Friday, September 19, 2008

SELAMATKAN ANWAR


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

PETANDA awal ekoran kenyataan Perdana Menteri Pak Lah bahwa Penasihat Parti Keadilan(PKR), DSAI sebagai satu ancaman terhadap ‘ekonomi dan keselamatan negara’ ianya seperkara yang amat serios sekali untuk dimenung bersama seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan ini saya fikir amat merbahaya malah satu amaran terhadap Anwar Ibrahim itu sendiri?

Ramai sudah mula menjangka Anwar Ibrahim selepas ini akan ke Sungai Buluh semula?Ada kemungkinan besar ‘bon peribadi’ jaminan dirinya akan ditarik balik apabila mahkamah bersidang pada 24 September ini. Saya tidak pasti apakah ekoran daripada kenyataan Pak Lah sudah menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim tidak bebas lagi di negara ini. Dakwaan ancaman terhadap ‘ekonomi dan keselamatan negara’ akan lebih membuka ruang pihak pemerintah memerangkapkan Anwar ke dalam ISA.

Justeru itu tidak pilihan lagi bagi Anwar, melainkan mempercepatkan lagi agendanya bagi membentuk kerajaan baru sepertimana yang di war-warkan. Kalau ini gagal alamat kedudukan Anwar Ibrahim amatlah tidak menentu. Kemungkinan di ISA ataupun terperangkap sekali lagi dalam bicara kes liwat ke 2 yang sedang dihadapinya kini.

Sekalipun pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat(PR) belum menjadi kenyataan. Namun, tarikh 16 September itu merupakan titik permulaan(tuning point) di mana diramalkan kerajaan BN sekarang akan tumbang bila-bila masa. Kita percaya Anwar sudah mempunyai angka yang mencukupi bagi membentukan kerajaan Pakatan Pembangkang. Mungkin masalah teknikalnya di sama sini perlu diperbetulkan. Kegusaran kerajaan sekarang kian jelas. Mendakwa Anwar sebagai perusak ekonomi dan mengencam keselamatan negara merupakan nada amaran keras yang mana Anwar tidak selamat lagi. Misi politiknya akan dibunuh sekali lagi. Oleh itu Pakatan Rakyat hendaklah berusaha secepat mungkin membentuk kerajaan baru yang sedang dinantikan oleh rakyat di negara ini. Selamatkan Malaysia!!!!!!