Tuesday, November 10, 2015

CALUN BAKAL PENASIHAT KERAJAAN MALAYSIA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


TIBA-TIBA masyarakat politik di Malaysia di kejutkan dengan berita yang terpancul keluar dari mulut Tuang Presiden PAS, Tok Guru Hj Hadi. Katanya PAS selama ini tidak meminta apa-apa dari UMNO. PAS tidak kemaruk jawatan dan pangkat. Sebelum itu ada juga suara-suara beliau pernah berhujah PAS berjuang menerusi proses politik demokrasi di negara ini bukan matlamatnya untuk menang. Biarkan PAS sentiasa kalah dalam setiap musim PRU asalkan perjuangan PAS mendapat redoi Ilahi. Ringkasnya PAS tidak mengharapkan masuk PRU semata-mata  untuk dapat kemenangan. Sebaliknya di malam keputusan PRU PAS suka mengetong kekalahan. Biar UMNO-BN menang berterusan. PAS akan dapat janji syurga dan puteri bidadari yang menanti bagi menyambut setiap ahli-ahli dan mullah mereka di pintu syurga.

Kali ini perkara pelik terpancur keluar lagi dari mulut Tuang Presiden PAS sekadar meminta hanyalah diberikan tugas selaku penasihat. Kasihan saya kepada Tuang Guru Datuk Presiden PAS kenapa acapkali dia berubah perangai begitu. Mudah-mudahan kehendaknya itu di restui Oleh Perdana Menteri. Insyaallah sudah ada respon baik dari Terengganu, sudah bercadang agar Tuang Presiden PAS itu menjadi penasihat di negeri penyu bertelur. Tapi di Perak responnya agak sedikit negatif. Kata pihak sana di Perak berlainan dari Terengganu. Perak masyarakat majmuk ada Cina dan ada India. Maknanya Hadi hanya layak menjadi penasihat di Terengganu.

Beginilah perangai pelik Tuang Presiden akhir-akhir ini. Nampaknya amat kempunan sangat hendak jadi penasihat kepada kerajaan UMNO-BN pimpinan Datuk Najib. Fasal berlunak dengan isu bekerjasama bersama UMNO sudah memuakkan selera ahli-ahli PAS. Cuma hendak berlawan hujah dengan beliau nampak tidak berapa boleh. Jika bertelagah dan berbeza pendapat dengan Tuang Presiden dari Rusila alamat sesiapa sahaja kuyuplah dia. Hukuman tidak "WALA" akan dijatuhkan. Siapa berani kritik Tuang Presiden itu? alamat buruklah padahnya .......

Terkadang kadang saya merasa simpati dengan perangai pelik Tuan Presiden dari Rusila itu. Bersungguh-sungguh sekali dia hendak membawa PAS pasca baru bersenggama dengan UMNO-BN. Tetapi ianya tidak begitu mendapat respon daripada Tuan UMNO. Sesekali-kali pula nampaknya bagaikan mahu melutut dan menjilat kembali ludah-ludah lamanya terhadap UMNO ditakkala zaman muda tahun-tahun 1980an dahulu asalkan UMNO menerimai rayuannya itu.

Naluri hendak berkerjasama dengan UMNO kelihatan jelas. Saya bersetuju dengan Datuk Husam, kalau benar-benar hendak bersenggama dengan UMNO, perjelaskan! Apa salahnya bawa perkara yang dikehendaki itu kemeja perundingan. Bukan hanya di peringkat Majlis Syura Ulama, bawa juga ke peringkat AJK pusat. Dan jika bersetuju serahkan ke pihak muktamar membuat keputusan. Itu baru betul sebagai Tuang Presiden se buah parti islam. Tidak molek kalau bermain "flip-flop", ahli bawahan tidak tahu apa yang berlaku dan dikehedaki oleh Tuan Presiden? Kalau ahli-ahli tidak bersetuju dengan cadangan itu, Tuan Presiden dengan rela bolehlah meletakan jawatan. Itu barulah Tuan Presiden yang "gentlement". Lepas itu kalau rasa-rasa hendak juga bersengggama dengan UMNO, maka adalah baik istiharkan diri keluar PAS jadi ahli UMNO. Tidak salah. Ahli-ahli PAS tidak akan marah..Ikut jalan ini kerana itu sudah kehendak diri sendiri. Sudah ramai tokoh-tokoh besar PAS berbuat demikian. Keluar PAS masuk UMNO. Biar tuan punya diri itu yang rosak jangan ahli-ahli parti yang terpaksa bertelangah  dan berandu-domba sesama sendiri akhirnya menjadikan PAS berpecah dan berbalah.



Persolan saya di sini mahukah UMNO berpenasihatkan oleh Tuang Presiden dari Rusila itu? Sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Negarawan pun UMNO tidak dapat menerimai pandangan beliau. Apalah sangat Tuan Presiden dari Rusila itu mahu meletakan diri peribadinya di situ. Walau apa pun saya mohon dan nasihat Datuk Najib PM kasihanilah dan terimailah Tuang Presiden sekalipun sepenggal untuk jadi penasihat kepada kerajaan dan UMNO-BN.