Saturday, May 23, 2009

BERSETUJU DENGAN MUSTAFA ALI- UMNO USAH SERTAI PILIHAN RAYA MANIK URAI


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SAYA amat bersetuju sekali dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali agar UMNO tidak menyertai pilihan raya kecil DUN Manik Urai bagi mengelak daripada melakukan pembaziran itu amat baik sekali. Justeru itu amat wajar UMNO jangan sertai pilihan raya kecil DUN Manik Urai. Selain terpaksa menghabiskan masa terlalu banyak berpolitiking, masa terbuang dengan sia-sia untuk berkempen sedangkan ianya amat perlu untuk diberikan tumpuan masa tersebut kepada rakyat.

Saya fikir wajar sekali UMNO usaha masuk pilihan raya kecil DUN Manik Urai, memadai berikanlah kemenangan percuma kepada PAS. Kalau UMNO sertai pun diramalkan akan kalah lagi. Sesudah banyak wang akan dibazirkan di Manik Urai, kalah pula. Ini sekaligus akan lebih memalukan lagi parti kerajaan yang memerintah negara sedang ditolak oleh rakyat. Terbaik sekali UMNO ikutlah keputusan yang dibuat di Penanti. Kotakan apa yang diputuskan di Penanti itu sama juga di Manik Urai. Dan kalau UMNO menang pun tidak cukup untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Sebaliknya jika kalah lagi, pastinya Perdana Menteri, Datuk Najib akan menempah malu yang amat besar. Kerana UMNO kebelakangan ini ashik kalah sepanjang pertarungan.

Friday, May 22, 2009

MENGELAK MUSIBAH DI PENANTI-UMNO TERPERANG PULA DI MANIK URAI


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SELEPAS mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-12 hingga mencatatkan sejarah kehilangan mojoriti 2/3, politik negara dilandai salih berganti beberapa siri pilihan raya kecil bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Lima pilihan raya kecil berlansung keputusan rakyat mengutuskan referendum 4-1 kepada UMNO-BN. Sejarah politik negara sejak pilihan raya 1955 dan jarang pernah UMNO gagal dalam pilihan raya kecil di mana-mana. Tetapi, selepas pilihan raya ke-12 dalam siri-siri pilihan raya kecil seperti yang dinyatakan rakyat tidak lagi menyokong UMNO-BN. Sehinggalah sekarang UMNO-BN di bawah terajui kepimpinan Dato Najib mulai phobia dengan pilihan raya dan undi rakyat. UMNO-BN boleh menepuk dada mengatakan rakyat bersama mereka, tetapi dalam peti undi ternyata suara rakyat sudah memprotes kerajaan yang ada sekarang.

Oleh kerana takut dan gementar dengan kekalahan sekali lagi di Penanti. UMNO dalam sejarah menjadi penikus apabila tidak lagi mahu menyertai pilihan raya baru di DUN Penanti. Pelbagai alasan dicari untuk melindungi betapa gusarnya UMNO dengan musibah kekalahan yang sukar dapat diterimai mereka. Apa pun alasan terserlah betapa UMNO-BN menjadi trauma sekali dengan kekalahan demi kelalahan. Tidaklah menghairankan kiranya parti oposisi yang membaikot pilihan raya, tetapi dalam sejarah parti pemerintah berbuat sedemikian dalam situasi mereka mempunyai cukup kekuatan yang sentiasa mereka pamirkan. Mempergunakan seluruh instrument kerajaan seperti polis, SRP, Pegawai Kerajaan, Media Massa, malah wang ringgit yang ditaburkan selama ini menjadi eset kemenangan politik UMNO-BN sudah tidak berkesan lagi. Inilah trauma UMNO. Faktur inilah menjadi pencetus utama kenapa dan mengapa UMNO tiba-tiba mencari helah untuk tidak menyertai pilihan raya kecil di Penanti. Tidak lagi perlu diperincikan di sini. Rakyat kita seramai mungkin yang cerdik sudah dapat membaca helah UMNO akhir-akhir ini kenapa mereka tidak mahu masuk pilihan raya. Jawabnya mereka sedar period sekarang masa rakyat menolak mereka. Tidak pilihan raya masa untuk mereka menarik nafas seksa dan lega. Jika banyak pilihan raya imej dan maruah mereka semakin luas tercalar, luka kian bernanah dan berpanjangan. Semakin banyak menerima kekalahan demi kekalahan dari satu pilihan raya kecil ke satu pilihan raya merupakan petanda-petanda hayat mereka kian pudar

Apa pun UMNO mencari helah bagi mengelak dari terperangkap dalam pilihan raya yang didakwakan sebagai agenda pembangkang, kini terjawab sendiri betapa UMNO tidak boleh lari dari takdir dan rencana ilahi. Dalam suasana mahu membaikot pilihan raya di Penanti kerana dikatakan tektik pembangkang. Nah! lihatlah betapa pula rencana Tuhan di Kelantan. Takdir Manik Urai mengundangkan kita untuk bertarung lagi dalam pilihan raya kecil DUN, negeri Kelantan apabila calunnya Hj Ismail Yaacob dari PAS pulang ke rahmatullah. Mahu tidak mahu UMNO terpaksa akur ini bukan rencana pembangkang, tetapi rencana ilahi yang sudah tentu mahukan UMNO sekali lagi terpaksa mengharung kekalahan lagi dalam pilihan raya kecil di DUN Manik Urai, Kelantan. Saya fikir baik, sekiranya UMNO konsisten, kerana kekerapan pilihan raya itu dikatakan terlalu banyak membazirkan wang rakyat, banyak masa dihabiskan untuk berpolitik , ini akan menjejaskan masa untuk bekerja terhadap rakyat. Beranikah UMNO-BN istiharkan tidak juga akan menyertai pilihan raya kecil Manik Urai. Kalau serta pun rakyat sudah bersedia untuk menghukum melalui protes 'swing vote'. Umunkan UMNO juga konsisten tidak menyertai pilihan raya DUN Manik Urai setelah dapat menghidup bau kekalahan di DUN Penanti. Kita tunggu UMNO yang sudah terperangkap dan di perangkap. Apa pun sepertimana di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, di Bukit Gantang, Bukit Selambau pun bagitu juga di Penanti malah di Manik Urai dari awal sebelum SPR mengumumkan tarikh pilihan raya kecil, saya terlebih dahulu meramalkan dengan penuh optimis UMNO akan terus kalah dan kalah hinggalah ke pilihan raya ke 13. Para pembaca budiman tidak perlu menduh saya fanatik dan keterlaluan. Ayoh sama-samalah kita tunggu dan lihat protes suara rakyat menolak UMNO-BN di mana-mana.