar itu?

Terlalu cepat bertindak buat report politik, kebenaran entah ke mana? Sdr Zahrin buat dakwaan di Parlimen, PERKASA turut buat report Polis. Biarkan polis buat siasatan dulu ekoran kenyataan Zahrin di Parlimen tempuh hari, itu hanya kenyataan Zahrin? belum tentu benar ata tidak. Bila bab Anwar cukup cepat bertindak seseolah mahu menjatuhkan hukuman beliau bersalah. Apakah ini gambaran wadah perjuangan PERKASA?

Akhir sekali saya minta Sdr Ibrahim Ali tinggalah PERKASA dan agenda Melayu/Islam, bantulah Anwar bersama PKR kalaulah anda mempunyai keinginan dan cita-cita besar dalam politik. Percayalah kata-kata saya anda tidak mungkin mendapati apa-apa lagi yang ada dalam UMNO, kecuali ............rujuk apa yang diperkatakan oleh Sdr Saifudin Nasution yang gamat dalam dewan baru-baru ini. Habuan sempama itu tiadalah dinafikan anda akan memperolihi nikmatnya. Tinggalah PERKASA dan seratai Pakatan Rakyat. Bebas tiada akan membawa anda ke mana-mana???

Thursday, March 18, 2010

SEMAKIN MENYALAK-ANWAR SEMAKIN KUAT



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)

ANWAR IBRAHIM bukannya mudah untuk diserang. Kita tidak pernah melihat Anwar tewas dan kalah dalam mana-mana medan perdebatan dan penghujahan. Jangan kita fikir melepaskan anjing-anjing upahan untuk menyalak di sana sini, kemudian kita mengatakan Anwar sudah tewas. Anwar tidak pernah kalah. Waktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, yang disifatkan sesatunya tokoh politik dan negarawan pintar akhirnya terpaksa mempergunakan seluruh instrument kerajaan terhadap seluruh batang tubuh manusia bernama Anwar pun saya kira beliau masih belum tewas. Cuma mahkamah menghukum Anwar. Itu pun ia tiada juga mematikan perjuangannya. Di sebalik tembok besi Anwar tiada pernah berhenti daripada meneruskan agenda perjuangan.

Meroboh rangkaian Anwar, bukan maknanya beliau mulai lemah dan akan tewas. Melalak di Parlimen tiada menjejaskan pengaruhnya di mata dunia. Malah semakin kita kuat dan tegar melalak menggunakan agen-agen upahan, saya rasa Anwar semakin bertambah di hati rakyat. Semakin kita perbanyakkan gugusan lakaran kisah dongeng keburukkan terhadap Anwar semakin bertambah-tambah simpati rakyat akan bangkit melonjaknya ke Putrajaya.

Memperhuduh dan perburuk-burukkan keperibadian Anwar dengan harapan politik beliau agar mati terkubur di negara ini, merupakan satu tarian politik UMNO yang pastinya tiada akan menjadi. Anwar Ibrahim akan terus hidup dalam maya politik Malaysia yang akan terus menghantui UMNO.

Selepas ini apabila pelalak-pelalak yang menjerit dan melalak mengikut rentak skrip UMNO akan kelesuan dan keletihan, apabila suara lalakan di Parlimen seperti Zahrin hari ini mulai tidak akan kedengaran lagi. Namun, pengaruh Anwar akan terus tegap bangkit di mana-mana. Akar umbi adalah milik politik Anwar, justeru itu ia sesekali tiadalah menghairankan sekiranya UMNO dapat meroboh rangkaian Anwar dan mempergunakan orang-orang seperti Zahrin sebagai umpanan yang masih laku untuk di jual dan menjerit-jerit macam disampuk jembalang di Parlimen.
Jiwa rakyat tidak pernah pudar dengan idealisma dan agenda Anwar. Anwar Ibrahim bak kata sebutir permata jika dibenamkan ke dasar lautan , Anwar juga akan jadi pepohanan rendang tempat perteduhan para musafir yang kehausan bila sesat di padang pasir yang luas terbentang, malah Anwar juga bak kata akan menjadi pulau yang tumbuh di tengah lautan buat tempat persinggahan para nelayan.

Inilah individu, tokoh dan ikon politik besar yang akan bangkit merubah landskap politik negara menjelang pilihan raya ke -13 akan datang, pasti sekali lagi kejutan tsunami besar akan meroboh bahtera UMNO yang sekarang ini kelihatan terumbang-ambing di lautan dalam.

Wednesday, March 10, 2010

BILA MUFTI JADI "ENJIN UMNO"



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SEPATUTNYA seseorang yang bertaraf Mufti harus mempertahankan pendirian mereka supaya tiada memperlihatkan beberapa pandangan, pendapat dan tindak-tanduk mereka yang boleh dianggap memihak kepada orang-orang politik. Tiada kira ianya UMNO ataupun PAS? Setiap pandangan harus lebih berhati-hati agar tiada menjadi tanda tanya masyarakat umum bahawa si Mufti itu dilebal sebagai orang PAS ataupun orang UMNO. Inilah lebal-lebal yang kita tidak mahu terpalit dan dipalit terhadap mana-mana individu bertaraf Mufti di negara ini.

Akhir-akhir ini sudah ada Mufti yang menjadikan dirinya lebih daripada lebal UMNO yang terpalit keseluruh batang tubuh mereka sebagai alat puak tertentu dalam politik. Kalau mengikut Menteri Besar, Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz, katanya sudah ada Mufti yang sanggup menjadikan diri mereka sebagai alat UMNO, sindir Tok Guru sebagai "enjin UMNO". Sudah ada Mufti di negara kita sanggup meletakkan batang tubuhnya sebagai perkakas mainan UMNO. Kerana setiap penjuru pandangan dan kata-kata mereka adalah untuk memenang, membenar segala dakwaan UMNO.

Bila Mufti mula memihak, lebih-lebih lagi turut sama mengulas hal-ehwal politik, walaupun dibenarkan oleh agama. Maka akibatnya adalah padah yang buruk semata-mata. Justeru itu kalaulah masih ada kalangan para Mufti di negara kita mahu membicara peri hal orang-orang politik, malah mengias dan melibas mana-mana parti politik, saya fikir paling baik tinggalkan jawatan Mufti dan masuk gelanggang politik, Nah bercakaplah apa yang hendak diperkatakan,"Perpaduan Melayu ala UMNO" dan apa sahaja berhujahlah anda di atas pentas politik, kerana ini lebih senang buat lawan-lawan politik untuk berhujah balas. Masalahnya berjawatan Mufti, sesekali bertindakan menyerang parti politik tertentu? Mufti apa ini namanya? Wajar sekali pada saya apabila Tok Guru Nik Aziz label Mufti yang bersikap sedemikian sebagai "enjin UMNO".

Kalau mahu mempertahankan UMNO kena lepaskan jawatan dan turun ke gelanggang politik. Kerana senang pihak PAS untuk berhujah balas. Sebaliknya kalau masih berselindung di sebalik ketiak UMNO dengan jawatan Mufti dan dalam waktu-waktu tententu tampilkan diri membelasah PAS, tiada wajar sebagai seorang bertaraf Mufti bertindakan sedemikian?. PAS bukanlah takut untuk bertindakan balas!!!, kerana ramai dalam PAS, taraf ahli-ahli mereka lebih daripada Mufti, cuma tiada berjawatan Mufti, namun, keilmuan mereka lebih besar daripada keilmuan yang dimiliki Mufti "enjin UMNO" pun ramai.

Ingatan saya kepada Mufti "enjin UMNO", andaikata PAS menyerang balas hujah dan dakwaan Mufti "enjin UMNO", maka akan kotorlah label Mufti tersebut. Sebab itu pada saya jikalaulah Mufti "enjin UMNO" itu ketagih hendak menyerang PAS, Ayuh!!! dipersilakan turun ke gelanggang politik, jangan berselindung disebalik tirai selimat(gebar) bernama Mufti, tetapi tiada habis-habis bersikap amarah terhadap PAS. Itulah seelok-eloknya nasihat saya kepada Mufti "enjin UMNO" pinjaman gelaran Tok Guru Nik Aziz. Akhir kata beranikah Mufti "enjin UMNO" turun kegelanggang politik??????



Sunday, February 14, 2010

KELUAR PARTI-LETAK JAWATAN



OEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SEBAGAI seorang tokoh politik bermaruah dan bermoral bila sudah mulai muak dan bertindak keluar parti, wajar sama lepaskan jawatan MP ataupun DUN yang disandang. Itu anak jantan namanya. Justeru tidak ada kalangan mana-mana ahli politik yang keluar parti berani melepaskan jawatan? Ini masalahnya!

Sedangkan wakli-wakil rakyat itu dipilih oleh rakyat melalui parti yang dipertandingkan. Kalaulah mana-mana individu itu bertanding di atas tiket PAS umpamaya sebagai contoh dan apabila tiada selesa lagi dengan PAS serta mahu keluar parti, maka wajar sekali individu tersebut meletakan jawatan bagi memberikan laluan bagi diadakan semula pilihan raya baru. Pun bagitu juga baik DAP, PKR, UMNO dan lain-lain.

Saya harap Datuk Zahrin Mohd Hashim MP Bayan Baru yang bertanding atas tiket PKR kini tiada yakin lagi dengan Parti Keadilan dan bertindak keluar parti juga wajar melepaskan jawatan MP Bayan Baru yang dimenangi melalui PKR. Kembalikan mandat rakyat yang memberi kemenangan kepada PKR bukannya Datuk Zahrin. Jangan kita menipu dan mendusta amanah rakyat. Kita tinggalkan parti dan kena juga tinggalkan jawatan. Kerana ini bukanlah hak individu tetapi hak rakyat di Bayan Baru yang memberikan kemenangan kepada parti PKR yang kebetulannya di wakili oleh Datuk Zahrin. Justeru itu pada saya sekiranya Zahrin mempunyai maruah lepaskan jawatan MP Bayan Baru. Kerana rakyat di kawasan itu mahu memilih wakil rakyat yang baru. Datuk Zahrin dan sesiapa sahaja individu kena faham perkara ini.

Kita tahu sedikit sebanyak masalah perutisme wakil-wakil rakyat yang mahu menyumbat kendong masing-masing, bukannya agenda rakyat. Masalah Island Golf Properties Sdn Bhd(IGP) yang mahu beroperasi kerja-kerja penjagaan di bukit Jambul Golf & Countery Club(BGCC) dalam merebut habuan bagi memenuhi kendung masing-masing atas kepentingan perutisme yang sebenarnya menjadi punca masalah berlakunya rasa ketidakpuasan hati, dan kemudian tinggalkan parti tinggalkan perjuangan???. Inikah agenda wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Bukankah ini penipuan dan pembohongan????. Sebab itu saya sarankan jika selepas ini mana-mana wakil rakyat yang berhasrat mahu melompat dan keluar parti, terlebih dahulu rela dan bersedia lepaskan jawatan MP dan ADUN yang disandangkan sebelum ini. Pulang dan kembalikan hak rakyat. Kerana kita mahu membuat pilihan semula.

Saturday, January 30, 2010

IR KHALID TERUSKAN PERJUANGAN PERKUKUHKAN PAKATAN RAKYAT


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

KEPUTUSAN Jawatankuasa disiplin PAS yang di ketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man telah menjatuhkan hukuman pemecatan Khalid dari jawatan Yang di Pertua PAS, Shah Alam dan ahli Lujnah politik PAS pusat, telah diterima oleh Khalid dengan hati yang terbuka. Yang pentingnya Khalid tidak harus rasa kecewa. Malah jangan sesekali tinggalkan PAS. Anda boleh terus berjuang dalam PAS tanpa sebarang jawatan. Anda susurilah laluan yang ditinggalkan oleh ketua angkatan tentera panglima Islam, Khalid Ibni Walid.

Saya sudah pasti Jawatankuasa tersebut akan memihak kepada kumpulan Unity Geverment(UG). Sebab itu Dr Hassan hanya dikenakan amaran keras. Dan saya bersetju dengan Sdr Khalid betapa tindak-tanduk Hassan juga tidak digemari oleh pihak PAS.

Sekarang kita lupakan kesemuanya itu. Tumpukan masa kita bagi memperkukuhkan agenda Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya menjelang pilihan raya ke-13 tidak lama lagi. Agenda kita untuk Pakatan Rakyat perintah Malaysia. Bukan kemaruk macam Hasan Ali yang mahu pertahankan kerajaan Unity Goverment(UG).

Saya percaya idea Khalid yang tegas mempertahankan Pakatan Rakyat menjadi faktur kemarahan Hasan Ali yang lebih cenderung kepada idea kerjasama PAS dengan UMNO. Sekarang masa kita bukan untuk terperangkap dengan agenda UMNO. Politik besar di hadapan kita perkukuhkan Pakatan Rakyat. Berusaha dan berikhtiar membawa PAS ke dalam gelombang politik perdana dan bukannya mahu menyorok ke bawah dagu dan ketiak UMNO seperti, Ustaz Nasharudin, Dr Hasaan, Dr Harun Din, Hj Hadi dan koncu-koncu mereka. Kita bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Pakatan Rakyat.

Harapan saya Sdr Khalid akan terus menyemarak idea Pakatan Rakyat sehingga kita tenggelamkan mana-mana individu yang masih kemaruk dengan UMNO, masa akan menghakiskan mereka selepas ini.
Khalid perlu menjadi antara pemimpin muda PAS yang berjiwa besar, jatuh bangun dalam parti bukannya satu kekecewaan. Anda harus konsisten dan istiqamah dengan perjuangan. Agenda besar kita menumbangkan UMNO-BN dalam pilihan raya akan datang. Kita lupakan Dr Hassan Ali, agendanya untuk menyemarakkan PAS bersama UMNO pasti akan ditolak rakyat di negara ini. Tindakan pemecatan itu jadikan satu ujian. Tanpa apa-apa ujian baik kecil dan besar kita bukannya seorang pejuang. Seorang pejuang akan menempuh badai jatuh bangun, derita sengsara sepertimana Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh politik masakini yang boleh dijadikan ikon besar ke arah pencetus perubahan. Khalid selamat berjuang.......


Friday, January 22, 2010

IR KHALID DAN DR HASSAN MUNGKIN DISINGKIR DARI PAS-KEPUTUSAN JAWATANKUASA DISPLIN MENANTI 29 JAN 2010



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

JAWATANKUASA displin parti yang bermesyuarat hari ini memutuskan tarikh 29 Jan 2010 akan mengumumkan bakal nasib kedua-dua tokoh PAS Ir Khalid Samad ahli Parlimen Shah Alam dan Datuk Dr Hassan Mohamad Ali exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal menghadapi tindakan setelah dikatakan kedua-duanya dihadapkan ke tribunal jawatankuasa tata tertib dan displin parti dalam PAS.

Kita berdoa agar kedua-dua mereka tetap konsisten dan istiqamah dengan PAS sekalipun apa yang akan mereka tempuhi selepas ini. Ir Khalid antara sesatu aktivis muda PAS ketiga menu ntut di luar negara. Beliau antara sesatunya anak muda dari keluarga Datuk Shahril yang tidak memilih UMNO tetapi bersama dengan PAS waktu kepimpinan Almarhum Datuk Fadzil Noor. Ir Khalid mendahului Dr Hassan turut aktif dalam PAS di awal tahun 1980an.

Sementara Dr Hassan sebelum menyertai PAS di awal tahun 1990an beliau antara sesatunya pakar motivasi dan pernah berkhidmat dalam BTN(Biro Tata Negara). Dikatakan faktur Dr Harun Din dan almarhum Datuk Fadzil menjadi daya tarikan utama Dr Hassan menyertai PAS.

Kalaulah mereka diboktikan bersalah oleh jawatankuasa tata tertib yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, kita mengharapkan hukuman terhadap kedua-dua aktivis PAS itu tidak sampai ke peringkat penyingkiran dan pemecatan daripada parti. Mengelak dari tidak menjatuhkan hukuman adalah lebih mulia dan baik daripada menjatuhkan hukuman tetapi tidak tepat dan benar. Asas ini harus diambil kira oleh jawatankuasa displin PAS sebelum menghukum Ir Khalid dan Dr Hassan Ali. Kehilangan mereka adalah satu kerugian yang amat besar terhadap PAS. Khalid dan Hassan tetap nostalgia dengan PAS.