OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com
PASCA Muktamar PAS ke-61 memperlihatkan keberkecamukkan berlaku dalam PAS dan PR. Pro ulama kembali menguasai hareaki kepimpinan tertinggi parti. Profesional didikan tokoh politik moderate PAS almarhum Datuk Fazil disingkir secara drastik dari mewarisi teraju parti. Masa depan legasi didikan Ustaz Fadzil tidak ujud lagi dalam PAS dewasa ini. Pro ulama mewakili kebanyakan tokoh-tokoh baru kepulangan dari Azhar yang dikenali sebagai para ustaz muda(cop ayam) kini mendapat tempat dan menguasai kepimpian masa depan PAS.
PAS kini mula melalui pasca baru kembali ke zaman ortodok, memasuki semula era exstrem. Kembali ke konteks zaman lapuk ala politik pak lebai kampung di pasca 60&70an. Menggelungsur ke bawah melupakan hasrat menawan Putrajaya. Dengan megah, angkuh mengatakan PAS pro ulama mampu berdiri sendiri, kini PAS sudah kuat(Timbalan Menteri Besar Kelantan). PAS meninggal Putrajaya, lantaran selepas pasca Muktamar ke 61, bahtera baru(putih bersih) dikepalai Datuk Presiden Hj Hadi dan Mursidul Am PAS, Datuk Harun Din bersama bahtera baru mulai memasang layarnya untuk berlayar jauh sekalipun terpaksa merempuh gelombang ombak sumedara luas tidak bertepi. Matlamat mereka bersatu hati bersama belayar nun jauh biar seribu tahun lagi asalkan perjalanan mereka direda ilahi. Bukan Putrajaya yang hendak mereka cari tetapi mahu menyelamat kumpulan baru pro ulama belayar mencari kunci pintu syurga.
Kemenangan bukan segala-galanya. PAS masuk pilihanraya anjuran parti pemerintah bukan tujuan dan matlamat kemenangan. Tetapi demi tujuan mendapat reda ilahi. Sekalipun dalam tahun 1986 PAS bertanding hampir 90 kerusi parlimen. Menang satu di Pengkalan Cepa Kelantan(Tok Guru Nik Aziz). Apa kata PAS, mereka boleh meniup ilusi menipu ahli-ahli, bahawa kemenangan mereka sekalipun satu kerusi tetapi ia mendapat reda ilahi. Kemenangan UMNO-BN tidak bermakna sekalipun memerintah Malaysia kerana ia tidak diredai ilahi.
Ketidakcerdikan pemimpin baru PAS pro ulama cukup ketara sekali. Tindakan emosi melalui Dewan Ulama meresolusikan agenda memutuskan hubungan dengan DAP amat tidak bijaksana sekali. Proses keputusan terburu-buru kini telah memakan diri. Berpolitik tanpa pakar dan kecerdikan amat merugikan. Mengusulkan bagi memutuskan kerjasama dalam Pakatan dipersetujui tanpa dibahasi. Kata Mahfuz usul tersebut disarankan oleh Hadi dan Harun ke muktamar agar dipersetujui tanpa diperbahasi. Satu keputusan amat cetek ilmu berpolitik yang merugikan para ahli. Mahu mencakar DAP tanpa memikirkan risiko implikasi yang terpaksa PAS hadapi.
Khabar berita diketahui DAP, tanpa lengah membuang masa DAP melepaskan peluru besar yang membakar muktamar PAS ke 61. Meminta ahli-ahli PAS yang dilantik DAP dalam jawatan kerajaan negeri Pulau Pinang segera melepaskan jawatan tanpa soal lagi. Tahniah Mat Sabu orang pertama melepaskan jawatan demi prinsip reda ilahi. Shabas Dr Mujahid dan satu dua lagi ahli PAS Pulau Pinang yang mencari reda ilahi. Anda taat kepada keputusan yang diresolusikan ulama PAS. Ulama yang kita misti hormati tanpa berbelah bahagi kerana mereka kata merekalah mewaris para nabi-nabi.
Setelah menyedari hakikat betapa mereka amat cetak berpolitik sesudah bersilat dengan DAP. Maka timbulah suara warisan pro ulama didikan Hj Hadi dan Harun Din, dari bumi terangganu ustaz baru lulusan Azhar mengatakan DAP jangan terlalu gopoh, keputusan belum muktamad. Resolusi itu akan ditentukan oleh Maljlis Syuara ulama(aduh cerdiknya orang ini berpolitik), kemudian suara hebat dari bumi serambi mekah(Nik Amar) kata ahli PAS jangan bertindak gopoh, tunggu dulu keputusan MSU, jangan letakan jawatan sehingga PAS memengeluarkan surat(tak tahu malu). Panglima besar dewan ulama, Dr Mahfuz mengatakan dia tak tahu kenapa tidak dibahaskan pihak muktamar. Kalau di bahas tahulah akan implikasi dan risikonya. Macam nilah ala berpolitik cara ulama. Ditanya Harun Din bila hendak mesyuarat MSU, katanya dia tahu kerana dia bukan Mursidul Am lagi. Tempuhnya sudah tamat, perlu membuat perlantik baru.
Situasi ini perlu diselesaikan segera kalau PAS mahu menutup kesilapan mereka. Rugi besar bukan sahaja di Pulau Pinang ,tetapi juga di Selangor. Bercakap berdegar-degar puak pro ulama perjuangan merdengan eka bukan hendak mencari pulus tetapi redai ilahi. Tetapi bila diminta melepaskan jawatan nampaknya mereka sudah lupa kata-kata dan ungkapan mencari reda ilahi. Apakah mereka mahu berorkestra lagi, ahli-ahli PAS tidaklah sebodoh seperti dahulu.
Ketua Pemuda baru lagi cetak akalnya. Sekalipun warisan tok guru, tetapi ahli PAS kena ingat tidak semistinya Nik Abduh akan jadi macam bapaknya Tok Guru nik Aziz. Kurang cerdik itu memang jelas dan nyata. Mahu cuba menyergah DAP dan meminta agar DAP jangan jadi perempuan dan "come onlah" gentmen jadi jantan. Kata dia Pas perempuan(hujah apa macam pondan ni), bercerai dengan DAP tapi pelik masih hendak tidur sebantal dan sekatil lagi. Dah jatuh talak tiga macam mana nak U-turn kembali. Sekarang puak pro ulama yang mencari reda ilahi mula berdolak dalih ke sana kemari. Nampak seseolah macam hendak tarik balik kembali kerana sayang juga dengan perempuan cantik DAP. Nak ajar Ketua Pemuda cara berpolitik bagini. PR itu(adalah rumah), PAS(lelaki)PKR(isteri tua) DAP(isteri muda). Macam ni nik Abduh hang PAS jatuh cerai talak 3 dengan DAP(Isteri muda) macam mana masih nak duduk serumah(PR) lagi. Orang tidak diajar buat macam tu. Kena angkat katil angkut bantal bawa keluar dari rumah lama(PR) cari dan tumpang mana-mana rumah baru(UMNO boleh kut puak UG ada di sana) boleh menikah sekali lagi sekalipun janda tua itu sudah diceraikan pada tahun 1977/78.
Ingat baik-baik Ketua pemuda baru pro ulama, kalau nak balik semula dengan isteri muda(DAP) adat orang/islam ceritanya kena cari "Cina Buta". Nak buat apa "Cina Buta", saya pun tidak tahu sangat dengan "Cina Buta" tu, tapi tahu juga sikit-sikit. Macam ni Nik Abduh kalau PAS nak menikah semula setelah melafaz cerai talak tiga. Kena cari "Cina Buta". Persoalannya di sini siapa yang boleh jadi "Cina Buta". Senang saja Nik Abduh, dengar sini baik baik, "Cina Buta" tu Majlis Syura Ulama(MSU), bila bermesyuarat dan MSU jadi "Cina Buta" bolehlah PAS bernikah semula degan DAP. Lepas tu boleh masuk rumah(PR) dan tidurlah sebantal dan sekatil PAS dengan DAP. Macam tu kisahnya Nik Abduh. Jangan lagi duduk buat ulasan pelik-pelik dalam media sosial. Malu sangat saya nak baca, kalau macam ini cara berfikir ketua pemuda pro ulama yang dikatakan mahu mencari reda allah dan bukan kemenangan dalam berpolitik dewasa ini.
No comments:
Post a Comment