Monday, December 28, 2009

DISEBALIK TERBENTUKNYA PAKATAN RAKYAT-DAN DILEMA UMNO



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

AKHIRNYA PAS-DAP-KEADILAN berjaya bentuk satu pakatan cuma menunggu keputusan pendaftaran sahaja untuk menjadi Malaysia menuju ke kancah politik baru sistem dwi-parti. Perkembangan terbaru ini amat sekali menakutkan UMNO-BN. Justeru itu UMNO-BN lebih senang jikalau PAS-KEADILAN-DAP terus kekal dengan tradisi tersendiri. PAS akan terus tampil dengan imej eksterimis Islam, DAP meret ke arah mempertahankan Cauvanist Cina dan KEADILAN memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim.

Pada saya dengan terbentuknya gabungan Pakatan Rakyat yang dirumus dan dikonvensenkan baru-baru ini menandakan suatu harapan baru ke arah mempercapatkan politik Malaysia Baru. Secara drastiknya politik Malaysia menyeluruh akan memperlihatkan pertarungan satu lawan satu dalam pilihan raya ke 13 akan datang. Trend terbaru ini cukup berstratejik dan prestej akan memperlihatkan UMNO-BN yang bermasaalah sekarang akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Gabungan PAS-PKR-DAP cukup ideal, pada saya sekiranya trend ini dapat dipraktikan dalam pilihan raya umum nanti, pastinya akan datang kuasa mustajab yang selalu diperkatakan oleh Anwar Ibrahim. Bagi saya, idealisme, strategik, realistik, jika dapat dihayati dan difahami oleh seluruh mekanisme jentera parti dalam Gabungan Pakatan Rakyat. Insyallah UMNO-BN akan tumbang dalam pilihan raya akan datang. Namun, apa yang diperkatakan ini akan capai sasarannya jika kerjaya politik Anwar Ibrahim gagal dibunuh oleh UMNO-BN melalui mahkamah ke dua yang akan membicarakannya Januari ini. Pakatan Rakyat mistilah pertahankan Anwar Ibrahim habis-habisan. Kalau sekali lagi beliau terpenjara alamat pembangkang tiada akan berjaya membentuk apa-apa kerajaan Persekutuan.


Saturday, December 5, 2009

PECAH PERUT - DAN DOA NIK AZIZ



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

TIMBULNYA isu doa"Pecah Perut" oleh Tok Guru Nik Aziz ada kewajarannya. Kerana tercetusnya isu tersebut sebab pihak kerajaan UMNO mendiskrimanasi hak kerajaan negeri Kelantan berhubung dengan "Royalti Minyak". Kalau kerajaan BN telus berikan hak rakyat Kelantan tiada berbangkit sama sekali masalah itu. Isunya royalti bukannya Ihsan. Antara Royalti dan Ihsan boleh menggambarkan satu pentafsiran yang berbeza. Royalti mengikut akta Petronas 1974 merupakan hak mutlak mana mana kerajaan negeri yang buminya dicari gali. Sedangkan Insan membawa kepada pengertian sedekah dan belas kasihan. Ihsan boleh diberi jika merasakan perlu dan boleh juga untuk tidak diberi bila diarasakan tidak perlu. Tetapi, royalti adalah" HAK MUTLAK" mengikut akta Petronas 1974.

Di sini Nik Aziz merasakan keengganan pihak kerajaan membayar royalti kepada kerajaan Kelantan dan sebaliknya mahu diterjermah sebagai Ihsan boleh dianggapkan sebagai satu penyelewengan dan kezaliman sistem yang maha besar. Kezaliman wajiblah ditentang. Di sini rasionalnya Nik Aziz mencetuskan isu Doa bagi punah ranah kepada mana-mana kuasa yang zalim. Dalam Islam kita boleh mendoakan kepada mana-mana(atau sesiapa yang berlaku zalim dan tidak adil) bagi meminta pengzalim dilaknat dan ditimpa musibah atas segala tindakan dan perilakunya yang menindas serta menzalimi itu. Dalam konteks ini, ekoran daripada tidak bersedianya kerajaan Pusat untuk menyerahkan hak rakyat Kelantan atas nama"ROYALTI" dan menukarkannya sebagai "IHSAN" bolehlah diterjermahkan sebagai satu penyelewengan fakta yang cukup besar. Malah sekali gus lantaran secara tiada lansung ianya telah mencabuli hak rakyat Kelantan.

Justeru itu saya rasa munasabah dan ada kewajarannya berhubung dengan isu Doa Nik Aziz yang mencetuskan kontrovesi pelbagai pihak hari ini. Campur tangan Mufti Perak, Datuk Harusani yang menyerang balas Datuk Nik Aziz dengan hujahnya, bahawa adalah satu kesalahan berat kepada mana-mana individu itu memohon restu bagi mempunah ranah mana-mana pihak bercanggah dengan ajaran Islam. Katanya, orang Islam digalak mendoakan bagi kesejahteraan umat dan melindungi dari malapeta. Maknanya pada Harusani isu Doa Nik Aziz itu tidak wajar dan berlawanan dengan kehendak ajaran Islam. Di sini siapa tersasul Nik Azizkah atau Harusani yang mahu mempertahankan penyelewengan sistem serta dasar penindasan hak mutlak kerajaan Kelantan atas nama Royalti. Pada saya Harusani tiada faham, sebaliknya Nik Aziz relevan kerana ini isu politik. Harusani hanya seorang Mufti. Sebaliknya Nik Aziz agamawan bertaraf Mufti sekaligus adalah seorang Menteri Besar yang menerajui sebuah negeri dalam Malaysia. Di sinilah berbezanya antara Harusani dengan Nik Aziz. Apa yang Nik Aziz tahu Harusani tiada tahu. Tetapi apa yang Harusani tahu Nik Aziz tahu. Sebab Harusani hanya arif dengan hukum-hakam tetapi tiada politik. Nik Aziz mahir agama dan arif politik.

Di sinilah campurtangan Harusani akan lebih memberikan impak kepada UMNO-BN. Sekali gus orang ramai melihat Harusani sebagai boneka UMNO. Tindakan Harusani menyanggah Nik Aziz dilihat sebagai seorang Mufti lebih bersikap pro kepada UMNO-BN. Namun, dalam kes ini Harusani tidak melihat hak rakyat Kelantan dinafikan oleh kerajaan. Di sini Harusani tidak bijak sana dalam tindakan beliau memberi respon terhadap Datuk Nik Aziz.