Monday, November 2, 2015

UG KEBUSUKAN MULA MENERJAH KE LANGIT

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


SECARA resminya PAS melalui Hj Hadi masih mampu berselindung bahawa parti islam itu tidak akan bekerjasama dalam permaufakatan UMNO-BN. Inilah isu yang sedang diperkatakan sekarang. Kerajaan UG gagasan yang dicetuskan HJ Hadi antara 2008-2009 dahulu kembali menjadi hantu yang meracau difikiran ahli-ahli PAS. Terutama sekali ahli-ahli PAS yang berjenama "Harummanis" di luar hijau dalam oren.

Saya bersetuju sehingga kini PAS- UMNO belum bersenggama. Tetapi percintaan PAS terhadap UMNO tidak boleh dilindungi lagi. Kemaruk untuk bernikah dengan UMNO menjadikan PAS dewasa ini bagaikan dilandai sebuah percintaan yang menggila. Orang sedang mabuk cinta sehari tanpa melihat wajah orang yang dicintai itu hidupnya sentiasa resah gelisah dan gundah gulana.

Watak Hj Hadi sejak berpisah dengan janda lama Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi kepingannya terhadap UMNO. Dia melihat UMNO semakin cantik dan molek rupawannya. Kalau boleh mahu bersanding segera. Tetapi ia tidak boleh terlalu tergopoh gapah untuk bernikah kahwin dengan UMNO dalam masa terdekat ini. Misi utamanya memujuk para ahli PAS terlebih dahulu. UMNO yang di labelkan sebagai kafir/munafik/zalim/firuan tidaklah sebagitu mudah hendak dikikis dari lubuk hati orang-orang PAS terutamanya yang berfikrah jumud dan exstrem.

Sekarang peranan Hj Hadi dengan kaedah memperkenal kebaikkan UMNO terlebih dahulu kepada ahli-ahli PAS perlu dirancang secara licik. Katanya UMNO kini tidak seburuk firaun, Najib ada kelemahan tetapi tidak menyeleweng, lapuran 1MDB oleh WSJ misti ada saksi. Dan akhir-akhir ini pula beliau mahu menunjuk sikapnya yang benar-benar boleh ditafsiri adanya semangat UG, melalui sloka iramanya yang tungging langgang. Macam orang yang hidung tak mancung pipi terserong-serong. Di Parlimen MP PAS diajukan agar jangan mengangkat plakad 2.6 bilion. Jangan sokong PH yang menolak bajet 2016. Mana-mana MP PAS menyokongnya akan dicop sebagai tidak "WALA", mereka tidak taat kepada kepimpinan Ulama.

Sebelum itu Hj Hadi bercakap kepada media, PAS tidak akan bersama PH. Selain sebab ada pengkhainat DAP dan Amanah, maka mereka tidak perlu manaiki bas exspress yang sedang dipandu oleh derebar PH. Katanya espress PH itu tidak akan sampai ke distinasi Putrajaya, takut-takut nanti kena berjalan kaki. Hj Hadi nampaknya lebih ceria dan senang untuk menaiki bas baru di bawah konsortium UMNO biru. Hadi berminat sungguh dengan warna biru lebih daripada hijau. Yang amat melucukan sekali bagi saya apabila Hj Hadi menyatakan bahawa PAS bersedia menghantar pasukan penasihat kepada UMNO tentang memperbaiki urustadbir berkenaan 1 Malaysia Development Berhad(1MDB), GST, dan masalah kejatuhan nilai ringgit boleh diperbaiki UMNO-BN sekiranya menerima pasukan tajaan Hj Hadi daripada PAS. Mudah-mudahan kita minta Najib atas kebaikan dan kepentingan ukhuawah UG kerajaan UMNO-PAS yang bakal tercipta sejarah janama baru, saya mengesorkan agar terimalah wahai Dato Najib atas huluran salam persahabat daripada Ulama PAS itu.

Yang penting ahli-ahli PAS misti dituba dan dimabukkan terlebih dahulu dengan islam dan kepimpinan Ulama. Versi "WALA" misti didoktrinkan ke dalam jiwa sunubari seluruh ahli parti. "WALA" akan menutup dan mengunci mulut dan mata hati ahli parti untuk memprotes. Tidak ada protes dalam kepimpinan Ulama. Jika protes dituduh sebagai tidak taat setia kepada kepimpinan yang bersih yang sentiasa diredoi Tuhan. Para ahli hendaklah patuh dan menerima semua pandangan dan pendapat pihak Ulama. Berbeza pendapat dengan Ulama seseolah melakukan satu dosa dan kesalahan.

Tidak pasti berapa lamakah terapan proses dan tarbiah baru terhadap ahli-ahli PAS agar dapat menerimai UMNO dengan baik dan sekiranya berjaya, maka di situlah saya kira akan bermulanya 'turning point' ke arah  mempercepatkan proses pembentukan kerajaan UG antara UMNO-PAS. Saya yakin andaikata benar terjadi kerjasama bagi mengujudkan kerajaan UG di masa akan datang, sudah pastinya tidak semua ahli-ahli PAS akan terus "WALA" dan beristiqamah. Di sinilah saya melihat hikmahnya Tuhan menzahirkan serpih koyakan dari tubuh PAS ia itu Parti Amanah Negara. Tidak sesiapa pun dapat membaca firasat yang dikehendaki Tuhan di sebalik segala penomena yang tercetus dalam parti tersebut. Fokos saya, apa yang dapat dirasakan Amanah mempunyai potensi masa depan yang menyakinkan, khususnya bagi jenerasi muda. Insyaalah kita sama-sama menunggu apa yang akan terjadi dan menimpa PAS era Hadi selepas ini........