Tuesday, December 23, 2008

MENANTI KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT MENYELESAIKAN ISU HUDUD-STRATEGI KHAIRY HUSAM TERPERANGKAP



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

MASIH dalam ingatan saya se waktu Almarhum Ustaz Fadzil Nor ketika hayatnya beliau berjaya mencetuskan idea penyatuan komponen parti politik pembangkang dalam GERAK pada tahun 1978. Pertama kali sejarah mencatatkan terbentuknya Barisan Rakyat yang membawa kemenangan besar parti Barisan Alternatif dalam pilihan raya umum 29 Nov 1999. Ia cuma seketika akhirnya pakatan tersebut pecah apabila sedikit terceluparnya mulut pemimpin dalam Barisan Alternatif. Idea permufakatan yang ideal dalam sejarah perjuangan parti pembangkang hancur berkecai apabila DAP bertindak keluar dari Pakatan Pembangkang kerana terungkitnya isu negara Islam.

Pada waktu itu keceluparan isu negara Islam juga dimainkan oleh UMNO-BN iaitu Tun Mahathir sendiri kalau tiada silap ingatan saya. UMNO hanya umpan, PAS terperangkap DAP keluar Barisan Rakyat. Saya yang banyak menulis dalam akhbar-akhbar wadah parti politik pembangkang masa itu cukup kecewa dengan ketidakmatangan antara kedua-dua belah pihak yang gagal sama sekali mempergunakan kebijasanaan bagi mengatasi segala permasalahan dalam isu-isu berbangkit yang pada asalnya diprovokasikan oleh UMNO sendiri. Selepas itu kita lihat bagaimana parti pembangkang kalah teruk diratah dan diserakah oleh UMNO-BN dalam pilihan raya ke-11 pada 21 Mac 2004. Dalam persoalan ini saya lihat PAS dan DAP tiada pernah serik-serik dilanyak oleh UMNO-BN. Kelemahan PAS dan DAP kerana mereka seringkali membiarkan diri masing-masing di pengaruhi mengikut rentak tari dimainkan oleh UMNO.

Saya sebelum ini sentiasa fikir Naib Presiden PAS, Sdr Husam antara tokoh muda bakal menentukan wadah masa depan parti Islam itu manpu terkeluar daripada mainan perangkap politik tokoh-tokoh UMNO. Tetapi, rupa-rupanya tiada juga. Saya amat kecewa sekali bagaimana Husam boleh terperangkap dalam merungkai isu HUDUD yang diprovokit oleh Khairy dalam satu sesi debat di Kelantan baru-baru ini. Terserlah keberanian anak muda yang masih nakal dalam UMNO bernama Khairy Jamaludin boleh membuatkan Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri dan mulai porak poranda. Saya agak isu HUDUD ini boleh membawa hancurnya komponen Pakatan Rakyat. Cuma saya sedikit yakin kerana masih hidupnya Anwar Ibrahim. Dalam isu ini cuma kebijaksanaan Anwar Ibrahim sahaja yang boleh meredakan kemelut PAS-DAP ekoran terperangkapnya Husam Musa dalam menepis provokasi Khairy yang mencetuskan isu HUDUD di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tanpa Anwar Ibrahim tampil menjadi orang tengah menanggani perbalahan PAS-DAP, saya kira isu yang dilontar dan dilambung oleh Khairy itu akan terus disepak, ditendang dan ditangkis oleh kedua-dua belah pihak DAP dan PAS. Kenyataan-kenyataan yang dibuat baik Nik Aziz, Ustaz Hadi, Lim Kit Siang, Guan Eng nanti belum lagi Karpal Singh mahupun Azizan Razak ia tiada akan mampu meredakan isu HUDUD itu. Saya percaya kalaulah Anwar Ibrahim terus membiarkannya tanpa memperdulikan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP masing-masing membuat kenyataan pro-kontra demi survival dan ideology politik kepartian, alamat sekali lagi kita akan menyaksikan Pakatan Rakyat pecah dan tersungkur. Implikasinya pilihan raya ke-13 akan datang rakyat akan kembali menghukum PAS dan DAP kerana masing-masing tiada mempunyai hemah dan kebijaksanaan dalam mempertahankan hayat permaufakatan yang banyak memberikan kemenangan kepada mereka dalam pilihan raya ke-12 lalu.

Dalam isu ini pada saya, ia memaparkan PAS terperangkap lagi. Hebat anak muda UMNO Khairy berpancak silat dalam gelanggang PAS. Kalau dari sudut hujah-hujahnya Husam lebih hebat dari Khairy. Tetapi, sebaliknya strategik anak muda UMNO itu cukup berkesan bagi merombak dan memporak porandakan barisan Pakatan Rakyat. Dan ini menjadi eset besar kepada Khairy bukan sekadar berupaya mencetuskan masalah baru kes HUDUD antara PAS-DAP lantaran menyumbang pertikaian dan perbalahan terbaru, sebaliknya paling bermakna dengan hadiah pertolongan media talibarut UMNO, kesan besar ia memungkinkan harapan cerah bagi menantu Pak Lah untuk bangkit mencipta kemenangan dalam pertarungan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Mac 2009.
Barangkali itu kejayaan muslihat Khairy satu stretegik penghujahan politik yang licik sekali gus memporak porandakan Pakatan Rakyat dan melonjak harapan kejayaan dan kemenangan sudah diambang. Yang kecewa, resah dan gelisah tentunya Sdr Husam, kerana sedikit ketidakbijaksanaannya dalam menepis asakan isu HUDUD yang diprovokit oleh Khairy. Kini PAS mula di landa dilemma. Husam ingatan saya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh juga.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

jangan terperangkap diri sendiri sudah :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com