OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com
MISTERI kehilangan MH370 adalah satu trajidi sedih yang menimpa seluruh ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan yang bertolak dari KL-Beijing pada 8 Mac 2014. Namun pada saya yang lebih parah di mana maruah umat islam seluruh dunia hari ini. Di ketika kepakaran dunia Timur dan Barat berusaha membantu Malaysia, sebaliknya seluruh dunia islam menyepi tanpa sebarang bantuan dan pertolongan.
Jelas lagi terserlah kepada kita betapa umat islam dunia mutakhir amat lemah sekali. Maka layaklah umat islam hari ini diadu domba dan diperkotak kotikkan oleh masyarakat bukan islam di mana-mana. Masyarakat islam seluruhnya hilang deria fardu kifayah yang amat besar.
Umat islam kini berada di fasca ketandusan ilmu yang amat dangkal. Jelas cuma ilmu yang ada pada umat islam hanyalah hadith dan fekah sahaja. Mutakhir seluruh sistem pendidikan dalam dunia islam semata-mata bertumpu terhadap fekah / hadith dan membelakangi ilmu sains(teras fardu kifayah yang dituntuti), sehingga tidak terasa betapa dunia islam dewasa kini telah kehilangan ilmu fardu kifayah yang amat besar ia itu ilmu sains dan teknologi yang dimonopoli blok Barat/Timur.
Kenapa umat islam mutakhir bagitu cuai dan terabai sekali dengan ilmu sains(fardu kifayah). Akibat daripada kita umat islam meninggalkan ilmu sains(fardu kifayah) dan hanya semata-mata mengutamakan ilmu fikah dan hadith. Lihat musibah dan bala bencana yang tidak berkesudahan menimpa umat islam di mana-mana.
Ekoran daripada trajidi kehilangan MH 370, dunia islam tidak berupaya membantu Malaysia kerana tidak mempunyai apa-apa alat teknoloji. Umat islam ketandusan ilmu dan deria kering yang kosong. Bisu dan kaku lantaran menjadi masyarakat tidak berupaya. Hanya mengharapkan segumpal doa tanpa iktiar. Selain harapan dan mimpi serta ilusi yang hambar kosong belaka. Sebaliknya rakan-rakan dari dunia bukan islam bertungkus lumus berusaha, beriktiar melakukan kerja-kerja ibadah fardu kifayah yang diabaikan oleh seluruh umat islam, yang akhirnya umat islam terpaksa berpuas hati dengan ilmu fekah dan hadith yang tinggal cuma itu sahaja menjadi milik mereka di dunia ini.