OLEH :JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com
MENGENANGKAN nasib yang menimpa Dr Hatta Ramli, saya bagaikan mahu menitis air mata. PAS kini menjual dan menjaja politilk yang sangat murah nilainya. Tanpa segan dan rasa ngilu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub dan Timbalannya, Datuk Nik Amar kian bertambah galak mencanangkan isu bai'ah dan mendakwa talak Dr Hatta terhadap isterinya sudah jatuh, bukan satu tetapi tiga sekaligus kerana kini beliau tidak lagi bersama PAS. Hatta menerajui parti baharu Parti Pekerja Malaysia.
Saya fikir PASlah sesatunya parti politik di dunia ini boleh menjatuhkan talak seseorang dengan pendekatan 'bai'ah'. Bagaimana kehidupan ahli-ahli PAS bersama isteri dan anak-anak bahgia tiba-tiba dirandung malang kerana terjatuhnya talak apabila sang bapa bermufarakah/meninggalkan PAS. Inilkah imej parti islam yang didakwa mendapat redo Ilahi. Parti yang menjanjikan syurga dan bidadari kepada setiap ahlinya.
Bai'ah itu adalah rahsia jijik parti yang sepatutnya kita selaku pemimpin islam dapat merahsiakannya. Biarlah bai'ah itu hanya di ketahui oleh pemberi dan penerimanya. Biarlah AllahSWT yang menentukan jatuh atau tidaknya talak Dr Hatta. Ahmad Yaakub dan Nik Amar tidak layak menghukum dan menjatuhkan talak seseorang. Apatah lagi menjaja sekian lama pagi dan petang. Inilah wajah kotor para pemimpin yang mengaku sebagai pejuang islam. Tidak puas mereka menghina Dr Hatta, para pemuda PAS memijak gambar beliau di Pejabat Agung PAS, memaki hamun,sebagai syaitan munafik, 'hawai fi-o", menghalau keluar parti kerana dituduh sebagai pengkhainat. Dan hari ini nampaknya Ahmad Yaakub dan Nik Amar betapa kuat dan tebalnya dendam kesumat tersumbat di sunubari mereka terhadap Dr Hatta. Ahmad Yaakub dan Nik Amar pada saya tidak rasa puas dendam mereka terhadap Dr Hatta. Inikah watak pemimpin umat islam yang memimpin rakyat Kelantan.
Maruah UMNO lebih baik dari PAS. UMNO pernah dikatakan tidak islam, malah pernah menuduh sebagai kafir. Nampaknya sekalipun sejahil-jahil UMNO mereka tidak sanggup memperlakukan perkara seburuk itu terhadap ahli-ahli mereka. Ahli-ahli UMNO boleh keluar dan masuk parti tersebut tanpa diikat dengan talak. Talak amat dimurkai Allah. Tidak seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Apatah lagi yang hidup bahgia, beranak pinak, bercucu cicit. Puluhan tahun tidur berdakapan sebantal, lena nyenak berpanjangan diuliti mimpi-mimpi indah. Tetapi segala kenikmatan itu telah dirosakkan oleh mullah-mullah PAS yang meletakan talak apabila meninggalkan parti.
Baginikah parti islam mengajar umatnya. Bagaimana Dr Hatta dapat terus bersama dengan PAS, bukankah beliau dicerca dan dimakin hamun sepanjang hari. Di halau keluar dari PAS di setiap pagi buta. Inikah model pemimpin umat islam yang ditarbiah dan dilatih oleh PAS.
Bersabarlah Dr Hatta, percayalah bai'ah itu telah musnah kerana PAS juga melanggari perjanjian bersama dalam PR. Penerima bai'ah juga akan menerima hukuman dari Allah SWT(waalhhualam). Jangan gusar dengan mereka. Dr Hatta teruskan kerja-kerja perjuangan yang bercita-cita bagi menumbangkan penguasa zalim yang telah sekian lama anda korbankan tenaga dan masa anda. Anda juga telah menyumbangkan tenaga dan titik peluh yang besar terhadap PAS. Mengorbankan kerjaya anda ditakkala zaman muda kerana tujuan untuk mengangkat dan memerbatatkan PAS di peta negara. Belum tentu PAS baru sekarang dapat membayar harga/nilai perjuang tuan terhadap parti selama ini. Dr Hatta halalkanlah sumbangan tenaga,masa,pemikiran tuan terhadap PAS selama lebih 30 tahun anda bersama parti islam. Biarkanlah apa yang mereka mahu lebelkan terhadap tuan. Sikap mullah PAS itu tidaklah menghairankan. Seluruh ahli-ahli UMNO sewaktu ketika dahulu mereka tuduh "KAFIR", inikan tuan. Percayalah Dr Hatta setiap tuduhan itu akhirnya mereka lupa apabila mereka menjilati semula. Contuhnya dulu UMNO kafir, sekarang sudah mahu berketiduran sebantal pula. Bagitulah kerja-kerja mullah mereka. Pendokongnya akan menurut belaka. Kalau tidak dicopkan tidak wala. Doa saya untuk Dr Hatta percayalah tidak semudah itu AllahSWT akan menghukum tuan. Biarkan Ahmad Yaakub dan Nik Amar merasakan mereka sudah cukup besar dan hebat untuk berbuat demikian. Sewaktu mengangkat 'bai'ah' itu niat dalam hati hanya tuan dan Tuhan sahaja yang tahu. Justeru itu jangan sesekali tuan lemahkan semangat, teruskan perjuangan bersama-sama Harapan Baru.
Terima kasih Dr Hatta.
No comments:
Post a Comment