Friday, December 19, 2008

TELAHAN SAYA PENDOKONG ANWARISME DAN FANATIK BUTA-GAMBARAN KEKACAUAN PEMIKIRAN PENDOKONG POLITIK MASAKINI


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

PADA saya kehadiran Anwar Ibrahim dalam pentas politik pembangkang ianya satu rahmat besar memberi laba keuntungan buat parti politik oposisi itu. Bila saya menonjulkan Anwar sesatunya ikon pencetus ke arah perubahan landskap politik terbaru di Malaysia. Ianya tepat dan menjadi kenyataan kepada kita semua pencinta politik di negara ini.

Saya melihat Anwar sesatunya ikon politik Malaysia mutakhir ini yang boleh diterimai oleh semua bangsa. Ertinya Anwar Ibrahim sesatunya insan politik yang pastinya antara mana-mana pemimpin negara berupaya menjadi pemangkin serta pencetus perubahan masa kini. Bersama Anwar dan perkasakan Pakatan Rakyat, Insyaalah Malaysia Baru bakal dijelmakan nanti.

Sebelum ini saya melihat kekacauan pembangkang yang tiada pernah bersama dan bersatu, bertarung dan berlawan dalam satu gelanggang penuh dengan pertindihan percalunan. Keputusannya sentiasa meletakan pembangkang di situasi amat tercorut sekali. Yang gembiranya UMNO-BN di setiap musim pilihan raya mereka sama-sama menserakah dan meratah parti-parti politik pembangkang. Persoalan saya, apakah kita masuk pertandingan sekadar untuk memenuhi proses perjalanan system demokrasi yang curang di negara ini yang akhirnya di setiap musim pilihan raya parti-parti politik pembangkang bukannya menghetong kemenangan tetapi kekalahan. Bertanding tidak bersedia untuk menang sebalik lebih rela menerima kekalahan asalkan dapat mempertahankan prinsip ideology parti masing-masing, saya kira ianya tiada relevan lagi untuk kita menempah kemenangan.

Sebab itu saya percaya dengan kehadiran Anwar Ibrahim dalam kancah politik pembangkang ianya membawa rahmat kemenangan besar bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu sekali gus mencetuskan tsunami politik yang hampir-hampir menenggelamkan bahtera UMNO, kini sudah menjadi tongkang pecah di sana sini yang hanya menunggu tarikh pilihan raya ke-13 untuk kita menamatkan riwayat(survival) keangkuhan dan kesombongan UMNO-BN melalui dinasti mereka selama lebih 50 tahun lalu. Dan apabila dalam tulisan serta buku yang saya hasil mutakhir ini lebih meletakan keyakinan kepada Anwar Ibrahim sebagai sesatunya ikon politik yang mampu bangkit mencetus arus tsunami dan perubahan politik besar di negara ini.

Maka timbulah pelbagai suara-suara sumbang yang tidak senang dengan lebal yang dilebihkan kepada Anwar, tetapi tiada kepada Ustaz Hadi dan Datuk Nik Aziz sebagai pemangkin dan pencetus perubahan politik masa kini. Suara-suara menyatakan saya sebagai pendokong Anwarisme, fanatic yang tiada ketentuan hala turut dilemparkan. Ini amatlah tidak benar sama sekali. Saya bukan pendokong apatah lagi untuk cuba mengembangkan ideology Anwarime, malah jauh sekali untuk menjadi fanatic dengan Anwar Ibrahim secara membabi buta. Apa yang saya cuba yakinkan kalangan pendokong-pendokong aliran politik dari parti oposisi hari ini di mana kita misti bersama Anwar bagi mengorak langkah untuk merombak system politik yang didominasi UMNO-BN sekian lama dengan memulakan agenda Malaysia Baru yang mana Anwar Ibrahim kita tampilkan sebagai wira yang mampu merentasi sempadan politik pelbagai bangsa dan kaum di negara ini. Kesemuannya ini hanya Anwar Ibrahim yang mampu mengolahkannya. Akhirnya tanpa Anwar bacaan politik saya kita(pembangkang) akan kekal kembali ke kedudukan lama PAS dengan ideology PAS dan DAP dengan Cavanisma mereka. Kesudahannya yang kembung dan kenyang hanyalah UMNO-BN akan terus mengaut khazanah kekayaan negara bagi membena empayar koporat dan suku sakat mereka akan terus menserakah serta meratah kita selama-lamanya.

Persoalan besar saya sering tampilkan pendekatan politik Anwar Ibrahim kerana kita mahu menumbangkan UMNO-BN dan ingin sekali melihat wajah baru politik Malaysia. Yang ujud dihadapan barisan pembangkang misti ada komitmen dan political will untuk menumbangkan UMNO-BN dengan disertai perancangan pasarana strategi politik yang mampu berdaya saing dengan kekuatan yang sekian lama dimiliki parti pemerintah. Yang peliknya ditakkala saat-saat kita sudah dipercayai oleh seluruh rakyat(pelbagai kaum) dan bersedia untuk memberikan peluang lebih besar kepada pihak pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara, ajaibnya orang-orang dalam pakatan rakyat masih mahu mencetuskan pertikaian dan perbalahan perbezaan antara sesama mereka dalam hal-hal yang selama ini telah dipersetujui ujudnya perbezaan. Kita mempersoalkan apakah parti Keadilan lebih berupaya daripada PAS. Ini dikatakan merugikan parti Islam itu sendiri yang mereka kadang-kandang merasakan mereka sahaja yang perlu menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu timbul suara-suara sinis agar kita meragui Anwar yang sekarang bagitu bersungguh-sungguh memainkan peranan iniasitif terbaru bagi mencari hala tuju pendekatan politik mengumpul seluruh seramai mungkin suara rakyat bagi mencetuskan satu kejutan 'swing vote' sekaligus kita dapat mengambil alih teraju pemerintahan negara yang diboloti UMNO-BN sejak sebelum merdeka hingga dewasa ini.

Apa perlu kebaikan yang ada jika kita seringkali mencipta perbalahan. Yang penting kita misti bekerja kuat ke arah untuk
membena negara bangsa(nation state) bersama-sama Anwar Ibrahim dan bangkit mempopulari agenda Malaysia Baru menjelma menjadi satu kenyataan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyaingi UMNO-BN sekaligus berapaya merampas Malaysia versi lama kepada Malaysia berwajah baru.

No comments: