Thursday, October 16, 2008

NIK AZIZ SOKONG ANWAR JADI PM-APA REAKSI KUMPULAN PENENTANG DALAM PAS???


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

ADA sebab yang menyebabkan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik selaku Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan tegasnya menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menguasai kerajaan dalam masa terdekat ini.

Keterbelakangan ini juga timbul satu aliran baru dalam PAS dipercayai berpunca daripada Datuk Mustafa Ali mula memperlihatkan tindak tanduknya mencurigai terhadap pendirian jelas Anwar Ibrahim yang diwar-warkan sebagai Perdana Menteri. Saya akur dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali yang mencetuskan kontrovesi menafikan bahawa Anwar Ibrahim tiada boleh jadi Perdana Menteri pada tarikh 16 September 2008 lalu. Berjaya atau tidak Anwar Ibrahim jadi PM pada tarikh tersebut bukannya persoalan. Tetapi, pada saya pokoknya Anwar Ibrahim mempunyai agenda perjuangan yang kelihatan lebih terancang, konsisten malah ianya amat cukup menyakinkan saya daripada agenda perjuangan PAS lebih 56 tahun lalu. Maksud saya dari sudut pencapaian kejayaan.

Agenda untuk menawan dan merubah peralihan kuasa pemerintah daripada UMNO-BN ke Pakatan Rakyat yang dipopularkan Anwar ia memperlihatkan kesan-kesan keberhasilan cukup dampak sekali. Pada saya, biar tarikh 16 September itu dijadikan titik tolak(the start) ke arah mencetuskan satu permulaan revolusi demokrasi bagi menamatkan era pemerintahan UMNO-BN di negara ini.

Saya yakin dengan agenda yang diwar-warkan Anwar, kerana ia menampakkan kesan hasil kejayaan yang cukup terserlah selepas pilihan raya umum ke -12 yang lalu. Justeru rata-ratanya rakyat Malaysia yang memindah sokongan ke Pakatan Rakyat memang ianya benar-benar inginkan perubahan kini sedang melihat lakonan sandiwara yang sedang diorkestrakan oleh Datuk Mustafa Ali itu amat sekali merugikan ikatan ukuwah dalam saf kepimpinan bersama dalam parti oposisi.

Aliran pemikiran kelompok Mustafa Ali dipercayai mempengaruhi keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Hj Hadi Awang. Terserlah dalam PAS sekarang ujud dua kelompok aliran pemikiran, yang pro Anwar termasuklah tokoh seperti Datuk Nik Aziz, Datuk Husam Musa, Sdr Salehudin Ayub, Dr Zulkifli Ahmad, Ir Khalid Samad, Hanifa Maidin, Datuk Kamarudin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Dr Lo Lo, Dr Siti Mariah, Sdr Mahfuz Omar, Dr Syed Azman serta ramai lagi dari kalangan golongan professional dalam PAS.

Manakala sebaliknya aliran kedua yang merupakan kelompok acuan Datuk Mustafa Ali yang tidak bagitu gemar jika Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, yang dikepalai Datuk Mustafa Ali, Sdr Mohamad Sabu, Ustaz Nasharudin Mat Isa, serta ramai juga kalangan dari dewan ulama PAS. Mereka ini memperlihatkan reaksi yang amat sekali tidak menyenyangi dengan kedudukan Anwar Ibrahim sekarang. Di mana Mohamad Sabu sendiri tidak bersetuju lansung dengan proses pengambialihan kuasa pemerintah Negara yang sedang dirancangkan oleh Anwar sekarang.

Komplik kelompok dalam PAS seperti yang saya tunjukkan itulah yang menyebabkan Datuk Nik Aziz terpaksa membuat kenyataan yang menyebelahi Anwar Ibrahim demi untuk mempertahankan saf barisan kepimpinan Pakatan Rakyat dari berpecah belah. Dan sikap tidak konsisten PAS itu sedang disaksikan oleh penyokong-penyokong yang mengundi PR akan menghukum PAS dalam pilihanraya akan datang. Ini akibatnya yang kita tidak mahu berlaku lagi dalam parti oposisi, kerana karenah ini akan menyakat dan menghalang laluan bagi parti politik pembangkang mengambilalih teraju pemerintahan negara daripada UMNO-BN. Dan pembangkang akan sentiasa mengigit jari menghetong kekalahan demi kekalahan di setiap musim berlansungnya pilihan raya. Pertanyaan saya apakah PAS masuk pilihan raya hanya untuk berpuas hati dengan kekalahan demi kekalahan? Atau pun kita benar-benar bersedia untuk mencipta lebih banyak kemenangan demi kemenangan bagi menguburkan kerajaan UMNO-BN daripada terus menerajui negara ini sekian lama.

1 comment:

HelangJagat said...

Salam Buat Saudara Jamaludin.

Pertamanya, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Kunjungilah lagi ya.

Anwar telah melalui liku-liku perjuangan yang panjang. Anwar pernah berada pada puncak kuasa. Anwar juga telah jatuh teruk dan hampir maut oleh partinya yang diyakini dapat membawa obor perjuangannya.

Ketika keberadaannya di puncak kuasa, PAS begitu jauh terpinggir, hanya mampu bertahan dan berkubu di Kelantan sahaja. Bagi PAS, Anwar ketika merupakan musuh no 1. Luka ini bagi PAS banyak terkesan kepada pejuang-pejuang PAS. Luka ini sukar untuk sembuh, dan kalau pun telah sembuh tapi parutnya tetap ada. Barangkali, bagi saya, inilah yang dirasai oleh pejuang-pejuang PAS yang senada dengan Datuk Mustafa Ali.

Namun, adakah Anwar akhirnya sanggup mengkhianati PAS jika takdirnya PR berjaya membentuk kerajaan?

Kalau ditelusuri jalur perjuangan Anwar, tetap konsisten untuk memartabatkan Islam, namun mungkin pendekatannya yang berbeza. Anwar nampaknya lebih kepada pendekatan evolusi, lembut, dan memujuk, serta tidak mementingkan label.

Anwar pada saya sedang melalui fasa akhirnya sebagai pejuang khususnya politik, Islam secara umumnya. Saya yakin bahawa dengan sisa-sisa usianya, Anwar tidak akan sesekali mengkhianati agamanya dan bangsanya.

Anwar cuba meninggalkan legasinya pada generasi rakyat Malaysia, tidak hanya khusus kepada orang Melayu sahaja. Anwar cuba mempelopori satu tranformasi politik yang tidak lagi bercorak perkauman, tetapi menepati kehendak Islam.

Saya berasakan Nik Aziz (TGNA) dapat membaca jalur perjuangan Anwar ini, apatah lagi Anwar mampu menggembleng sokongan bukan Melayu. TGNA dapat membaca bahawa dengan faktor Anwar Islam akan lebih merakyat di Malaysia.

Saya juga yakin bahawa suara-suara Mustafa Ali akan terpinggir atau akan akur kepada pendekatan politik Anwar dan TGNA.

Terkini, berita gembiranya, ialah TGHH telah pun mula bergerak aktif dalam PR, dan hubungannya dengan DAP mula harmoni. Khabarnya Lim Kit Siang akan mengunjungi TGHH buat kali kedua.

Takbir dan Reformasi!