OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com
SECARA tidak lansung Anwar Ibrahim mengenali Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor ketika beliau menyampaikan satu ceramah program anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Se Malaysia(PKPIM). Dari situlah bermulanya sejarah dan persahabatan akrab Anwar-Fadzil yang berkekalan sehingga Anwar di penjara dan Ustaz Fadzil kembali kerahmatullah setelah melalui satu pembedahan kritikal pemintasan jantung di HUKM.
Sejarahnya bermula kira-kira pada tahun 1973 apabila Universiti Teknologi Malaysia(UTM) memerlukan seorang Pensyarah agama.Maka Ustaz Fadzil cuba dipujuk oleh Anwar agar menerima tawaran jawatan berprestej di UTM. Anwar Ibrahim serta rakan-rakan memujuk Ustaz Fadzil Noor supaya melepaskan jawatannya di Maktab Mahamud Alor Setar dan menerima tawaran yang lebih lumayan sebagai Pensyarah di UTM. Ojektif utama desakan tersebut agar Ustaz Fadzil Noor terima jawatan berkenaan menurut Anwar pada masa itu bertujuan bagi mengaktifkan Ustaz Fadzil bersama ABIM. Kerana pada masa itu ABIM amat memerlukan tenaga tenaga muda yang berpotensi bagi menerajui kepimpinan pergerakan islam supaya ianya menjadi lebih mantap dan hebat.
Pada pandangan Anwar, Al-Marhum memiliki sifat-sifat yang boleh dipercayai bagi memimpin Angkatan Belia Islam se Malaysia(ABIM). Justeru itu kehadiran Ustaz Fadzil ke Kuala Lumpur akan dapat membantu bagi menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti pergerakan angkatan muda islam supaya kembali kepada penghayatan falsafah islam sebagai "The way of life". Kalaulah Al-Marhum masih menetap di Maktab Mahamud, Alor Setar sudah pasti sekali tenaga dan kepakaran beliau dalam mengolah persoalan islam semasa tidak dapat diterjermahkan oleh ABIM secara sepenuh masa. Sebab itu Anwar Ibrahim menaruh harapan besar agar Ustaz Fadzil Noor terima jawatan Pensyarah agama di UTM, maka dengan itu mudahlah bagi Anwar untuk memujuk Al-marhum menerajui ABIM. Menjadi satu tanggongjawab bagi Anwar mendesak Ustaz Fadzil kerana hasrat beliau amat sangat mengharapkan Al-Marhum akan memimpin pergerakan islam ABIM di Kuala Lumpur.
Hasil dari perbincangan Al-Marhum dengan Anwar serta atas beberapa faktor yang diambil kira kedudukan perkembangan islam pada masa itu, akhirnya Ustaz Fadzil memutuskan bagi melepaskan jawatanya sebagai guru(ustaz) di Maktab Mahamud dan menerima tawaran jawatan Pensyarah agama di UTM.
Semasa di UTM Al-Marhum bergiat cergas bersama ABIM yang dipimpini oleh Dr Razali Nawawi. Secara kebetulannya pula Kaurters Al Marhum di jalan Gurney jaraknya berdekatan dengan Yayasan Anda Akedamik di kg Baru KL. Maka di rumah Al-Marhumlah dijadikan markas pergerakan ABIM. Di situlah bermulanya persahabatan terjalin akrab antara dua insan Anwar-Fadzil penuh berahsia lagi sukar dimengerti. Satu persahabatan yang mana saya kira amat sukar difahami buat seluruh ahli-ahli PAS dan UMNO. Sekalipun akhirnya kedua-dua insan itu terpaksa berpisah kerana perbezaan wadah(faltfrom) politik masing-masing. Fadzil memilih PAS sebaliknya Anwar memilih UMNO. Namun, keiklasan dan kejujuran rantaian persahabatan menjadi hubungan saliturahim mereka tidak pernah terpisah dan terputus.
Bertempat di rumah Ustaz Fadzil di jalan Gurney, di situlah pemuda-pemuda ABIM bertandang. Dari situ juga Al-Marhum, Ustaz Fadzil sempat berkenalan dengan rakan-rakan siswa muda. Antaranya termasuklah Dr Siddiq Fadzil, Datuk kamarudin Jaafar, Datuk Kamarudin Mohd Noor, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Ghani Shamsudin serta ramai lagi. Di rumah Ustaz Fadzil juga saban malam berkumpulnya belia-belia islam. Mereka menjadikan rumah Ustaz Fadzil sebagai markas pergerakan. Di situlah juga tempat mereka berbincang bagi merencanakan program di samping menjadi tempat usrah seterusnya merumuskan halatuju ABIM, malah sesekali juga dijadikan gelanggang persilatan.
Menurut Anwar Ibrahim lagi semasa di Muktamar ABIM 1974, secara bersungguh-sungguh beliau mahukan Ustaz Fadzil menerajui ABIM selaku presidennya. Kerana ilmu yang dimiliki Al-Marhum, disamping keupayaan berhujah dan berpemidato, kelancaran bahasa, kepetahan, berhemah tinggi dan berpengelaman luas dalam ilmu mantik sangat-sangat dihormati. Tetapi, secara peribadi di atas beberapa pertimbangan Al-Marhum sendiri serta rakan-rakan pimpinan ABIM masa itu mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Presiden ABIM menggantikan Dr Razali Nawawi.
Bersama-sama Ustaz Fadzil, Anwar Ibrahim sering menerima undangan dari luar Kuala Lumpur. Anwar-Fadzil menjelajah seluruh ceruk rantau dan pelusuk negeri dalam Malaysia bagi menyampaikan mesej dakwah melalui pergerakan ABIM.
Semasa Anwar Ibrahim menerajui ABIM situasi gawat lagi cukup mencabar. Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) pada tahuan 1974. Ustaz Fadzil terpaksa memikul jawatan Presiden ABIM sewaktu Anwar dalam tahanan. Sesudah dibebaskan pada tahun 1976, Anwar-Fadzil memperluaskan perlebaran ruang pergerakan dakwah melalui ABIM dengan mengatur susun siri program menjelajah ke luar negara bagi menimba pengelaman di zaman muda mereka.
Anwar Ibrahim bersama Al-Marhum ke Riyadh bagi menghadiri Persidangan Belia Islam Se Dunia (WAMY) yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta pengelaman di erana antarabangsa disamping berpeluang berbincang dengan tokoh-tokoh pergerakan islam internasional, ulama, sarjana, intelektual, pemikir serta tokoh-tokoh pemimpin belia sedunia. Tokoh-tokoh luar yang sempat ditemui oleh Anwar-Fadzil semasa sama-sama menerajui ABIM ketika berkunjung keluar negara antaranya bertemu dengan Sheikh Hassan Al-ASheikh, Menteri Pendidikan Saudi, Almarhum Ismail Al-Faruqi dan Prof Kurshid Ahmad. Juga turut berbincang dengan Abdul Karim Zaidan serta Fathi Yakan. Perhubungan erat dengan tokoh-tokoh pergerakan belia antarabangsa seperti Abdul Hamid Abu Sulaiman, Ahmad Totonji, Jamal Berzinji dan Abdullah Naseef; Rektor Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah.
Bersama-sama dengan Al-marhum ustaz Fadzil, Anwar juga berkesempatan ke Kuwait dan terus ke markas IIFSO(Pertubuhan Pelajar-Pelajar Islam Se Dunia). Di sana Al-Marhum dan Anwar dapat bertemu dengan Menteri Arafat; Yusur Al Hajj,Mufti Abdullah An Nur Sarjana Geologi, Zahlul An Najjar, pemimpin gerakan reformis(islah) Abdullah Al-Mutawata dan /Abdullah al-Aqeal.
Hampir lima tahun bersama Ustaz Fadzil bagi menerajui ABIM dan bergerak aktif sekitar tahun 1973-1977 mencukupi masa bagi Anwar-fadzil menjalinkan persahabatan yang cukup akrab. Kasihnya Ustaz Fadzil kepada Anwar Ibrahim macam adik kandungnya sendiri. Malah Anwar juga menyifatkan Al-Marhum adalah gurunya seumar hidup.
Lima tahun masa itu berlalu, pertemuan, perkenalan persahabatan dan akhirnya manusia tidak dapat menolak perpisahan. Walaupun manusia sebijak mana mengatur rencana tetapi AllahSWT jua yang akan menentukannya. Kesudahannya Anwar menyedari benar akan kegilisahan dan kehendak Ustaz Fadzil untuk kembali bersama PAS. Pada masa itu Ustaz Fadzil adalah seorang ahli PAS yang komited dengan perjuangan islam. Dan Anwar Ibrahim memahami serta menyedari hasrat Al-Marhum itu. Kegelisahan Al-Marhum untuk kembali aktif bersama PAS cukup dimengerti oleh Anwar. Umurnya pun ketika itu sudah hampir mencecah ke usia empat puluhan tahun.
Segala-galanya bermula appabila berlakunya krisis poliitk Kelantan 1977/1978 yang dikenali sebagai krisis Asri-Nasir. Dari situlah menjadi titik permulaan 'The start" buat Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor terpaksa berpisah dengan Anwar. Krisis politik Kelantan yang berlarutan menjadikan bulan purnama gerhana di Kelantan yang akhirnya membawa kepada Ustaz fadzil Noor mengambil keputusan drastik meninggalkan ABIM dan terjun ke gelanggang politik PAS sepenuh masa.
Sepertimana yang dikatakan Al-Marhum tidak membuat keputusan bersendirian ketika meninggalkan ABIM. Segala-galanya bertolak daripada satu perbincangan ABIM dengan tokoh pergerakan islam se Asia, Pak Muhamad Natsir(political consultant) telah berlansung di ibu Pejabat ABIM pusat di Kuala Lumpur, khusus membincangkan mengenai kesan kedudukan krisis politik negeri Kelantan. Muhamad Natsir selaku tokoh pergerakan islam yang berpengelaman di Indonesia berpendapat bahawa PAS misti diselamatkan. Darah baru hendaklah disuntik dan dialirkan ke tubuh PAS yang sudah lemah dan lesu kerana sedang menghadapi sindrom krisis keyakinan rakyat Kelantan terhadap kepimpinan Dato Asri. Menurut Muhamad Natsir kalaulah keadaan tenat PAS itu tidak diselamatkan, ertinya islam di Malaysia akan menjadi sepertimana islam di Indonesia. Muhamad Natsir menyeru dan merayu kepada tokoh-tokoh muda dalam ABIM agar berhijrah menyertai PAS bagi menyelamatkan masa depan partai itu dan juga masa depan umat islam di Malaysia daripada ditolaki oleh seluruh rakyat di negara ini.
Seluruh pemimpin pemuda islam yang bermesyuarat pada hari itu termasuk Presidenya sdr Anwar Ibrahim sama-sama akur menyedari apa yang diperjelaskan oleh Pak Muhamad Natsir dari gerakan islam Indonesia. Kesudahannya satu uslub dirumuskan oleh jawatankuasa ABIM bagi melepaskan beberapa tenaga muda islam ABIM berhijrah ke dalam PAS. Keputusannya Anwar Ibrahim terpaksa rela melepaskan sahabat karibnya Ustaz Fadzil untuk meninggalkan ABIM di penghujung tahun 1977, diikuti Ustaz Ahmad Nakhaie, Ustaz Halim Arsat, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman(Timbalan Menteri Besar Kelantan), Tuan syed Ibrahim syed Abdul Rahman serta ramai lagi yang turut meninggalkan ABIM bersama-sama dengan Ustaz Fadzil menyertai PAS. Tinggallah Sdr Anwar Ibrahim, Dr Siddiq Fadzil, Datuk Kamaruddin Jaafar, Kamarudin Mohd Nor bagi menerajui ABIM.
Sekalipun Al-Marhum tidak lagi bersama-sama ABIM namun, hubungan Anwar - Fadzil tetap akrab sepertimana semasa mereka bersama dalam ABIM. Bagi menghormati Ustaz Fadzil, Anwar Ibrahim turut mengarahkan tokoh-tokoh muda ABIM turut serta ke Kelantan pada tahun 1977/1978 bagi memperjelaskan dasar ABIM yang tidak bersetuju dengan akta Megeran(darurat) yang ditekankan terhadap kerajaan PAS Kelantan. Pun bagitu juga sebagai tanda penghormatan Anwar kepada Ustaz Fadzil, beliau tidak ketinggalan turut serta membantu Ustaz Fadzil ketika bertanding di DUN Bukit Raya, Kedah.
Selepas itu Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor kembali menetap di Alor Mengkudu, Alor Setar dan aktif sepenuh masa bersama PAS. Walaupun Al-marhum tinggal di Alor Setar, tetapi bila ke Kuala Lumpur Ustaz Fadzil tidak ketinggalan sering singgah ke Yayasan Anda Ekadamik dan ke ibu pejabat ABIM pusat. Perhubungan Fadzil-Anwar berterusan sepertimana biasa. Di mana Al-Marhum tidak banyak berbincang dengan Dato Asri, sebaliknya lebih senang bersama dengan Anwar. Apabila Anwar Ibrahim memutuskan pendiriannya untuk menyertai UMNO pada 29 Mac 1982 dan sehingga Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri(TPM) perhubungan Fadzil-Anwar tidak pernah terputus.
Suatu yang amat menyedihkan malah menyanyatkan hati Ustaz Fadzil iaitu beberapa hari sebelum Anwar mengistiharkan penyertaannya ke dalam UMNO. Ustaz Fadzil bergegas ke rumah Anwar di Subang Jaya, ceritanya pertemuan empat mata Anwar-Fadzil berligar sehari suntuk yang sesekali ditemani anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang bergilir-gilir didukongi dan dibelai Ustaz Fadzil dengan sekeping hati yang sayu lagi pedih sekali.
Satu peretemuan yang cukup trajis, sedih, pilu malah cukup menyanyatkan hati antara dua insan yang terpaksa memilih jalan perjuangan dengan sejarah yang tersendiri. Dalam pertemuan tersebut sehari suntuk Ustaz fadzil berkali-kali menasihati dan mendesak Anwar supaya tidak mengambil keputusan menyertai UMNO. Kerana Ustaz Fadzil khuatiri dan bimbang Anwar akan dikhainati UMNO. Ustaz Fadzil tidak mempercayai bahawa Anwar tidak akan dikhainati ketika bersama UMNO. Contohnya penyertaan PAS dalam komponen(BN) pada awal tahun 1970an menjadi bahan sejarah bagaimana PAS dikhainati oleh UMNO yang mengakibatkan PAS tersingkir keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978.
Namun demikian Anwar tetap berkeras dan berdegil tidak dapat menerima nasihat sahabatnya itu. Kerana Anwar percaya tanpa mempunyai kuasa ia tidak akan dapat merubah apa-apa. Anwar juga cuba menyakinkan Ustaz Fadzil beliau mengambil keputusan memasuki UMNO bertujuan untuk mengislamkan partai UMNO dari dalam. Satu approacah(pendekatan) yang diyakini Anwar pada waktu itu dan merasakan masanya sudah tiba baginya menyertai UMNO. Pertemuan sehari suntuk yang penuh berahsia itu di mana Ustaz Fadzil gagal memujuk Anwar merubah pendiriannya supaya tidak menyertai UMNO. Ustaz Fadzil terpaksa menerima hakikat, redha serta akur dengan keputusan yang diambil oleh sahabat karibnya itu. Fadzil pulang ke Alor Setar dengan hati dan perasaan kekecewaan yang teramat sangat untuk melepaskan sahabat akrabnya ke pangkuan UMNO. Pengistiharan Anwar menyertai UMNO pada 29 Mac 1982 itu mengkhabarkan berita kegembiraan tidak terhingga di kalangan kerabat-kerabat UMNO sebaliknya menjadi satu tamparan hebat terhadap PAS. Pada waktu itu orang ramai berpendapat PAS akan hancur kerana seorang tokoh muda islam yang berkarisme sudah menyertai UMNO. Untuk menenang dan mententeramkan suasana perasaan ahli-ahli PAS, Dato Asri turut membuat kenyataan bahawa penyertaan Anwar ke dalam UMNO umpama "Anak ayam baru tumbuh susuk".
Selepas itu saya difahamkan tidak lagi pertemuan Anwar-Fadzil, tetapi secara peribadi perhubungan mereka tetap akrab dan berterusan sekalipun melalui telefon. Kesemunanya ini berlaku kerana untuk menjaga kemarahan ahli masing-masing. Apabila berlakunya perbezaan wadah(faltform) politik yang kebetulannya kedua-dua partai politik tradisional yang bertentangan antara satu sama lain di pentas-pentas politik UMNO-PAS. Demi untuk menjaga pengaruh masing-masing dalam ceramah mereka kedua-dua personoliti politik itu terpaksa menjadi lawan di gelanggang politik masing-masing. Sebaliknya akhuah mereka tetap berterusan tidak sesekali terputus walau berlainan perjuangan dan wadah politik.
Banyak kisah-kisah sepi dan menyedihkan sekiranya hendak dicatatkan dalam buku ini. Bagaimana Anwar Ibrahim pernah menghantar Ustaz Fadzil ke rumah anak perempuannya setelah bertemu Ustaz Fadzil di lapangan terbang Subang. Suatu rahsia yang tidak diketahui oleh ahli-ahli PAS dan UMNO. Saban masa mereka berdua sering menalifon bertanyakan khabar berita dan ukhuah persaudaraan. Bila berlakunya krisis kegawatan seperti kes pembunuhan Memali, Baling, Anwar akan menalifon Ustaz Fadzil dan memohon memenangkan dan melembutkan rasa amarah ahli-ahli PAS.
Saya masih ingat lagi kira-kira dalam tahun 1985, satu forum diadakan di Universiti Malaya sekitar tahun 1983, di mana Ustaz Fadzil, Anwar Ibrahim dan P.Photo(DAP) dijemput oleh kesatuan hal-ehwal pelajar sebagai penalis debat. Demi untuk menjagai maruah dan persaudaraan, Anwar mengelak tidak mahu bertembung dengan Ustaz Fadzil. Sebagai tanda menghormati sahabatnya, beliau menghantar Awang Jabar Exco Agama(pemuda UMNO) mengganti beliau. Dalam forum tersebut Ustaz Fadzil sempat menyindir Anwar katanya "Forum malam ini sepatutnya diwakili oleh Ketua Pemuda UMNO(maksudnya Anwar Ibrahim), beliau tidak hadir kerana sedang mengagih-agihkan subsidi lembu-kerbau". Disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh mahasiswa memecah dewan kuliah Tengku Censelor UM.
Di atas iniasiatif Anwar Ibrahim juga pada tahun 1986 satu pertemuan antara pemimpin UMNo-PAS diadakan tanpa pengetahuan ahli kedua-dua partai. Anwar bertanggungjawab mengatur pertemuan dan perbincangan UMNO-PAS. PAS diwakili Hj Yusof Rawa, Ustaz Fadzil dan Tuan syed Ibrahim Syed Abdul Rahman. Manakala UMNO disertai oleh Sdr Anwar sendiri dan Tun Dr Mahathir. Pertemuan penuh berahsia itu berlangsung di Sri Perdana. Kersudahannya berita tersebut bocor ke pengetahuan ahli-ahli PAS dan UMNO. Walaupun Anwar-Fadzil terpaksa berperang di pentas politik lantaran masing-masing melemparkan pelbagai tuduhan malah sindiran bagi mempertahankan pengaruh di kalangan ahli parti. Namun demikian mereka tetap bertanykan khabar berita setiap masa. Melalui telefon Al-Marhum Ustaz Fadzil sentiasa melahirkan kerisauan dan kebimbangan terhadap Anwar, kerana takut-takut sahabat karibnya itu dikhainati oleh UMNO. Menurut cerita Anwar, Ustaz Fadzil tidak dapat menahan kegelisahan dan kerisauan kerana khuatir sdrnya akan tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO. Ustaz Fadzil menalifon Anwar pada jam 3 malam, kerana takut Anwar kalah dalam pemilihan tersebut. Bagitulah kasihnya Ustaz Fadzil kepada sahabat seperjuangannya sekalipun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan wadah.
Ustaz Fadzil mengambil alih jawatan Presiden PAS daripada Hj Yusof Rawa pada tahun 1989. Tetapi malang sekali Anwar tersekat tidak boleh mejadi Perdana Menteri kerana sikap TunMahathir yang tamak dan gilakan kuasa tidak mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Kalaulah Anwar berkesempatan menjadi Perdana Menteri dan Ustaz Fadzil yang sudah lama menjadi Presiden PAS saya percaya tentunya senario politik orang-orang Melayu dan umat islam di negara ini dapat dipersatukan. Kerana Anwar-Fadzil pastinya saya kira boleh berkompromi bagi sama-sama mencari titik laluan persamaan yang ada dalam UMNO-PAS.
Dan apa yang dikatakan masalah perpecahan orang-orang Melayu saya kira tidak timbul selepas itu. Tetapi malangnya kerana kedegilan dan kegilaan Dr Mahathir untuk menjadi maharaja dalam negara serta merencanakan konspirasi politik tertinggi bagi membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim mengakibatkan Anwar tidak kesempatan sampai kepuncak kekuasaan dalam UMNO. Tanpa Anwar-Fadzil di puncak kekuasaan politik UMNo-PAS amatlah sukar bagi kita untuk mengimpikan ujudnya penyatuan umat Melayu di negara ini. Kerana politikus-politikus yang memimpin UMNO dan PAS masakini tidak ujudnya jalinan persaudaraan dan persahabatan semulia dan setinggi keakraban Anwar ibrahim dengan Ustaz Fadzil Noor.
Bagitulah klimik yang sedang dinanti-nantikan, kerana apabila pemimpin dapat bersatu dan bersama. Maka pengikut-pengikut serta ahli-ahli mereka akan sertai bersama. Tetapi malangnya sekali walaupun Ustaz Fadzil berjaya menjadi Presiden PAS(1989-2002), sedangkan perjalanan Anwar untuk sampai kepuncak terpaksa menempuhi duri beranjau, menjadikan beliau terpaksa kempunan tidak kesampaian bagi mengambil alih jawatan Perdana Menteri drp Tun Mahathir. Maka berakhirlah satu episod trajis lagi dramatik yang membawa kepada krisis Mahathir-Anwar yang mana berkahirnya Anwar bukan sekadar dipecat daripada kerajaan dan parti. Tetapi implikasinya Anwar terpaksa mengharungi dan meringkok hari-=hari yang dilalui dengan penuh penderitaan dan dukalara berpanjangan selama 15 tahun di Sungai Buluh.
Saya percaya di atas persaudaraan dan keakraban talian persahabatan intim Anwar-Fadzil serta kalaulah Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri dalam waktu-waktu Ustaz Fadzil Noor bagitu lama sudah menunggu Anwar diketika beliau menjadi Presiden PAS. Di mana masalah Melayu serta dilema perpecahan ummah, insyaalah dapat dirungkai dan diselesaikan oleh kedua-dua bekas aktivis ABIM itu. Rahsia besar ini tidak banyak dimengerti dan difahami oleh kebanyakkan ahli-ahli PAS dan UMNO. Kehilangan Ustaz Fadzil dan Anwar Ibrahim menjadikan politik Malaysia turut kehilangan dua permata mutiara besar yang bergilap lagi bergemerlipan yang bakal akan muncol bagi menyelamatkan perpaduah ummah apabila kedua-dua mereka sama-sama sampai kepuncak, maknnya mereka manpu mencari jalan bagi memecahkan kebuntuan. Kerana Anwar-Fadzil boleh bermuafakat dan berkerjasama dalam segala hal, perkara serta masalah boleh dipersetujui serta disepakati. Tetapi bagitulah manusia sekadar merancang dan melaksana, tetapi Tuhan yang akan ,menentukannya. Anwar ditakdirkan Ilahi terpaksa pasrah di penjara tidak kesampaian dan Ustaz Fadzil terlebih dahulu pergi mengadap Ilahi. Kini tinggal Anwar keseorangan, kesepian malah tidak boleh berbuat apa-apa lagi kecuali didatangi pertolongan kuasa "istadraj" dari langit sahaja yang menetukan.
2 comments:
ArmaniQQ
Ayo Main Di Situs Poker Online Terpercaya Yaitu Situs ARMANIQQ
Dengan 9 Permainan 1 User ID (NO BOT) (NO ADMIN) FAIRPLAY Player vs Player 100%
Daftar Dan Mainkan Sekarang
Memiliki Bonus Bonus WOW
• Bonus Turnover mingguan 0.5%(Dibagikan Setiap Minggu)
• Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
Ayo Segera....Mainkan Sekarang Juga
Hanya Minimal Deposit Rp 10.000 Dan Minimal Withdraw Rp 20.000
(Bisa deposit Dengan E-Money OVO,GOPAY,GOJEK)
Siap Melayani 24Jam Non Stop Setiap Hari nya
Link alternatif : armaniqqs.info | winterarmani.club
ARMANI POKER
PROMO BARU DI ARMANI POKER
BISA DEPOSIT VIA PULSA
BANYAK BONUSNYA
Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.
ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
Minimal depo 10k
Minimal wd 50k
Whatapps : +6287830298557
Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info
Post a Comment