Friday, October 10, 2008

PENGUNDURAN PAK LAH-BERJAYAKAH EPISOD MAHATHIR MENYEKAT ANWAR?


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

AKHIRNYA saya kira Tun Mahathir berjaya juga mengerakkan pengaruh orang-orangnya dalam UMNO menekan Pak Lah bagi melepaskan Jawatan Perdana Menteri yang disandangnya dalam keadaan tidak popular setelah UMNO-BN tewas teruk di pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.

Sebenarnya bukan Tun Mahathir salah pilih Pak Lah sebagai penggantinya. Namun, perkiraannya pada ketika itu, melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri kerana beliau menyedari Pak Lah agak lemah sedikit. Justeru itu pada jangkaan Mahathir dia boleh mempergunakan Pak Lah bagi menentukan bentuk corak pentadbiran dan pemerintahan negara mengikut acuan apa yang dikehendakinya sekalipun beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, malangnya anak dan menantu Pak Lah menjadi penghalang utama terhadap politik lincah Tun Mahathir itu. Inilah penyebab yang menyebabkan Tun Mahathir amat sangat memusuhi Khairy Jamaludin. Kerana pada dia Khairy adalah penasihat Pak Lah. Faktur inilah yang mengakibatkan Tun Mahathir amat sangat memusuhi Pak Lah di sepanjang menjadi Perdana Menteri selama lebih kurang 5 tahun lalu.

Keadaan situasi politik Malaysia menjadi kebimbangan bagi Mahathir, apabila Anwar Ibrahim mampu kembali mencetuskan momentum baru politik negara sekali gus arus gelombang besar tsunami politik melanda dan merubah landskap politik semasa Tanahair. Pengaruh Anwar sudah mulai mencecah ke silang bagi mengambil alih kerajaan BN ke Pakatan Rakyat amat menakut dan mencemaskan Tun Mahathir. Sehingga beliau pernah menzahirkan kenyataan bahawa beliau akan tinggalkan negara ini sekiranya Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Sedangkan Anwar beberapa kali meluahkan kemaafannya terhadap konspirator-konspirator yang mengkhainati dirinya termasuklah Tun Mahathir sendiri. Justeru itu Mahathir tidak perlu bimbang lagi sekiranya Anwar jadi PM. Tidak perlu Mahathir tinggalkan Malaysia, mahu ke mana?

Bagi Mahathir kemaraan Anwar misti disekat dan diperlambatkan, jika ini berjaya beliau tentunya sedikit rasa selesa. Bagi menjayakan agendanya itu, Pak Lah mistilah didesak bagi melepaskan jawatan Perdana Menteri. Inilah helah Mahathir sehingga beliau sanggup keluar UMNO bertujuan untuk menyusahkan Pak Lah.

Pada saya jika itu rencana Mahathir, belum tentu perubahan dalam UMNO mutakhir mampu menyekat pengaruh Anwar. Kekuatan Anwar kerana beliau merupakan ikon politik popular dibelakang rakyat. Politik Anwar bukan terikat kepada mana-mana faktur pengaruh individu. Tetapi Anwar diangkat dan dimertabat melalui pengaruh kuasa raskyat(people power).

Pokoknya scenario politik terbaru ekoran pengistiharan Pak Lah untuk tidak bertanding, saya percaya peluangnya tentulah akan lebih mudah memihak kepada Najib yang akan menjadi Perdana Menteri kerajaan Malaysia dalam masa terdekat ini. Yang pastinya pertarungan menjadi semakin sengit antara Najib dengan Anwar. Apakah pula Anwar menjadi lebih mudah atau semakin sukar? Inilah yang kita sedang nantikan pertarungan hebat antara Najib – Anwar sesudah pemergian Pak Lah.

1 comment:

Mat Zahari Ali said...

Saya setuju tu

lagi pun mahathir ni memang seorang yang kuat berdendam. Dalam saikologi kata orang mcm ni suka makan kawan.
biaq pi lah Umno ni satu hari nanti akan putus benih.

selamat raya posa 6