Tuesday, November 29, 2016

PAS GANTI UMNO-Berakhirnya Se buah Teori Kosong


 
 




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


HAMPIR melebihi tiga dasawarsa saya bagitu yakin sekali masa depan Pas akan menjadi pengganti Umno. Bila tiba masanya Umno ditolaki oleh rakyat, maka Pas akan tanpil sebagai partai alternatif bagi mengambil alih tompok kekuasaan yang dimiliki Umno selama ini.

Pas sebagai se buah wadah politik islam itu bukan hanya untuk memimpin umat Melayu sahaja, tetapi mewakili semua rakyat pelbagai bangsa di negara Malaysia yang majmuk. Potensi Pas bukanlah sekadar hanya berupaya memimpin orang Melayu/Islam. Tetapi meliputi pelbagai bangsa, agama, dengan pelbagai budaya, etnik dan ras. 

Saya mengharapkan potensi besar ini terhadap Pas andaikata Umno kecundang. Saya juga amat sinis sekali dengan teori-teori Umno mengatakan bahawa hanya mereka sahaja yang layak menerajui negara Malaysia kerana sifat rakyatnya majmuk. Sedangkan Pas sering dituduh konservatif dan exstrimis.

Keyakinan ini bertambah kuat lagi bilamana  di era Hj Yusof Al-Rawa, beliau melakarkan Pas keluar dari kedaerahan sempit politik kuno(politik terkebelakang) dengan mengunjurkan gagasan politik bersifat kesawarjagatan(international), dan sekaligus cuba mengasingkan Pas keluar dari kelompok Assabiah(perkauman Melayu) ala-ala Umno. Pas di bawah terbang jauh kepersada politik terbuka bersifat holistik di zaman Dato Fadzil Noor. Tokoh pembaharuan yang berani menekuni cabaran dengan langkaran lokasi politik baru yang sering dijadikan exsperimen politik  "real".

Tembok-tembok pejal lagi konkrit dibina oleh Umno agar Pas sentiasa tekurung dan terperangkap dengan landskap politik sempit di satu daerah kecil yang terhad di Kelantan dan Terangganu telah diruntuhkan oleh Al-marhum Dato Fadzil di era kepimpinannya. Dato Fadzil adalah bapa pelopor gerakan politik penyatuan kaum " Tahaluf-as-Siasi", Tokoh yang berupaya menterjemahkan politik 'real', mengetengahkan Pas menjadi lebih berani mendepani arus cabaran besar politik Malaysia yang kompleks. Politik dwi-partai yang boleh mengajar Umno betapa perit dan pedihnya erti sebuah makna kekalahan.

Malang sekali rencana dan teori mustajad untuk menamatkan riwayat Umno dalam satu dua PRU akan datang gagal dihayati dan fahami oleh pengganti dan penerajui kepimpinan tertinggi Pas mutakhir ini. Tokoh pemimpin Pas kini menjadi penghancur teori "Pas ganti Umno". Kini Pas tidak akan menjadi pengganti Umno lagi bilamana terdapat kepimpinan tertinggi partai kini mula mengulangi doktrin hadiah ungkapan kata-kata dari Umno, "Bila Pas berperang dengan Umno-bangsa lain akan perintah Malaysia". Doktrin inilah akan kembali menjadi bakal penghalang Pas untuk terus bergerak laju mendahului Umno tidak mungkin tercipta sejarahnya lagi. Ungkapan ini juga merupakan ikatan yang akan membeliti lilitan politik Pas yang tentunya sesekali tidak berupaya untuk mendahului Umno dalam ranking yang akan tercatat di kaca-kaca TV di malam keputusan PRU.

Bermulalah kembali zaman kemunduran dan kejatuhan Pas pastinya akan terjadi. Tembok pejal dan konkrit yang diruntuh oleh Dato Fadzil semasa hayatnya kembali di bina semula oleh pemimpin-pemimpin Pas hari ini. Pas kembali ke ruang politik yang terkurung dalam landskap politik kecil di kedaerahan Pantai Timur. Satu hadiah besar Pas kepada Umno.  Tahniah Pas......