Thursday, July 10, 2008

TIDAK MUNGKIN SEKALI SHABREY MAMPU TEWASKAN ANWAR


KITA kenal siapa dia Ahmad Shabrey akan berdebat dengan Penasihat Parti Keadlian DSAI yang akan diadakan pada 15 Julai ini bertempat di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Beliau sekadar ingin mencari populariti apabila berdebat dengan Anwar Ibrahim melalui anjuran Agendadaily yang n akan dipancarkan keseluruh pelusuk negara pada malam berlansungnya debat itu nanti.

Awal-awal lagi seluruh rakyat Malaysia yakin Shabrey akan diratah Anwar macam kacang. Shabrey usahlah bermimpi mampu menewaskan Anwar. Peringatan kepada Menteri Penerangan yang sedang berhempas pulas mencari gelemour. Dan kalau beliau mempertaruhkan dirinya untuk berdebat dengan Anwar dan mempertaruhkan Kerusi Kabinet Menteri Penerangan sanggup diberikan kepada orang lain andainya beliau gagal mempertahankan dasar kerajaan khususnya mengenai kenaikan harga minyak sekiranya beliau kalah berdebat dengan pada malam 15 Julai nanti. Maka bersedialah Menteri Penerangan itu menghulurkan tengkok untuk disembelih oleh Anwar.

Anwar Ibrahim bukannya calang-calang orang mampu berhujah dengannya. Demi simpati saya terhadap nasib Shabrey yang beria-ria untuk berhadapan satu lawan satu dengan Penasihat Parti Keadilan itu pastinya beliau akan menerima padah kedukaan serta penyesalannya nanti. Bagi saya Shabrey tidak sepadan hendak bertarung dengan Anwar, cermin dan ukurlah dulu baju dibadan sendiri.

Shabrey hanya layak berdebat dengan Sdr Mahfuz Hj Omar, Lim Guan Eng, Sdr Salehuddin Ayob, Sdr Khalid Samad sekadar beberapa nama, justeru itu usahlah mimpi untuk berhujah dengan DSAI. Tetapi bagi Anwar ini merupakan satu peluang untuk beliau mengilap kepopularitinya selama ini yang diperhuduh dan diperburukkan oleh media massa. Suara Anwar yang membawa mesej suara rakyat, suara keramat akan kembali bergema buat seluruh rakyat Malaysia yang sekian lama menunggu dan merinduinya. Inilah malapetaka baru yang akan menimpa UMNO-BN angkara perbuatan Menteri Penerangan bagi tujuan mencari sedikit habuan populariti disebalik perdebatannya dengan Anwar Ibrahim nanti.


Dua jam sudah cukup buat rakyat Malaysia yang merindui suara Anwar. Apatah lagi Anwar akan memperkatakan mengenai dengan tajuk debat yang berjodul"Besuk Pakatan Rakyat Menang harga minyak akan turut". Implikasinya amat besar sekali sekiranya Anwar berhujah dalam debatnya dengan Sdr Shabrey di DBP 15 Julai akan datang. Rakyat Malaysia amnya mengalu-alukan perdebatan tersebut diberi lintas lansung dari DBP ke seluruh negara untuk tatapan rakyat yang amat sangat mengharapkan Anwar Ibrahim mengilap semula pengaruhnya bagi menyuluh cahaya di penghujung lorang yang gelap. Hilang gelap timbullah terang.

1 comment:

Anonymous said...

Blog anda sangat baik