Saturday, March 27, 2010

PERKASA PERJUANGKAN MARUAH BANGSA/AGAMA ATAU ALAT POLITIK UMNO??



OLEH : JAMALUDIN BIN MD.ISA(Penulis Bebas)

KITA sebenarnya tiada tahu ke mana matlamat hendak dituju oleh PERKASA yang diterajui Ibrahim Ali. Antara NGO Melayu yang hendak memperjuangkan agenda Melayu/Islam kononnya. Saya tiada nampak apa-apa baik Melayu ataupun Islam yang mahu diperjuangkan mereka. Malah lebih babrok lagi apa yang diperjuangkan hanyalah menentang Anwar Ibrahim semata-mata.

Menyerang Anwar, buat pelbagai report Polis, apakah itu memperjuangkan agenda Melayu/Islam atas nama PERKASA? Teriak, menjerit serta melolong ke sama ke mari, kemudian serang Anwar. Apa motifnya ini?

Kalau setakat hendak menyerang Anwar, jangan berselindung di sebalik agenda Melayu/Islam. Terang dan jelas agenda PERKASA untuk menentang Anwar dan menyokong Najib. Ini semuanya rencana Ibrahim yang kemaruk untuk kembali ke pangkuan UMNO. Sesudah dipecat dan mengemis di kaki lima PAS dan disangka baik oleh Tok Guru Aziz, bertempik sorak dalam pentas ceramah PAS. Inilah wajah manusia bernama Ibrahim Ali.

Apa yang dipertontonkan kepada kita sekarang turut memperlihatkan betapa Ibrahim Ali semakin syok kepada UMNO, tiada salah beliau ketagihkan UMNO, memangnya dia dari lubuk UMNO. Itu bukannya persoalan kita. Kita persoalkan kerana perangainya bukan ganjil tapi pelik sekali.

Menentang Anwar habis-habisan sekadar mahu menunjuk simpati kepada Najib. Mudah-mudahan boleh diterima semula ke dalam UMNO. Saya fikir kalaulah Ibrahim Ali, cerdik dan panjang akal , gandingkanlah kekuatan bersama-sama dengan Anwar. Apa salahnya kalau ini pilihan anda? sebaliknya memperhidupkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar. Cukaplah pihak kerajaan mempelbagaikan fitnah serta tidakan zalim terhadap penasihat PKR itu. PERKASA turut tambah semangkuk, tidak tahukah hendak merangka agenda perjuangan Melayu/Islam?Ashik-ashik mahu menuduh Anwar sebagai pengkhainat bangsa, apa yang Anwar buat merosakkan orang Melayu? Berapa banyakkah hak-hak orang Melayu telah dikhainati oleh Anwar, cuba PERKASA turunkan bukti dan faktanya untuk kita semak dan nilai apa yang dikatakan kejahatan Anwar itu?

Terlalu cepat bertindak buat report politik, kebenaran entah ke mana? Sdr Zahrin buat dakwaan di Parlimen, PERKASA turut buat report Polis. Biarkan polis buat siasatan dulu ekoran kenyataan Zahrin di Parlimen tempuh hari, itu hanya kenyataan Zahrin? belum tentu benar ata tidak. Bila bab Anwar cukup cepat bertindak seseolah mahu menjatuhkan hukuman beliau bersalah. Apakah ini gambaran wadah perjuangan PERKASA?

Akhir sekali saya minta Sdr Ibrahim Ali tinggalah PERKASA dan agenda Melayu/Islam, bantulah Anwar bersama PKR kalaulah anda mempunyai keinginan dan cita-cita besar dalam politik. Percayalah kata-kata saya anda tidak mungkin mendapati apa-apa lagi yang ada dalam UMNO, kecuali ............rujuk apa yang diperkatakan oleh Sdr Saifudin Nasution yang gamat dalam dewan baru-baru ini. Habuan sempama itu tiadalah dinafikan anda akan memperolihi nikmatnya. Tinggalah PERKASA dan seratai Pakatan Rakyat. Bebas tiada akan membawa anda ke mana-mana???

Thursday, March 18, 2010

SEMAKIN MENYALAK-ANWAR SEMAKIN KUAT



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)

ANWAR IBRAHIM bukannya mudah untuk diserang. Kita tidak pernah melihat Anwar tewas dan kalah dalam mana-mana medan perdebatan dan penghujahan. Jangan kita fikir melepaskan anjing-anjing upahan untuk menyalak di sana sini, kemudian kita mengatakan Anwar sudah tewas. Anwar tidak pernah kalah. Waktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, yang disifatkan sesatunya tokoh politik dan negarawan pintar akhirnya terpaksa mempergunakan seluruh instrument kerajaan terhadap seluruh batang tubuh manusia bernama Anwar pun saya kira beliau masih belum tewas. Cuma mahkamah menghukum Anwar. Itu pun ia tiada juga mematikan perjuangannya. Di sebalik tembok besi Anwar tiada pernah berhenti daripada meneruskan agenda perjuangan.

Meroboh rangkaian Anwar, bukan maknanya beliau mulai lemah dan akan tewas. Melalak di Parlimen tiada menjejaskan pengaruhnya di mata dunia. Malah semakin kita kuat dan tegar melalak menggunakan agen-agen upahan, saya rasa Anwar semakin bertambah di hati rakyat. Semakin kita perbanyakkan gugusan lakaran kisah dongeng keburukkan terhadap Anwar semakin bertambah-tambah simpati rakyat akan bangkit melonjaknya ke Putrajaya.

Memperhuduh dan perburuk-burukkan keperibadian Anwar dengan harapan politik beliau agar mati terkubur di negara ini, merupakan satu tarian politik UMNO yang pastinya tiada akan menjadi. Anwar Ibrahim akan terus hidup dalam maya politik Malaysia yang akan terus menghantui UMNO.

Selepas ini apabila pelalak-pelalak yang menjerit dan melalak mengikut rentak skrip UMNO akan kelesuan dan keletihan, apabila suara lalakan di Parlimen seperti Zahrin hari ini mulai tidak akan kedengaran lagi. Namun, pengaruh Anwar akan terus tegap bangkit di mana-mana. Akar umbi adalah milik politik Anwar, justeru itu ia sesekali tiadalah menghairankan sekiranya UMNO dapat meroboh rangkaian Anwar dan mempergunakan orang-orang seperti Zahrin sebagai umpanan yang masih laku untuk di jual dan menjerit-jerit macam disampuk jembalang di Parlimen.
Jiwa rakyat tidak pernah pudar dengan idealisma dan agenda Anwar. Anwar Ibrahim bak kata sebutir permata jika dibenamkan ke dasar lautan , Anwar juga akan jadi pepohanan rendang tempat perteduhan para musafir yang kehausan bila sesat di padang pasir yang luas terbentang, malah Anwar juga bak kata akan menjadi pulau yang tumbuh di tengah lautan buat tempat persinggahan para nelayan.

Inilah individu, tokoh dan ikon politik besar yang akan bangkit merubah landskap politik negara menjelang pilihan raya ke -13 akan datang, pasti sekali lagi kejutan tsunami besar akan meroboh bahtera UMNO yang sekarang ini kelihatan terumbang-ambing di lautan dalam.

Wednesday, March 10, 2010

BILA MUFTI JADI "ENJIN UMNO"



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SEPATUTNYA seseorang yang bertaraf Mufti harus mempertahankan pendirian mereka supaya tiada memperlihatkan beberapa pandangan, pendapat dan tindak-tanduk mereka yang boleh dianggap memihak kepada orang-orang politik. Tiada kira ianya UMNO ataupun PAS? Setiap pandangan harus lebih berhati-hati agar tiada menjadi tanda tanya masyarakat umum bahawa si Mufti itu dilebal sebagai orang PAS ataupun orang UMNO. Inilah lebal-lebal yang kita tidak mahu terpalit dan dipalit terhadap mana-mana individu bertaraf Mufti di negara ini.

Akhir-akhir ini sudah ada Mufti yang menjadikan dirinya lebih daripada lebal UMNO yang terpalit keseluruh batang tubuh mereka sebagai alat puak tertentu dalam politik. Kalau mengikut Menteri Besar, Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz, katanya sudah ada Mufti yang sanggup menjadikan diri mereka sebagai alat UMNO, sindir Tok Guru sebagai "enjin UMNO". Sudah ada Mufti di negara kita sanggup meletakkan batang tubuhnya sebagai perkakas mainan UMNO. Kerana setiap penjuru pandangan dan kata-kata mereka adalah untuk memenang, membenar segala dakwaan UMNO.

Bila Mufti mula memihak, lebih-lebih lagi turut sama mengulas hal-ehwal politik, walaupun dibenarkan oleh agama. Maka akibatnya adalah padah yang buruk semata-mata. Justeru itu kalaulah masih ada kalangan para Mufti di negara kita mahu membicara peri hal orang-orang politik, malah mengias dan melibas mana-mana parti politik, saya fikir paling baik tinggalkan jawatan Mufti dan masuk gelanggang politik, Nah bercakaplah apa yang hendak diperkatakan,"Perpaduan Melayu ala UMNO" dan apa sahaja berhujahlah anda di atas pentas politik, kerana ini lebih senang buat lawan-lawan politik untuk berhujah balas. Masalahnya berjawatan Mufti, sesekali bertindakan menyerang parti politik tertentu? Mufti apa ini namanya? Wajar sekali pada saya apabila Tok Guru Nik Aziz label Mufti yang bersikap sedemikian sebagai "enjin UMNO".

Kalau mahu mempertahankan UMNO kena lepaskan jawatan dan turun ke gelanggang politik. Kerana senang pihak PAS untuk berhujah balas. Sebaliknya kalau masih berselindung di sebalik ketiak UMNO dengan jawatan Mufti dan dalam waktu-waktu tententu tampilkan diri membelasah PAS, tiada wajar sebagai seorang bertaraf Mufti bertindakan sedemikian?. PAS bukanlah takut untuk bertindakan balas!!!, kerana ramai dalam PAS, taraf ahli-ahli mereka lebih daripada Mufti, cuma tiada berjawatan Mufti, namun, keilmuan mereka lebih besar daripada keilmuan yang dimiliki Mufti "enjin UMNO" pun ramai.

Ingatan saya kepada Mufti "enjin UMNO", andaikata PAS menyerang balas hujah dan dakwaan Mufti "enjin UMNO", maka akan kotorlah label Mufti tersebut. Sebab itu pada saya jikalaulah Mufti "enjin UMNO" itu ketagih hendak menyerang PAS, Ayuh!!! dipersilakan turun ke gelanggang politik, jangan berselindung disebalik tirai selimat(gebar) bernama Mufti, tetapi tiada habis-habis bersikap amarah terhadap PAS. Itulah seelok-eloknya nasihat saya kepada Mufti "enjin UMNO" pinjaman gelaran Tok Guru Nik Aziz. Akhir kata beranikah Mufti "enjin UMNO" turun kegelanggang politik??????