Thursday, August 27, 2009

UMNO-BN DI AMBANG KEJATUHAN-Anwar Ibrahim Perdana Menteri Baru Pakatan Rakyat



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SUATU sejarah dan satu petanda besar UMNO-BN sudah hampir di ambang kejatuhan dari tompuk kekuasaan politik dan pemerintahan di negara ini. Parti Pakatan Rakyat kian terserlah di kalangan rakyat dan masyarakat di negara ini semakin dituntut bagi mempertingkatkan nilai tambah demi memperkukuhkan wadah alternatif baru yang menjadi bakal pencetus peralihan kuasa pemerintah dari UMNO-BN. Cuma masa yang akan menentukan Parti Barisan Nasional di bawah teraju UMNO akan mengakhiri kuasa hayat pemerintahan mereka di negara ini.

Bagi saya juga berpendapat suatu sejarah besar menimpa UMNO-BN selepas pilihan raya ke-12 turut hilang mojoriti 2/3 yang didominasi mereka sekian lama. Sejarah itu lebih malang lagi apabila selepas kalah berterusan dalam siri pilihan raya kecil bermula di Permatang Pauh hinggalah kembali semula ke Permatang Pasir. Agregit (8-1) adalah menifestasi cetusan kekalahan UMNO-BN yang sukar diterima dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik pilihan raya yang disertai UMNO-BN selama ini semenjak pilihan raya pertama 1955.

Trend yang diperlihatkan kepada rakyat bermula di Permatang Pauh, bertolak ke Kuala Terengganu, berpusing ke Bukit Gantang balik Ke Bukit Selambau, nun jauh ke Batang Air, singgah sebentar di Penanti, kemudian menjelajah Manik Urai dan kembali singgah semula di Permatang Pasir, pusingan ini memperlihatkan kepada kita betapa rakyat mulai kian bertambah selesa bersama Pakatan Rakyat. Senario ini juga mengkagumkan saya sehingga menjadi semakin berani meramalkan nasib UMNO selepas pilihan raya ke-13 akan datang. Hampir pasti waktu itu parti Pembangkang akan kekal di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, sementara di Perak hanya menanti tarikh pembubaran DUN untuk Pakatan Rakyat kembali berkuasa semula. Seterusnya selepas pilihan raya ke-13 UMNO bakal kehilangan Terengganu, Perlis, Pahang serta banyak kerusi di Melaka dan Negeri Sembilan, malah pengaruh Pakatan Rakyat di bawah teraju DSAI akan melebar luas memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Serawak sekali gus mara ke Putrajaya bagi mengambil alih kuasa pemerintahan dari UMNO-BN.

Keputusan lapan pilihan raya kecil dengan agreget(8-1) merupakan satu petanda besar mengikut ukuran saya di mana trend ini akan kekal berterusan lantaran ianya memboktikan betapa UMNO-BN gagal dipulihkan. Masa untuk memulihkan UMNO semakin pendik dan singkat. Sebaliknya peralihan kuasa rakyat ke pihak pembangkang kian bersemarak.

UMNO-BN hendaklah akur bahawa rakyat sudah semakin muak dan tidak selesa bersama mereka. Impian rakyat hanya menantikan tarikh pilihan raya ke-13 ditiup weselnya untuk mereka membuat suatu sejarah peralihan undi "Swing Vote" ke Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Faktur Anwar Ibrahim pada saya beliau merupakan ikon politik yang cukup besar. Anwar terkenal semenjak ditakkala waktu di zaman belianya hinggalah ke dewasa ini. Momentumnya sentiasa berkocak dan bergelora. Sekalipun usaha untuk membunuh kerier politik Anwar berterusan dari zaman Tun Mahatihir dan koncu-koncunya hingga ke hari ini, namun sesekali ianya tidak mampu mematikan kerjaya politiknya. Kini Anwar Ibrahim semakin mara, beliau merupakan sebahagian milik rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan di negara ini. Ikon besar inilah yang akan mengejutkan pentas politik Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang tidak lama lagi.

Usaha pemimpin-pemimpin UMNO untuk membunuh kerjaya politik Anwar tetap berterusan dari semenjak era Tun Mahathir hinggalah ke dewasa ini. Inisiatif usaha ini tidak banyak memihak kepada UMNO-BN sebaliknya menjadikan rakyat semakin bertambah benci dan hilang kepercayaan terhadap parti pemerintah di negara ini. Kenyataan terkini daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mahyudin Yasin tempuh haru menuduh Anwar Ibrahim sebagai "PENGKHAINAT BANGSA", saya kira satu kesilapan besar yang tidak sepatututnya terkeluar daripada mulut seorang TPM. Satu kenyataan yang cukup pedas dan keras sekali terhadap Anwar Ibrahim ia semakin memberikan kesan cukup besar terhadap kemarahan rakyat marheain yang sesekali tidak dapat menerima Anwar Ibrahim sebagai "PENGKHAINAT BANGSA",mungkin cuma beberapa kerat UMNO hepokrit sahaja yang dapat menerima tuduhan tanpa asas TPM terhadap Penasihat parti KeAdilan rakyat itu. Apa yang Anwar lakukan adalah mempergunakan haknya untuk berpolitik yang dibenarkan oleh perlembagaan dan sistem berdemokrasi di negara ini melalui pentas politik terbuka.

Isunya Anwar punyai idealisme sekaligus ianya mampu mencetuskan gagasan yang lebih terbuka lantaran idealismenya berupaya merentasi ruang elemen perkauman, etnik, bangsa, agama serta budaya. Kini idealisme dan gagasannya telah diterimai rakyat, justeru itu tidak wajar Anwar Ibrahim yang sebelum ini banyak berjasa kepada UMNO sanggup disumpah seranah sebagai "PENGKHAINAT BANGSA".

Anwar Ibrahim bukannya "PENGKHINAT BANGSA", sebaliknya UMNO-BN gagal memulihkan hakisan kepercayaan rakyat yang banyak terjejas akibat daripada usaha penyingkiran dan pembunuhan keriar politiknya yang dimulakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam krisis Mahathir-Anwar (1997/98

Kini rakyat sedang menanti sinar kerdipan bintang Anwar yang akan mencatat tinta sejarah pertama kali dalam politik Malaysia Pembangkang akan mengambil alih teraju pemerintahan dan Anwar Ibrahim Perdana Menteri Pertama kerajaan Pakatan Rakyat yang akan menumbangkan BN dalam pilihan raya ke-13, insyaalah tidak lama lagi episod ini akan terjadi. Kepada mereka-mereka yang pesimis dengan tulisan saya ini, kita sama-sama bersabar dan tunggu apa yang akan terjadi selepas pilihan raya ke-13 akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

kita sama-sama tengok sama ada manusia hipokrit ni di izinkan Allah menarajui Malaysia. Kalau berlaku pun(minta di jauhi Allah)tak kan lama bertahan.