Sunday, June 7, 2009

IDEA PERPADUAN UMNO-PAS ALA HADI-MENANTI HANCURNYA PAKATAN RAKYAT


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SEHARUSNYA para perwakilan Muktamar PAS ke-55 menolak idea pucuk pimpinan parti yang mempelopuri gagasan perpaduan UMNO-PAS. Saya amat bersetuju sekali dengan saranan pendekatan politik Datuk Husam Musa yang lebih menyakinkan kita semua di mana PAS sepatutnya menjadi pengganti UMNO dan kekal sebagai pendokong dalam Pakatan Rakyat. Tanpa idealisme Pakatan Rakyat yang di gerakan oleh Anwar Ibrahim, PAS jangan berkhayal ia akan mencapai kejayaan besar. Musibahnya pasti ada dihadapan perjuangan PAS di masa akan datang.
Saranan idea Presiden PAS, Ustaz Hadi yang mahu menonjulkan gagasan baru perpaduan UMNO-PAS dalam saat-saat masyarakat dan rakyat pelbagai kaum di negara ini mengubah haluan sekali gus menolak UMNO-BN dan menyokong Pakatan Rakyat, sesatunya idea yang jelek dan amat pelik sekali.

Selaku Presiden parti, Ustaz Hadi tidak seharusnya menonjulkan idea perpaduan dalam detik-detik kacau bilau yang sedang membawa UMNO kepada hampir terputus 'talian hayatnya'. Lebih teruk dan buruk lagi apabila para perwakilan Muktamar ke 55 mengiyakan saranan tersebut ke arah mencetus idea perpaduan UMNO-PAS menurut saranan Ustaz Hadi.

Saya percaya jika akhirnya isu perpaduan itu tercapai antara UMNO-PAS, yang pastinya UMNO sudah memperolihi keuntungan politik yang cukup besar, PAS sekadar menjadi kuda tunggangan buat UMNO meraih kemenangan politik baru menjelang pilihan raya ke -13. Malah yang amat parah sekali waktu itu akan hancurnya Pakatan Rakyat. Labanya daripada cetusan idea perpaduan UMNO-PAS berjaya direalisasikan ataupun tidak, kesannya sudah memperlihatkan titik-titik perpecahan dalam PAS sudah menjadi putik dan akan berbunga. Dalam situasi apa pun tidak akan berlaku menang-menang. Pokoknya UMNO sudah mendapat laba kentungan dan yang ruginya PAS. Ini sudah dapat kita kesan dan lihat. Justeru itu dalam menanggani isu sensitif ini para perwakilan yang menolak Husam Musa yang menentang keras idea perpaduan UMNO-PAS dan mengekalkan Nasharudin, saya kira satu kesilapan yang akan membawa musibah yang besar terhadap PAS selepas ini.

Kita boleh terima hujah-hujah daripada pemimpin PAS yang pro Mukabalah UMNO-PAS sebagai suatu pendekatan yang mengambarkan keterbukaan sikap dan teloren, bersedia untuk memberikan input-input bagi membantu permasalahan yang sedang melandai negara sekarang, tetapi persoalannya apakah UMNO bersedia menerima gagasan PAS untuk membantu mereka bagi memulihkan situasi yang sedang melanda negara kita dewasa ini?

Tidak seharusnya PAS menerima kerjasama dengan UMNO sehingga menghancurkan Pakatan Rakyat. Kepada saya memperkasakan lagi kekukuhan bersama Pakatan Rakyat dan tunjolkan PAS sebagai pengganti UMNO seperti apa yang disarankan Datuk Husam amat relevan sekali.

Kalau PAS mahu selamat dan tampil ke hadapan sebagai pengganti UMNO, lupakan sahaja saranan idea perpaduan ala Hadi dan Nasharudin dan mungkin di belakangnya ada Mustafa Ali tidak akan sesekali menguntngkan PAS, sebalik akibatnya sudah terdapat titik-titik perpecahan yang akan membesar pasti terjadi jika para ahli tidak menentang gagasan perpaduan yang jelek itu.
Bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan penuh yakin dan konsisten UMNO-BN pasti akan tumbang dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Tidak perlu Ustaz Hadi kenapakah pula tiba-tiba memikirkan mahu mencari titik-titik perpaduan dengan UMNO? Saya percayai idea Ustaz Hadi tidak sampai ke situ. Inilah ahli-ahli dan para pemimpin PAS mesti peka apa yang sedang melandai parti Islam itu dalam saat-saat akan mencapai kemenangan.

Sekiranya para perwakilan Muktamar bersetuju dengan saranan Ustaz Hadi bagi menjaya gagasan perpaduan itu, pastinya selepas ini UMNO akan kembali kukuh dan kuat semula. Sebaliknya rakyat akan menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13. Itulah bakal musibah dirasai oleh PAS nanti.

Bagi menyelamtkan titik-titik perpecahan yang kian sudah bermula dalam PAS, seluruh pucuk pimpinan PAS dalam saf kepimpinan parti mistilah segera menyekat daripada merebaknya idea perpaduan UMNO-PAS ala Hadi itu. Terus yakin dan konsisten bersama Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kerana kita tidak perlu bantu UMNO, sebab UMNO akan kalah besar dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

No comments: