Friday, January 30, 2009

BUKAN UNDANG-UNDANG LOMPAT

GUBAL PILIHAN RAYA SE MULA.

OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

NAMPAKNYA UMNO kian gementar dan gusar. Kegementaran dan kegusaran jelas ekoran bilamana ADUN Bota, Perak, Datuk Nasarudin Hashim baru-baru ini bertindak keluar UMNO-BN menyertai PKR. Senario melompat parti agaknya mungkin mencetuskan gelombang baru politik Malaysia hingga menjelang pilihan raya umum ke-13.

Berbagai-bagai penyakit menjangkiti UMNO. Politik wang, rasuah, perebutan kuasa, dan bermacam-macam sesudah mereka ditimpa musibah teruk dalam pilihan raya ke-12 yang lalu. Genarasi baru kian jemu dan muak dengan UMNO. Tengku Ahmad Ritaudin, veteran UMNO mencadang PUTERI dan PUTERA dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang. Cadangan veteran UMNO itu menjadikan UMNO semakin bertambah keliru kerana kalau tersilap mujarab boleh mengakibat racun yang akan menanah serta membusung ke seluruh tubuh badan UMNO yang penuh dengan kurap-kurap dan kudis-kudis penyakit yang semakin sukar hendak diubati.

Kekalahan parti pembangkang dalam pilihan raya kecil sebelum ini adalah perkara biasa, melompat parti dari wakil pembangkang ke parti kerajaan adalah hal biasa. Tetapi, apabila UMNO-BN kalah dalam pilihan raya kecil dan wakil rakyat mereka melompat parti dari orang kerajaan ke pembangkang alamat petanda musibah malapetaka buruk akan menimpa UMNO.

Saya amat bersetuju sekali dengan saranan Datuk Mustafa Ali(Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat) yang mencadang agar diadakan undang-undang pilihan raya semula kepada mana-mana calun yang melompat parti. Ini wajar sekali, apabila terdapat mana-mana wakil rakyat baik dari parti kerajaan ataupun pembangkang apabila bertindak melompat parti, secara otomatik status wakil rakyat yang disandang mereka baik selaku ADUN ataupun Parlimen akan gugur dengan sendiri. Maka akan berlakulah pilihan raya semula. Itu wajar dan amat menepati kehendak proses berdemokrasi yang diamalkan di negara ini.

Mana-mana wakil rakyat dari parti kerajaan yang difahamkan ramai lagi akan melompat parti, terutamanya di Sabah dan Serawak sekiranya bertindak demikian, wajar sekali dikembalikan semula mandat kepada rakyat yang diwakili mereka sebelum ini. Dan pilihan raya baru diadakan semula. UMNO tiada perlu gusar dan gementar, kita pulangkan hak rakyat kepada rakyat melalui system pilihan raya semula. Kepada saya jika UMNO memikirkan sistem yang dicadangkan ini baik dan bagus, bermakna rakyat akan mendapat keadilan yang sebenar dalam menentukan hak meraka membuat pilihan terhadap mana-mana calun yang dikehendaki setelah berlakunya tindakan melompat dan meninggalkan parti.

Saranan ini saya rasa ianya cukup praktikal sekali. Justeru itu saya mengesorkan agar UMNO menggubal akta keguguran secara otomatik hak dan kedudukan status wakil rakyat baik DUN dan Parlimen apabila seseorang itu melompat parti. Tetapi, sekiranya UMNO memilih bagi menggubal akta bagi menyekat mana-mana ADUN dan Parlimen dari melompat ke mana-mana parti, saya fikir itu kurang wajar. Kerana dalam kes melompat parti bukan hanya dari ahli-ahli politik dari parti kerajaan sahaja yang melompat ke parti pembangkang. Malah sebelum ini terlalu ramai sekali ahli-ahli politik dari parti pembangkang melompat ke parti kerajaan. Tetapi tiada timbul soal mengaktakan undang-undang pencegahan melompat parti ke parti.

Inilah penyakit terbaru yang dihadapi UMNO. Mereka sudah menghidu akan bertambah ramai lagi kemungkinan wakil-wakil rakyat dari parti kerajaan akan berhijrah ke Pakatan Rakyat. Maka bagi mewajar tindakan mereka iaitu dengan mengaktakan undang-undang menghalang mana-mana wakil rakyat lari meninggalkan UMNO. Itu sahaja yang boleh UMNO lakukan dalam saat-saat rakyat sudah jemu dan muak dengan mereka. Pasti sekali dalam situasi yang amat tiada menyelesakan UMNO percayalah mereka akan melakukan apa sahaja yang akan memberikan faedah keuntungan supaya memihak kepada meraka demi mempertahankan "survival politik" dan status quo selama ini.
Sudah pasti sekali politik ala "machiavellian-the end justifies the mens"- matlamat bagi meperhalalkan cara menjadi agenda mulia politik mana-mana sang penguasa yang hanya memikirkan kekuasaan adalah hak mereka, dan mereka akan terus mewarisi hak(kekuasaan)itu tetap kekal sepanjang masa. Itulah legasi mereka, status-quo, pangkat, kekuasaan, kedudukan menjadi tahta beraja di hati.

No comments: