Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com
PERKEMBANGAN politik pembangkang mutakhir saya mula merasai muak melihat perangai kebudak-budakan antara PAS-DAP. Seseolah pembangkang kini tidak ada resolusi jalan keluar dari kemelut politik berpanjangan. Perbezaan pendapat, ideologi dan agama harus diuruskan dengan baik tetapi gagal dilaksanakan. Bukannya permusuhan berlarutan tanpa kesudahan. Krisis PAS-DAP amat menguntungkan UMNO. Semakin kuat PAS menyalak terhadap DAP, UMNO dapat menarik nafas lega.
Kemelut PAS-DAP mengimbau kembali ingatan dan kenangan saya terhadap DSAI yang kini terpaksa menanggung beban derita yang yang cukup hebat di penjara Sg Buluh. Ikon politik besar yang bakal mencetuskan perubahan landskap politik Malaysia, kini menghadapi hari-hari sarat penuh dengan kegetiran. Kegetiran dan kekecewaan DSAI tentu sekali apabila melihat gelagat ketidakmatangan kepimpinan politik pembangkang PAS-DAP bersandiwara dan bergocoh sesama sendiri tanpa mengenal di lokasi mana mereka berada dalam konteks politik hari ini.. Cerdikkah kepimpinan politik pembangkang bertempur sesama sendiri sedangkan matlamat bersama untuk menjatuhkan UMNO-BN sekaligus selamatkan Malaysia.
Kalau Anwar tidak terkurung di penjara, pembangkang PAS-DAP tidak sebegini. Tanpa Anwar kita harus akur pembangkang tidak ada kepimpinan politik yang hebat lagi berjiwa besar. Anwar ikon penyatuan PAS-DAP. Anwar perancang berstrategik dan idealistik. Tokoh politik 'Asia Baru" bersama PAS-DAP mampu mengolah cetusan momentum besar gelora tsunami politik. Kita sesekali tidak boleh mengharapkan tokoh-tokoh PAS seperti Hj Hadi dan Harun Din berupaya mengocak gelombang. Lebih menderita sekali kebelakangan ini apabila Hj Hadi menjadi semakin egois dan tidak tentu hala(flip-flop). Seseolah beliau tidak tahu hendak membawa PAS ke mana? Selain daripada dendangan lagu lunak berirama padang pasir dengan orkestra dan tiupan seruling bagi menghibur mencari janjian syurga dan bidadari untuk ahli-ahli PAS, kini Hadi sudah lupa straegik PAS untuk mencapai kemenangan.
Ketidaklojikan idea Hj Hadi amatlah merunsingkan Anwar di penjara. Pada Anwar, sekalipun beliau terpaksa menghabiskan usia tua dengan memamah beban derita di penjara, namun beliau boleh bergembira di tabir gerigil besi sekiranya Hj Hadi tidak memusing perangai dan DAP tidak berangkara.
Hampir selama 35 tahun saya mengikuti jalan pemikiran Hj Hadi, kini sekalipun berat hati ini saya terpaksa merumuskan bahawa Hj Hadi bukannya seorang tokoh politik islam yang hebat untuk mencetuskan gelombang perubahan. Pemikiran dan sikap Hj Hadi pada saya tidak konsisten. Se panjang beliau menjadi Presiden PAS dari 2002, tidak satu pun gagasan ke arah menguntungkan pembangkang mampu dicetuskan. Dewasa ini pemikiran politiknya semakin kacau dan kalut sekali. Saya fikir Hadi tidak layak menjadi pemimpin utama negara kita, apatah lagi masyarakatnya yang majmuk.
Kekacauan DAP-PAS yang berpanjangan akan lebih merunsingkan Anwar Ibrahim. Harapan untuk melihat pembangkang merubah landskap politik di PRU ke 14 sudah kehilangan fokos. Pencapaian 52% di PRU ke-13 tak mungkin dapat diulangi lagi. Melihat riak kepimpinan PAS yang baru era Hadi selepas muktamar ke 61 cukup menceriakan UMNO. PAS era kini telah menghulurkan salam untuk bersama UMNO. Cuma UMNO yang secara terbuka belum menyatakan pendirian. Fenomena baru PAS ini mengembalikan semula parti islam itu ke kancah politik berbau perkauman/exstremis. PAS yang sebelum ini menuju politik kesawarjagatan, sekarang kembali ke perangkap UMNO-BN. Sudah masuk!
Kasihan PAS semakin tidak tentu arah. Sesekali seakan-akan macam mahu melutut sembah bagi memohon belas kasihan dari UMNO. Salam Hj Hadi untuk menjadi ketua penasihat UMNO, tetapi belum di sambut Najib bagaikan peribahasa "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". Kesungguhan Hj Hadi untuk bersama UMNO yang pada mulanya mencetuskan idea UG kini kian nampak benar-benar terserlah. Sehingga beliau berikrar bukannya mencari dan memburu jawatan tetapi mahu menjadi penasihat kepada UMNO. Untuk menyakinkan UMNO lagi, kata Hadi mereka sedang mencari kederaan baru, tidak mahu bas exspress bersama PH. Natijahnya kepada Najib beliau sudah benar-benar bersedia untuk bersama UMNO ke Puterajaya melalui konsortium bas biru. Kelunakan Hj Hadi terhadap UMNO ini amatlah tidak menyenangkan DSAI.
Apa pun kita iringkan doa agar Anwar cepat sembuh dan sihat. Pohon saya supaya Anwar istiqamah dan kesungguhan dalam bersabar. Ujian besar itu tidak semistinya diberikan Allah untuk semua hambanya. Ujian dalam perjuangan merupakan sunatulah yang sedia terpilih. Tidak ada apa -apa nilai yang boleh dihadiahkan cuma mengharapkan Sdr Anwar lebih kuat bersabar dalam menempuh ujian mehnah dan tribulasi. Masa masih ada , lima tahun tidaklah terlalu lama, medan perjuangan masih tersedia menanti anda. Dari jauh di anjung Teratak Cabuk saya cuma dapat menggamitkan ingatan terhadap masa perjalanan perjuangan Anwar Ibrahim dari jauh. Rakyat marhean tetap menanti anda kembali semula memimpin mereka bagi sekali lagi kita bersama mengharungi arus perubahan....Salam perjuangan.
No comments:
Post a Comment