Wednesday, August 2, 2017

PAS TIDAK DOMINAN-Punca Kemelut Dan Krisis Berpanjangan Dalam Front Pembangkang









OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SITUASI dan alasan apa pun dipercayai antara faktor utama yang menyebabkan Pas sering berkrisis dengan kumpulan pro profesional, kemudian dengan Dap dan diikuti pula PKR rahsianya yang sebenar adalah berpunca kerana Pas menjadi partai politik tidak dominan dalam Pakatan Pembangkang. Ini cukup memalukan Partai Agama yang mendakwa merekalah bakal mewakili partai orang Melayu/Islam sebagai pengganti Umno.

Pembabitan Pas dalam permaufakatan pembangkang(PR) 2008-2013 sekalipun ia turut membantu Pas melonjak pencapaian masih mencurigai kerana Dap lebih cepat mendahului Pas melompat ke siling. PRU ke 13 Dap 38 kerusi sedangkan Pas 21 kerusi. Dari sudut permaufakatan ianya cukup baik kerana masing-masing melahirkan 'menang-menang'. Tetapi malangnya Pas tercorot terkebelakang dalam oposisi. Ini membuka ruang bagi Umno menghentak Pas dengan ejekan partai agama itu hanya layak selaku khadam Dap.

Kuasa mustajad yang ada pada pihak pembangkang merupakan anugerah dari langit itu jika kekalkan permaufakatan tersebut ia akan menamatkan talian hayat Umno-Bn. Hakikat ini disedari oleh komponen Bn.Pada Umno situasi ini mistilah dicari jalan pintas. Usaha-usaha yang terencana bagi memporak-porandakan front pembangkang wajib dilaksanakan. Jika fornt pembangkang PAS-PKR-DAP kukuh masa kejatuhan Umno-Bn sudah pastinya akan tiba.

Acap kali Pas dihina sebagai khadam Dap. Pas tidak dominan. Pas tidak berupaya untuk menjadi ketua dalam komponen pembangkang bilamana kedudukan mereka sering tercorot. Perang saraf ini amatlah tiada menyeronokkan Pas, terutamanya Hj Hadi dan Harun Din.

Namun kumpulan pro profesional yakin akhirnya Pas akan dominan bila Umno akan hilang banyak lagi kerusi-kerusi(mojoriti kecil 1000-2000) akan menjadi milik Pas, setidak-tidaknya ia dapat diolah pada PRU ke 14. Pas berkemungkinan akan mencapai sekitar 40-50 kerusi Parlimen. Andaian ini tidak mustahil jika dilihat senario politik dewasa ini. Dap sudah pasti tiada akan melonjak ke mana lagi kerana lompatannya sudah sampai kesiling. Di sinilah kelambatan kalangan ulama dalam Pas yang kurang bijaksana dalam percaturan strategik politik menyebabkan mereka hilang fokas sebaliknya terbaru-baru dengan perang saraf Umno-BN.

Krisis dan penyingkiran pro profesional dalam Pas satu rahmat besar kepada Umno. Sekurang-kurangnya ancaman penamatan talian hayat mereka dapat diperpanjangkan. Keadaannya menjadi semakin tenat bilamana seterusnya Pas berpecah dengan Dap dan PKR.

Maka model sistem politik dwi-partai(satu lawan satu) tidak lagi menjadi ancaman terhadap Umno-BN di PRU akan datang.

Umno lebih selesa bila berjaya mengasak pembangkang sekurang-kurangnya berlaku perlawanan politik  3 penjuru. Tiga penjuru merupakan politik selesa bagi Umno. Sebaliknya ia bertukar cemas kepada Pakatan Harapan.

Walaubagaimana pun ekoran perkembangan politik mutakhir, trajidi dan perpecahan besar dalam Umno hingga membawa kepada terbentuknya PPBM, dan kini bersatu sebagai Grend Colition ia kembali sedikit mencemaskan Umno semula. Dijangka pertarungan politik kali ini antara PH-BN-Gagasan Sejahtera. Jika benar ini terjadi diramalkan Pas akan kalah teruk. Politik 3 penjuru sebagini jika diuruskan dengan baik dan teratur. Harapan Pakatan Harapan masih ada.  Yang dibimbangi ada kemungkinan adanya perkiraan sulit antara PAS-Umno. Permaufakan dalam gelap menentukan kerusi yang dipertandingkan PAS tidak akan disertai Umno bagitu sebaliknya. Lojik ini tidak mustahil dalam 'games of election', semuanya boleh terjadi.

Jika ini benar, apakah Umno yang selama ini mendokong kepimpinan politik Melayu akan bagitu mudah untuk berbuat demikian bersama Pas? Kemungkinannya agak sedikit nyata ia boleh terjadi bilamana undi-undi Cina akan berpindah ke Dap. MCA dan Gerakan tidak berupaya lagi menjadi tongkat Umno maka peluang Umno untuk berbuat demikian bersama Pas itu bolehlah dipercayai. Apakah percaturan ini sudah ada dalam 'date base' Umno-Pas kita belum dapat dipastikan buat ketika ini.

Tetapi bilamana pedoman kita melihat kepada seluruh riak dan gerak gerik antara pemimpin teringgi Pas dan Umno. Ia semacam seseolah semua jangkaan itu amatlah memungkinkan. Jika pembahagian kerusi kali ini diagih antara Umno-Pas secara senyap. Kita percaya Pas pastinya akan kembali menjadi khadam kepada Umno. Umno yang penuh dengan kelicikan berpolitik tentunya ada perkiraan-perkiraan yang menguntungkan mereka.

Tidak mustahil dalam situasi yang sedang Umno hadapi ini mereka juga memerlukan Pas sebagai tongkat untuk mereka terus bertahan. Maka jika ini terjadi akan lengkaplah momokan apa yang dikatakan satu partai mempertahankan Melayu dan yang satu lagi memperjuangkan islam kini akan saling bersekongkol.

Jika ini terjadi. Yang pastinya pengundi-pengundi tegar sahaja yang masing-masing akan memihak kepada Umno dan Pas. Pengundi yang berpegetahuan selebihnya akan memilih PH.

Sunday, June 18, 2017

PAKATAN HARAPAN-Lupakan Siapa Bakal PM


 
 








 OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


SESUNGGUHNYA Anwar Ibrahim sesatu pemimpin rakyat marhein berjiwa besar. Kehebatan dan karismatiknya sukar ditandingi sesiapa. Perjuangan dilalui sudah ditakdirkan Ilahi beliau terpaksa merempuh liku-liku yang  telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Masuk ISA, masuk penjara keluar penjara bukanlah ujian getir yang kecil terpaksa dihadapinya kini.

Selepas disingkirkan dari Umno, saya percaya beliau akan kembali ke persada politik negara melalui flatfrom pembangkang. Kehadirannya ke kancah politik oposisi dinantikan seluruh rakyat yang dahagakan perubahan. Kita dapat menyaksikan betapa politik negara berkocak dan bergelora. Iklim politik yang selalunya suam-suam kuku sebelum kehadiran beliau di kancah bersama politik pembangkang, menjadi amat panas dan membahang. Momentum Anwar sentiasa bergelombang. Landskap politik dijanjikan berlakunya tsunami dan anjakan. Kesemuanya menanti kehadiran dan sentuhan susuk manusia bernama Anwar Ibrahim.

Kita sedih beliau dipenjara kini. Di balik gerigil besi di kelilingi tembok batu yang pejal. Kini Anwar Ibrahim dipisahkan dari perjuangan rakyat marhein yang tertindas. Apa pun saya percaya roh marhein tetap berpaut dihati Dato Seri Anwar Ibrahim.

Trajidi mutakhir menimpai Partai Agama yang sedang bersiap sedia hendak berpengkalan dengan Umno sebagai rakan baru dalam percaturan politik negara tentu sekali amatlah menyedihkan beliau. Oposisi hendaklah membina kekuatan berasaskan penyatuan dan membina keteguhan. Bukannya memukul dan mengetuk tembok penyatuan pembangkang yang sudah kukuh di bina menjadi ianya kembali hancur dan cair semula. Trajidi ini gagal diselamatkan kerana Anwar tidak bersama kita.

Barangkali beliau sedih melihat oposisi bercemperana. Meronta-ronta mahu masing-masing merasakan diri sendiri berhak menduduki jawatan Perdana Menteri. Hetongan ini sudah dibuat. Perbezaan, pertelagahan tidak terelak lagi, sedangkan kemenangan di PRU nanti masih belum dikecapi. Sebagai ikon politik besar Anwar dari penjara sedang melihat kekacauan itu sedang bergolak dalam PH dan kini kian berpanjangan, Implikasinya, amatlah tidak mengutungkan sekali. Yang penting bukan soal siapa yang berhak jadi PM. Pokok pangkalnya Umno-Bn misti dipastikan kalah terlebih dahulu , barulah PH boleh fikirkan siapa bakal PM.

Tawaran beliau untuk tidak lagi dicalonkan sebagai Perdana Menteri tentunya memberi jalan keluar bagi PH menamatkan kemelut siapa bakal PM yang sedang dicari. Tidak berguna sama sekali kita mencanangkan tokoh itu dan ini sebagai Perdana Menteri, sedangkan keputusan PRU nanti Umno-Bn juga yang menserakah pembangkang sejak di 13 PRU yang telah berlalu. Tidak mengapa Anwar. Rakyat akan tetap melihat aspirasi perjuangan anda bersama marhein bawahan yang tertindas. 

Penolakan tersebut semata-mata demi untuk menyelamatkan PH. Sekiranya dirinya terus dicalonkan sebagai bakal PM, dipercayai kosentrasi untuk berhadapan Umno-BN di PRU akan datang kian terganggu. Fokas masa kini hendaklah digembelingkan seluruh jentera dan  tenaga kekuatan ditumpu terus bagi menumpaskan Umno-BN, bukannya tidak habis-habis dengan pertelagahan hendak mencari siapakah yang layak bakal jadi Perdana Menteri.

Dengan penolakkan Anwar itu. PH jangan cari masalah lagi. Masa membina kekuatan untuk berhadapan Umno-BN di PRU ke 14 masih belum memperlihatkan kejituan yang bersungguh-sungguh. Apa yang pemimpin PPBM seharusnya difikirkan selaku partai politik pembangkang tidaklah semudah itu hendak kita perkalahkan Umno-BN? Apatah lagi dalam suasana Partai Agama yang sudah mula memperlihatkan mereka se olah olah lebih bersedia untuk menjadi tongkat bagi selamatkan partai Nasionalisme Melayu perjuangan umno di politik negara mutakhir menjalang PRU ke 14 akan datang. 

Selaku pemimpin berjiwa besar. Anwar sedia berkorban segala-galanya demi mempertahankan hak rakyat. Anwar terpaksa menempuh suka duka entah hingga bila? Matlamatnya tetap jitu tidak sesekali berganjak ke arah mentranformasi politik baru di negara ini wajib diperteruskan. Selepas ini PPBM,PKR tidak lagi memikirkan Anwar sehingga kita tergangu fokas untuk berhadapan dengan Umno-Bn. Bukannya yang lebih besar dan mencabar bagi kita sekarang hanya memikirkan siapakah bakal Perdana Menteri?

Jangan persalahkan Anwar lagi. Laluan sudah diberi dan kata dua sudah dinyatakan fokas ke arah mengalahkan Umno-BN di PRU akan datang. Jika Mahyuddin merasakan beliau layak jadi PM ambillah, malah sekiranya Tun Mahathir merasakan dirinya wajar kembali menjadi Perdana Menteri sekali lagi pun tidak mengapa. Pokoknya jangan gagalkan rancangan PH bila turut berhadapan dengan Umno-BN. Rakyat jelata yang akan tentukan kepada siapa yang mereka hendak swing vote dalam peti undi kali ini.

Terima kasih Aki Anwar Ibrahim atas jiwa besar tuan lantaran menawarkan satu lagi pekej pengorbanan besar demi menghendaki berlakunya perubahan politik negara selepas PRU akan datang dijangka tidak berapa lama lagi.




Monday, April 3, 2017

MISTERI SIAPA DALANG YANG DISOROT GAGALNYA RUU 355-Kita Mencari Nama itu

 
 





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

MASALAHNYA selalu Hj Hadi bila bercakap sifatnya bagitu. Tidak suka menyebut nama si polan bin si polan bila beliau membuat suatu kenyataan terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan. Terkadang-kadang Presiden Pas itu suka dan gemar sekali dikaitkan dengan lebalan jenama-jenama binatang selaku bidalan dalam kenyataan-kenyataan politik barunya dewasa ini. Orang masih ingat satu waktu dahulu di ketika menjelang PRU ke 13 'MISTERI' pil kuda juga penuduhanya tidak disebutkan namanya. Sekalipun statusnya dikira fitnah, tetapi ia bersifat umum kerana yang dituduh sebagai pengedar pil kuda itu tidak dimaksudkan sesiapa, cuma ianya bersifat manusia. Hadi terselamat di mahkamah. Hari ini kita dikejutkan pula apabila timbulnya 'MISTERI' baru Hj Hadi dibangkitkan ekoran PM, Najib Razak mengumumkan Umno tidak akan membawa usul RUU 355 itu ke Parlimen sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalannya sebelum ini.

Sekarang isu RUU 355 menjadi satu 'MISTERI' politik baru yang tiada terjawab oleh sesiapa apabila Hj Hadi sekali lagi mengejutkan kita sesudah PM tidak berhasrat membawa cadangan itu. Lantas secara simboliknya Presiden Pas mendakwa maksud trajidi yang diwar-warkan sebelum ini rupa-rupanya ada 'dalang' cuba menggagalkan misi RUU 355 menjadi kenyataan sepertimana yang digembar-gemborkan seluruh pelusuk negara sebelum ini. Persoalannya sekarang, siapakah pula yang dimaksudkan sebagai 'dalang' itu? Jawapannya akan terus menjadi teka-teki selagi Hj Hadi tidak menyebut penama tersebut. Secara bersangka baik(hasnuzon), lebih-lebih lagi Hj Hadi sebaik-baik selaku seorang tokoh politik islam masakini yang bertitle ulama. Justeru itu, saya fikir amat baik lagi mulia sekali kiranya sesiapa yang mendalangi bagi mengagalkan RUU itu wajar disebut namanya. Hj Hadi mistilah bersikap 'gentlemen', tidak perlu sesekali cuba bermain sorok-sorok dan sembunyi-sembunyi. Suasana politik kita akan menjadi murni jika sesuatu tuduhan itu tidak dianggapkan bersifat fitnah bilamana dalam kes dan isu tersebut Presiden Pas itu seharusnya berpendirian berani menyebutkan siapa si polan bin si polan yang berbuat demikian.

Secara berseloroh sebelum ini saya cuba menempelkan adakah mungkin si pendalang yang dimaksukan Hj Hadi itu sasarannya adalah Dap dan Amanah. Lawakan ini saya ketengahkan dengan berasaskan kekerapan terdapat terlalu banyak sumber-sumber ucapan dan keyaataan kemarahan Hj Hadi amat memuncak sekali terhadap partai Amanah dan Dap. Tapi itu cuma sekadar selorohan, pada saya tiada mungkin Dap dan Amanah yang menjadi dalangnya bagi tujuan menggagalkan RUU 355 sampai ke matlamatnya.

Apakah Umno-Bn sekalu dalangnya? Ataukah MCA,MIC mahupun Gerakan dan umumnya seluruh partai-partai politik suku kaum di Sabah/Serawak umpunya dalangnya? Se eluk-eluknya kita kena tanya sendiri kepada tuan tubuhnya, Hj Hadi. Pun bagitu ada mungkinnya di mana pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang berada berdekatan dengan Presiden Pas itu mengetahui maklumatnya. Cuba-cubalah kita tanya Nik Abduh, Nik Amar, Ustaz Tontawi, Ustaz Idris, Ustaz Tuan Ibrahim, Dato Takiyuddin. Mungkin nama-nama ini ada bisik-bisiknya.

Tentu sekali bilamana isu RUU 355 ini buntu jawapannya ia akan terusan disensasi dan provokasi pulic oponion, juga sudah pasti Hj Hadi akan terus dikritik audien dan mediamassa akan memanipulasinya.

Saya juga sebelum ini tidak mengatakan Umno menipu Pas dalam konteks RUU 355.Tetapi apa yang saya dapat rasakan, malah tiada sesekali dapat dinafikan adalah tentu sekali Umno amat ligat lagi licik dalam gerakan menyusun kemuslihatan politik mereka. Jikalah kita mahu mengadu-dombakan kelicikan dan kemuslihatan politik Umno dalam apa-apa 'games' berpolitik sejak zaman berzaman, pada saya sudah pastinya Pas akan sentiasa tertewas.

Kiranya MCA,MIC,Gerakan dan seluruh partai-partai politik suku-suku kaum di Sabah/Serawak yang menentangnya adakah itu dalangnya?. Situasi ini bolehkah Umno menyetujui hasrat dan kehendakan Pas yang bersungguh-sungguh hinggakan sanggup gadai dan cagarnya sekalipun diminta, air mata, darah, hatta nyawa pun akan diberikan oleh para walaunta/walaunti mereka demi RUU 355. Di sini Pas seharusnya menyedari apakah ini juga 'dilema' Umno dalam permaufakatan BN. Tentulah sekali dalam apa-apa pun isunya yang hendak diangkat itu, Umno akan terus kekal dengan konsensus bersama antara mereka dalam komponen BN sejak zaman dahulukala. Dalam konteks ini apakah Pas gagal menyedari hakikat tersebut berkaitan dengan konteks kesetiakawan Umno bersama komponen BN. Jika perihal tersebut dilupai Pas. Saya percaya Umno dengan kelicikan politik mereka tentu sekali berjaya mengumpankan Pas dengan umpanan mengiaurkan tersangkup dimata kail yang tajam. Jika Pas mengelupur akan tertempah akibatnya. Amat malang sekali kiranya Pas tiada peka dan sensitif dengan situasi bagini.

Nampaknya RUU 355 semakin sulit lagi menyulitkan sekali. Apa yang ada di hadapan sekarang, terpulang kepada tuan tubuh Hj Hadi sendiri untuk membawanya ke Parlimen mungkin akhiri di Khamis ini dan ianya tentulah sekali terserah kepada Tuan Speaker yang bijaksana lagi Arif, Pendikar Amin yang berkuasa untuk menarik dan membawa bil RUU itu ke atas bagi membantu Hj Hadi mengusungkannya ke Parlimen nanti. Kasian Hadi.

Dalam kita mengagakkan siapakah 'dalangnya' agak sukar sekali mendapat jawapannya di sini. Lainlah sekiranya Hj Hadi jujur memberi maklumkan kepada kita semua. Kenapakah RUU 355 yang pada permulaannya berkisar persoalan Hudud yang diperdebatkan antara Meteri Besar Kelantan dengan Dato Alwi di Dun Cik siti Wan Kembang. Kemudian lontaran itu diperpanjangkan lantaran diperusungan sebagai ilmu hudud merentasi sebuah perjalanan yang panjang dan jauh. Dari Hudud yang di war-warkan, kemudian disolek dan dipercantikan semula dengan wajah baru dengan jenama baru RUU 355. Kini sampai kepuncaknya. Bersama menanti klimik yang tidak menjadi. Suasana sebelum ini rancak, bagaikan dunia ini akan kaimat gembar gembornya, penuh gairah, riuh rendah tempik sorak, tiada kurang yang terkena serpih bedilan peluru takfirin dari walaunta, ramai juga yang seseakan dikehendaki jika matinya ditanam ke jirat Cina. Semua sorak sorai bergembira betapa RUU itu wajib disokongi dan jangan sesekali sesiapa yang cuba berani hendak menyanggahinya. Malah jika tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri bersama di perhimpunan di Padang Merbok pun sudah boleh dianggapkan sebagai penyokong Ahok dari Indon. Kini RUU tersekat di sini. Kita mencari siapakah angkaranya?

Sebagai tokoh pemimpin politik islam yang berwibawa dan disegani, saya bersetuju dengan Kit Siang yang mendesak Hj Hadi mistilah menamakan 'DALANG' itu siapa? Kalau tidak orang boleh membuat andaian belaka, malah menuduh sesiapa saja. Mungkin Dap, mungkin juga Amanah, apatah lagi Amanah sering dilabelkan khadam Dap. Wajar Presiden Pas itu tampil menyahut seruan Kit Siang itu demi imej dan kredibiliti kepimpinan politik islam mistilah tegas dan tepat di setiap apa-apa hujahan dan ungkapan, tiada lagi boleh bermain 'flip-flop'. Akhirilah era politik ber'flip-flop'.

Saturday, April 1, 2017

RUU 355- KITA TAHU SIAPA PENGHALANG?-Kata Hadi








OLEH JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SEHINGGA kini kita ketahui bahawa RUU 355 itu mungkin tidak akan sampai ke mana. Kisahnya caca merba belaka. Bermula dengan Hudud turun ke RUU 355. Diusung privite bil ke Parlimen. Kemudiannya ditangguhkan. Pas gembira seketika kerana merasakan betapa kali ini mereka akan berjaya. Umno tidak akan menipu lagi, kalau menipu juga, ada pemimpin Pas kata kita perang semula. Umno pada saya tidak patutlah dituduh penipu. Sebaliknya mereka pintar dalam muslihat politik. Tentulah mana-mana partai politik itu akan kalah dengan Umno jika bersikap betul bendul.

Bertempik sorak tentang RUU 355. Yang teruk jadi mangsanya Dap dan Amanah. Mereka ini dipersalahkan. Mungkin puak inilah barangkali mahu di maksudkan Presiden Pas selaku penghalang menjadikan RUU 355 itu setakat ini tidak kesampaian, tergawang-gawang ke langit pun tidak ke bumi pun tidak.

Tidak sedikit yang cuba ditakfirinkan, ada yang sudah layak untuk ditanam di Jirat Cina, ada yang menjadi macam Ahok di Indonesia. 

Ke mana RUU 355 itu selepas ini? Mungkinkah akan terperap selama-lamanya. Ada harapankah Hj Hadi angkat semula RUU tersebut. Pun bagitu apa sikap Tuan,Pandikar Amin akan menyelak dan menyusun semula bil itu lantaran sekaligus angkatkannya ke atas. Bil tersebut mudah-mudahan dengan izin Allah akan naik ke atas siapa tahu? Masih ada harapan Hj Hadi? jangan gopoh dan menyalahkan pihak-pihak lain sebagai penghalang RUU 355. Amanah tetap ikrar akan menyokong, tapi macam Tuan Presiden juga akan melihat dahulu. Apabila ianya dapat dibentang dan dibahaskan. Amanah, saya percaya mereka akan sokong jua. Jangan marahkan Dap sampai orang melihat kita ini  keterlaluan macam kebudak-budakan. Biarkan mereka tidak menyetujui. Tuan Presiden tahu bukankah MP umno masih ramai malah mencukupi untuk mendapat simple mojoriti(122) untuk memperkasakan RUU 355 itu.

Zahid kata Umno akan bahawa RUU 355. Setuju kerana itu lebih mudah. Tapi tidak gembira juga jika Tuan Guru yang bersusah payah meneroka. Berjemur kepanasan sehari suntuk hingga ke malaman, ratusan ribu pengunjung berbaju ungu meredupkan suasana padang merbuk. Tentulah keuntungan pahala akan berlebihan jika yang empunya diri menghantarkan wasiat itu ke Parlimen. Tapi pada Tuan Guru itu tidak mengapa asalkan ianya terlaksana. Kerana itukan satu janji. Malah ada Adun yang menangis teresak-esak di dalam Dewan kerana bersungguh-sungguh sekali hendak melihat RUU itu diperkasakan. Masakan kempunan juga, air mata itu mungkin mengalir ke syurga? Bukan hanya air mata, saya percaya jika darah sekalipun jika diminta para walaunta/walaunti sanggup mencagarnya.

Tiba-tiba Najib membuat kejutan. Tidak akan membawa RUU 355 itu ke Parlimen sekalipun ianya dijanjikan oleh Zahid Hamidi. Kenapa ianya boleh terjadi bagini? Orang politik, pakar analisis, sudah tahu kesemuanya ini,"Sekilas ikan di air mereka kenal jantan betinanya". Walaunta/walaunti mungkin minda mereka tidak terjangkau hingga ke situ.

Tuan Guru tidak sesiapa yang menghalang RUU itu. Mungkin caturan strategiknya tidak menepati sasaranya. Jika kita mempercayai Umno keseluruhan akan menyokong itu jawapan yang belum pasti. Tapi apa pun Umno cukup senang jika ia bermula dengan Hudud kemudian menjadi RUU kesannya dapat memporak perandakan PR. Apakah import ini diluar jangkaan kita, ataupun kita juga sengaja malah turut sama merencanakannya.

Justeru itu secara berterus terang peringatan saya kepada Tuan Guru, tidak alternatif lain selain tumbangkan umno terlebih dahulu barulah boleh berbica perkara sebagitu. Sedarilah Pas cuma kini tinggal 14 MP di Parlimen siapa yang akan gusar dengan hasrat sepertimana yang cuba ditawarkan itu. Kuasa politik menentukkan segala galanya. Sedarlah Pas partai kecil. Kekuatannya sekadar mengaum dan berteriak di perhimpunan besaran yang disengajakan. Namun, strategi politik cerdik dan pintar juga akhirnya yang menang.

Saya percaya tidak sesiapa sekalipun mahu menghalang usaha tersebut. Barangkali Tuhan tangguhkan dahulu kerana mekanisme dan strateginya barangkali tidak menepati sasar yang hendak dicari. Masakan kita tidak habis-habisan mempersalahkan Amanah dan Dap sebagai sekutu penghalangnya kegagalan RUU 355 diangkat ke Parlimen.

Tidak siapa yang bersalah, jika kita berani mengkritik diri sendiri. Dan bersedia akur akan kelemahan kita sendiri.



Thursday, March 30, 2017

MENANTI MUKTAMAR APRIL DI ALOR SETAR-Hadi Tidak Tergugat

 
 



 




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


PEMERHATI politik melihat Pas di era Hadi kini semakin berserabut. Pas ibarat sedang dikemudikan seorang nakhoda yang kehilangan peta dan kompas. Arah pandu bahatera yang sedang berligar dan berpusing-pusing ketidaktentuan arah mana yang hendak dilayari. Ber u-turn berkali-kali. Berflip-flop di sana sini terus menjadi-jadi. 

Wajarkah Hadi terus menerajui Pas ataupun berundur di sini? Muktamar Pas April di Alor Setar menjadi saksi. Saya fikir Hadi tidak semudah itu untuk berundur dari kepimpinan tertinggi partai. Ekoran RUU 355 yang mungkin terperap di ranking terkebawah. Entah bila ia boleh dibahaskan di Parlimen. Jawapannya masih menjadi teka-teki bualan ramai. Hadi dengan asyik penangguhanya. Zahid Hamidi mendahulu PM katanya RUU 355 pihak kerajaan akan membawanya sendiri. Sedangkan Najib berkata kerajaan tidak bersedia lagi.

Wajar sekali Dato Husam mendesak Hj Hadi berundur setelah gagal menghantarkan semula mesej RUU 355 itu ke Parlimen. Apakah ini juga kerana salah Dap dan Amanah? Mungkin manipulasi isu ini akan dipermainkan orkestranya sebagai wayang politik yang akan dipertontonkan buat semua walauta/walaunti selepas ini. Implikasinya, oposisi berjaya dipecahkan. Inikah yang dicari oleh Umno? Bersetuju dengan Husam, Hadi sudah sampai masanya berundur dari kepimpinan tertinggi Pas. Tetapi siapa yang boleh mengundurkan beliau?

Dalam isu ini saya bersetuju pula dengan Ustaz Nakhaie. Nakhaie mengingatkan kita semula dengan sejarah Pas selepas diterajang keluar dari komponen BN melalui krisis politik(Asri-Nasir) 1977/78. Kemasukan golongan muda dari ABIM satu suntikan darah baru 'Blood tranfusion' bagi menguatkan semula tenaga kekuatan baru dalam Pas. Tokoh muda ABIM seperti, Dato Fadzil Nor, Nakhaie Hj Ahmad, Ustaz Halim Arshat, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, Hj Hadi, Ustaz Yahya Othman dan ramai lagi. Mereka inilah menjadi komponen besar yang memberikan nafas baru Pas. Dan mereka inilah yang menjadi 'political pressure' yang menekan kelemahan kepimpinan Dato Asri lantaran mengasak dan menolak ucapan dasar Presiden Pas waktu itu.

Situasi politik Pas kini, khasnya menjelang sekitar Muktamar April di Alor Setar nanti, adakah kumpulan-kumpulan dalam Pas yang tidak senang dengan pendekatan dan sikap Hj Hadi yang gemar berselindung di balik kemesraan dengan Umno akan menjadi lebih berani macam kumpulan pemuda dari ABIM yang menyerap masuk dalam Pas kemudian mereka mengasak di Muktamar di Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan 'political pressure' yang membawa berakhirnya Dato Asri dari Pas.

Saya fikir yang mengelilingi Hj Hadi ketika ini tidak akan bertindak sedemikian seperti apa yang pernah dilakukan oleh generasi muda dari ABIM yang berhijrah ke dalam Pas sekaligus bertindak pantas menyelamatkan Pas dari terus diterajui Dato Asri dan gengnya. Tidak tampak tanda-tanda jelas situasi seumpamana itu akan berulang lagi. Hadi dalam kondisi yang cukup selesa. Menetang kepimpinan akan dilabel tidak "WALA" mungkin di cop pengkhainat. Pengkhainat wajib di keluarkan dari jemaah. Kerana itu sudah menjadi proses sunatullah(penapisan).

Bersetuju dengan Nakhaie, yang berkelayakan menolak Hj Hadi keluar dari kepimpinan tertinggi Pas cumalah kepimpinan yang terkeluar dari Pas menubuhkan Amanah. Mereka ini ada pontensi besar untuk bertindak sedemikian jika masih kekal berada dalam Pas. Malang sekali mereka direncanakan terlebih awal terkeluar dari jemaah Pas.

Muktamar April di Alor Setar menjanjikan kedudukan Hj Hadi seterusnya dalam heriaki kepimpinan tertinggi tidak tergugat. Sebaliknya ia semakin kondusif. Kerana walaunta/walaunti terus mempertahankan kesetiaan "Wala" membuta tuli tanpa berfikir lagi.......Selamat bermuktamar buat partai islam se malaysia(PAS).

Monday, March 20, 2017

KE MANA PAS SESUDAH..? Bahtera Berpusing-Nakhoda Kehilangan Kompas





 





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


PEMBANGKANG sukar mencetak kemenangan. Kenapa?Apakah Umno-Bn terlalu kuat sehingga kini mereka manpu terus berkuasa. Ataupun mereka pintar dan cerdik sebaliknya lawan-lawan mereka kurang pintar dalam menyatur susun bidak-bidak di pentas politik. Untuk mengalahkan Umno-Bn tidak cukup dengan slogan retorik. Maki hamun yang tidak berkesudahan ia tidak memberikan impak kejayaan mana-mana puak dari partai oposisi.

Akal kebijaksaan anugerah Tuhan hendaklah dikombinasi dengan strategi dan realiti. Berpolitik tanpa melihat keadaan realiti sebenar ia tidak berupaya membawa sesatu partai pembangkang itu ke kancah kemenangan. Umno cerdik dengan pekej penyatuan kombinasi mereka dalam gabungan 14 buah partai kecil besar. Penggabungan ini meletak dan membina asas keutuhan dan kekuatan mustajab Umno menjadikan mereka berupaya memonopoli kuasa politik tertinggi di negara ini selaku pemerintah. Jauh meninggalkan Pas sebagai partai tercorot terkebelakang. Kenapa Pas lambat untuk menempah dan menyahut kemenangan. Hingga sekarang mereka masih terus menanti dengan slogan "Beristiqamah Hingga Kemenangan". Kecetekan Pas berpolitik bagi mencari kemenangan  selalunya mengundang kekalahan berpanjangan. Antaranya ketidakterbukaan pemikiran berpolitik dalam skala besar. Tiada apa dalam pas kecuali siri ceramah sehala yang penuh dengan bauran maki hamun satu pandangan daripada Prof Dr Agus.

Persoalan besar di hadapan Pas sekarang, mereka hendak ke mana? lelucon politik Pas mengundang ketertawaan kita apabila para pemimpin besar antaranya pernah mengatakan perkara-perkara terlalu bersifat pelbagai. Sekadar hendak menjadi penasihat; hendak bekerjsama sama sahaja bukan tujuan bergabung; ke arah berpolitik secara matang dan sejahtera; bukan mencari kemenangan di dunia tapi mengimpikan Syurga di akhairat; tidak lagi mahu berperang dengan Umno nanti orang Cina akan memerintah Malaysia. Suka ber u-turn dan berpusar-pusar  sana sini. Ah, banyak lagi kelucuan yang mengelikan.

Mengimbas 30 tahun dahulu, sebagai genarasi muda ditakkala itu mengharapkan Pas bakal mengganti Umno. Kami menunggu-nunggu Pas menuju ke arah itu. Saya lansung tidak terfikir orang Cina akan perintah Malaysia sekiranya Umno kalah dan tewas, sebaliknya optimis Pas alternatif selepas kejatuhan Umno. Namun, apa pun hakikatnya Pas tidak semudah itu untuk mengalahkan Umno. Tapi jalan pintar perlu di cari.

Umno dahulu kini dan selama-lamanya tetap tidak berganjak dengan senjata perkauman. Jika orang Melayu tidak menyokong mereka. Cina akan perintah Malaysia. Isu ini menjadi asas pegangan akar umbi Umno luar bandar. Ikatan ini menjadi tali penambat dan mengikat ahli-ahli Umno'grass root' yang tidak mungkin akan bergerak ke mana-mana. Dilema Pas ketika itu sukar untuk mencantas tali ikatan yang membeliti orang-orang Umno luar bandar. Undi Cina menjadi faktur penentu Umno kekal perintah Malaysia hingga kini. PRU ke 10 Nov 1999, ketika tercetusnya gelombang reformasi kita dapat menyaksikan kebangkitan orang-orang Melayu, terutamanya Melayu bandar menolak Umno-BN dengan satu 'swing vote' 65%(Melayu) menolak Umno-Bn sebaliknya faktor undi Cina menjadi penyelamat BN. PRU 2008 peratus undi Cina memihak kepada oposisi, kejutannya memperlihatkan Umno-Bn kehilangan  status quo terlepasnya mojoriti 2/3. Kejayaan oposisi terserlah di PRU ke 13. BA kekal momentum 2/3, yang trajis dan sensasi popular undi memihak kepada pembangkang dengan angka 5.5 juta(52%) Umno-BN 5.3 juta(47%). Melihat senario dan angka-angka ini saya tidak percaya Umno-BN tidak boleh ditewaskan. Cuma pembangkang menstrategikkan perencaan bagi mengekalkan momentum PRU 13 dan berupaya dengan lebih bergaya melonjak antara 4-6 % menjadikan sasaran PRU ke 14 Oposisi dapat mengangkat ke popular undi dari 52% ke 58%. Waktu ini kita akan lihat Umno terputus talian hayat mereka. Tapi malang sekali Umno lebih pintar memintas jalan laluan yang sedang disusuri pembangkang.

Di sinikah kemenangan itu ditangguhkan. Ini juga lelucun politik yang sukar saya terima. 60 tahun pembinaan ini, menyumbang tenaga,masa dan harta benda, malah darah, air mata dan nyawa menjadi taruhan sebagai pencagar demi kemenangan. Ada hati- hati yang boleh dibujuk dan ada yang kecewa dan merana. Pokoknya Umno dapat kembali bergembira.

Ke mana Pas? mengendur ke belakang. Atau membina satu landasan politik baru. Adakah politik baru itu bersama Umno?. Ataupun memikirkan rasionalnya sudah sekian lama mengempur Umno dengan trend mengtakfirin, mengasabiah, mengasak kezaliman, menentang ketirisan akhirnya mahukah Pas menjadi kelayuan di pangkuan Umno. Bergembirakah Pas memulakan proses pemolitikan baru dengan slogan " Politik matang dan sejahtera", politik Melayu/Islam persis unjuran status memupuk perpaduan Almarhum Harun Din dengan mengenyahkan kesampingan politik ala 'Tahalus as siasi' pekej peninggalan aruah Dato Fadzil?

Apakah di era Hadi pas kehilangan arah? satu permulaan zaman penjinakan Melayu nasional dengan Melayu islamis. Apakah era mengasak 30 tahun dahulu, budaya kerja berpolitik yang tidak menyemarakkan keuntungan berpihak kepada Pas? laluan mana yang sedang dicari arah mana yang hendak ditujui. Pandangan kita terhenti di sini. Ruangnya kian berkabus.








Tuesday, March 14, 2017

HUSAM MUSA PENCETUS GELOMBANG POLITIK BARU-Mengharapkan Bulan Purnama Gerhana di Kelantan

 









 OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


BILA melihat sejarah pola pengundi rakyat Kelantan ia tidak bersifat statik. Rakyat Kelantan tidak selama-lamanya akan terikat kepada sesatu partai politik. Tidak mungkin Pas akan bertapak di Kelantan selama-lamanya. Sekalipun dikatakan ianya membawa risalah mesej perjuangan islam, tidak bermakna sama sekali islam yang didokongi Pas itu membuat partai tersebut akan menjadi partai islam yang kekal di bumi Kelantan hingga kaimat.

Ingat betapa jatuh bangunnya rakyat Kelantan berpolitik terlalu unik. Sejenak melintasi ingatan sejarah pola politik pengundian orang Kelantan sentiasa berubah-ubah. Sejarah PRU Umno-Perikatan bertapak di Kelantan seketika, pilihanraya 1959 rakyat Kelantan memilih Pas sebagai pengganti Umno. Sekitar tahun 1977/78 ekoran krisis politik Kelantan(Asri-Nasir) mencetuskan satu babak baru membawa kepada rakyat Kelantan kembali menolak Pas. Pemilihan Umno-Bn juga gagal bertahan lama, PRU 1990 Pas kembali semula di Kelantan hingga kini. Era Tok Guru Nik Aziz bersama Pas ia melebarkan jarak masa Pas di Kelantan sedikit panjang usianya.

Kini Tsunami kecil mula meriakkan golombang baru politik negeri Kelantan ekoran penyingkiran ikon besar rakyat , Dato Husam Musa. Husam saya fikir bukan budak kecil, sebaliknya pakar yang akan mejunamkan bahtera Pas kini yang berpusing-pusing ketidaktentuan arah hendak ke mana hala tujunya. Sekalipun Husam sekadar mengemudikan sampan kecil namun, susuknya memperlihatkan betapa rakyat Kelantan yang sedang mabuk ombak dalam bahtera Pas di tengah-tengah lautan difahamkan lambat laun sebelum PRU akan datang mereka akan berpaut ke sampan kecil bersama Husam.

Kalangan pemerhati politik ramai meramalkan bahtera Pas Kelantan dirasa akan pecah di tengah lautan bila dipukul gelombang. Pas Kelantan bukan sahaja carik tapi koyaknya kian merabak besar. Kesetiaan ahli-ahli Pas terhadap Tok Guru Nik Aziz amat besar sekali. Umno dengan seluruh kekuatannya hingga kini belum mampu merampas Kelantan. Akhirnya Umno terpaksa berlembut-lembut dengan Pas demi untuk merampas kembali kuasa politik Kelantan ke pangkuan mereka.

Saya tidak mempercayai kata-kata PM "Umno tidak niat rampas Kelantan" sebaliknya saya percaya kata-kata anak muda Kelantan, Nik Abduh "Matlamat Pas bukan untuk menjatuhkan Umno". Di sinilah saya sedar betapa rakyat Kelantan pastinya bangkit mendokong kuasa politik baru Dato Husam. Sekalipun riak politik Husam kecil gelombangnya. Tetapi tidak siapa yang tahu bakal tsunami besar di dasar lautan bumi kelantan sedang bergelegak cuma menunggu masa untuk mencetus momentum besar  bakal menghempas bahtera Pas di lautan Pantai Timur yang kini sedang berpusing-pusing kerana pengemudinya telah kehilangan kompas. Jika ianya berterusan bakal datang gelombang tsunami besar akan meranapkan impian Pas untuk bertahan di bumi Kelantan. 

Politik baru hari ini tidak lagi boleh dibanggakan dengan ramainya keahlian yang dimiliki. Membangkitkan gelombang himpunan besar-besar dengan mengaut orang yang sama di setiap perhimpunan kini ia bukanlah lagi satu isu menggerumkan. Pokoknya apa yang kita tidak terfikir politik rakyat kini tidak lagi terikat kepada mana-mana partai. Akan berlaku senario menjadi ahli Pas, memasuki pondok panas Pas, berpayung bersama Pas, melalui saluran Pas, tetapi swing votenya dalam peti undi tidak mustahil mereka memangkah Amanah. Apakah Pas Kelantan tidak memikir hal-hal sebagini akan terjadi di PRU akan datang. Apakah mereka masih sepertimana dulu-dulu berkhayal dengan kejayaan himpunan mereka yang ramai. Tetapi dalam peti undi kosong.

Saya fikir ini bakal yang akan terjadi kepada Dato Husam di Kelantan. Melihat sikap kepimpinan Pas yang masih "flip-flop"  sudah pasti rakyat Kelantan akan menghukuminya nanti. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Agus, tiada apa lagi dalam Pas kecuali kelesuan dengan ceramah-ceramah lontaran maki hamun yang tidak berkesudahan. Generasi inikah yang mahu dan kita ternak sebagai bakal pimpinan masa depan Pas? Terpulangkah jika itu kehendak warisan DNA mereka.

Saya optimis rakyat Kelantan akan menolak Pas keluar dari bumi Kelantan. "SAYONORA PAS". Selamat tinggal bumi Kelantan.

Thursday, March 9, 2017

KEKELIRUAN YANG MENYERABUT







OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

MASA semakin singkat dan hampir. Nampaknya keserabutan kian membelit-belit partai politik pembangkang. Partai oposisi apa hendak jadi?Grand Colition untuk menghimpun semua partai politik pembangkang ke dalam satu kem kelihatan tidak bagitu cukup menjadi. Apa yang pembangkang cari? Sampai bila mahu mengekori dan memujuk PAS wahai Mahyuddin?

Berkali-kali saya merayu tokoh-tokoh besar PPBM dan PKR lupakan Pas dahulu. Perkukuhkan PH. Kalau sesudah itu Pas mahu datang kemudian, bolehlah fikir-fikirkan samula. 

Pas pun cakap tidak serupa bikin. Kalau tidak silap ingatan, Presiden mereka sudah berkali-kali menjelaskan pendirian dan sikap  sesekali tidak akan bersama PH selagi masih ada hubungan dengan Amanah dan Dap. Kalau PPBM dan PKR mahu bersama Pas maka Azmin dan Mahyudin hendak mengikut telunjuk Pas iaitu sepak sahaja partai Amanah dan Dap ke dalam longkang. Kabar berita terkini ada menyatakan "Pas jemput Bersatu runding pembahagian kerusi". Kalau ini betul memang "flip-flop" bermain-main lagi. Ingat Azmin dan Mahyuddin harga Pas terlalu mahal. Umno pun sedia hendak membeli Pas.

Kita lupakan dulu kemenangan pembangkang untuk PRU akan datang. Selagi keserabutan bertambah membelit. Jangan hidupkan apa-apa kemenangan. Kemenangan sesekali tidak akan tercapai selagi front pembangkang bercelaru. Penyelesaiannya biarkan Pas mahu memilih siapa bakal penemannya di PRU akan datang.

Untuk seketika demi masa kian singkat. Amanah dan Dap usaha beria-ria untuk merasakan jadi PM dan TPM. Saya fikir masalah yang mula bersarang di otak bahawa kumpulan merekalah yang berhak jadi PM dan TPM, inilah yang menyebabkan PPBM mahu sangat hendak bersama Pas. Jangan lupa Mahyuddin orang Pas pun tidak mahu anda jadi PM. Tokoh utama mereka pemimpin ulama bertaraf dunia lebih layak menjadi PM. Azmin sekalipun PKR dibayangi Anwar yang tersekat di penjara juga rasanya kepunan sangat untuk mendapat kedudukan di situ.

Saya rasa Mohamad Sabu usahlah tuan fikir untuk jadi PM, kerana Amanah partai kecil, pun bagitu juga dengan Dap, Sdr Lim Kit Siang dan Guan Eng minta tolong jaga Pulau Pinang. Kalau Pas hendak lawan semua kerusi di Penang pun tidak mengapa. Mereka kuat dan ada sokongan di mana-mana boleh teruskan niat itu.

Biar Mahyuddin dan Azmin fikirkan bagaimana hendak berkawan dengan Pas. Selagi strategi politik berterabur, jangan fikirkan hendak jadi PM.

Senyum-senyumlah Najib, kerana Tuan sudah yakin Umno menang dengan pertolongan Pas.

 





Saturday, March 4, 2017

PRU KE 14 - MOMENTUM PEMBANGKANG TIDAK MENGOCAK GELOMBANG

 







OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


JANGAN terlalu banyak berkhayal. Pembangkang pasti melalui jalan sukar. Umno-BN nampak relex dan menyakinkan. PRU ke 14 akan menjadi milik siapa kali ini? Pas partai politik yang kuat bermimpi dan berangan-angan besar. Amanah berhempas pulas merintis laluan baru namun sukar menjejaki ke puncak.

Masa makin mencemburui kita. PRU kian hampir, panasnya mula membakar ubum-ubum. Apakah formula Pakatan Harapan? Masih mengelabahkah kita ?

Mahathir nampak kesungguhnya untuk menurunkan Najib PM. Tapi saya fikir beliau tidaklah segagah Anwar yang tersekat dan kecundang di Sg Buluh. Momentum Tun kurang mengocak. Tanpa kocakan gelombang, landskap politik tidak sesekali akan berubah. Tanpa perubahan landskap politik negara akan terus di perkosai Umno-BN. Najib akan kekal bertahta di singgahsana. 

Konsisten, tepat dan jitu formula yang perlu di kenalpasti. Saya fikir sudah letih kita cuba memperbetulkan persepsi Pas yang sedang tergoyah setelah gagal mengikut rentak iklim politik negara.

Saya tidak fikir Pas itu terlalu kuat. Pokok pangkalnya apakah strategi PH sudah diurus susunkan dengan baik?

Perbetulkan ramuan PH, biarkan Pas dengan keluh kesah mereka. Tidak pasti haluan mana yang hendak dicari. Bersama Umno masih mahu main sembunyi-sembunyi. Bersama pembangkang meletakan syarat terlalu tinggi menjulang ke langit. Masihkah mahu terus terhegeh-hegehkan wahai partai Bersatu dan PKR.

Umno relex dan selesa menonton kita. Mereka sudah pasti menghetong dan mencongak kemenangan yang bakal dicetak semula. Harapan masih ada. Najib yakin umno akan terus kekal mentadbir negara dengan sokongan Pas. PH mahu tunggu dan fikir apa lagi?

Jangan lagi harapkan Pas jika hendak perkuatkan pembangkang. Moto mereka rela rebah di pangkuan Umno. Konfrantasi lampau sudah berakhir. Pas sudah melihat sinar cahaya dihujung terowong. Pas sentiasa bergembira, kerana mereka sering mentafsiri kemenangan selalu berpihak kepada mereka. Walaunta/walaunti mereka setia walak sekalipun jika kalah dikatakan menang belaka.

Amanah-Dap-Pkr dan Bersatu saya kira ia sudah cukup kuat. Cuma perkemaskan strategi. Harungi gelombang politik baru, hingga momentum memuncak dan berkocak. Percayalah sekalipun Pas tidak mengekorinya rakyat akan memilih PH. Cuma apa yang pasti boktikan utuhnya penyatuan pembangkang. Jangan main flip-flop. Tidak ber u-turn sana sini. Pandu terus ke Putrajaya. Prinsip jangan jadi macam Pas yang sekeru pemutarnya selalu longgar.

Jika hendak meranapkan Umno-BN, fikirkan tektik dan strategi. Tepat ke sasaran yang hendak dituju. Lihat realiti. Gunakan akal dan kebijaksaan yang dianugerahkan Tuhan. Jangan kita selalu mengatakan Tuhan tangguhkan lagi kemenangan kita sedangkan strategi melawan partai pemerintah gagal menepati kehendak yang terujud dari mata rantai gelanggang politik demokrasi yang kita hadapi masakini. Fokos ke minda kita "STRATEGI" merupakan rahsia dari langit yang belum terungkap dan terungkai oleh pihak pembangkang selama ini.

Rakyat marhein sedang menanti, mereka tidak lokek akan memberi undi. Tapi kita wajib perbetulkan strategi. Tanpa strategi yang tepat,jitu dan betul. Samalah macam Pas yang berakhir dengan khayalan belaka. Realitinya kemenangan itu diserakah Umno-Bn sepanjang masa. Akhirnya ada yang rela kembali menyorok masuk ke celah ketiak umno lantaran lebih senang bersukaria. Semuanya ini terjadi kerana kita kalah terlalu lama......