OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
jamalmd09@yahoo.com
SUDAH pasti mimpi PAS bila melihat kejayaan bersih 4.0 hari ini dan insyallah besuk kemuncaknya lebih ramai lagi menjadikan mullah besar Rusila tidur mereka malam ini semakin tidak nyenyak. Kalau sebelum ini ia diganggui dengan nyamuk-nyamuk kecil. Hari ini dan besuk mullah-mullah PAS menjadi kian bertambah gelisah. Mereka menjangka himpunan bersih kali ini tanpa penyertaan mereka tidak akan berjaya. Namun, keadaan apa yang dilapurkan hari ini ia berlaku di sebaliknya.
Sekalipun tanpa PAS ia tetap mendapat sambutan. Walaupun fatwa-fatwa turut di keluarkan di mana himpunan tersebut dikatakan haram. Fe'el PAS selalunya terbalik kuang, kalau dipihak mereka lakukanlah apa pun ianya sah dan halal namun di pihak yang berbeza pendapat dengan mereka mulai menghukum haram. Dulu dari bersih 1.0-2.0-3.0 halal belaka. Kini dalam bersih 4.0 mereka tidak ikut serta dilebalkan "haram" pula.
Sejarah baru politik Malaysia kini bermula. Kali ini orang-orang Cina menguasai perhimpunan tersebut. Selebihnya disertai oleh anak-anak muda Melayu. PAS kali ini terpaksa berpuas hati sekadar menjadi penonton-penonton di peti TV di rumah masing-masing. Besuk malam mullah-mullah mereka akan berkokok di pentas-pentas Surau kemungkinan akan berhujah bahawa demi Allah mereka terselamat dari dosa kerana tidak mengikut serta dalam perhimpunan bersih 4.0. Kata mereka Allah bersama mereka dan sikap tidak menyertai perhimpunan tersebut juga mendapat redoi Ilahi. Kemudian para makmun yang jengkel akal dan ilmu akan bertempik sorak "Allahuakhbar".
Justeru mereka tidak menyedari tanpa menyertai bersama dalam himpunan tersebut ia amatlah menyeronokkan sekali oleh penguasa-penguasa UMNO. Tidak menghairan kita semua, PAS kini sudah tergila-gila malah mullah-mullah mereka pantang terlelap mata akan termimpi-mimpi kenikmatan dan keenakan berasmara dengan penguasa-penguasa UMNO yang berkuasa dan kaya raya. Mereka mulai lupai apa yang mereka sering laung-laungkan sebelum ini tidak ada perbezaan dalam usaha sama bagi menentang pemerintahan zalim. Itulah sebahagian penampilan sikap hipokerik/kemunafikan mereka. Bersetuju bila MP PAS, Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengatakan "Meninggalkan PAS tidak bererti meninggal islam".
No comments:
Post a Comment