OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis bebas
jamalmd09@yahoo.com
KEPUTUSAN sudah muktamad, berkerat rotan berpatah arang. Tidak pilihan untuk undur namun mara terus tanpa berpusing ke belakang. Gerakan Harapan Baru suatu yang amat dinantikan. PAS tidak boleh diperharapkan apa-apa lagi. Biar dan tinggalkan mereka dengan mullah-mullah bertasbih dan berwirid di perkampungan Rusila.
Lupakan sejarah pahit manis. Susah derita melalui satu jarak masa lampau perjuangan yang panjang. Atur semula strategis,konsistem, jangan memperdulikan anak-anak mullah dari Rusila. Biar mereka mencari haluan tersendiri.
Harapan baru teruskan agenda perjuangan. Perjalanan panjang ke putrajaya tidak boleh diundur dan berpatah balik ke perkampungan Rusila. Biar di singkir, ditolak jatuh dari bahtera yang terpaksa lemas seketika di lautan dalam. Kini bantera baru atas nama Gerakan Harapan Baru. Di sinilah kita bermula. Matlamat tetap ke Putrajaya. Kita tetap mengharapkan kemenangan dan keredaan Tuhan. Percayalah tanpa akal yang cerdik lagi waras, tanpa perancangan berprestej dan strategis, tanpa rencana pemikiran yang idealis dalam mempercaturkan bidak-bidak dalam pantas politik ianya tidak akan ke mana-mana. Biarkan anak-anak mullah Rusila berilusi dan berangan-angan bahawa merekalah yang hanya memahami reda Ilahi.
Mereka memang cukup cerdik. Bertarung dalam gelanggang berpolitik bukan untuk mencari kemenangan,hujah mereka biar kalah asalkanTuhan reda. Jangan menang jika Tuhan tidak reda. Mereka masuk dalam kancah politik negara matlamat bukan ojektif mencari kemenangan. Sebab itu Tuhan sentiasa memberikan mereka nilai kekalahan. Hujah dangkal anak-anak kecil berkeliaran di bawah lubang ketiak mullah-mullah di Rusila.
Gerakan Harapan Baru teruskan, matlamat misti ke Putrajaya. Kalau berjuang demi untuk kekalahan, tidak apa erti bagi kita. Jangan harapkan mereka, janji mereka biar seribu tahun lagi. Hatta sampai qaimat pun tidak apa. Misi perjuangan tidak berhajatkan matlamat untuk menang. Itu antara seruan anak-anak didikan mullah-mullah dari Rusila.
Matlamat kita wajib menjatuhkan kuasa pemerintahan kejam. Jauh sekali jangan mengsengkongkoli sang penguasa dan pemerintah yang zalim . Kezaliman wajib di tentang bukan bertukar idea kembali untuk hubungan baru kemudian kepingan untuk ketiduran sebantal. Kalau dulu di lebalkan firaun sekarang dikatakan musuh kita itu tidak sejahat firaun dan bolehlah bersama-sama menghirup secawan minuman teh.
Mereka tidak mahu ke puterajaya. Biarkan, jangan perdulikan apa niat mereka. Gerakan Harapan Baru tetap teruskan. Mereka bermudik kembali ke perkampungan Rusila setelah bersama kita melalui sebuah perjalanan jauh. Kerana kata mullah mereka perjalanan hendak ke Putrajaya itu bukanlah sebuah perjalanan yang suci dan di sana tidak akan berjumpa kunci Syurga. Kerana etikanya sudah dinodai dan kotor. Hujah mullah-mullah besar mereka betapa pelayaran ke Putrajaya menjadi tidak syarie. Mereka misti berpatah arang berkerat rotan dan memusing bahtera 360 kembali ke Rusila.
Gerakan Harapan Baru tidak pilihan lagi kita teruskan. Biarlah mereka kata kita sebagai anjing dan serigala menyalak pengembara biarkan. Biarkan mereka kata kita nyamuk yang hanya membuat bising dalam kelambu menjadikan mullah-mullah tidak dapat nyenyak tidur diuliti mimpi-mimpi bersama puteri bidadari disyurga Jannah. Biarkan mereka menspray dan mengasapkan ubat nyamuk sekalipun ainya membakar kelambu. Biarkan apa hendak mereka ungkapkan, biarkan sahaja. Kita terus belayar meninggalkan bahtera mereka. Insyaalah bahtera baru akan berjaya.
No comments:
Post a Comment