Saturday, June 13, 2009

PASCA KEKACAUAN PAKATAN RAKYAT


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

TIBA-TIBA semua parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat mahu berbincang dengan UMNO. Sedangkan UMNO sebelum ini tidak secara terbuka mengajak parti oposisi duduk bersama bagi membincangkan masalah negara dan pemerintahan. PAS sudah mula dengan Muzakarah dan Muqabalah berakhirnya satu resolusi HJ Hadi dengan ojektif Unity Goverment(Kerajaan Perpaduan).
Isu ini dimulakan PAS selepas menang besar dalam pilihan raya ke-12, difahamkan kesemuanya ini direncanakan kerana kepimpinan PAS mulai bimbang dengan parti Keadilan yang berkemungkinan akan menguasai PAS dalam Pakatan Rakyat. Faktur inilah yang menyebabkan PAS lebih bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO yang mempunyai motif menyekat kemaraan parti Keadilan yang suatu hari nanti akan mendominasi kekuatan politik dalam Pakatan Rakyat. Kebimbangan ini yang menyebabkan PAS bersedia bertemu dengan UMNO dan berselindung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Kecurigaan kian meruncing apabila Hj Hadi semakin berkeras untuk meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Kegelisahan ini menjadi kian terserlah dan jelas apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak balas dengan melontar satu cadangan parti Keadilan Rakyat mahu dan bersedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Najib, tetapi bukan mengenai dengan isu Kerajaan Perpaduan ala Ustaz Hadi sebaliknya mengikut Anwar Ibrahim ianya menjurus ke arah bagi menghentikan kezaliman sistem pemerintahan UMNO-BN, Bebaskan Badan Kehakiman dan tuntutan pilihan raya lebih telus dan demokratik.

Nada Anwar sudah ada suara dari KeaDilan yang mahu berbincang dengan UMNO. Saya tidak pasti kenyataan Anwar yang disiarkan dalam berita online Malaysiakini 13/6/09 itu benar ataupun sekadar sindaran terhadap PAS yang akhira-akhir ini semakin lunak untuk bekerjasama dengan UMNO. Pada saya apa pun kenyataan Anwar itu impaknya cukup merunsingkan masa depan Pakatan Rakyat. Sudah adanya tanda-tanda permaufakatan tersebut mungkin tidak akan mampu bertahan lebih lama, apatah lagi untuk melihat berlakunya peralihan kuasa pemerintah daripada UMNO-BN ke Pakatan Rakyat.

Yang seronok dan leganya UMNO, lebih-lebih lagi Datuk Najib, kerana secara tidak semena-mena nampaknya perkembangan politik pembangkang mutakhir semakin kalut dan kacau. Semua pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang masing-masing mahu memulakan agenda perlumbaan untuk berbincangan dengan UMNO-BN. PAS sudah lama berbincangan dengan UMNO secara senyap, Anwar sudah menyuarakan cadangan permulaan. Cuma Lim Kit Siang dari DAP belum menunjukan respon untuk berbincangan dengan UMNO.

Saya kira, ini adalah detik-detik baru permulaan titik perpecahan dalam parti Pakatan Rakyat. Selepas ini PAS, KeAdilan dan DAP jangan mimpin lagi untuk perintahan Malaysia. Rakyat sedang melihat gelagat Hj Hadi dan padahnya akan rakyat tentukan dalam pilihan raya akan datang UMNO akan kembali mendominasi semula politik negara. PAS kembali menghetong semula kekalahan bukannya kemenangan apabila Pakatan Rakyat tidak sehaluan lagi.

No comments: