Wednesday, November 18, 2015

KASIHANI MEREKA AHLI-AHLI PAS

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


SAYA menyeru kepada ahli-ahli PAS terutamanya di luar bandar yang jauh daripada mendapat informasi. Sekadar menyantap dalam ruang politik di akhbar Sinar dan Harakah. Usahlah kita mengkritik kepimpinan PAS lihat apa yang saya paparkan sudah mencukupi. Sedih saya melihat nasib ahli-ahli PAS yang mata mereka ditutup dan terus dibawa pemimpin mereka entah ke mana. Yang teruknya penutup mata itu tidak boleh di buka. Jadi mereka tidak nampak apa-apa yang sedang diorkestrakan oleh pemimpin mereka. Ahli ahli PAS akan berada dalam kegelapan entah sampai bila? Saksikanlah potret dan coretan kata "SAYA TENTANG JIKA PM NAK LAKSANAKAN HUDUD SEKARANG-Nik Abduh : Malaysia Gazette. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut bisu.........Inilah wajah PAS baru pro Hj Hadi kian terserlah satu persatu.


Sunday, November 15, 2015

PEDIHNYA DR MAHFUZ TERKENA TIKAMAN HUSAM

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


DIALOG "Demo tanya ambo jawab" melibatkan tokoh besar PAS Dato Husam menambahkan lagi pedihnya PAS yang mana kebelakangan ini segala-galanya tidak kena. Kesemuanya berlaku penomena dalam PAS sebelum dan selepas muktamar ke 61 ekoran ketidakbijaksananya Presiden PAS, Hj Hadi yang gagal mengurus dengan baik kemelut perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti terbit antara dua puak pro-profesional dengan pro-ulama konservatif/orthodok.

Setelah hampir 2 tahun Dato Husam berdiam diri. Kini Husam mula bangkit bagi mengkritik dan menegur beberapa malah banyak lagi kepincangan yang berlaku bukan sahaja masalah dalaman kerjaan PAS Kelantan serta juga kepincangan dan sikap Presiden PAS sendiri.

Teguran dan kritikan Husam tidak salah sekalipun secara terbuka. Sebagai parti islam yang yang diwar-warkan mereka semuanya benar tidak perlu gusar dengan teguran dan kritikan . Saya amat bersetuju sekali dengan keberanian Husam dan layak beliau digelar sebagai pahlawan.

Fokas saya dalam tulisan pendik ini ingin menyentuh sedikit sekitar kritikan balas Dato Husam terhadap Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Mahfuz yang mengjawab dengan sinis malah tajam sekali dalam serangan balas Husam kepada Ketua Dewan Ulama PAS yang bermulut celupar. Saya bersetuju Dr Mahfuz tidak memiliki akal yang berhikmah. Sergahannya agar Husam keluar PAS. Seseolah PAS ini kepunyaan beliau. Kita berparti. Bukan hak sendirian bhd. PAS bukan syarikat Ketua Dewan Ulama.

Cara Ketua Dewan Ulama itu melontarkan pandangan juga sudah membuatkan ramai audien turut meluat. Seseolah memperlihatkan sikap seorang pemimpin yang angkuh dan sombong. Mengherdik dan menghalau Dato Husam keluar dari PAS tidak wajar sama sekali. Teguran dan kritik seharusnya dialu-alukan. Cukuplah sergahan-sergahan selama ini oleh Dr Mahfuz terhadap pemimpin parti Amanah yang dihalaunya setiap hari supaya keluar dari PAS. 


Hari ini beliau terkena pukulan yang teruk daripada Dato Husam, kalaulah dalam gelanggang tinju Mahfuz di K.O oleh Dato Husam. Barulah Dr Mahfuz tahu betapa langit itu tinggi rendah. Kata Husam siapa Dr Mahfuz mahu menghalau beliau keluar dari PAS. Taraf Ketua Dewan Ulama sama saja dengan beliau yang kini serlaku ketua PAS Kubang Kerian. Hujah Husam lagi sepatutnya dialah juga boleh menghalau Ketua Dewan Ulamak itu(aduh pedihnya!). Kalau hendak halaupun kata Dato Husam bawakan tangga. Beliau akan terun melalui tangga. Beliau sesekali tidak akan terjun melalui tingkat apabila mendengar jeritan dan sergahan Dr Mahfuz. Datangkan hujah, sebagai Ketua Dewan Ulama sepatutunya bagitu?. Bukan main sergah tidak tentu fasal sahaja. Tegas Husam sergahan Dr Mahfuz agar beliau meninggalkan PAS macam suara samseng.

Tepat sekali pukulan keras Husam terkena batang kepala Dr Mahfuz yang tidak berapa begitu berakal baik. Sepatututnya beliau selaku Tuan besar dalam Dewan Ulama, setiap pandangan tidak seharusnya menggambarkan seperti pandangan seorang anak muda samseng di jalanan. Tidak egois, tidak sombong dan angkuh. Saya kira cukup tepat sekali bedalan Husam terhdap Dr Mahfuz. Dengan bedalan Dato Husam itu sekurang-kurang boleh dijadikan iktibar oleh Ketua Dewan Ulama itu agar tidak terlalu gelojoh dalam memberikan sebarang reaksi mahupun respon terhadap seseorang selepas ini. Gunakan istilah nasihat yang baik-baik dan datangkan hujah-hujah. Bukannya berwatak seperti seorang samseng. Tahniah Dato Husam.......biar Dr Mahfuz merasakannya kepedihan itu sampai ke ulu hati.......

Tuesday, November 10, 2015

CALUN BAKAL PENASIHAT KERAJAAN MALAYSIA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


TIBA-TIBA masyarakat politik di Malaysia di kejutkan dengan berita yang terpancul keluar dari mulut Tuang Presiden PAS, Tok Guru Hj Hadi. Katanya PAS selama ini tidak meminta apa-apa dari UMNO. PAS tidak kemaruk jawatan dan pangkat. Sebelum itu ada juga suara-suara beliau pernah berhujah PAS berjuang menerusi proses politik demokrasi di negara ini bukan matlamatnya untuk menang. Biarkan PAS sentiasa kalah dalam setiap musim PRU asalkan perjuangan PAS mendapat redoi Ilahi. Ringkasnya PAS tidak mengharapkan masuk PRU semata-mata  untuk dapat kemenangan. Sebaliknya di malam keputusan PRU PAS suka mengetong kekalahan. Biar UMNO-BN menang berterusan. PAS akan dapat janji syurga dan puteri bidadari yang menanti bagi menyambut setiap ahli-ahli dan mullah mereka di pintu syurga.

Kali ini perkara pelik terpancur keluar lagi dari mulut Tuang Presiden PAS sekadar meminta hanyalah diberikan tugas selaku penasihat. Kasihan saya kepada Tuang Guru Datuk Presiden PAS kenapa acapkali dia berubah perangai begitu. Mudah-mudahan kehendaknya itu di restui Oleh Perdana Menteri. Insyaallah sudah ada respon baik dari Terengganu, sudah bercadang agar Tuang Presiden PAS itu menjadi penasihat di negeri penyu bertelur. Tapi di Perak responnya agak sedikit negatif. Kata pihak sana di Perak berlainan dari Terengganu. Perak masyarakat majmuk ada Cina dan ada India. Maknanya Hadi hanya layak menjadi penasihat di Terengganu.

Beginilah perangai pelik Tuang Presiden akhir-akhir ini. Nampaknya amat kempunan sangat hendak jadi penasihat kepada kerajaan UMNO-BN pimpinan Datuk Najib. Fasal berlunak dengan isu bekerjasama bersama UMNO sudah memuakkan selera ahli-ahli PAS. Cuma hendak berlawan hujah dengan beliau nampak tidak berapa boleh. Jika bertelagah dan berbeza pendapat dengan Tuang Presiden dari Rusila alamat sesiapa sahaja kuyuplah dia. Hukuman tidak "WALA" akan dijatuhkan. Siapa berani kritik Tuang Presiden itu? alamat buruklah padahnya .......

Terkadang kadang saya merasa simpati dengan perangai pelik Tuan Presiden dari Rusila itu. Bersungguh-sungguh sekali dia hendak membawa PAS pasca baru bersenggama dengan UMNO-BN. Tetapi ianya tidak begitu mendapat respon daripada Tuan UMNO. Sesekali-kali pula nampaknya bagaikan mahu melutut dan menjilat kembali ludah-ludah lamanya terhadap UMNO ditakkala zaman muda tahun-tahun 1980an dahulu asalkan UMNO menerimai rayuannya itu.

Naluri hendak berkerjasama dengan UMNO kelihatan jelas. Saya bersetuju dengan Datuk Husam, kalau benar-benar hendak bersenggama dengan UMNO, perjelaskan! Apa salahnya bawa perkara yang dikehendaki itu kemeja perundingan. Bukan hanya di peringkat Majlis Syura Ulama, bawa juga ke peringkat AJK pusat. Dan jika bersetuju serahkan ke pihak muktamar membuat keputusan. Itu baru betul sebagai Tuang Presiden se buah parti islam. Tidak molek kalau bermain "flip-flop", ahli bawahan tidak tahu apa yang berlaku dan dikehedaki oleh Tuan Presiden? Kalau ahli-ahli tidak bersetuju dengan cadangan itu, Tuan Presiden dengan rela bolehlah meletakan jawatan. Itu barulah Tuan Presiden yang "gentlement". Lepas itu kalau rasa-rasa hendak juga bersengggama dengan UMNO, maka adalah baik istiharkan diri keluar PAS jadi ahli UMNO. Tidak salah. Ahli-ahli PAS tidak akan marah..Ikut jalan ini kerana itu sudah kehendak diri sendiri. Sudah ramai tokoh-tokoh besar PAS berbuat demikian. Keluar PAS masuk UMNO. Biar tuan punya diri itu yang rosak jangan ahli-ahli parti yang terpaksa bertelangah  dan berandu-domba sesama sendiri akhirnya menjadikan PAS berpecah dan berbalah.



Persolan saya di sini mahukah UMNO berpenasihatkan oleh Tuang Presiden dari Rusila itu? Sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Negarawan pun UMNO tidak dapat menerimai pandangan beliau. Apalah sangat Tuan Presiden dari Rusila itu mahu meletakan diri peribadinya di situ. Walau apa pun saya mohon dan nasihat Datuk Najib PM kasihanilah dan terimailah Tuang Presiden sekalipun sepenggal untuk jadi penasihat kepada kerajaan dan UMNO-BN.


Wednesday, November 4, 2015

ANWAR IBRAHIM - MENGGAMIT INGATAN DARI JAUH

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


PERKEMBANGAN politik pembangkang mutakhir saya mula merasai muak melihat perangai kebudak-budakan antara PAS-DAP. Seseolah pembangkang kini tidak ada resolusi jalan keluar dari kemelut politik berpanjangan. Perbezaan pendapat, ideologi dan agama harus diuruskan dengan baik tetapi gagal dilaksanakan. Bukannya permusuhan berlarutan tanpa kesudahan. Krisis PAS-DAP amat menguntungkan UMNO. Semakin kuat PAS menyalak terhadap DAP, UMNO dapat menarik nafas lega.

Kemelut PAS-DAP mengimbau kembali ingatan dan kenangan saya terhadap DSAI yang kini terpaksa menanggung beban derita yang yang cukup hebat di penjara Sg Buluh. Ikon politik besar yang bakal mencetuskan perubahan landskap politik Malaysia, kini menghadapi hari-hari sarat penuh dengan kegetiran. Kegetiran dan kekecewaan DSAI tentu sekali apabila melihat gelagat ketidakmatangan kepimpinan politik pembangkang PAS-DAP bersandiwara dan bergocoh sesama sendiri tanpa mengenal di lokasi mana mereka berada dalam konteks politik hari ini.. Cerdikkah kepimpinan politik pembangkang bertempur sesama sendiri sedangkan matlamat bersama untuk menjatuhkan UMNO-BN sekaligus selamatkan Malaysia.

Kalau Anwar tidak terkurung di penjara, pembangkang PAS-DAP tidak sebegini. Tanpa Anwar kita harus akur pembangkang tidak ada kepimpinan politik yang hebat lagi berjiwa besar. Anwar ikon penyatuan PAS-DAP. Anwar perancang berstrategik dan idealistik. Tokoh politik 'Asia Baru" bersama PAS-DAP mampu mengolah cetusan momentum besar gelora tsunami politik. Kita sesekali tidak boleh mengharapkan tokoh-tokoh PAS seperti Hj Hadi dan Harun Din berupaya mengocak gelombang. Lebih menderita sekali kebelakangan ini apabila Hj Hadi menjadi semakin egois dan tidak tentu hala(flip-flop). Seseolah beliau tidak tahu hendak membawa PAS ke mana? Selain daripada dendangan lagu lunak berirama padang pasir dengan orkestra dan tiupan seruling bagi menghibur mencari janjian syurga dan bidadari untuk ahli-ahli PAS, kini Hadi sudah lupa straegik PAS untuk mencapai kemenangan.

Ketidaklojikan idea Hj Hadi amatlah merunsingkan Anwar di penjara. Pada Anwar, sekalipun beliau terpaksa menghabiskan usia tua dengan memamah beban derita di penjara, namun beliau boleh bergembira di tabir gerigil besi sekiranya Hj Hadi tidak memusing perangai dan DAP tidak berangkara.

Hampir selama 35 tahun saya mengikuti jalan pemikiran Hj Hadi, kini sekalipun berat hati ini saya terpaksa merumuskan bahawa Hj Hadi bukannya seorang tokoh politik islam yang hebat untuk mencetuskan gelombang perubahan.  Pemikiran dan sikap Hj Hadi pada saya tidak konsisten. Se panjang beliau menjadi Presiden PAS dari 2002, tidak satu pun gagasan ke arah menguntungkan pembangkang mampu dicetuskan. Dewasa ini pemikiran politiknya semakin kacau dan kalut sekali. Saya fikir Hadi tidak layak menjadi pemimpin utama negara kita, apatah lagi masyarakatnya yang majmuk.

Kekacauan DAP-PAS  yang berpanjangan akan lebih merunsingkan Anwar Ibrahim. Harapan untuk melihat pembangkang merubah landskap politik di PRU ke 14 sudah kehilangan fokos. Pencapaian 52% di PRU ke-13 tak mungkin dapat diulangi lagi. Melihat riak kepimpinan PAS yang baru era Hadi selepas muktamar ke 61 cukup menceriakan UMNO. PAS era kini telah menghulurkan salam untuk bersama UMNO. Cuma UMNO yang secara terbuka belum menyatakan pendirian. Fenomena baru PAS ini mengembalikan semula parti islam itu ke kancah politik berbau perkauman/exstremis. PAS yang sebelum ini menuju politik kesawarjagatan, sekarang kembali ke perangkap UMNO-BN. Sudah masuk!

Kasihan PAS semakin tidak tentu arah. Sesekali seakan-akan macam mahu melutut sembah bagi memohon belas kasihan dari  UMNO. Salam Hj Hadi untuk menjadi ketua penasihat UMNO, tetapi belum di sambut Najib bagaikan peribahasa "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". Kesungguhan Hj Hadi untuk bersama UMNO yang pada mulanya mencetuskan idea UG kini kian nampak benar-benar terserlah. Sehingga beliau berikrar bukannya mencari dan memburu jawatan tetapi mahu menjadi penasihat kepada UMNO. Untuk menyakinkan UMNO lagi, kata Hadi mereka sedang mencari kederaan baru, tidak mahu bas exspress bersama PH. Natijahnya kepada Najib beliau sudah benar-benar bersedia untuk bersama UMNO ke Puterajaya melalui konsortium bas biru. Kelunakan Hj Hadi terhadap UMNO ini amatlah tidak menyenangkan DSAI.

Apa pun kita iringkan doa agar Anwar cepat sembuh dan sihat. Pohon saya supaya Anwar istiqamah dan kesungguhan dalam bersabar. Ujian besar itu tidak semistinya diberikan Allah untuk semua hambanya. Ujian dalam perjuangan merupakan sunatulah yang sedia terpilih. Tidak ada apa -apa nilai yang boleh dihadiahkan cuma mengharapkan Sdr Anwar lebih kuat bersabar dalam menempuh ujian mehnah dan tribulasi. Masa masih ada , lima tahun tidaklah terlalu lama, medan perjuangan masih tersedia menanti anda. Dari jauh di anjung Teratak Cabuk saya cuma dapat menggamitkan ingatan terhadap masa perjalanan perjuangan Anwar Ibrahim dari jauh. Rakyat marhean tetap menanti anda kembali semula memimpin mereka bagi sekali lagi kita bersama mengharungi arus perubahan....Salam perjuangan.




Monday, November 2, 2015

UG KEBUSUKAN MULA MENERJAH KE LANGIT

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


SECARA resminya PAS melalui Hj Hadi masih mampu berselindung bahawa parti islam itu tidak akan bekerjasama dalam permaufakatan UMNO-BN. Inilah isu yang sedang diperkatakan sekarang. Kerajaan UG gagasan yang dicetuskan HJ Hadi antara 2008-2009 dahulu kembali menjadi hantu yang meracau difikiran ahli-ahli PAS. Terutama sekali ahli-ahli PAS yang berjenama "Harummanis" di luar hijau dalam oren.

Saya bersetuju sehingga kini PAS- UMNO belum bersenggama. Tetapi percintaan PAS terhadap UMNO tidak boleh dilindungi lagi. Kemaruk untuk bernikah dengan UMNO menjadikan PAS dewasa ini bagaikan dilandai sebuah percintaan yang menggila. Orang sedang mabuk cinta sehari tanpa melihat wajah orang yang dicintai itu hidupnya sentiasa resah gelisah dan gundah gulana.

Watak Hj Hadi sejak berpisah dengan janda lama Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi kepingannya terhadap UMNO. Dia melihat UMNO semakin cantik dan molek rupawannya. Kalau boleh mahu bersanding segera. Tetapi ia tidak boleh terlalu tergopoh gapah untuk bernikah kahwin dengan UMNO dalam masa terdekat ini. Misi utamanya memujuk para ahli PAS terlebih dahulu. UMNO yang di labelkan sebagai kafir/munafik/zalim/firuan tidaklah sebagitu mudah hendak dikikis dari lubuk hati orang-orang PAS terutamanya yang berfikrah jumud dan exstrem.

Sekarang peranan Hj Hadi dengan kaedah memperkenal kebaikkan UMNO terlebih dahulu kepada ahli-ahli PAS perlu dirancang secara licik. Katanya UMNO kini tidak seburuk firaun, Najib ada kelemahan tetapi tidak menyeleweng, lapuran 1MDB oleh WSJ misti ada saksi. Dan akhir-akhir ini pula beliau mahu menunjuk sikapnya yang benar-benar boleh ditafsiri adanya semangat UG, melalui sloka iramanya yang tungging langgang. Macam orang yang hidung tak mancung pipi terserong-serong. Di Parlimen MP PAS diajukan agar jangan mengangkat plakad 2.6 bilion. Jangan sokong PH yang menolak bajet 2016. Mana-mana MP PAS menyokongnya akan dicop sebagai tidak "WALA", mereka tidak taat kepada kepimpinan Ulama.

Sebelum itu Hj Hadi bercakap kepada media, PAS tidak akan bersama PH. Selain sebab ada pengkhainat DAP dan Amanah, maka mereka tidak perlu manaiki bas exspress yang sedang dipandu oleh derebar PH. Katanya espress PH itu tidak akan sampai ke distinasi Putrajaya, takut-takut nanti kena berjalan kaki. Hj Hadi nampaknya lebih ceria dan senang untuk menaiki bas baru di bawah konsortium UMNO biru. Hadi berminat sungguh dengan warna biru lebih daripada hijau. Yang amat melucukan sekali bagi saya apabila Hj Hadi menyatakan bahawa PAS bersedia menghantar pasukan penasihat kepada UMNO tentang memperbaiki urustadbir berkenaan 1 Malaysia Development Berhad(1MDB), GST, dan masalah kejatuhan nilai ringgit boleh diperbaiki UMNO-BN sekiranya menerima pasukan tajaan Hj Hadi daripada PAS. Mudah-mudahan kita minta Najib atas kebaikan dan kepentingan ukhuawah UG kerajaan UMNO-PAS yang bakal tercipta sejarah janama baru, saya mengesorkan agar terimalah wahai Dato Najib atas huluran salam persahabat daripada Ulama PAS itu.

Yang penting ahli-ahli PAS misti dituba dan dimabukkan terlebih dahulu dengan islam dan kepimpinan Ulama. Versi "WALA" misti didoktrinkan ke dalam jiwa sunubari seluruh ahli parti. "WALA" akan menutup dan mengunci mulut dan mata hati ahli parti untuk memprotes. Tidak ada protes dalam kepimpinan Ulama. Jika protes dituduh sebagai tidak taat setia kepada kepimpinan yang bersih yang sentiasa diredoi Tuhan. Para ahli hendaklah patuh dan menerima semua pandangan dan pendapat pihak Ulama. Berbeza pendapat dengan Ulama seseolah melakukan satu dosa dan kesalahan.

Tidak pasti berapa lamakah terapan proses dan tarbiah baru terhadap ahli-ahli PAS agar dapat menerimai UMNO dengan baik dan sekiranya berjaya, maka di situlah saya kira akan bermulanya 'turning point' ke arah  mempercepatkan proses pembentukan kerajaan UG antara UMNO-PAS. Saya yakin andaikata benar terjadi kerjasama bagi mengujudkan kerajaan UG di masa akan datang, sudah pastinya tidak semua ahli-ahli PAS akan terus "WALA" dan beristiqamah. Di sinilah saya melihat hikmahnya Tuhan menzahirkan serpih koyakan dari tubuh PAS ia itu Parti Amanah Negara. Tidak sesiapa pun dapat membaca firasat yang dikehendaki Tuhan di sebalik segala penomena yang tercetus dalam parti tersebut. Fokos saya, apa yang dapat dirasakan Amanah mempunyai potensi masa depan yang menyakinkan, khususnya bagi jenerasi muda. Insyaalah kita sama-sama menunggu apa yang akan terjadi dan menimpa PAS era Hadi selepas ini........