
SELAMAT datang ke blog penulis bebas.Lontarkan idea terjah pandangan. Anda berhak untuk mengkritik biar sekalipun ianya pedas dan tajam.Salam informasi terkini, anda datang lagi ke blog ini http://www.jamaludinmdisa.blogspot.com/
Friday, October 2, 2009
PAS SUKAR DI BAGAN PINANG-MENGINGATKAN UMNO JANGAN BERCAKAP BESAR

Sunday, September 20, 2009
BERMULA DUN BAGAN PINANG-HAPUSKAN SISTEM UNDI POS
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)
Dewasa ini sistem tersebut mula tiada dipercayai oleh kalangan rakyat dan para pengundi di negara ini. Justeru itu ianya perlu diubahsuai bagi menepati kehendak serta cita rasa rakyat yang mahu satu sistem pengundian terbuka oleh anggota tentera bagi menggantikan sistem undi pos yang sedia ada. Kalau sistem undi secara pos itu terus dikekalkan maka ia akan terus dimanipulasi oleh parti pemerintah bagi menjayakan kemenangan mereka untuk mengekalkan teraju pemerintahan negara.
Saya kira relevan sistem undi pos itu digantikan dengan undi terbuka. Beri peluang kepada mana-mana anggota tentera keluar mengundi secara bergilir-gilir. Untuk apa sistem tersebut terus dipertahankan oleh parti pemerintah sedangkan negara kita bukan berada dalam situasi darurat yang memerlukan sistem pengudian pos di kekalkan. Negara aman damai, sebaliknya kenapa pihak kerajaan masih mahu mempertahankan sistem pengudian pos angkatan tentara.
Untuk mempastikan ketelusan kerajaan yang memerintah sekarang di bawah Perdana Menteri satu Malaysia, sudah tiba masanya sistem undian secara pos itu dihapuskan. Selagi sistem undi pos secara tertutup ini diparaktikkan, maka ia boleh terus dimanipulasi untuk parti kerajaan bagi mempertahankan kemenangan mereka dalam kawasan-kawasan yang lebih ramai pengundi pos.
Justeru itu pihak pembangkang dari sekarang hendaklah mempertingkatkan lebih tekanan yang kuat terhadap SPR agar mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan supaya sistem yang tidak praktikal itu wajar dihapuskan dengan menggantikan sistem undi secara bergilir-gilir kepada mana-mana anggota tentara yang bertugas.
Sepertimana yang kita maklum ada kemungkinan akan diwujudkan satu betalion wataniah untuk setiap kawasan Parlimen di negara ini. Dan kalau setiap kawasan Parlimen ditempatkan 4,000 anggota tentera yang mana sekaligus akan membuang undi mereka secara melalui sistem pos, maka kerajaan BN yang dijangka akan tumbang dalam pilihan raya ke-13 akan datang akan terus dapat mempertahankan tumpok kekuasaan pemerintahan mereka di negara ini.
Faktur inilah jika benar-benar berlaku ia menjadi halangan besar buat parti Pakatan Rakyat yang bercita-cita akan mengambil alih teraju pemerintahan negara. Justeru itu Pembangkang jangan melihat undi pos itu seperkara kecil jika mereka benar-benar berhasrat untuk memerintah Malaysia selepas pilihan raya ke-13 akan datang.
Saturday, September 12, 2009
DUN BAGAN PINANG-APA RESPON JIKA PAS MENANG.
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA (Penulis Bebas)
Mereka tetap optimis BN akan terus kekal memerintah negara dengan hujah bahawa Pembangkang cuma baru menang satu kerusi iaitu di Kuala Terengganu. Lain-lain kawasan yang dimenangi mereka dalam siri-siri pilihan raya kecil dikatakan adalah kawasan Pembangkang. Kemenangan itu tidak menghairankan UMNO-BN. Itu adalah analisis dari pihak UMNO yang saya fikir mereka ini mencipta keseronok sendiri
Saya melihat momentum perubahan pemikiran politik rakyat, terutama sekali orang-orang Cina dan India. Kalau 50 tahun dahulu orang-orang Cina dan India amat sukar untuk memberikan undi mereka kepada mana-mana parti oposisi. Namun, perubahan politik baru di kalangan masyarakat bukan Islam bagitu amat ketara sekali apabila mereka sudah tidak bagitu yakin lagi dengan pendekatan politik Barisan Nasional yang diterajui UMNO dewasa ini. Inilah pada perkiraan saya politik Malaysia akan datang lebih memihak kepada parti Pakatan Rakyat. Dan bagi saya sekiranya sistem dwi parti ini dapat dikekalkan hingga ke pilihan raya ke-13, alamat UMNO-BN akan terimalah nasib mereka yang amat buruk sekali
Kalau 50 tahun dahulu penguasaan politik Barisan Nasionol tetap unggul kerana orang-orang Cina dan India teguh di belakang mereka. Tetapi, senario baru politik Malaysia mutakhir adalah disebaliknya. Faktur ini pada perkiraan saya pasti turut mencetuskan momentum besar yang akan merubah landskap politik negara dapat kita saksikan selepas pilihan raya umum ke 13 akan datang. Sejarah politik negara kita tidak pernah memperlihatkan UMNO-BN mengalami kekalahan teruk sesudah pilihan raya ke-13 lalu dan lanjutannya berterusan dalam lapan siri pilihan raya kecil. Dan sepanjang saya mengikuti perkembangan politik negara serta di waktu-waktu saya aktif menulis isu-isu politik negara dalam akhbar WATAN, di mana bila berlangsungnya sesatunya pilihan raya kecil parti Pembangkang ketika itu PAS dan DAP sukar untuk mencatat apa-apa kemenangan dalam pilihan raya yang mereka turut serta Sekalipun pilihan raya itu berlaku di kubu kuat PAS ataupun DAP, UMNO-BN tetap menserakah kemenangan besar. Iklim politik diawal tahun 1950an hingga ke tarikh pilihan raya ke-13 memang politik UMNO-BN disituasi cukup kondusif. Tetapi, mutakhir ini UMNO harus memperakui rakyat tidak lagi bersama mereka dan menunggu masa buat rakyat menghukum UMNO-BN sekaligus akan menamatkan "talian-hayatnya" apabila berlakunya "swing vote" kuasa undi yang akan ditentukan oleh seluruh rakyat di negara ini dalam pilihan raya ke-13 akan datang.
Justeru itu, saya mahu mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin politik tertinggi UMNO, terutama sekali Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mahyudin Mohamad Yasin agar tidak terlalu yakin dan gairah sekiranya UMNO berjaya mempertahankan DUN Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil di negeri Sembilan tidak berapa lama lagi. Jangan melatah, lantaran menepuk dada bahawa UMNO sudah kembali pulih dan mendapat sokongan semula di kalangan orang-orang Melayu di negara ini. Dalam ramalan saya ada kemungkinan besar UMNO dapat mengekalkan DUN Bagan Pinang berasaskan mojoriti undi yang diperolihi calun UMNO dalam PRU lalu agak besar berjumlah 2,333 undi. Hal ini tidak memeranjat kita kerana, di DUN tersebut terdapat sejumlah 4,925 pengudi pos.
Namun dalam jangkaan saya berasaskan perkembangan politik Malaysia mutakhir dan kesan daripada hasil penolakan orang-orang Cina dan India terhadap parti komponen BN, saya juga sekali lagi cuba mengukur dan meramalkan PAS juga ada peluang untuk menang di Bagan Pinang. Asas ukuran saya DUN Bagan Pinang diketegorikan dalam kawasan bercampur. Melayu 66%, Cina 10.5%, India 19,9% dan lain-lain 3.5%. Mantic saya sekiranya seluruh undi Cina dan India itu diberikan kepada PAS dan 20% daripada undi Melayu juga berpihak kepada PAS, tiada mustahil kenapa kali ini PAS tidak boleh menang di Bagan Pinang? Tetapi yang mengelirukan kita undi Pos yang bilangannya terlalu besar menjadikan faktur berhantu sukar untuk kita memberikan harapan sedikit lebih menyakinkan untuk PAS menang mudah di Bagan Pinang.
Saya akaui di Bangan Pinang sukar sedikit untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan menang. Sekalipun kelebihan itu memihak kepada UMNO-BN. Namun, jika seluruh undi-undi orang Cina dan India berpihak kepada PAS. Dan jika ramalan ini benar-benar terjadi, saya kira satu"kejutan" kepada UMNO dan juga PAS. Akhirnya saya letakan harapan berasas penyelidikan yang dikemukakan ini UMNO-PAS adalah 50-50. UMNO jangan terlalu over confiden dan PAS hendaklah bijaksana memujuk hati-hati setiap pengundi Cina dan India kalau mereka mahu mencipta sejarah di Bagan Pinang. Selamat mengundi kepada seluruh penduduk DUN Bagan Pinang.
Thursday, August 27, 2009
UMNO-BN DI AMBANG KEJATUHAN-Anwar Ibrahim Perdana Menteri Baru Pakatan Rakyat


SUATU sejarah dan satu petanda besar UMNO-BN sudah hampir di ambang kejatuhan dari tompuk kekuasaan politik dan pemerintahan di negara ini. Parti Pakatan Rakyat kian terserlah di kalangan rakyat dan masyarakat di negara ini semakin dituntut bagi mempertingkatkan nilai tambah demi memperkukuhkan wadah alternatif baru yang menjadi bakal pencetus peralihan kuasa pemerintah dari UMNO-BN. Cuma masa yang akan menentukan Parti Barisan Nasional di bawah teraju UMNO akan mengakhiri kuasa hayat pemerintahan mereka di negara ini.
Bagi saya juga berpendapat suatu sejarah besar menimpa UMNO-BN selepas pilihan raya ke-12 turut hilang mojoriti 2/3 yang didominasi mereka sekian lama. Sejarah itu lebih malang lagi apabila selepas kalah berterusan dalam siri pilihan raya kecil bermula di Permatang Pauh hinggalah kembali semula ke Permatang Pasir. Agregit (8-1) adalah menifestasi cetusan kekalahan UMNO-BN yang sukar diterima dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik pilihan raya yang disertai UMNO-BN selama ini semenjak pilihan raya pertama 1955.
Trend yang diperlihatkan kepada rakyat bermula di Permatang Pauh, bertolak ke Kuala Terengganu, berpusing ke Bukit Gantang balik Ke Bukit Selambau, nun jauh ke Batang Air, singgah sebentar di Penanti, kemudian menjelajah Manik Urai dan kembali singgah semula di Permatang Pasir, pusingan ini memperlihatkan kepada kita betapa rakyat mulai kian bertambah selesa bersama Pakatan Rakyat. Senario ini juga mengkagumkan saya sehingga menjadi semakin berani meramalkan nasib UMNO selepas pilihan raya ke-13 akan datang. Hampir pasti waktu itu parti Pembangkang akan kekal di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, sementara di Perak hanya menanti tarikh pembubaran DUN untuk Pakatan Rakyat kembali berkuasa semula. Seterusnya selepas pilihan raya ke-13 UMNO bakal kehilangan Terengganu, Perlis, Pahang serta banyak kerusi di Melaka dan Negeri Sembilan, malah pengaruh Pakatan Rakyat di bawah teraju DSAI akan melebar luas memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Serawak sekali gus mara ke Putrajaya bagi mengambil alih kuasa pemerintahan dari UMNO-BN.
Keputusan lapan pilihan raya kecil dengan agreget(8-1) merupakan satu petanda besar mengikut ukuran saya di mana trend ini akan kekal berterusan lantaran ianya memboktikan betapa UMNO-BN gagal dipulihkan. Masa untuk memulihkan UMNO semakin pendik dan singkat. Sebaliknya peralihan kuasa rakyat ke pihak pembangkang kian bersemarak.
UMNO-BN hendaklah akur bahawa rakyat sudah semakin muak dan tidak selesa bersama mereka. Impian rakyat hanya menantikan tarikh pilihan raya ke-13 ditiup weselnya untuk mereka membuat suatu sejarah peralihan undi "Swing Vote" ke Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Faktur Anwar Ibrahim pada saya beliau merupakan ikon politik yang cukup besar. Anwar terkenal semenjak ditakkala waktu di zaman belianya hinggalah ke dewasa ini. Momentumnya sentiasa berkocak dan bergelora. Sekalipun usaha untuk membunuh kerier politik Anwar berterusan dari zaman Tun Mahatihir dan koncu-koncunya hingga ke hari ini, namun sesekali ianya tidak mampu mematikan kerjaya politiknya. Kini Anwar Ibrahim semakin mara, beliau merupakan sebahagian milik rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan di negara ini. Ikon besar inilah yang akan mengejutkan pentas politik Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang tidak lama lagi.
Usaha pemimpin-pemimpin UMNO untuk membunuh kerjaya politik Anwar tetap berterusan dari semenjak era Tun Mahathir hinggalah ke dewasa ini. Inisiatif usaha ini tidak banyak memihak kepada UMNO-BN sebaliknya menjadikan rakyat semakin bertambah benci dan hilang kepercayaan terhadap parti pemerintah di negara ini. Kenyataan terkini daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mahyudin Yasin tempuh haru menuduh Anwar Ibrahim sebagai "PENGKHAINAT BANGSA", saya kira satu kesilapan besar yang tidak sepatututnya terkeluar daripada mulut seorang TPM. Satu kenyataan yang cukup pedas dan keras sekali terhadap Anwar Ibrahim ia semakin memberikan kesan cukup besar terhadap kemarahan rakyat marheain yang sesekali tidak dapat menerima Anwar Ibrahim sebagai "PENGKHAINAT BANGSA",mungkin cuma beberapa kerat UMNO hepokrit sahaja yang dapat menerima tuduhan tanpa asas TPM terhadap Penasihat parti KeAdilan rakyat itu. Apa yang Anwar lakukan adalah mempergunakan haknya untuk berpolitik yang dibenarkan oleh perlembagaan dan sistem berdemokrasi di negara ini melalui pentas politik terbuka.
Isunya Anwar punyai idealisme sekaligus ianya mampu mencetuskan gagasan yang lebih terbuka lantaran idealismenya berupaya merentasi ruang elemen perkauman, etnik, bangsa, agama serta budaya. Kini idealisme dan gagasannya telah diterimai rakyat, justeru itu tidak wajar Anwar Ibrahim yang sebelum ini banyak berjasa kepada UMNO sanggup disumpah seranah sebagai "PENGKHAINAT BANGSA".
Anwar Ibrahim bukannya "PENGKHINAT BANGSA", sebaliknya UMNO-BN gagal memulihkan hakisan kepercayaan rakyat yang banyak terjejas akibat daripada usaha penyingkiran dan pembunuhan keriar politiknya yang dimulakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam krisis Mahathir-Anwar (1997/98
Kini rakyat sedang menanti sinar kerdipan bintang Anwar yang akan mencatat tinta sejarah pertama kali dalam politik Malaysia Pembangkang akan mengambil alih teraju pemerintahan dan Anwar Ibrahim Perdana Menteri Pertama kerajaan Pakatan Rakyat yang akan menumbangkan BN dalam pilihan raya ke-13, insyaalah tidak lama lagi episod ini akan terjadi. Kepada mereka-mereka yang pesimis dengan tulisan saya ini, kita sama-sama bersabar dan tunggu apa yang akan terjadi selepas pilihan raya ke-13 akan datang.
Friday, August 14, 2009
DETIK 25 OGOS-UMNO MENEMPAH MALU BESAR SEKALI LAGI DI PERMATANG PASIR

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)
SELURUH rakyat Malaysia dan para pemerhati politik Tanahair sekali lagi akan menumpu pemerhatian masing-masing ke Permatang Pasir, Permatang Pauh. Satu pertarungan sengit lagi hebat antara musuh tradisional UMNO-PAS diizinkan Tuhan bertarung di DUN Permatang Pasir bagi menentukan siapakah yang akan menguasai semula kawasan Permatang Pasir ekoran kematian ADUN PAS baru -baru ini.
Saya dari awal menjangka sekali lagi UMNO akan menempah malu besar. Bukan angkuh dan sombong, tetapi trend politik Malaysia selepas pilihan raya ke -12 UMNO terpaksa menerima kekalahan demi kekalahan. Kerana jenerasi pengundi baru hari ini sudah muak dengan gelagat UMNO. Kalau pun UMNO dapat sedikit ruang untuk bergembira, hanyalah kemungkinan PAS menang dengan mojoriti yang kecil sepertimana di Manik Urai, Kelantan. Namun kalah tetap kalah itu habuan yang akan diterima UMNO di Permatang Pasir nanti.
Rakyat tidak mempercayai lagi dengan janji-janji UMNO berbilion-bilion dan bergunung-gunung. Jenerasi hari ini mahukan trensprent(ketelusan). Berhati-hatilah Timbalan Perdana Menteri yang banyak berjanji(janji seribu janji)jikalau menang sahaja, sekiranya kalah janji tidak bermakna apa-apa.
Kalau UMNO kalah lagi di Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti. Bermakna menempah malu besar. Maknanya bermula pilihan raya kecil Permatang Pauh, kini UMNO terpaksa menghadapi kekalahan demi kekalahan(7-1). Kekalahan demi kekalahan menjadi ukuran parti UMNo-BN sudah tidak diterimai rakyat dewasa ini. Saya percaya UMNO sekarang menjadi gusar dan gementar untuk bertarung dengan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir, kalau tidak mengapakah mereka terpaksa tarik diri di Penanti. Tetapi, kali ini tidak alasan untuk menarik diri. Mahu tidak mahu terpaksa bertarung juga. Sekiranya kalah lagi imej UMNO calarnya semakin bertambah besar. Dan harapan untuk Pakatan rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan laluan yang semakin bertambah mudah untuk mengambil alih terajui pemerintahan Malaysia.
Semakin hebat UMNO memperkudakan media massa bagi momokan berita-berita memperburukan Pakatan Rakyat, percayalah semakin bertambah ramai rakyat di negara ini menjadi semakin membencii UMNO. Media massa hari ini antara salah satu faktur kekalahan UMNO-BN. Media tidak boleh lagi mengolah dan mereka cipta berita tidak benar dan bersikap vias terhadap parti pemerintahan tanpa asas yang benar dan konkrit. Selagi Media memainkan peranan momokan yang berat sebelah dalam melapurkan bahan berita, percayalah pastinya UMNO akan menempah risiko kekalahan berterusan hinggalah ke pilihan raya ke -13 akan datang. Kekalahan tidak terhenti setakat di Permatang Pasir. Kalau mahu UMNO menang pengaruh media mistilah tuntas dan berhati-hati dalam menyiarkan bahan berita. Berita momokan tentang kemashuran UMNO kini amat disedari rakyat sebagai satu pembohongan dan penipuan. Media jangan banyak melapurkan UMNO sahaja di Permatang Pauh. Misti adanya keseimbangan dalam menyalurkan berita-berita mengenai dengan politik pilihan raya kecil Permatang Pasir menjelang 25 Ogos akan datang. Selamat mengundi kepada seluruh penduduk di DUN Permatang Pasir.
Friday, July 31, 2009
DUN PERMATANG PASIR-UMNO KECUNDANG LAGI

OLEH: JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
NASIB ANWAR DAN MASA DEPAN PAKATAN RAKYAT
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA Saturday, June 27, 2009
MANEK URAI-SAYA TIDAK MERAMAL LAGI??

Friday, June 19, 2009
BONEKA UMNO MENCIPTA PERPECAHAN SESAMA PAS
Kerana cemburukan Anwar, BONEKA UMNO dalam PAS sanggup memecah belahkan PAS untuk memberikan peluang kemenangan semula kepada UMNO demi terus perintah Malaysia. Itulah wajah politik PAS macam mana hendak perintah negara, kalau akal pendik begini? Kalau kemenangan sudah diambang mata, cuma sabar menunggu masa, namun hati cemburu BONEKA UMNO dalam PAS terhadap ANWAR dan PKR takut-takut mereka mendominasi politik Pakatan Rakyat itulah punca sebenarnya tercipta idea Kerajaan Perpaduan yang akan memanjangkan lagi talian hayat untuk UMNO-BN kekal perintah Malaysia. Ini kerja halus yang cukup mengecewakan. Ahli-ahli PAS yang banyak berkorban untuk melihat kejayaan nampaknya impian itu tidak pernah terlaksana. Inilah PAS hari ini........
Saturday, June 13, 2009
PASCA KEKACAUAN PAKATAN RAKYAT

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA Friday, June 12, 2009
IDEA PERPADUAN UMNO-PAS GAGASAN HJ HADI-SATU KEKALUTAN PEMIKIRAN
Sunday, June 7, 2009
IDEA PERPADUAN UMNO-PAS ALA HADI-MENANTI HANCURNYA PAKATAN RAKYAT


Selaku Presiden parti, Ustaz Hadi tidak seharusnya menonjulkan idea perpaduan dalam detik-detik kacau bilau yang sedang membawa UMNO kepada hampir terputus 'talian hayatnya'. Lebih teruk dan buruk lagi apabila para perwakilan Muktamar ke 55 mengiyakan saranan tersebut ke arah mencetus idea perpaduan UMNO-PAS menurut saranan Ustaz Hadi.
Tidak seharusnya PAS menerima kerjasama dengan UMNO sehingga menghancurkan Pakatan Rakyat. Kepada saya memperkasakan lagi kekukuhan bersama Pakatan Rakyat dan tunjolkan PAS sebagai pengganti UMNO seperti apa yang disarankan Datuk Husam amat relevan sekali.
Saturday, May 23, 2009
BERSETUJU DENGAN MUSTAFA ALI- UMNO USAH SERTAI PILIHAN RAYA MANIK URAI

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)
Friday, May 22, 2009
MENGELAK MUSIBAH DI PENANTI-UMNO TERPERANG PULA DI MANIK URAI

Monday, April 27, 2009
KERAJAAN PERPADUAN-PAS KEMARUK POLITIK

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
KITA berbicara tentang masa depan politik Pakatan Rakyat semakin hari kian terserlah. Nampaknya pemimpin-pemimpin PAS pula mulai meracau dan tiada konsisten. Ketidakmatangan PAS berpolitik mengakibatkan mereka sering terperangkap. Persoalannya sekarang mengapakah PAS sikit-sikit ashik membangkitkan soal perpaduan dengan UMNO-BN. Saya hairan dengan pendekatan tokoh-tokoh PAS berpolitik sejak mutakhir ini mengapa ketagih sangat dengan UMNO-BN. Waktu rakyat mulai cenderung parti politik Pembangkang. Mereka pula berminat dengan UMNO-BN?? Ini pelik dan ajaib sekali. Bukankah masa depan politik Pembangkang mula diminati rakyat. Dan Pakatan Rakyat manpu memerintah Malaysia, insyallah jika diizinkan Tuhan selepas pilihan raya ke-13 akan datang. Habis kenapakah pula PAS semakin ashik mahu bekerjasama dengan UMNO. Timbul isu-isu muzakarah, kemudian tukar kepada Mukabalah. Sekarang timbul pula Kerajaan Perpaduan. Kesemuanya ini detik-detik kacau bilau pemikiran pemimpin-peminpin besar PAS yang akhirnya akan mengakibatkan Barisan Pakatan Rakyat punah ranah. Selepas itu pakat bermuhasabah dan menghetong kekalahan.
Lupakan UMNO-BN. Pertingkatkan usaha kita bagi memperkemas dan memperkasakan lagi Pakatan Rakyat agar menjadi lebih kental dan kukuh sekali gus kita akan tamatkan riwayat UMNO-BN yang sudah ditolak oleh rakyat. Kenapakah pemimpin-pemimpin utama PAS dewasa ini mahu lagi mencari perangkap dan nahas? Kalau cara ini rentak pola pemikiran politik pemimpin-pemimpin PAS, saya optimis lihatlah musibah akan menimpa parti Islam itu. KITA BOLEH TIPU SESEORANG DALAM SATU-SATU MASA, KITA BOLEH TIPU SESETENGAH ORANG DALAM SESETENGAH MASA. TAPI, INGAT KITA TIDAK BOLEH TIPU SEMUA ORANG DALAM SEMUA MASA.
PAS hendaklah fahami agenda permaufakatan Pakatan Rakyat, usahalah mencari isu-isu yang mengakibatkan rakan-rakan dalam parti Pembangkang melihat kita tiada konsisten. Kalaulah ketagih sangat hendak bersatu dengan UMNO. Kenapa sekarang dalam waktu rakyat mahu bersama dengan parti oposisi. Ini yang peliknya sikap pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya merugikan masa depan agenda parti itu sendiri.
Kalau ketagih sangat hendak bersatu dengan UMNO. Usahalah sungguh-sungguh, jangan berdolak dalih. Bersatulah dengan UMNO kalaulah itu lebih baik. Lupakan Pakatan Rakyat. Bentuklah Barisan Nasional sepertimana berlakunya gabungan komponen PERIKATAN-PAS selepas pilihana raya 1969. Bahagilah kerusi-kerusi Pak- Pak Menteri, kemudian perintahlah negara Malaysia tercinta ini, kalaulah itu lebih baik daripada bergaduhnya orang-orang politik Melayu. Boleh jadi saranan Hj Hadi bagi mencari formula kerajaan Perpaduan itu difikirkan baik. Usahalah bersungguh-sungguh wahai pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO. Kerana rakyat sudah bosan dengan lakunan tersebut.
Thursday, April 16, 2009
PILIHAN RAYA BARU DI PENANTI-RAKYAT BERPESTA LAGI

(Penulis Bebas)
HAMPIR pasti pilihan raya kecil DUN Penanti akan kita saksikan apabila pada tengah hari ini 16 April 2009 Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Sdr Fairus menigistiharkan perletakan jawatan ADUN Penanti. Maka sekali lagi deman pilihan raya kecil akan menyahut pesta rakyat di Penanti, Permatang Pauh. Pilihan raya kali ini akan menguji siapa Anwar Ibrahim yang sebenar. Selepas tsunami 8 Mac 2008, Tuhan mentakdirkan banyak pilihan raya terjadi, bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan kali ini kita ke Penanti pula. Kita tiada tahu apa hikmahnya berlaku rentetan
pilihan raya kecil satu persatu.Dalam blog ini saya sekali lagi meramalkan betapa saya cukup optimis Pakatan Rakyat akan menang di Penanti. Sepertimana saya yakin Pakatan Rakyat menang di Permatang, Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, percayalah sekali lagi UMNO-BN pasti kecundang di Penanti. Saya kira pilihan raya kali ini ujian paling getir buat Perdana Menteri baru, Datuk Najib. Malu besar kerajaan BN di bawah kepimpinannya jika kalah lagi di Penanti. Saya antara orang paling awal meramalkan dalam blog ini PKR tetap akan menang di DUN Penanti dalam situasi apa pun.
Sebagai sebuah parti kerajaan yang memerintah sekali gus memiliki seluruh kekuatan akan menerima musibah besar kiranya mereka kalah di Penanti. Perkiraan saya mereka akan kalah lagi. Saya fikir di Penanti UMNO-BN semakin phobia. Justeru itu penguasa media jangan sembang besar dan pengampu BN membuta tuli. Nanti kalah lagi tiada sanggup menanggung malu. Kalau tewas lagi, maknanya sudah 5-0.
Faktur Anwar Ibrahim tetap menjadi idola rakyat. Akan kelihatan lagi kebangkitan suara rakyat dan Makkal Sakti di Penanti yang akhirnya memberi kemenangan kepada parti PKR. Analisa saya bukan angkuh dan keterlaluan. Tetapi, berasas kepada faktur Anwar Ibrahim. Kerana Anwar Ibrahim merupakan perancang tektikal pilihan raya yang cukup idealistic dan bersistemetik. Sebab itu mutakhir ini UMNO-BN kecundang satu persatu bila ada pilihan raya, sekalipun UMNO-BN kuasa politik gergasi di negara ini, tetapi di mutakhir kuasa rakyat amat mustajab lagi bijaksana dengan mempergunakan protes atas kertas undi melalui ‘swing vote’ yang mengakibatkan UMNO-BN terpaksa menempah kekalahan demi kekalahan dewasa ini. PENANTI SEKALI LAGI AKAN MEMBENAM UMNO-BN KE DASAR BUMI PERMATANG PAUH.
Saturday, April 11, 2009
DI SEBALIK MOTIF KHAIRY TIDAK TERPILIH??

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)RAMAI mengatakan secara umumnya Kabinet baru Najib di pengaruhi Tun Mahathir. Benar atau tiada dakwaan ramai itu sukar hendak dibuktikan. Yang lebih mengelirukan lagi bagaimana Khairy yang menang Ketua Pemuda UMNO tersingkir dari kabinet baru Datuk Najib. Sebaliknya Muhkriz yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini dilantik selaku Timbalan Menteri. Ada pendapat menyatakan pengaruhi Mahathir membawa kepada perlantikan Mukhriz dan mengenepikan Khairy.
Kalau benar Najib sudah dipengaruhi oleh Tun Mahathir. Alamat system politik di negara Malaysia sekali lagi akan kembali kepada dictatorship. Pemerintahan zalim dan kuku besi di era Tun akan menjadi model pentadbiran Najib. Apakah ini akan menyumbang kekuatan UMNO semula? Satu persoalan besar akan terjawab selepas ini.
Lojik apa Khairy tiada dipilih apa-apa jawatan dalam Kabinet Najib. Alasan cuma Khairy diberikan peranan besar untuk memulih dan membina semula penyatuan dan kekuatan Pemuda. Apakah istimewanya peranan Khairy itu sehingga tergamak diketepikan dari kabinet semata-mata kerana peranan besar beliau dalam merencana serta merekayasakan semula kekuatan Pemuda UMNO?
Yang pastinya Pak Lah kecewa sesudah menerima tekanan hebat hingga melepaskan Jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kini Khairy pula dimangsakan dalam politik UMNO yang serba mungkin boleh terjadi. Kasihan Khairy dan kasihan Pak Lah. Apa pun kita percaya sekiranya Mahathir di belakang Najib, awas rakyat akan mempergunakan ‘people power’ dan Makkal Sakti. Kuasa rakyat akhirnya akan mengatasi segala-galanya.
Wednesday, April 8, 2009
MAMPUKAH UMNO PULIH SEMULA???

OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)
Tuesday, April 7, 2009
KEKALAHAN MEMALUKAN UMNO

Saturday, April 4, 2009
BUKIT SELAMBAU MOOD RAKYAT BERSAMA PKR
OLEH : JAMALUDIN MD.ISATuesday, March 31, 2009
SEMANGAT PERMATANG PAUH DAN KUALA TERENGGANU PASTIKAN TERUS DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU

Kemarahan orang Cina dan India terhadap UMNO-BN masih berterusan. Apabila undi India dan Cina tiada lagi memihak kepada BN. Maka ruang untuk Pakatan Rakyat menang lagi amat cerah sekali. Saya percaya peralihan undi yang bermula dalam pilihan raya umum ke-12 lalu berlansung di Permatang Pauh, ke Kuala Terengganu dan pada 7 April akan mencatat sejarah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau seterusnya mengambil alih kuasa pemerintahan UMNO-BN dalam pilihan raya ke 13 akan datang. Baginilah berlansungnya proses anjakan kesedaran rakyat melalui makal sakti dan kuasa rakyat akan pasti terjadi lagi.
Mungkin anda mengatakan saya keterlaluan dengan momokan kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Sedangkan UMNO sudah dikatakan pulih dan sedang merangka bina kekuatan baru melalui Datuk Najib yang akan mengambil alih Jawatan PM 3 April akan datang. Pada saya UMNO amat sukar hendak dipulihkan lagi. Tarikh 7 April akan lebih mencemaskan Najib. Kalau UMNO kalah sekali lagi di kedua-dua Bukit alamat Pakatan Rakyat ipasti akan menguasai politik Malaysia dalam masa terdekat ini.Sesuatu yang amat mengelisahkan UMNO sekarang kerana orango-orang Cina dan India sudah tiada takut untuk memberikan undi mereka kepada PAS dan KeAdilan. Undi yang menjamin UMNO-BN selesa dengan kemenangan mojoriti bergaya sejak pilihan raya pertama 1955 hinggalah berakhir pada 8 Mac 2008. Makal sakti dan kuasa rakyat mula perpindah kepada parti politik oposisi. Sebab itu saya optimis Pakatan Rakyat akan mencipta sejarah kemenangan lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kalau tiada percaya sama-sama kita tunggu tarikh 7 April 2008.
Tuesday, March 10, 2009
CALUN INDIA WAKIL PKR BUKIT SELAMBAU
OLEH : JAMALUDIN MD.ISABUKIT SELAMBAU sekali lagi akan diwakili calun India dari PKR. Sekiranya UMNO meletakan wakil calun kalangan orang Melayu. Pastinya politik perkauman akan bergegar dalam pilihan raya kechil DUN tersebut pada 7 April akan datang. Apakah politik perkauman menjadi faktur UMNO-BN boleh menang semula dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau nanti?
Tapi, saya percaya politik matang sekali lagi akan terjadi di Bukit Selambau. Mengimbas kembali pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau 8 Mac 2008 lalu. Arumungan bukan mewakili Pakatan Rakyat. Sebaliknya beliau adalah calun bebas. Tanpa mempergunakan lambang PAS dan KeAdilan rakyat di kawasan tersebut memperlihatkan satu corak politik yang sungguh matang apabila mereka menolak calun UMNO-BN. Apa yang berlaku di Bukit Selambau para pengundi di kawasan tersebut tetap menolak UMNO-BN. Justeru itu saya yakin Pakatan Rakyat sekali lagi manpu menumpaskan UMNO-BN di Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil akan datang.
Saya percaya dengan ketajaman UMNO memainkan isu perkauman dalam politik Malaysia hari ini ia akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan mereka. Percayalah semua rakyat Malaysia tiada kira Melayu, Cina, India dan lain-lain sudah muak dengan politik perkauman yang sering dibangkitkan oleh UMNO dan rakan kerabatnya dalam BN. Politik perkauman bukanya eset yang boleh menjaminkan UMNO-BN untuk terus berdaulat di negara ini. Kalaulah UMNO-BN masih mahu mempertahankan ‘survival politik’ mereka hari ini jangan lagi menjuarai politik perkauman.
Politik Malaysia masakini memperlihatkan kepada kita betapa orang-orang Cina dan India sudah mulai tiada takut dan gusar lagi dengan PAS. Kalau suatu ketika dahulu undi orang-orang Cina dan India terlalu amat mahal harganya untuk diberikan kepada PAS. Tetapi, dewasa ini baik orang Cina mahupun India mereka sudah tiada takut lagi untuk bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Inilah faktur yang akan terjadi lagi di Bukit Selambau.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat takut sekali apabila PAS bekerjasama dengan DAP. Dengan terbentuknya permaufakatan PAS, DAP dan KeAdilan maka bermulalah detik-detik pecahnya tembok menopoli yang dimiliki UMNO-BN. Situasi inilah yang saya lihat akan berlaku sekali lagi di Bukit Selambau. Harapan UMNO-BN untuk menang di DUN tersebut amat tipis sekali, walaupun Bukit Selambau selama ini merupakan kubu terkuat UMNO-BN yang sukar ditembusi. Tetapi, dewasa ini tiada harapan lagi bagi UMNO-BN untuk mempertahankan kemenangan politik mereka di situ sejak bermula pilihan raya pertama hinggalah jatuhnya Bukit Selambau pasca 8 Mac 2008. Tarikh 7 April kita akan dipertontonkan sekali lagi Bukit Selambau akan mengajar UMNO-BN betapa peritnya erti kekalahan yang tiada pernah mereka alami. Saya yakin dan optimis ekoran daripada perubahan rakyat hari ini yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.