Friday, July 31, 2009

NASIB ANWAR DAN MASA DEPAN PAKATAN RAKYAT

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

TANPA Anwar Ibrahim iklim politik Malaysia tidak akan berkocak lagi. Tiada adanya gelombang kocakkan, ia sama sekali gagal mencetuskan arus momentum besar. Tanpa momentum landskap politik Tanahair kekal status quonya di bawah milik terajui UMNO-BN.

Faktor inilah yang amat membimbangkan sekali. Kerana, saya optimis momentum baru bakal dicetuskan Anwar Ibrahim yang akan menjana kemenangan bersejarah buat Pakatan Rakyat menamatkan dominasi kekuasaan UMNO-BN dalam pilihan raya ke-13 akan datang masanya kain dekat dan hampir buat Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Inilah yang amat membimbangkan UMNO-BN dijangka akan terputus 'talian-hayatnya' untuk terus kekal mendominasi kekuatan politik negara selepas pilihan raya akan datang.

Apa pun trend pola pengundi masakini memihak kepada Pakatan Rakyat. Namun, faktur tersebut lebih bergantung harap terhadap sejauh mana perkembangan politik Anwar Ibrahim mutakhir yang amat membimbangkan kita semua. Dikatakan konspirasi kedua akan mengundang kemungkinan Anwar Ibrahim harus lebih bersedia untuk berhadapan dengan situasi musibah yang lebih buruk sekali gus beliau terjerat dan terperangkap lagi dalam kes 'Liwat ke-2'.

Jelas kepada saya tanpa dampingan Anwar bersama Pakatan Rakyat akan pasti kembali menjadi mereka tidak konsisten lagi. Plan ke arah mencetus agenda peralihan kuasa pemerintah buat pertama kali dalam sejarah tradisi pilihan raya akan gagal lagi. UMNO-BN terus mendominasi teraju pemerintahan negara. Inilah kemelutnya bila saya memperkatakan harapan pembangkang perintah Malaysia se lepas Pilihan raya ke-13.

Anwar Ibrahim bukan sekadar ikon pujaan rakyat. Namun, idealisme dan karismatiknya melangkaui batasan elemen bangsa, agama dan budaya. Beliau dihadirkan sebagai pencetus besar agenda perubahan pemikiran rakyat. Polisinya cukup leberal dan terbuka. Agenda politik perkauman dan idelogis manpu beliau kekanginya. Sekalipun PAS dengan ideologi Islam dan DAP dengan Malaysian-Malaysia dirombak ekoran kehadiran Anwar di tengah-tengah rentangan dan beliau mampu memperolahkannya lantaran berupaya melakarkan satu jiwa politik murni yang merentasi ideologi agama dan konflik fahaman perkauman. Inilah acuan Anwar yang berjaya merombak jurang perbezaan besar PAs-DAP yang tidak pernah seiya dan sekata untuk bersama sebelum ini bagi melakarkan suatu ruang politik baru yang lebih dinamis lantaran sekali gus berupaya mencetuskan lonjakan bagi menghakiskan dominasi kekuatan UMNO-BN sekian lama.

Saya mahu menterjermahkan persoalan ini untuk dimenungi dan difikiri oleh seluruh ahli-ahli PAS-DAP dan Keadilan mampukah anda menjadi pemangkin kearah mencetuskan perubahan tanpa Anwar bersama kita jikalau beliau ditakdirkan sekali lagi terperangkap laluan untuk sampai ke pilihan raya ke 13 tidak lama lagi?