Wednesday, September 5, 2018

UMNO-PAS BERSAMA MENUJU KE ZAMAN UZUR.


 



 












OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

MENJADI sunatullah setiap yang hidup itu akan mati. Bagitu juga sesatu tamadun manusia yang ujud akan ada zaman kemusnahan dan kehancuran. Contohnya tamadun Mesopotamia di Iraq, tamadun Mesir, tamadun Yunani dan tamadun Romawi naik jatuh silih berganti. Dalam zaman moden, tamadun Arab-Kristian. Sekarang tamadun Liberal Eropah(Amerika Syarikat lanjutan Eropah) sedang menuju keruntuhan. Sistem komunisme Marxis juga runtuh di akhir abab ke 20.

Manusia mati, tamadun juga hancur dan runtuh. Inikan pula partai partai politik seperti Umno-Pas sudah pasti ianya tidak mungkin sama sekali akan ujud selama-lamanya.Pas juga akan mati dan pupus bagitu juga dengan Umno akan ada masa hayatnya bakal ditamatkan.

Sudah pasti tak mungkin Pas-Umno akan hidup seribu tahun lagi. Apalah sangat jika dikatakan akan ujud hingga dunia ini kaimat.Kini usia Umno mencecah 72 dan Pas 67 tahun. Kedua dua partai politik Melayu/Islam ini sedang menuju ke zaman monopous. Zaman uzur dan akan berakhir dengan  zaman lumpuh dan zaman maut.

Sukar untuk Umno bangkit kembali dalam usia setua itu. Kejatuhannya di PRU ke 14 ditambah turut runtuhnya empayar BN. Masa depan Umno kain sukar. Tanpa mendapat sokongan dari pengundi bukan Melayu Umno tentunya tidak mungkin lagi akan berupaya menempah kembali zaman kegemilanganya. Sekalipun Pas bersedia untuk menongkat Umno atas gabungan politik perkauman Melayu/Islam dengan mengenepikan faktor kuasa poltik bukan Melayu. Kedua-dua partai tersebut tidak mungkin lagi akan berupaya memerintah Malaysia. Kedua dua partai politik Melayu/Islam itu sudah melepasi zaman segarnya.

Di politik pasca baru. Generasi muda bermaklumat di hujung jari, mulai sukar untuk memilih Pas-Umno sebagai wadah mereka. Dipercayai partai Islam kedua iaitu Amanah Negara bakal menjadi alternatif Melayu/Islam dari kalangan Pas yang bakal akan berubah wadah. Pun bagitu juga dengan kelompok baru yang menolak Umno akan berpindah ke politik partai Bersatu.Partai Keadilan Rakyat kekal di tengah tengah momentum politik rakyat majmuk dan pelbagai. 

Dengan runtuhnya BN dan Umno sesudah PRU ke 14 lalu. Dan migrasinya pola pemikiran politik orang Cina dari MCA dan Gerakan ke Dap.Umno harus akur mereka kini telah hilang dokongan faktor kekuatan yang besar sebelum ini membawa mereka kekal status quo menerajui negara terlalu lama. Dokongan bersama Pas dalam konteks mewar-warkan politik perkauman Melayu dan pelampau Islam gabungan Umno-Pas dengan mencetuskan kemarahan orang-orang Cina terserlah Umno sedang menempah satu bala petaka besar yang tidak mungkin dapat dibantui oleh Pas. Permaufakat politik Umno-Pas dengan memencilkan kuasa politik bukan islam tanpa sedari Umno sedang mengorek lubang maut. Pas bukanlah faktor membantu untuk mereka kembali semula menapak dalam politik pemerintah. Pas yang sentiasa lemas dalam pelayaran politik tidak mungkin akan dapat menyelamatkan bahtera rakannya yang bakal tenggelam di gelombang ombak.

Sudah pasti kedudukan komponen PH semakin teguh dan kukuh. Politik PKR akan terus berkembang pun bagitu juga dengan Amanah dan Bersatu. Sekalipun selepas ini bakal akan ujudnya politik baru dwi partai Pas-Umno di satu pihak dengan PH.Namun, Umno Pas sukar kerana penyisihan kuasa politik bukan Islam yang menjadi faktor penentu kerajaan yang bakal memerintah negara di PRU-PRU akan datang.

Beriktifarlah Pas-Umno zaman uzur dan lumpuh di hadapan anda.Cuma zaman maut sahaja yang akan anda tempuhi  di penghujung perjalanan politik bakal menjelang tiba.Dan berkuburlah Umno-Pas ke dalam satu lubang baru yang sedang mereka menggalinya bersama.


 



1 comment:

Anonymous said...

Diorg gabung pn harga minyak tetap x turun2