Thursday, July 3, 2008

MALAYSIA DAN POLITIK FITNAH

Dalam ajaran agama Islam perbuatan fitnah itu amat ditakuti dan dilarangi sama sekali. Kerana fitnah memfitnah itu bahayanya lebih dashat daripada pembunuhan. Namun dalam perkembangan politik ianya tidak mengenal erti fitnah. Politik itu akan menentukan siapa yang berkuasa dan yang banyak mempergunakan kuasa. Justeru itulah kita diperkenalkan dengan slogan politik ala Machiavellian iaitu politik memperhalalkan cara "The end justifies the means".

Politik memperhalalkan cara inilah yang akan menentukan siapa yang berhak berkuasa dan mempergunakan kuasa yang mereka telah sedia miliki untuk menakluki empayar dan pengaruh kekuasaan mereka. Tidak perlu memikirkan dosa pahala, kepalsuan dan ketidakbenaran. Maknanya manusia yang memiliki pengaruh politik dipuncak kekuasaan itu boleh melakukan apa saja kehendaknya asalkan beliau terus dapat mempertahankan kekuasaanya.

Halal melakukan fitnah-memfitnah, tipu muslihat, melanggari peradaban undang-undang dan pelbagai lagi mereka boleh lakukan terhadap lawan atau pesaing masing-masing. Suasana dalam politik negara Malaysia nampaknya dewasa itu sudah menuju kekancah itu. Kata Perdana Menteri, fitnah politik sudah bermaharaja lela hinggakan rakyat menjadi serba bengong dengan situasi politik negara kita masakini.

Tiba-tiba meletup pula isu liwat. Remaja Shaiful Bukhari yang dikatakan sebagai pembantu Anwar Ibrahim telah membuat report politik bahawa Penasihat Parti Keadilan DSAI meliwatnya. Dan orang ramai mulai curiga kerana Shaiful dikatakan ada hubungan dengan orang kanan Datuk Najib. Meletup sekali lagi kes itu dikatakan bermotif politik bagi membunuh kerjaya Anwar Ibrahim untuk kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri yang digembar-gemburkan selewat-lewatnya sekitar 19 September ini.

Pendapat umum yakin konspirasi kedua terhadap Anwar Ibrahim melalui jalan skrip lama yang diubah suai sedikit sebanyak. Kita percaya kemungkinan adalah besar sekali lagi Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah. Saya percaya DSAI akan sekali lagi mempertahankan dirinya di mahkamah. Faktur ini bergantung sejauh mana bakal keputusan yang akan dibuat dan diteliti oleh pihak polis mempunyai bukti-bukti yang boleh mendakwa Penasihat Parti Keadilan itu sekali lagi.

Persoalannya sekarang apakah rakyat jelata boleh mempercayai mahkamah. Senario konspirasi terdahulu yang dinukilkan skrip ceritanya oleh koncu-koncu disekeliling Tun Mahathir masih terpahat dalam ingatan rakyat di negara ini. Apakah peristiwa itu akan berulang lagi, dan kalau ianya terjadi lagi, bicara politik negara kita akan mengidu bau busuknya hingga ke langit.

1 comment:

Anonymous said...

testing sahaja