Saturday, June 27, 2009

MANEK URAI-SAYA TIDAK MERAMAL LAGI??


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SELEPAS Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, kali ini rakyat berpesta lagi di Manek Urai, Kelantan. Kalau sebelum ini saya sentiasa optimis dan berani meramalkan rakyat akan terus mengundi Pakatan Rakyat, tetapi di Manek Urai saya akur kerana tidak berani meramalkan lagi. Sekalipun mood rakyat bersama Pakatan Pembangkang, namun ekoran daripada tercetusnya isu Unity Goverment(Kerajaan Perpaduan) yang membangkitkan ribut kontrovesi dalam PAS dan Pakatan Rakyat akhir-akhir ini ia banyak memberikan impak negatif sekali terdapat PAS untuk kekal mempertahankan DUN Manek Urai Kelantan. Apa pun kali ini saya tidak berani untuk meramalkan lagi, apatah optimis PAS akan menang di Manek Urai dalam pilihan raya kecil akan datang.

Sesungguhnya PAS boleh mendabik dada mereka akan menang berdasarkan mood rakyat mutakhir ini yang sering memilih wakil Pemangkang. Tetapi kesan daripada isu 'Kerajaan Perpaduan' impaknya saya percaya lebih banyak merugikan politik parti Pembangkang. Sedikit sebanyak rakyat yang menyokong Pembangkang ikut tergusar dengan gagasan idea Hj Hadi berhubung dengan Kerajaan Perpaduan kebelakangan ini masih was-was dan terkeliru dengan sikap serta pendekatan politik tersebut.

Kalaulah PAS menyatakan mereka akan menang di Manek Urai, saya cuma berani menyatakan kali ini belum tentu PAS bagitu mudah akan mencatatkan kejayaan sepertimana di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Manek Urai pada saya 50-50 untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan tetap masih melukakan PAS. UMNO lebih banyak mendapat laba keuntungan daripada idea gagasan yang dilontarkan oleh Hj Hadi itu. Apa pun saya menjadi tidak optimis lagi untuk Pembangkang mencipta kemenangan mudah sesudah Presiden PAS, Hj Hadi dan Timbalannya Nasharudin terjebak dan terperangkap menjadi BONEKA UMNO dalam PAS baru-baru ini. Keputusannya kita serah kepada kebijaksanaan pengundi di Manek Urai untuk memilih UMNO-PAS sebagai wakil mereka dalam pilihan raya kecil akan datang. Pokoknya kali ini saya tidak berani menjadi peramal lagi. Pada saya mungkin PAS akan kalah....di Manek Urai. Maaf saya kepada ahli-ahli PAS.

Friday, June 19, 2009

BONEKA UMNO MENCIPTA PERPECAHAN SESAMA PAS


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

DITENGAH-TENGAH KEHENIANG DAN KEDAMAIAN DALAM PAKATAN RAKYAT. TIBA-TIBA PAS DIGANGGU ILUSI TIDAK TENANG DAN TENTERAM, TANPA UMNO KEPADA SIAPA LAGI PAS HENDAK PERSALAHKAN? KALAU SEBELUM INI BOLEH BERSELINDUNG DISEBALIK UMNO SEBAGAI PUNCA KEKECOHAN DALAM PAS. KALI INI PAS SENDIRI YANG MENCIPTA MASALAH SEKALIGUS MENUJU PERPECAHAN. IDEA KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS MEMBERIKAN KEUNTUNGAN PERCUMA KEPADA UMNO. BIJAKSANA SUNGUH PEMIMPIN PAS MELONTARKAN IDEALISME YANG MENGUNDANG PARAH TERHADAP MEREKA SENDIRI.

HJ HADI pencetus idea Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Nasharudin Mat Isa penggalak besar. Nik Aziz marah katanya, idea KARUT, kemudian BONEKA UMNO. Sekarang ahli akar umbi mula pening dan naik bengong. Penyelesainnya tidak mudah, cerita panjang jalannya masih berliku. Lagi kuat memperkatakan kerajaan perpaduan, lagi banyak UMNO dapat laba(untung percuma). Cerdikkah ini? Sekarang siapa boneka UMNO wajahnya sudah jelas terserlah. Ahli-ahli PAS semua dah tahu.

Kerana cemburukan Anwar, BONEKA UMNO dalam PAS sanggup memecah belahkan PAS untuk memberikan peluang kemenangan semula kepada UMNO demi terus perintah Malaysia. Itulah wajah politik PAS macam mana hendak perintah negara, kalau akal pendik begini? Kalau kemenangan sudah diambang mata, cuma sabar menunggu masa, namun hati cemburu BONEKA UMNO dalam PAS terhadap ANWAR dan PKR takut-takut mereka mendominasi politik Pakatan Rakyat itulah punca sebenarnya tercipta idea Kerajaan Perpaduan yang akan memanjangkan lagi talian hayat untuk UMNO-BN kekal perintah Malaysia. Ini kerja halus yang cukup mengecewakan. Ahli-ahli PAS yang banyak berkorban untuk melihat kejayaan nampaknya impian itu tidak pernah terlaksana. Inilah PAS hari ini........

Saturday, June 13, 2009

PASCA KEKACAUAN PAKATAN RAKYAT


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

TIBA-TIBA semua parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat mahu berbincang dengan UMNO. Sedangkan UMNO sebelum ini tidak secara terbuka mengajak parti oposisi duduk bersama bagi membincangkan masalah negara dan pemerintahan. PAS sudah mula dengan Muzakarah dan Muqabalah berakhirnya satu resolusi HJ Hadi dengan ojektif Unity Goverment(Kerajaan Perpaduan).
Isu ini dimulakan PAS selepas menang besar dalam pilihan raya ke-12, difahamkan kesemuanya ini direncanakan kerana kepimpinan PAS mulai bimbang dengan parti Keadilan yang berkemungkinan akan menguasai PAS dalam Pakatan Rakyat. Faktur inilah yang menyebabkan PAS lebih bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO yang mempunyai motif menyekat kemaraan parti Keadilan yang suatu hari nanti akan mendominasi kekuatan politik dalam Pakatan Rakyat. Kebimbangan ini yang menyebabkan PAS bersedia bertemu dengan UMNO dan berselindung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Kecurigaan kian meruncing apabila Hj Hadi semakin berkeras untuk meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Kegelisahan ini menjadi kian terserlah dan jelas apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak balas dengan melontar satu cadangan parti Keadilan Rakyat mahu dan bersedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Najib, tetapi bukan mengenai dengan isu Kerajaan Perpaduan ala Ustaz Hadi sebaliknya mengikut Anwar Ibrahim ianya menjurus ke arah bagi menghentikan kezaliman sistem pemerintahan UMNO-BN, Bebaskan Badan Kehakiman dan tuntutan pilihan raya lebih telus dan demokratik.

Nada Anwar sudah ada suara dari KeaDilan yang mahu berbincang dengan UMNO. Saya tidak pasti kenyataan Anwar yang disiarkan dalam berita online Malaysiakini 13/6/09 itu benar ataupun sekadar sindaran terhadap PAS yang akhira-akhir ini semakin lunak untuk bekerjasama dengan UMNO. Pada saya apa pun kenyataan Anwar itu impaknya cukup merunsingkan masa depan Pakatan Rakyat. Sudah adanya tanda-tanda permaufakatan tersebut mungkin tidak akan mampu bertahan lebih lama, apatah lagi untuk melihat berlakunya peralihan kuasa pemerintah daripada UMNO-BN ke Pakatan Rakyat.

Yang seronok dan leganya UMNO, lebih-lebih lagi Datuk Najib, kerana secara tidak semena-mena nampaknya perkembangan politik pembangkang mutakhir semakin kalut dan kacau. Semua pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang masing-masing mahu memulakan agenda perlumbaan untuk berbincangan dengan UMNO-BN. PAS sudah lama berbincangan dengan UMNO secara senyap, Anwar sudah menyuarakan cadangan permulaan. Cuma Lim Kit Siang dari DAP belum menunjukan respon untuk berbincangan dengan UMNO.

Saya kira, ini adalah detik-detik baru permulaan titik perpecahan dalam parti Pakatan Rakyat. Selepas ini PAS, KeAdilan dan DAP jangan mimpin lagi untuk perintahan Malaysia. Rakyat sedang melihat gelagat Hj Hadi dan padahnya akan rakyat tentukan dalam pilihan raya akan datang UMNO akan kembali mendominasi semula politik negara. PAS kembali menghetong semula kekalahan bukannya kemenangan apabila Pakatan Rakyat tidak sehaluan lagi.

Friday, June 12, 2009

IDEA PERPADUAN UMNO-PAS GAGASAN HJ HADI-SATU KEKALUTAN PEMIKIRAN

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SUDAH jelas dan terserlah idea perpaduan UMNO-PAS yang dipertahankan Ustaz Hadi dan Nasharudin Mat Isa sudah menemui jalan keluar yang sukar. Semenjak gembar-gembur isu Muzakarah dan Muqabalah hinggalah sampai ke kerajaan Perpaduan. PAS dalaman mulai keliru dan terkeliru dengan hujah-hujah Presiden parti yang beria-ria mahu mencetuskan gagasan baru idealismenya ke arah pembantukan kerjaan perpaduan UMNO-PAS. Tafsiran mudah kerajaan Perpaduan PAS-UMNO yang bakal dibentuk nanti tentunya lebih kurang sama dengan kerajaan campuran UMNO-PAS yang dikenali Barisan Nasional(BN) yang dibentuk selepas pilihan raya 1969.

Saya sudah menjangka kemelut dan kekacauan akan berlaku dalam PAS, jika mana-mana pemimpinnya cuba mamainkan isu kerjasama dengan UMNO. Sejarah mencatatkan sesudah ini apabila tercetusnya isu-isu permufakatan UMNO-PAS, keuntungannya sentiasa memihak kepada UMNO. PAS sebaliknya terpaksa menempah kerugian.

Dalam isu kerajaan perpaduan yang cuba dibangkitkan oleh Presiden PAS baru-baru ini satu bokti lagi betapa organisasi dalaman PAS mula menempah permasalahan dalaman. Bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Hj Nik Aziz kerajaan perpaduan UMNO-PAS satu idea yang "KARUT". Cerita-cerita karut ini mula dibawa oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Sehingga kini ahli PAS dan para pemimpin tidak faham apa yang dimaksudkan sebagai kerajaan perpaduan itu.

Apa pun kesannya sudah calar dan luka mula berdarah dalam PAS. Selepas "Pasca Muktamar PAS ke 55" dan ekoran kegairahan HJ Hadi membangkitkan isu perpaduan UMNO-PAS, difahamkan ia banyak mencetuskan kontoversi dalam Pakatan Rakyat. Malah kacau bilau dan keraguan juga turut tergangu dalam rumah tangga PAS. Sekalipun tidak berlakunya perpecahan dalam PAS ekoran isu Hj Hadi itu tetapi, keraguan dan reputasi Presiden PAS mulai dipertikaikan oleh banyak kalangan dalam parti sejak Ustaz Hadi membangkitkan isu kerajaan perpaduan UMNo-PAS. Kemuncaknya sudah tercetus pertentangan kelompok yang dikatakan kumpulan ulama konservatif mempertahankan kerajaan perpaduan UMNO-PAS dengan kelompok muda profesional yang disifatkan lebih pro kepada Anwar Ibrahim(erdogon) mahu meneruskan servival politik bersama Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan dan bukannya menjalin kerjasama dan kerajaan perpaduan UMNO-PAS.

Hakikat disebaliknya isu kerajaan parpaduan yang ditimbulkan oleh Ustaz Hadi lebih banyak rugi daripada menguntungkan PAS. Pertama hikmah dan kebijaksaaan exsprimen politik baru Hj Hadi membangkitkan lebih banyak rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan pemimpin PAS dalam semua peringkat. Dari segi isu PAS memberikan kemenangan terlalu mudah kepada UMNO, keleliruan dan hakisan keyakinan dan kepercayaan kental di kalangan parti Pakatan Rakyat mulai saling ragu meragui. Dan lojik yang selalu dipergunakan UMNO, jika mereka kuat pasti tidak akan melayani isu yang dilontarkan Hj Hadi itu. Di sinilah lemahnya perkiraan politik Hj Hadi dan Nashardin Mat Isa.

Sudah pasti PAS terpaksa megambil masa yang lebih banyak dan lama untuk memulihkan semula kredibiliti yang tercalar ekoran daripada kekacuaan pemikiran Ustaz Hadi. Yang untungnya UMNO yang sedang dilanda kemelut mulai kondusif dengan isu perpaduan itu. Sekali lagi PAS di bawah teraju Hj Hadi hampir-hampir masuk ke perangkap UMNO yang sengaja dicipta dan dicari sendiri oleh Hj Hadi. Dan selepas ini apa lagi isu karut yang merugikan PAS bakal dilontarkan lagi oleh Ustaz Hadi.


Sunday, June 7, 2009

IDEA PERPADUAN UMNO-PAS ALA HADI-MENANTI HANCURNYA PAKATAN RAKYAT


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SEHARUSNYA para perwakilan Muktamar PAS ke-55 menolak idea pucuk pimpinan parti yang mempelopuri gagasan perpaduan UMNO-PAS. Saya amat bersetuju sekali dengan saranan pendekatan politik Datuk Husam Musa yang lebih menyakinkan kita semua di mana PAS sepatutnya menjadi pengganti UMNO dan kekal sebagai pendokong dalam Pakatan Rakyat. Tanpa idealisme Pakatan Rakyat yang di gerakan oleh Anwar Ibrahim, PAS jangan berkhayal ia akan mencapai kejayaan besar. Musibahnya pasti ada dihadapan perjuangan PAS di masa akan datang.
Saranan idea Presiden PAS, Ustaz Hadi yang mahu menonjulkan gagasan baru perpaduan UMNO-PAS dalam saat-saat masyarakat dan rakyat pelbagai kaum di negara ini mengubah haluan sekali gus menolak UMNO-BN dan menyokong Pakatan Rakyat, sesatunya idea yang jelek dan amat pelik sekali.

Selaku Presiden parti, Ustaz Hadi tidak seharusnya menonjulkan idea perpaduan dalam detik-detik kacau bilau yang sedang membawa UMNO kepada hampir terputus 'talian hayatnya'. Lebih teruk dan buruk lagi apabila para perwakilan Muktamar ke 55 mengiyakan saranan tersebut ke arah mencetus idea perpaduan UMNO-PAS menurut saranan Ustaz Hadi.

Saya percaya jika akhirnya isu perpaduan itu tercapai antara UMNO-PAS, yang pastinya UMNO sudah memperolihi keuntungan politik yang cukup besar, PAS sekadar menjadi kuda tunggangan buat UMNO meraih kemenangan politik baru menjelang pilihan raya ke -13. Malah yang amat parah sekali waktu itu akan hancurnya Pakatan Rakyat. Labanya daripada cetusan idea perpaduan UMNO-PAS berjaya direalisasikan ataupun tidak, kesannya sudah memperlihatkan titik-titik perpecahan dalam PAS sudah menjadi putik dan akan berbunga. Dalam situasi apa pun tidak akan berlaku menang-menang. Pokoknya UMNO sudah mendapat laba kentungan dan yang ruginya PAS. Ini sudah dapat kita kesan dan lihat. Justeru itu dalam menanggani isu sensitif ini para perwakilan yang menolak Husam Musa yang menentang keras idea perpaduan UMNO-PAS dan mengekalkan Nasharudin, saya kira satu kesilapan yang akan membawa musibah yang besar terhadap PAS selepas ini.

Kita boleh terima hujah-hujah daripada pemimpin PAS yang pro Mukabalah UMNO-PAS sebagai suatu pendekatan yang mengambarkan keterbukaan sikap dan teloren, bersedia untuk memberikan input-input bagi membantu permasalahan yang sedang melandai negara sekarang, tetapi persoalannya apakah UMNO bersedia menerima gagasan PAS untuk membantu mereka bagi memulihkan situasi yang sedang melanda negara kita dewasa ini?

Tidak seharusnya PAS menerima kerjasama dengan UMNO sehingga menghancurkan Pakatan Rakyat. Kepada saya memperkasakan lagi kekukuhan bersama Pakatan Rakyat dan tunjolkan PAS sebagai pengganti UMNO seperti apa yang disarankan Datuk Husam amat relevan sekali.

Kalau PAS mahu selamat dan tampil ke hadapan sebagai pengganti UMNO, lupakan sahaja saranan idea perpaduan ala Hadi dan Nasharudin dan mungkin di belakangnya ada Mustafa Ali tidak akan sesekali menguntngkan PAS, sebalik akibatnya sudah terdapat titik-titik perpecahan yang akan membesar pasti terjadi jika para ahli tidak menentang gagasan perpaduan yang jelek itu.
Bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan penuh yakin dan konsisten UMNO-BN pasti akan tumbang dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Tidak perlu Ustaz Hadi kenapakah pula tiba-tiba memikirkan mahu mencari titik-titik perpaduan dengan UMNO? Saya percayai idea Ustaz Hadi tidak sampai ke situ. Inilah ahli-ahli dan para pemimpin PAS mesti peka apa yang sedang melandai parti Islam itu dalam saat-saat akan mencapai kemenangan.

Sekiranya para perwakilan Muktamar bersetuju dengan saranan Ustaz Hadi bagi menjaya gagasan perpaduan itu, pastinya selepas ini UMNO akan kembali kukuh dan kuat semula. Sebaliknya rakyat akan menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13. Itulah bakal musibah dirasai oleh PAS nanti.

Bagi menyelamtkan titik-titik perpecahan yang kian sudah bermula dalam PAS, seluruh pucuk pimpinan PAS dalam saf kepimpinan parti mistilah segera menyekat daripada merebaknya idea perpaduan UMNO-PAS ala Hadi itu. Terus yakin dan konsisten bersama Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kerana kita tidak perlu bantu UMNO, sebab UMNO akan kalah besar dalam pilihan raya ke-13 akan datang.