Monday, May 11, 2015

KERAJAAN PERPADUAN TANPA PEMBANGKANG- HADI AWANG IDEA MERAPU


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SELEPAS kecuh dengan idea kerajaan perpaduan UMNO-PAS,Hj Hadi sekali lagi cuba melontar idea barunya kerajaan Perpaduan tanpa Pembangkang.Lagi idea merapu dan amat mengarut dicetuskan oleh Presiden PAS. Nampaknya beliau amat sangat akhir-akhir ini berminat untuk tidur sebantal dengan UMNO.Tahniah Mohamad Sabu kerana anda berani mencabar idea mengarut Hj Hadi.

Pasca PAS dalam perjalanan panjang yang menuntut banyak pengorbanan untuk menamatkan empayar legasi politik UMNO-BN yang mencengkam rakyat paling hebat dewasa ini.Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu agar jangan sesekali kita mempengaruhi ahli-ahli PAS menjadikan tongkat penyelamat UMNO-BN sesudah orang-orang Cina dan India sebelum ini yang merupakan tongkat sakti tempat UMNO bertahan demi kelangsungan survival politik mereka sudah tidak mahu lagi untuk selama-lamanya menongkat UMNO-BN. Pergilah Hj Hadi menongkat UMNO-BN, jangan menodai ahli-ahli PAS sebagai penyelamat UMNO.

Kalau baginilah idea Hj Hadi fikirlah berkali-kali wahai para perwakilan yang akan menentukan pimpinan masa depan PAS yang mula menjadi tidak menentu dan kucar-kacir di bawah era Hj Hadi.Berikanlah ruang kepada kepimpinan baru yang idealistik dan dinamik. Pemimpin yang merapu dan meracau-racau ingin bersama dengan UMNO usirlah mereka dari persada politik PAS. Kita muak dengan pemimpin-pemimpin yang meracau-racau, U-turn dan ketagih dengan idealisme UMNO. Selepas ini kita ahli-ahli PAS tidak mahu mendengar lagi idea merapu ala Hj Hadi . Tidak tahulah kita kemungkinan itulah idea islam Hj Hadi  "Kerajaan Perpaduan Tanpa Pembangkang".yang amat menyeronokkan UMNO-BN mutakhir ini. 


1 comment:

stitching factory near me said...

Pasca PAS dalam perjalanan panjang yang menuntut banyak pengorbanan untuk menamatkan empayar legasi politik UMNO-BN yang mencengkam rakyat paling hebat dewasa ini.Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu agar jangan sesekali kita mempengaruhi ahli-ahli PAS menjadikan tongkat penyelamat UMNO-BN sesudah orang-orang Cina dan India sebelum ini wholesale salwar suit catalogue , wholesale salwar suit online , yang merupakan tongkat sakti tempat UMNO bertahan demi kelangsungan survival politik mereka sudah tidak mahu lagi untuk selama-lamanya menongkat UMNO-BN. Pergilah Hj Hadi menongkat UMNO-BN, jangan menodai ahli-ahli PAS sebagai penyelamat UMNO.