Friday, July 31, 2009

DUN PERMATANG PASIR-UMNO KECUNDANG LAGI


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

NAMPAKNYA selepas Pilihan raya kecil Permatang Pauh, politik Malaysia tidak selesai dengan rentatan siri-siri pilihan raya kecil yang berterusan. Selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air, Penanti, Manik Urai dan hari ini pula ekoran kematian ADUN PAS, Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman. Maka kita terpaksa berpesta lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, di Parlimen Permatang Pauh.

Tetapi selang beberapa ketika sahaja dalam waktu-waktu UMNO cukup phobia dan letih dengan siri-siri pilihan raya kecil yang memalukan mereka kerana terpaksa menerima kekalahan demi kekalahan yang mencalarkan imej sebagai sebuah parti pemerintah yang sedang dalam kelemasan. Ini jelas terserlah apabila UMNO mencari helah buat pertama kali baikot pilihan raya kecil Penanti atas alasan PKR mereka cipta tektikal sengaja meletakan jawatan bagi mengadakan pilihan raya yang bertujuan memperhidupkan mood rakyat yang sedang memihak kepada parti pembangkang, alasan longgar untuk mereka mengelakan diri keluar dari senarai pilihan raya kecil DUN Penanti. Tiba-tiba datang pula kuasa mustajad dari langit. Meninggalnya wakli PAS DUN Manik Urai. Sesudah kalah lagi di Manik Urai kini UMNO terpaksa pula berhadap dengan PAS Di Permatang Pasir. Ini bukan taktik PKR atau pun PAS untuk mencipta pilihan raya. Tetapi kuasa mustajad dari langit datang lagi untuk menguji UMNO.

Persoalannya apakah UMNO masih berani sekali lagi di Permatang Pasir mengatakan mereka akan menang dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir? Kita tunggu Timbalan Perdana Menteri yang gagah perkasa akan datang mengumumkan kazanah projek-projek "Mee Segera" bagi memukau pandangan para pengundi di Permatang Pasir. Walaupun UMNO menyatakan mereka sudah pulih kerana berjaya menghantar mesej kemenangan tipis PAS di Manik Urai dengan mojoriti 65 undi sebagai tanda rakyat sudah kembali kepada mereka. Sekali lagi kesombongan UMNO akan diuji rakyat Permatang Pasir.

Namun dalam situasi apa pun sepertimana sebelum ini saya akan membuat ramal awal bahawa UMNO akan kalah sekali lagi di Permatang Pasir. Kedudukan sekarang akan menjadi Pakatan Rakyat 7 UMNO 1. Satu kekalahan yang cukup memalukan. Inilah antara faktur penyebab menjadikan UMNO gusar dan gementar kerana mengikut carta 7-1 nyata maruah dan imej mereka amat tercalar sekali. Pasti padah inilah yang akan dihadapi sekali lagi oleh UMNO apabila mereka turun berentap dengan PAS di DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya kecil ekoran meninggalnya wakli PAS, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang diserang penyakit jantung. Selamat berpesta lagi.

No comments: