Friday, April 2, 2010

UMNO MASIH TIDAK DEMOKRATIK- HUJAH LAWAN HUJAH BUKAN HUKUMAN DAN PERGANTUNGAN



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com
PELBAGAI tuduhan liar mutakhir ini terhadap Anwar Ibrahim , pengecut, penakut, penipu, pemutar belit, pembohong, pengkhainat dan macam-macam lagi dilemparkan oleh kalangan UMNO, media talibarut dan agen-egen mereka yang berkepentingan. Lebih teruk lagi mengatakan Anwar "panas punggung", tinggalkan Dewan yang sedang bersidang kerana takut untuk berhadapan dengan "katak-katak" upahan semakin galak berteriak di Parlimen kebelakangan ini.

Ketika Anwar di luar negara, riuh rendah pencacai-pencacai UMNO memalu gendang menyerang dengan seribu macam tuduhan keji dan jijik terhadap Ketua Umum PKR itu. Cabaran kontrovesi mendesak Penasihat PKR bagi menjawab kenyataan beliau dalam Parlimen baru-baru ini yang mengaitkan 1 Malaysia ada hubungan dengan Israel? Suasana hiruk piruk dan riuh rendah mencabar dan memberi tempuh masa kepada Anwar supaya menjawab dakwaannya itu.

Alhamdulilah, Anwar menjawab cabaran UMNO di Parlimen baru-baru ini. Dikemukakan hujah dan fakta. Justeru itu, pada saya giliran Perdana Menteri pula harus tampil menangkis hujah dan fakta Anwar. Yang pelik sekali, apabila Anwar menjawab, saya fikir akan berlakulah hujah lawan hujah, fakta lawan fakta. dari situ rakyat akan melihat siapa benar siapa pembohong? Malang sekali setakat ini, nampaknya tradisi hujah balas hujah dan fakta vs fakta tidak berlaku, malah tiada boleh diterimai oleh pengetua-pengatua dalam UMNO.

Maka timbullah isu baru, Anwar perlu di bawa ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, akhirnya mereka mengambil pendekatan bertindakan sekaligus menjatuhkan hukuman. Lepas itu bersorak kepada rakyat bahwa Anwar sentiasa bersalah. Berikanlah ruang untuk Anwar memperjuangkan haknya di medan demokrasi. Usahlah mempergunakan seluruh instrment kerajaan bagi menghukum Anwar dikandang orang yang bersalah. Demokrasi menuntut kita berhujah. Kekuatan hujah merupakan faktor kuasa yang akan melonjak kekuatan seseorang dalam kancah perjuangan politik. Janganlah kita keterlaluan mempergunakan undang-undang bagi tujuan untuk menyekat hak serta ruang kebebasan rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan politik mana-mana individu di negara ini.

Patutnya Datuk Nazri Aziz cadangkan supaya PM mengemukakan hujah dan fakta bagi membalas hujah dan fakta Anwar. Bukannya merumus hujah dan fakta Anwar sebagai tiada relevan dan kemudian mengambil jalan pintas bagi menjatuhkan hukuman. Caranya bawa Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Kesemuanya mempergunakan pedekatan menghukum. Bukannya menjawab dengan hujah dan fakta. Inilah menifestasi politik demokrasi di negara kita mutakhir ini. Saya menzahirkan rasa kesal sekiranya ada pihak yang mahu mencadangkan Anwar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Sebaliknya menuntut hujah lawan hujah dan fakta vs fakta. Barulah ertinya kita berdemokrasi, menghukum seseorang apabila ianya melakukan kesalahan. Pada saya berhujah dengan mengemukakan fakta bukan satu kesalahan?? Tetapi UMNO melihat disebaliknya apabila mereka tiada manpu berhujah dengan Anwar. Maka hukuman yang perlu dihadapkan..........????

No comments: