Friday, October 30, 2009

SELEPAS INI TIDAK LAGI KEMARUK UMNO DALAM PAS



OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
SAYA harap krisis kecil dalam PAS dapat diredakan segera. Keputusannya muktamad selepas ini isu Kerajaan Perpaduan(UMNO-PAS atau Unity Geverment) tidak akan berbangkit lagi. Harap jangan ada mana-mana pemimpin PAS yang cuba ghairah untuk mencetuskan idea tersebut. Teruskan kerjasama dengan permufakatan dalam Pakatan Rakyat. Kejayaan bersama pembangkang dalam pilihan raya lalu kerana kuat didorong oleh semangat dalam parti Pakatan Rakyat, bukannya UMNO. Kenapa sentiasa anehnya UMNO selalu menjelma di saat-saat PAS dilihat ada kekuatan. Maka timbulah UG yang akhirnya banyak mencetuskan masalah dalam PAS bukannya UMNO.

Apa pun yang diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat baru -baru ini mengesahkan tamatnya kerajaan UG, tetapi orang-orang seperti Datuk Mustafa Ali, Nasharudin Mat Isa dan Dr Hassan Mohamad Ali sudah dilihat terpalit sebagai insan-insan dalam PAS yang dilebalkan sebagai "kemaruk UMNO". Yang paling teruk sekali, Dr Hassan Mohamad Ali sehingga sampai kepada desakan agar beliau dilucutkan jawatan selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Dan beliau kini sedang dalam proses penyiasatan Jawatankuasa bertindak Displin dalam PAS.

Saya amat hairan kenapakah dalam situasi PAS bersama Pakatan Rakyat mula mendapat tempat di kalangan pelbagai kelompok masyarakat dan rakyat di negara kita mutakhir ini, tiba-tiba ramai pula yang sebelum ini menentang keras dasar-dasar UMNO bertukar menjadi insan"KEMARUK "pula.

Untuk menyelamatkan PAS dan Pakatan Rakyat, kepada mana-mana pemimpin yang kagum dengan idealisme kerajaan Unity Goverment UMNO-PAS, boleh berehat dan sertailah UMNO. PAS akan perintah Malaysia melalui Pakatan Rakyat.

1 comment:

naidu said...

betul boss saya pasti PAS akan merintah malaysia.