Sunday, July 27, 2008

BUBAR UMNO-PAS, SINDIR TOK GURU NIK AZIZ TIDAK BERSETUJU DENGAN MUZAKARAH


PARA perwakilan PAS yang akan bermuktamar ke-54 di Ipoh Perak pada 15-17 Ogos akan datang diminta mendesak barisan tertinggi PAS yang bersubahat dengan UMNO dalam isu muzakarah yang turut mencetuskan kegelisahan ramai dari kalangan PAS dan ahli-ahli dari komponen Pakatan Rakyat(PR). PAS di bawah kepimpinan Ustaz Hadi kali ini melakukan satu kesilapan besar. Terperangkap dan terjebak dalam dalam lingkaran nafsu politik UMNO.

Para perwakilan mistilah berani mendesak pimpinan PAS memberhentikan segera muzakarah dengan UMNO . Kerana PAS tidak akan memperolihi keuntungan apa-apa hasil daripada bermuzakarah tersebut. Sebaliknya jika Presiden PAS, Hj Hadi terus berdegil dan menagih untuk bermuzakarah dengan UMNO. Padahnya percayalah orang-orang Cina dan India yang mula memperlihatkan tanda-tanda mahu berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali semula ke lubuk asal mereka iaitu MCA dan MIC. Akibatnya PAS akan kalah besar dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

Dipercayai ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan muzakarah itu. Malah, Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sendiri memperlihatkan nada sinisnya amat tidak menyenangi dengan perilaku pucuk pimpinan PAS yang secara senyap berjumpa dengan kepimpinan tertinggi UMNO yang berakhir dengan tercetusnya isu muzakarah.

Menteri Besar Kelantan amat kecewa sekali. Masakan tidak, ini dapat kita bacai apabila beliau membuat kenyataan di mana UMNO-PAS hendaklah dibubarkan kalaulah ingin bersatu. Saya fikir kenyataan Datuk Nik Aziz itu lahir dari naluri yang cukup kecewa sekali dengan sikap dan pendekatan pemimpin tertinggi PAS hari ini. Kenyataan tersebut juga bagi menyindir pemimpin-pemimpin PAS yang gairah untuk berpelukan dengan UMNO dan tanpa menyedari disebalik itu pihak UMNO mengambil kesempatan mencetuskan momokan bagi memainkan isu muzakarah tersebut bertujuan untuk melemahkan PAS dari dalam. Dan sekarang terserlah pemimpin-pemimpin PAS mula bertelagah. PAS sesama PAS sudah tidak seiya dan sekata lagi. Pun bagitu juga dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mula meragui terhadap pendekatan politik terbaru PAS itu. Inilah musibah dan kecelakaan yang sudah menimpa PAS hasil daripada muzakarah itu.

Justeru itu demi untuk menyelamatkan PAS daripada pemimpin-pemimpin terkanan parti yang memperkudakan ulamak menjadi tanggongjawab para perwakilan yang bermuktamar di Ipoh, Perak pada 15-17 Ogos akan datang misti menjadi kumpulan pendesak bagi memperhentikan segera muzakarah dengan UMNO. Ini kalaulah diteruskan juga ia cukup merugikan PAS. Dan parti itu akan hilang kepercayaan rakyat yang inginkan suatu anjakan perubahan terbaru di negara ini.

Sebaliknya kalau PAS sekarang merasakan ia perlu bekerjasama dengan UMNO. Sokonglah saranan Tok Guru Nik Aziz minta Ustaz Hadi, Nasharudin, Khalid Samad dan Mustafa Ali dan seluruh ahli-ahli PAS, ayuh marilah kita sama-sama dengan UMNO mencari jalan yang terbaik kita bubar UMNO-PAS dan bersatu selamat Islam dan Melayu di negara ini. Saranan Nik Aziz yang paling terbaik untuk dilakukan bersama UMNO-PAS.

Saturday, July 26, 2008

MUZAKARAH PAS TERTIPU LAGI


NAMPAKNYA PAS terperangkap lagi. Konon-kononya bermuzakarah secara senyap-senyap, tiba-tiba meletup macam "bom jangka". PAS tidak serik-serik sekalipun berkali-kali ditipu oleh UMNO.

Muzakarah UMNO-PAS bunyinya memang sedap dan baik belaka. Sebaliknya percayalah PAS yang rugi besar. Kenapakah Pak Lah bocur isu pertemuan rahsia UMNNO-PAS selepas pilihan raya ke 12? kerana isu itu lebih menguntungkan politik UMNO semata-mata.

Secara tidak langsung PAS tidak sedar pertemuan dengan umno itu banyak menimbulkan kecelaruan dan tanda tanya dalam Pakatan Rakyat?. Rakyat menyokong PR kerana benci dan muak dengan UMNO-BN. Rakyat mengharapkan PAS dan gabungan parti politik pembangkang bakal menjadi kerajaan alternatif. Meletupnya isu ini ia amat menghiris perasan naluri rakan-rakan dari Pakatan Rakyat(PR). Apabila rakyat mulai yakin dengan politik pembangkang, PAS pula tersilap strategik. Inilah PAS dari dahulu rencana mereka sentiasa boleh dimanipulasikan oleh UMNO-BN.

PAS seringkali alpa dan lalai, di mana UMNO hanya memerlukan PAS dalam waktu-waktu mereka lemah. Kekalahan teruk dalam pilihan raya ke-12 menjadikan servival politik UMNO-BN perlu kepada bantuan tali hayat. Dalam kes ini PAS sentiasa terperangkap dari dahulu hinggalah sekarang. Kenapakah pemimpin-pemimpin PAS berfikiran bagitu? Biarkanlah UMNO terus putus tali hayatnya. PAS kata UMNO tidak bela Islam, tidak bela bangsa dan tidak bela agama. Sedangkan PAS mendabik dada merekalah juara pembala agama, bangsa dan negara. Tiba-tiba bermuzakarah pula pasal hendak menjaga bangsa dan agama. Dalam isu bangsa, agama dan perpaduan Melayu UMNO-PAS tidak boleh berbalah kononnya.

Yang kesalnya saya, apabila orang-orang bukan Islam, baik Cina dan India mula membuka ruang minda mereka lantaran tidak lagi mempercayai parti kaum mereka sendiri sama ada MCA dan MIC, sekali gus membuat satu lonjakan perubahan drastik mencatat sejarah baru politik Malaysia dengan memberikan satu 'protes vote' kepada parti pembangkang melalui satu tsunami besar melanda landskap politik negara yang membawa kepada kejatuhan mengejut empayar UMNO-BN bermula negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan gagal mengembalikan Kelantan. Tiba-tiba PAS pula mencipta karenah apabila bermuzakarah dengan UMNO. Apa rasionalnya PAS ekoran hasil daripada keputusan muzakarah dengan UMNO itu selepas ini. Rahsia inilah yang tidak banyak difikirkan oleh pemimpin-pemimpin PAS dewasa ini.

Percayalah masyarakat bukan Islam baik orang Cina dan India malah kalangan orang-orang UMNO sendiri yang bencikan UMNO-BN dan mengalih perhatian mereka untuk berjinak-jinak dengan parti Pakatan Rakyat akan merasai kecewa serta prasangka dengan sikap kepimpinan PAS hari ini. Saya percaya sedikit sebanyak ianya memberikan adventage kepada UMNO-BN dan yang rugi adalah PAS itu sendiri.

Inilah kecelaruan pemikiran pemimpin PAS masakini. Memanglah niat baik untuk bermuzakarah dengan UMNO. Tetapi apakah PAS sanggup kehilangan undi-undi yang sekian banyak diberikan kepercayaan kepada parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 lalu akan beralih semula kepada UMNO-BN dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Saya percaya kalau sikap sedemikian inilah yang menjadi amalan politik pemimpin PAS di era Ustaz Hadi, tunggulah musibahnya balasan yang akan menimpa PAS ekoran daripada keputusan bermuzakarah dengan UMNO baru-baru ini.

Persoaalan yang ada di hadapan PAS sekarang, hendak jaga UMNO bagi mereka terus memerintah di negara ini ataupun perkukuhkan Pakatan Rakyat dan kita pasti perintah Malaysia dalam pilihan raya akan datang. Inilah fokas PAS dan Pakatan Rakyat. Jangan tergila-gila hendak berpeluk cium dengan UMNO-BN yang banyak menodai PAS. Dalam keadaan apa sekalipun pastinya isu bersabit dengan muzakarah ini menguntungkan UMNO dan merugikan PAS. Apakah pemimpin-pemimpin PAS seperti Ustaz Hadi, Mustafa Ali, Nasharudin Mat Isa, Khalid Samad tidak peka dengan permasalahan ini?. Percayalah selepas ini orang-orang UMNO yang mengundi Pakatan Rakyat kerana tidak yakin dengan pemerintahan sekarang, akan beranggapan PAS juga serupa. Justeru itu lebih baik mereka kembali menyokong UMNO-BN dalam pilihan raya ke- 13 akan datang. Pun bagitu juga dengan orang-orang Cina dan India, apa kata mereka PAS juga KONG KALIKONG, sama macam UMNO juga. Dan mereka juga akan pasti kembali kepada MCA da MIC. Maka tinggallah PAS dengan retorik mereka ke langit tidak kesampaian ke bumi tidak berpijak lagi. Percayalah Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri akan pasti kehilangan besar dalam pilihan raya akan datang. Saya amat kasihani Menteri Besar Kelantan yang sudah mengidu ciuman yang dilakukan pimpinan atasan. Isu ini juga amat mengecewakan, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta ramai lagi tokoh-tokoh PAS yang amat tidak bersetuju dengan keputusan bermuzakarah dengan UMNO itu.

Saturday, July 19, 2008

KEADILAN UNTUK ANWAR

PERSOALANNYA sekarang Anwar Ibrahim dituduh. Justeru itu kita pinta keadilan perundangan di negara ini terhadap beliau. Rakyat tentunya tidak mahu lagi dipertontonkan dengan ulangan isu tahun 1998/1999 dahulu. Biar polis menjalankan siasatan mereka secara profesional. Menteri-Menteri BN jangan campur tangan.

Apa yang berlaku Anwar mempertahankan haknya. Beliau wajar mempertahankan dirinya dari sebarang bentuk fitnah. Dan polis terus jalankan penyiasatan dengan seadil-adilnya. Biar mahkamah menghukum sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Bukan urusan campur tangan Pak-Pak Menteri. Tetapi yang peliknya Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid nampaknya semakin meracau-racau macam disampuk apa-apa. Wajar peguam Anwar menasihati agar Syed Hamid lebih baik berdiam diri. Jangan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Soal sempel DNA serah pada Anwar dan polis menyelesaikan. Syed Hamid tidak patut campur tangan seseolah semacam mendesak pihak polis ekoran daripada kenyataannya tempuh hari. Lebih teruk lagi Syed Hamid berhujah di mana sudah ada cadangan untuk membawa rang undang-undang DNA ke Parlimen. Kalaulah ini dibuat dikatakan akan menyalahkan pihak kerajaan. Tetapi inilah cakap-cakap Syed Hamid yang mana sekali gus memperlihatkan beliau semacam amat sangat inginkan Anwar sekali lagi diresuk ke dalam penjara.

Setakat ini rakyat nampaknya boleh terima pendekatan yang diperlihatkan Pak Lah terhadap isu Anwar. Tidak sepertimana diwaktu era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad dahulu. Pak Lah memberikan jaminan keselamatan dan keadilan terhadap Anwar dalam isu terbarunya kali ini. Cuma yang celuparnya beberapa Pak-Pak Menteri menyerlah sikap kegugapan mereka terhadap Anwar. Tuduhan-tuduhan sepertimana dikatakan Anwar takut, tidak patut ditimbulkan sama sekali. Ini bukan soal takut atau tidak. Pokoknya Anwar ada pengetahuan dan pengelaman dalam kes yang sama satu ketika dahulu. Soal manipulasi tidak siapa boleh menafikan dalam kes yang sedang diperkatakan sekarang. Namun dalam keadaan apa sekalipun rakyat mengharapkan Anwar diberi keadilan. Baik dari sudut penyiasatan polis dan pendakwaan di mahkamah ia pastinya telus dan profesional.

Untuk masa ini, kita tidak boleh membuat sebarang andaian terhadap Anwar. Dan beliau berhak mempertahankan dirinya dalam ruang legar mahkamah rakyat. Pak-Pak Menteri yang tidak terbabit malah langsung tidak tahu menahu apa-apa, juga wajarnya tidak perlu membuat komen-komen yang boleh mencetuskan kontrovesial sepertimana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri seseolah sudah melebihi apa yang dikehendaki oleh pihak polis.

Tuesday, July 15, 2008

SHABREY TKO- SEGERA LETAK JAWATAN

JAM sepuluh malam pada 15 Julai 2008 benar apa yang dikatakan Menteri Penerangan, Ahmad Shabrey tewas TKO di tangan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam debat "Besuk Pakatan Rakyat menang harga minyak turun 50 sen".

Shabrey lebih banyak menyerang peribadi DSAI, tetapi Anwar relex dan berhujah tanpa terkeluar daripada topik dalam tajuk minyak. Pada saya terbukti Menteri Penerangan gagal mempertahankan dasar kerajaan dalam penstrukturan harga minyak ekoran daripada kenaikan yang mendadak. Sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu berhujah dengan cukup menyakinkan jutaan rakyat Malaysia bahawa kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat sekarang boleh dipertahankan oleh kerajaan berdasarkan Malaysia adalah sebuah negara pengeluaran minyak.

Hujah-hujah Shabrey tidak bagitu jelas dan menyelirukan. Asas penghujahannya berpandukan kenaikan harga minyak dikatakan masalah global. Namun, hujah-hujah Shabrey dalam mempertahankan dasar kerajaan cukup mengecewakan sekali. Malah kalaulah debat tersebut memberikan ruang masa yang lebih panjang, pastinya lebih banyak kepincangan kerajaan akan dibongkarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan Shabrey tidak berupaya mempertahankan pandangan hujah Anwar yang amat sukar ditangkis oleh sesiapa pun.

Shabrey sudah memperjudikan nasibnya dengan mencagarkan Jawatan Menteri Penerangan diberikan kepada orang lain sekiranya beliau gagal mempertahankan dasar kerajaan berhubung kenaikan harga minyak yang mendadak dalam debatnya dengan Anwar, sedangkan Anwar Ibrahim berhujah dengan lebih bergaya dan tidak mampu dibenteraskan oleh Shabrey. Justeru itu, ekoran daripada kegagalan Menteri Penerangan dalam debatnya dengan Penasihat Parti Keadilan. Maka beliau hendaklah meletakan jawatan sepertimana yang dijanjikan?

Thursday, July 10, 2008

TIDAK MUNGKIN SEKALI SHABREY MAMPU TEWASKAN ANWAR


KITA kenal siapa dia Ahmad Shabrey akan berdebat dengan Penasihat Parti Keadlian DSAI yang akan diadakan pada 15 Julai ini bertempat di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Beliau sekadar ingin mencari populariti apabila berdebat dengan Anwar Ibrahim melalui anjuran Agendadaily yang n akan dipancarkan keseluruh pelusuk negara pada malam berlansungnya debat itu nanti.

Awal-awal lagi seluruh rakyat Malaysia yakin Shabrey akan diratah Anwar macam kacang. Shabrey usahlah bermimpi mampu menewaskan Anwar. Peringatan kepada Menteri Penerangan yang sedang berhempas pulas mencari gelemour. Dan kalau beliau mempertaruhkan dirinya untuk berdebat dengan Anwar dan mempertaruhkan Kerusi Kabinet Menteri Penerangan sanggup diberikan kepada orang lain andainya beliau gagal mempertahankan dasar kerajaan khususnya mengenai kenaikan harga minyak sekiranya beliau kalah berdebat dengan pada malam 15 Julai nanti. Maka bersedialah Menteri Penerangan itu menghulurkan tengkok untuk disembelih oleh Anwar.

Anwar Ibrahim bukannya calang-calang orang mampu berhujah dengannya. Demi simpati saya terhadap nasib Shabrey yang beria-ria untuk berhadapan satu lawan satu dengan Penasihat Parti Keadilan itu pastinya beliau akan menerima padah kedukaan serta penyesalannya nanti. Bagi saya Shabrey tidak sepadan hendak bertarung dengan Anwar, cermin dan ukurlah dulu baju dibadan sendiri.

Shabrey hanya layak berdebat dengan Sdr Mahfuz Hj Omar, Lim Guan Eng, Sdr Salehuddin Ayob, Sdr Khalid Samad sekadar beberapa nama, justeru itu usahlah mimpi untuk berhujah dengan DSAI. Tetapi bagi Anwar ini merupakan satu peluang untuk beliau mengilap kepopularitinya selama ini yang diperhuduh dan diperburukkan oleh media massa. Suara Anwar yang membawa mesej suara rakyat, suara keramat akan kembali bergema buat seluruh rakyat Malaysia yang sekian lama menunggu dan merinduinya. Inilah malapetaka baru yang akan menimpa UMNO-BN angkara perbuatan Menteri Penerangan bagi tujuan mencari sedikit habuan populariti disebalik perdebatannya dengan Anwar Ibrahim nanti.


Dua jam sudah cukup buat rakyat Malaysia yang merindui suara Anwar. Apatah lagi Anwar akan memperkatakan mengenai dengan tajuk debat yang berjodul"Besuk Pakatan Rakyat Menang harga minyak akan turut". Implikasinya amat besar sekali sekiranya Anwar berhujah dalam debatnya dengan Sdr Shabrey di DBP 15 Julai akan datang. Rakyat Malaysia amnya mengalu-alukan perdebatan tersebut diberi lintas lansung dari DBP ke seluruh negara untuk tatapan rakyat yang amat sangat mengharapkan Anwar Ibrahim mengilap semula pengaruhnya bagi menyuluh cahaya di penghujung lorang yang gelap. Hilang gelap timbullah terang.

Saturday, July 5, 2008

ANWAR BERHAK MEMPERTAHANKAN DIRI

APA yang dilakukan oleh DSAI hari ini, beliau cuma mempertahankan dirinya yang diasak bertubi-tubi. Sdr Ezam Mohd Noor yang sudah menjadi lebih UMNO dari UMNO banyak menyerang bekas gurunya. Segala-galanya sudah tidak apa yang betul daripada Anwar mengikut ulasan politik singkat sdr Ezam kebelakang ini.Sebelum ini Sdr Ezamlah yang kuat sekali mempertahankan Anwar. Apakah setelah kembali semula kepangkuan UMNO, Ezam sudah bertukar wajah. Kalau Anwar akhlak buruk, perosak negara bukankah Sdr Ezamlah sesatunya insan kamil yang merupakan pendokong no satu mempertahankan Sdr Anwar Ibrahim.

Dalam kontek politik negara yang mengelirukan rakyat sekarang dikatakan DSAI yang mencetuskan fitnah amatlah tidak wajar sekali. Apa yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan itu sekadar mempertahankan dirinya yang kini turut dituduh meliwat ekoran daripada report polis yang dibuat oleh Shaiful Bukhari baru-baru ini. Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim cumalah beliau mempertahankan dirinya daripada pertuduhan tersebut yang kini berlegar di ruang umum. Mahkamah rakyat dan media kini sedang memperkatakan dan membicara terhadap segala dakwaan ke atas Anwar Ibrahim kali ini.

Apa yang dilakukan oleh Anwar sekarang tindakannya sekadar mempertahankan dirinya yang sedang dibicara oleh masyarakat media di negara ini. Saya fikir beliau tidak bersalah, malah lebih berhak kerana mempertahankan diri terhadap segala lemparan dan tuduhan jijik lagi keji itu.

Pun bagitu juga Anwar berhak berhujah mengatakan mahkamah di negara ini tidak akan berlaku adil terhadap dirinya. Pengelaman getir dan sukar sekali selama 6 tahun telah ditempuhi dan dilalui DSAI dalam konspirasi politik tertinggi berhubung dengan kes yang sama dalam tahun 1998/1999 dahulu. Kini sekali lagi sejarah itu menimpai DSAI.

Seluruh ahli-ahli UMNO kecil besar menyerang Anwar bertubi-tubi, diikuti media massa turut menggempur beliau habis-habisan. Apakah Anwar patut berdiam diri hanya menanti perbicaraan di mahkamah. Wajarnya Anwar juga berhak mempertahankan dirinya dari tuduhan tersebut apabila ianya mula dibicarakan oleh mahkamah rakyat. UMNO dan media tidak berhak untuk mempersalahkan Anwar dalam isu yang sedang diperkatakan oleh masyarakat umum di negara ini, dan yang pastinya kes busuk sampai ke langit sekali lagi akan dipertontonkan buat seluruh warga dunia sepertimana apa yang berlaku pada tahun 1998/1999 dahulu.

Thursday, July 3, 2008

MALAYSIA DAN POLITIK FITNAH

Dalam ajaran agama Islam perbuatan fitnah itu amat ditakuti dan dilarangi sama sekali. Kerana fitnah memfitnah itu bahayanya lebih dashat daripada pembunuhan. Namun dalam perkembangan politik ianya tidak mengenal erti fitnah. Politik itu akan menentukan siapa yang berkuasa dan yang banyak mempergunakan kuasa. Justeru itulah kita diperkenalkan dengan slogan politik ala Machiavellian iaitu politik memperhalalkan cara "The end justifies the means".

Politik memperhalalkan cara inilah yang akan menentukan siapa yang berhak berkuasa dan mempergunakan kuasa yang mereka telah sedia miliki untuk menakluki empayar dan pengaruh kekuasaan mereka. Tidak perlu memikirkan dosa pahala, kepalsuan dan ketidakbenaran. Maknanya manusia yang memiliki pengaruh politik dipuncak kekuasaan itu boleh melakukan apa saja kehendaknya asalkan beliau terus dapat mempertahankan kekuasaanya.

Halal melakukan fitnah-memfitnah, tipu muslihat, melanggari peradaban undang-undang dan pelbagai lagi mereka boleh lakukan terhadap lawan atau pesaing masing-masing. Suasana dalam politik negara Malaysia nampaknya dewasa itu sudah menuju kekancah itu. Kata Perdana Menteri, fitnah politik sudah bermaharaja lela hinggakan rakyat menjadi serba bengong dengan situasi politik negara kita masakini.

Tiba-tiba meletup pula isu liwat. Remaja Shaiful Bukhari yang dikatakan sebagai pembantu Anwar Ibrahim telah membuat report politik bahawa Penasihat Parti Keadilan DSAI meliwatnya. Dan orang ramai mulai curiga kerana Shaiful dikatakan ada hubungan dengan orang kanan Datuk Najib. Meletup sekali lagi kes itu dikatakan bermotif politik bagi membunuh kerjaya Anwar Ibrahim untuk kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri yang digembar-gemburkan selewat-lewatnya sekitar 19 September ini.

Pendapat umum yakin konspirasi kedua terhadap Anwar Ibrahim melalui jalan skrip lama yang diubah suai sedikit sebanyak. Kita percaya kemungkinan adalah besar sekali lagi Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah. Saya percaya DSAI akan sekali lagi mempertahankan dirinya di mahkamah. Faktur ini bergantung sejauh mana bakal keputusan yang akan dibuat dan diteliti oleh pihak polis mempunyai bukti-bukti yang boleh mendakwa Penasihat Parti Keadilan itu sekali lagi.

Persoalannya sekarang apakah rakyat jelata boleh mempercayai mahkamah. Senario konspirasi terdahulu yang dinukilkan skrip ceritanya oleh koncu-koncu disekeliling Tun Mahathir masih terpahat dalam ingatan rakyat di negara ini. Apakah peristiwa itu akan berulang lagi, dan kalau ianya terjadi lagi, bicara politik negara kita akan mengidu bau busuknya hingga ke langit.