Friday, October 23, 2015

KLUK PERJUANGAN PAS(1951-1982)(1982-2015)(2015-2045) KEMUNCAK DAN KEJATUHAN

 
 
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


TANGGAL 1951 PAS dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang. Dari 1951-1982 PAS mula meningkat naik kemudian jatuh ke dalam kluk pertama pada tahun 1982. 30 tahun dalam kluk pertama PAS merangkak semula menguasai Kelantan dan Terangganu pada tahun 1959. Dua tahun kemudian Terengganu kecundang kembali dirampas UMNO-Perikatan. PAS Kelantan kekal dan selepas peristiwa 13 Mei 1969, iktibar dari politik perkauman Melayu/Cina, PAS di zaman Datuk Asri mulai tertarik dengan idea gagasan Tun Razak ia itu menyertai komponen Barisan Nasional.

Tahun 1977/78 tercetus krisis politik Kelantan(Asri-Nasir), PAS di singkirkan dari Barisan Nasional, Kelantan di darurat dan dimagerankan, PRU 1978, PAS kehilangan Kelantan. Ini adalah kluk pertama catatan ringkas perjalanan PAS. Bertolak 1978-1982 berlaku krisis golongan muda dari ABIM menyertai PAS(Dato Fadzil Noor, Hj Hadi Awang, Hj Nakhaie Hj Ahmad, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman dan lain-lain) berlaku krisis kepimpinan yang membawa kepada pengunduran Dato Asri dan Geng 12. PAS kembali merangkak semula dari 1982-2015 mencipta beberapa kejayaan, sepertimana dalam PRU 1990 hasil kerjasama dengan Semangat 46 PAS mencipta semula kemenangan besar di Kelantan . PRU 1999 PAS sekali lagi tawan Terengganu cuma 1 penggal tewas semula pada PRU 2004. Dalam PRU 2008 PAS bersama Pakatan Rakyat selepas itu berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan, menang Kedah sedikit peningkatan demi peningkatan di Terengganu. Krisis profesional-konservatif selepas muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor memperlihatkan PAS jahanan lagi, kali ini mereka menempa kejatuhan di kluk ke dua(1982-2015). Geng 18 krekter mereka di bunuh secara berdiplomatik melalui proses musyawarah di medan pemilihan yang penuh dengan trajidi jijik dan kotar yang tidak seharusnya berlaku dalam tanzil politik islam berjenama PAS. Maharaja CAI menamatkan survival politik kumpulan profesional dalam wadah islam itu perlu dihapuskan......

Percayalah PAS kini terpaksa membina kekuatan baru semula dan saya percaya akan kecundang pula kira-kira dalam sekitar 2045. Pasca kluk ke tiga (2015-2045) PAS akan merangkak dan kemudian akan jatuh semula. Justeru itu percayalah politik PAS tidak akan sampai ke mana. Sebab apabila parti itu meningkat akan ada pelapis baru terkemudian akan hadir menyekat untuk mereka naik kepuncak. Fikirlah wahai orang-orang PAS. Politik yang tidak bersedia untuk menang bagi memerintah negara. Mereka cuma menyertai PRU sekadar bagi memenuhi proses pendemokrasian yang dianjurkan oleh pihak pemerintah. Mereka puas kerana sering menjanjikan kekalahan dalam PRU sebaliknya mendapat keuntungan redo Tuhan. Ahli-ahli PAS ditambat hati-hati mereka dengan janji syurga dan sang puteri bidadari dari jannah........yang sedia menanti di pintu syurga.

Kluk kejatuhan PAS berputar dan berpusing sekitar: kluk Pertama(1951-1982); kluk ke Dua (1982-2015); kluk ke Tiga (2015-2045). Rata-ratanya sekitar 30 tahun PAS akan merangkak naik dan kemudian akan jatuh disetiap 30 tahun masa pusingan peredaran parti PAS. Jenerasi muslim PAS akan datang dalam kluk ke tiga(2015-2045) misti memikirkan keadah yang dapat menyelamtkan PAS dari jatuh ke kluk tersebut.



3 comments:

yanmaneee said...

golden goose
supreme new york
kd shoes
curry 7 shoes
kd 12
curry 5 shoes
jordan 4
lebron james shoes
birkin bag
off white shoes

bridal velvet bed sheets said...

Kluk kejatuhan PAS berputar dan berpusing sekitar: kluk Pertama(1951-1982); kluk ke Dua (1982-2015); kluk ke Tiga (2015-2045). cotton sateen bedding , light comforter for summer , Rata-ratanya sekitar 30 tahun PAS akan merangkak naik dan kemudian akan jatuh disetiap 30 tahun masa pusingan peredaran parti PAS. Jenerasi muslim PAS akan datang dalam kluk ke tiga(2015-2045) misti memikirkan keadah yang dapat menyelamtkan PAS dari jatuh ke kluk tersebut.

thelli said...

our website buy replica bags like it replica gucci read this article bags replica ysl