JAMALUDIN BIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com
APA yang dinanti-nantikan sudah terjawab.Muktamar PAS ke 61 telah selesai melabuhkan tirai.Legasi anak-anak didikan Almarhum Dato Fadzil Noor telah dihumban keluar dari bahtera pelayaran menuju ke pintu syurga. Se barisan mereka selama 30 tahun berhempas pulas merempuh gelombang. Kini mereka dicampakkan ke tangah tengah lautan sumudera yang dalam dan luas. Bahtera baru yang bercahaya putih bersih dikemudikan Dato Presiden yang suci kini kelihatan setapak sudah menuju pintu ke syurga.
PAS yang kini sudah disuci bersih jangan sesekali dipaliti kekotoran lagi.Kotakan janji yang diputuskan Dewan Ulama menuntut perceraian talak tiga dengan DAP.Bila bercerai lazimnya kita orang Islam tidak boleh tidur sebantal lagi.Kalau mahu bercerai dengan DAP kenapa seharus masih mahu bersama dengan Pakatan.
Jika masih ada maruah dan moral PAS sudah sampai masanya mengungkapkan salam"Soyanara"(selamat tinggal)Pakatan. PAS akan menjadi kuat kata Nik Amar sekiranya bersendirian. Pulanglah bahtera usaha lagi melayari mencari surga di Putrajaya. Sesungguh di Putrajaya tidak ada pintu syurga untuk PAS.Pulanglah ke Kota Bahru dan Kuala Terangganu pengkalan PAS, kerana di sana adanya serambi mekah kalaupun tidak pintu syurga.
Terima kasih PAS, harapan baru untuk PASMA.PASMA masanya sudah sampai tubuhlah politik baru,mulakan kerja-kerja pembaharuan dan selamatkan legasi anak-anak didikan Ustaz Fadzil, kasihanilah kerena abang mereka Ustaz Hadi gagal mengurus penjagaan mereka. Kerana anak-anak didik Fadzil Noor terlalu nakal, melawan dan membantah serta menderhakai si abang mereka. Selamatkan mereka PASMA. Sedih sekali bagaimana anak-anak didikan Fadzil Noor di halau keluar rumah mereka lantaran mengarah si adik-adik baru mensimbahkan asid terhadap mereka. Si abang pastinya tidak akan kembali lagi, untuk apa yang ada cuma fizikalnya rusak terus cacat selama-lamanya, luka dan buta penglihatan mereka.
PASMA segerakan dan tubuhlah bahtera baru dan selamatkanlah saki baki anak-anak didikan Ustaz Fadzil yang kini masih hidup nyawa-nyawa ikan. Bawalah bahtera baru bersama mereka dan belayar bagi memulakan pasca baru. Biar PAS bersendirian, kerana kata Nik Amar dengan angkuh dan sombong PAS kini sudah kuat,Hadi dan Ahmad Yaakob kata bahtera mereka boleh meninggalkan Pakatan.
Ayo! Parti baru nanti kita boleh mempertemukan kesemua ahli -ahli yang akan menolak tidak mahu menaiki lagi bahtera bersama anak-anak Hj Hadi yang putih bersih. PASMA parti baru nanti boleh mengumpul kesemua NGO-NGO, bersama kita dengan DAP dan KEADILAN bagi merampas kunci di pintu Putrajaya.Perdulikan PAS biar mereka bersendirian di serambi mekah di Kota Bahru dan Kuala Terangganu. Wahai anak-anak warisan didikan Ustaz Fadil anda semua jangan sesekali menoleh kebelakang melihat bahtera baru yang kini dinaiki anak-anak kecil Hj Hadi. Terus maju bersama PASMA untuk melakarkan wajah baru landskap politik Malaysia.
No comments:
Post a Comment