Monday, October 19, 2015

MP PAS PERKUATKAN HUJAH DI PARLIMEN- JANGAN HANYA HEBAT MENJADI JAGUH JERIT DI PERHIMPUNAN FASTAQIM

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SESI parlimen sudah bermula, wakil PAS 14 lagi masih terbaki. 14 MP masih kuat dan hebat. Kami seluruh rakyat Malaysia tanpa bangsa dan agama sedang menanti untuk menyaksikan kehebatan Tuan/Puan berhujah di parlimen. Di parlimen tempat tuan-tuan memperlihatkan sifat-sifat kejantanan. Berdebat dan berhujahlah, jangan jadi penakut dan penikus. Bangkit dengan berani tangkas segala fitnah dengan fakta-fakta yang menyakinkan. Kerana kami rakyat marhean bawahan memilih tuan/puan untuk membawa mesej perjuangan rakyat di sana.


Terutama sekali, Datok Seri Tuan Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang MP Marang, taringilah suara tuan. Tunjukkanlah kelantangan. Jangan hanya hebat di Fastaqim di depan ratusan ribu para ahli jemaah yang sedia beristiqamah. Di parlimen tuan terpaksa berhadapan dengan ahli-ahli UMNO-BN dan DAP yang sudah tentu tidak akan beristiqamah dengan pihak tuan..Jangan bimbang PAS ada Tantawi pahlawan hebat dan kental dengan mimik muka garang lagi bengis untuk bersiku dan lutut. Tidak kurang juga dengan Sdr Pemuda jantan Nik Abduh yang terkenal dengan cakar rimaunya. Dr Khairuddin, dan nama besar yang lain saya harap tidak akan mengecewakan kami rakyat marhean yang berada di luar untuk menyaksikan kehebatan tuan-tuan berpancak silap di parlimen. Kalau tuan-tuan hebat berpancak silat di luar dengan rakan-rakan dan sahabat yang tersingkir dari parti suci tuan-tuan. Nah masanya sudah tiba kami akan memberikan marka(point) dari hujahan tuan-tuan nanti. Dan selamat bersidang...... jangan ponteng-ponteng. Ponteng ke parlimen tanpa sebab juga boleh ditafsirkan sebagai tidak amanah.

Wakil-wakil PAS tidak mungkin untuk berkelakuan tidak amanah. Kalau tidak beramanah, saya malu kepada rakan -rakan tuan yang beramanah(Parti Amanah Negara). Tunjukanlah kehebatan tuan/puan di hadapan 6 wakil dari Amanah Negara, betapa tuan/puan tetap hebat di luar dan di dalam........jangan hanya kelihatan hebat di facebooker dan  Harakaydaily.........sahaja....